Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Semoga semua pembaca blog ini sihat hendaknya.. Hari ini saya cuti sebab ada urusan yang perlu diselesaikan.. Jadi di kesempatan ini saya mengambil peluang untuk berkongsi satu lagi kes jenayah yang berlaku untuk dijadikan ikhtibar kepada kita semua.. 

Kali ini kes keldai dadah atau drug trafficking.. Saya ketengahkan kes jenayah ini kerana ada antara rakan bloggers saya travelers atau bekerja yang sering ke luar negara. Saya tak mahu perkara begini terjadi kepada mereka kerana kebanyakkan mangsa mengatakan bahawa mereka tak tahu diperalatkan sebagai keldai dadah.. So mereka yang sering ke luar negara kena alert dengan kes begini dan bagaimana ianya boleh memerangkap si pembawa.. Adakah mengatakan "tak tahu" boleh terlepas dari hukuman? Bagaimanakah kes seperti ini boleh berlaku dan bagaimana pula perbicaraan dari sudut undang-undang? 

Jom kita baca kisah selanjutnya..

Kes Jenayah : Keldai Dadah or Drug Trafficking
LATARBELAKANG KES

Perayu (pesalah), seorang wanita telah pada 21.06.2013 lebih kurang pukul 11.00 pagi, di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ("LTAL") telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu methamphetamine seberat 2,097.2 gram dan dengan itu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya ("ADB") 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama.

KES PENDAKWAAN

Perayu ialah penumpang pesawat yang baru tiba di LTAL melalui penerbangan dari New Delhi, India dan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur. Selepas melepasi pemeriksaan kastam di Balai Ketibaan LTAL, perayu telah meletakkan beg galas yang dibawanya ke atas mesin pengimbas dan pegawai kastam bertugas ketika itu, Ali (bukan nama sebenar) mengesan imej yang mencurigakan. Ali mengarahkan perayu mengosongkan beg tersebut dan hasil imbasan ke atas beg yang dikosongkan itu masih menunjukkan wujudnya imej yang sama. Ali memaklumkan perkara tersebut kepada pegawai kastam dari Bahagian Penguatkuasaan, Siva (bukan nama sebenar).

Hasil pemeriksaan fizikal ke atas beg, Siva mengesan satu ruang tersembunyi yang ditutup dengan jahitan. Siva membuka ruang jahitan tersebut dengan menggunakan pisau dan menjumpai satu bungkusan aluminium yang di dalamnya berisi hablur kristal disyaki dadah. Siva kemudiannya mengalihkan hablur kristal tersebut ke dalam 4 plastik lut sinar yang berasingan.

Keterangan ahli kimia, Faezah (bukan nama sebenar), mengesahkan bahawa hablur kristal tersebut mengandungi dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 2,097.2 gram. Methamphetamine tersenarai dalam Jadual Pertama ADB 1952.

PEMBELAAN PERAYU

Perayu menyatakan dia bekerja dengan seorang majikan bernama "Watty" (bukan nama sebenar) di mana tugasnya adalah untuk membawa dan menyerahkan barangan kepada pelanggan Watty. Pada 17.6.2013, Perayu dan Watty telah pergi ke New Delhi, India atas urusan pekerjaan. Pada 21.6.2013, Perayu kemudiannya telah diarahkan oleh Watty untuk pergi ke Langkawi, Malaysia bagi menyerahkan barangan berupa kain sari kepada seorang pelanggan Watty bernama Dina (bukan nama sebenar).

Sebelum ke lapangan terbang New Delhi untuk ke Langkawi, Watty telah membawa Perayu berjumpa dengan seorang lelaki Afrika berhampiran hotel untuk mengambil sari. Lelaki Afrika tersebut telah mengeluarkan pakaian-pakaian Perayu dari beg asal milik Perayu dan memasukkannya ke dalam bag pack yang dibawa oleh lelaki Afrika tersebut. Beg asal Perayu kemudiannya dibuang oleh Watty. Perayu seterusnya ke lapangan terbang dan menaiki pesawat dari New Delhi ke Kuala Lumpur ke Langkawi.

