Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua!!!! Alhamdulillah hari ini 6 Syawal 1440 bersamaan raya ke-6.. Ada antara kita yang sudah bekerja tetapi saya masih lagi bercuti memandangkan cuti sekolah belum berakhir.. Khabarnya jalan jem melampau semalam? Begitulah seperti kebiasaan cuti perayaan bila semua balik ke kampung atau menuju destinasi masing-masing serentak.. Sejak raya ke-3 lagi saya dah balik ke Seremban untuk mengelakkan jem.

Hari ini saya ingin bekongsi journal Hari Raya Aidilfitri 2019 yang sangat simple..

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Lady in Red Planner
Hari Raya Pertama

Seawal pukul 4.00 pagi saya bangun menyiapkan segala pakaian dan barang-barang yang akan dibawa ke kampung.  Lemang dan rendang serta kuih-muih pun dah ready. Kena sediakan lebih awal untuk elak tertinggal, tapi walau dah ready awal tetap ada juga barang yang tertinggal, camne tu?

Kami bertolak ke kampung di Muar, Johor selepas solat Hari Raya. My husband teringin solat di Masjid Sheikh Haji Ahmad memandangkan tahun ini merupakan tahun pertama masjid ini mula beroperasi sejak dirasmikan awal tahun ini.

Oh ya setakat ini kami tak ada masalah bergaduh balik ke rumah siapa terlebih dahulu sebab rumah ibubapa saya dengan rumah mertua hanya selang 2 buah rumah sahaja.. So boleh balik hari berulang ikut suka, hehehe

Masjid Sheikh Haji Ahmad, Bandar Sri Sendayan
Masjid Sheikh Haji Ahmad, Bandar Sri Sendayan

Lebih kurang pukul 11.30 pagi tiba di kampung. Raya tahun ni saya ke rumah mertua terlebih dahulu. Saya bawa lemang, rendang dan brownies sebagai buah tangan.

Selepas bermaaf-maafan dan sesi bergambar selesai, saya memulakan perjalanan berkunjung ke rumah makcik kedua-dua belah pihak memandangkan datuk dan nenek sudah lama meninggal dunia. Rumah terakhir pada hari raya pertama ialah rumah saya. Dalam pukul 4.30 petang saya sampai di rumah ibubapa saya.


Hari Raya Kedua

Sudah menjadi tradisi masyarakat di kampung saya mengadakan marhaban iaitu kumpulan masyarakat berkunjung dari rumah ke rumah dengan membaca doa serta memohon keberkatan ke atas seisi rumah tersebut di samping memuji kebesaran Allah swt dan Rasulullah saw.

Marhaban di kampung saya diadakan pada Hari Raya Kedua dan majoriti akan mengambil bahagian tak kiralah tinggal di taman perumahan atau kawasan kampung. Lazimnya ahli keluarga lelaki akan menyertai kumpulan marhaban. Tahun ini rumah ibubapa saya merupakan rumah pertama kunjungan kumpulan marhaban. Kami menyediakan karipap daging dan keladi goreng untuk menjamu kumpulan marhaban ini.

Pagi hari raya kedua hujan turun agak lebat dan berhenti-henti namun ianya tak membantutkan kumpulan marhaban ini menghabiskan kunjungan mereka sebanyak lebih kurang 35 buah rumah setiap satu kumpulan.

Malam hari pula saya bersama ipar-duai sebelah suami berhari raya di sekitar bandar Muar.

Hari Raya Ketiga

Setelah bersarapan sekitar jam 10.00 pagi saya berkemas untuk pulang ke Seremban.
Begituah rutin Hari Raya saya setiap tahun, sama seperti tahun-tahun sebelum cuma usia sahaja berubah..

Bagaimana pun dengan Hari Raya anda? Balik kampung di mana? Setiap kali saya browse Facebook dan Instagram nampak kemeriahan masing-masing menyambut Hari Raya.. Fesyen baju raya tak boleh kata, macam-macam warna tapi yang pasti semua nampak cantik dan gembira..

Sebut tentang baju raya tahun ini saya mengenakan warna biru gelap.. Saya rasa raya tahun ini banyak warna purple dan dark blue selain hijau gelap.. Setuju tak? Apa pula warna baju raya anda?

So jangan lupa kongsi cerita di ruang komen.. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. Maaf Zahir & Batin andai ada salah dan silap..

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya. Thank you for reading..



Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...