TO OVERTHINKING PERSON | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. First of all mengapa post ini ditulis? Post ini ditujukan kepada mereka yang mengalami masalah overthinking atau berfikir secara berlebihan.. Frankly speaking saya pernah mengalami fasa ini sekitar tahun 2000 ketika bekerja dengan majikan lama. Ianya berpunca dari beban kerja yang terlalu banyak hingga tiada masa untuk diri sendiri. Paling teruk sampai tak boleh tidur malam kerana memikirkan pelbagai perkara meskipun ia belum lagi terjadi. Berfikir secara berlebihan sebenarnya boleh mengganggu kualiti hidup.. Overthinking juga boleh menyebabkan anxiety.
Finally selepas tukar tempat kerja baru dan belajar menangani masalah ini melalui pembacaan, alhamdulillah saya lebih bersemangat dan berada di mana saya berada sekarang..
Think positif |
Oleh itu, suka saya berkongsi di sini cara untuk menangani masalah overthinking:
1. Berhenti bimbang tentang perkara yang anda tidak boleh ubah.
2. Kurangkan sikap ingin tahu yang tiada kaitan dengan diri kita.
3. Mudah memaafkan orang, ianya dapat memberi anda perasaan tenteram, tenang dan gembira.
4. Jangan biarkan kenangan masa lalu yang menyakitkan hati anda terus mengganggu hidup. Sebaliknya, move on dan focus pada masa kini untuk mengelakkan perkara tersebut berulang.
5. Buatlah sesuatu yang menggembirakan anda
6. Buat dan yakin dengan keputusan sendiri.
7. Jangan takut untuk buat kesilapan, that's okay. Anda manusia biasa, namun belajar dari kesilapan tersebut.
8. Kadang-kadang andaian anda salah jadi jangan kerap membuat andaian ianya akan membuat anda stress.
9. Biarkan otak anda berehat, kesihatan anda adalah kehidupan anda.
10. Berfikir perkara remeh-temeh adalah penyakit.
11. Berfikir berlebihan mengenai perkara yang sama akan menyebabkan anda lebih menderita dua kali ganda.
MOTIVATION QUOTES TENTANG OVERTHINKING
1. Your focus determines your reality.” – Qui-Gon Jinn
2. Worrying is like paying a debt you don’t owe.” – Mark Twain
3. “If you want to live a happy life, tie it to a goal, not to people or things.” – Albert Einstein
4. “The more you overthink the less you will understand.” – Habeeb Akande
5. “There is nothing either good or bad but thinking makes it so.” – William Shakespeare
6. “The sharpest minds often ruin their lives by overthinking the next step, while the dull win the race with eyes closed.” – Bethany Brookbank
Akhir kata, tak perlu terlalu memikirkan tentang apa yang akan berlaku esok. Ianya di luar kawalan kita. Fokus pada perkara yang kita boleh kawal. Kekal positif. Enjoy today. Doa yang baik-baik untuk hari mendatang, semoga yang baik juga akan datang kepada kita.
Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day!
Regards,