Selepas ditahan oleh pegawai-pegawai kastam di LTAL, perayu telah menerima panggilan telefon daripada Dina tetapi Perayu tidak dibenarkan untuk menjawab panggilan tersebut. Seorang anggota polis Indonesia di Jakarta Timor dan seorang anggota polis Republik Indonesia di Pulau Pinang menyatakan bahawa Watty bukanlah karakter rekaan Perayu tetapi adalah individu yang benar-benar wujud dan merupakan seorang pengedar dadah yang berjaya ditangkap di Indonesia oleh pihak polis Republik Indonesia.

Menurut kedua-dua polis Indonesia tersebut, Watty telah membuat pengakuan bahawa "barang" di dalam beg yang dibawa oleh Perayu adalah miliknya. Perayu tidak mengetahui kandungan sebenar beg yang dibawanya dan Perayu telah diberitahu bahawa beg tersebut hanya mengandungi kain sari untuk diberikan kepada Dina.

Pengakuan Watty telah dirakam melalui telefon bimbit dan rakaman tersebut telah dihantar oleh polis Indonesia melalui applikasi WhatsApp. Polis Indonesia tersebut kemudiaannya memindahkan rakamana video tersebut dari telefon bimbit ke komputer dan dari komputer ke compact disk.
 
FINDINGS HAKIM TERHADAP PEMBELAAN PERAYU

Hakim menolak pembelaan Perayu sebagai "pembawa ikhlas" (innocent carrier") berdasarkan doktrin "wilful blindness" dan pengakuan Watty sebagai pengedar dadah yang sebenar adalah keterangan "hearsay" yang tidak boleh diterima sebagai keterangan kerana pembelaan gagal memanggil Watty sebagai saksi untuk memberi keterangan.

Menurut YA Hakim, dalam kes ini Perayu bukanlah innocent carrier terhadap dadah di dalam beg tersebut. Bedasarkan keterangan pembelaan sendiri dan keadaan kes ini, Perayu sepatutnya mempunyai rasa syak ke atas kandungan di dalam beg tersebut dan seterusnya memeriksa beg tersebut. Kenapa perlu barang-barang Perayu dimasukkan ke dalam beg yang baru diberikan tersebut sedangkan barang yang diberikan hanya sedikit sahaja. Ini ditambah lagi keterangan Perayu sendiri bahawa Watty telah membuang beg yang dibawa oleh Perayu. Dalam keadaan ini secara munasabah Perayu tentu akan rasa syak tentang apa sebenarnya yang dibawa dalam beg tersebut dan seharusnya dia memeriksa beg itu. Perayu mempunyai peluang untuk memeriksa beg yang dibawanya kerana dia mempunyai masa dan peluang yang mencukupi. 
 
KESIMPULAN

Mengambil pendekatan dari sudut undang-undang seperti yang dinyatakan di atas, maka adalah sesuatu yang amat tidak munsabah dan tidak boleh diterima sebagai benar bahawa beg yang dibawa hanya mengandungi pakaian sari apatah lagi dalam kandungan beg tersebut diberikan oleh orang lain (seorang Afrika yang tidak dikenali) dengan begnya sendiri dibuang dan semua perbuatan tersebut dilakukan oleh Perayu hanya di atas alasan mematuhi arahan majikan.

"If a person deliberately 'shuts his eyes' to the obvious because he 'doesn't want to know', he is 'taken to know'.

KEPUTUSAN KES

Akhirnya, pertuduhan terhadap Perayu telah dibuktikan melampaui keraguan munasabah dan Parayu telah disabitkan hukuman mati mandatori oleh Mahkamah Rayuan (Putrajaya) pada 16.5.2018 lalu.

Begitulah kisah yang berlaku.. Semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita semua.. Sentiasa berwaspada dan jangan mudah meletakkan kepercayaan kepada orang lain lebih-lebih lagi kepada orang yang tidak dikenali.



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeeee..


Regards,