Hujung minggu kali ini saya isi dengan membuat terrarium plants terdiri dari pokok cactus.. Dah lama saya
rancang projek indoor plants dan terrarium project ni tapi baru hari ini dapat direalisasi, alhamdulillah..
Al-kisah kunjungan saya ke Cameron Highlands awal bulan ini selain membawa turun
pokok roses saya juga berjaya membawa turun beberapa pokok cactus untuk projek terrarium merangkap indoor plants project. Saya bercadang untuk memperbanyakkan lagi koleksi tanaman hiasan dalam rumah or indoor plants decoration memandangkan ianya baik untuk kesihatan kerana tanaman hiasan dalam rumah mampu membersihkan udara dari toxins.
|
Indoor plants |
ADAKAH TANAMAN HIASAN DALAM RUMAH MAMPU MEMBERSIHKAN UDARA?
Umum mengetahui bahawa indoor plants atau tanaman hiasan dalam rumah sangat baik untuk meneutralkan toxic dalam rumah. Kajian dibuat oleh para saintis NASA di John C. Stennis Space Center pada tahun 1980 membuktikan bahawa houseplants boleh menyingkirkan atau mengurangkan formaldehyde yang terperangkap di ruang tertutup.
Beberapa tahun kemudian beberapa penyelidikan dibuat membuktikan tanaman hiasan dalam rumah membantu menyingkirkan toxins seperti benzene, trinchloroethylene selain formaldehyde yang saya nyatakan tadi. Kesemua toxins ini dikategorikan sebagai VOCs iaitu Volatile Organic Compounds yang terhasil daripada gas dalam udara yang terdapat di rumah. Gas beracun ini dihasilkan oleh bahan kimia perabot, carpets, bahan binaan rumah dan lain-lain.
You'll never see these things happening. Begitu juga dengan proses pembersihan udara dari tanaman hiasan dalam rumah yang tidak boleh dilihat dari mata kasar tetapi proses ini berlaku setiap hari tanpa kita sedari..
Saya pernah kongsi inspirasi tanaman hiasan dalaman blog sebelum ini.. Boleh click di sini ->
inspiration indoor plants.
|
Cute indoor plants |
Jom saya bawa pembaca 'bersiar-siar' sebentar melihat koleksi kaktus di Cactus Point, Cameron Highlands :
|
Cactus Point, Cameron Highlands |
|
Cactus Point, Cameron Highlands |
|
Kaktus di Cactus Point, Cameron Highlands |
Geram tengok pelbagai jenis kaktus sihat di sini..
PROJEK TERRARIUM KAKTUS
Okay tak mahu cerita panjang, maka bermulalah proses mengalihkan pokok-pokok kaktus ke dalam pasu.
|
Pelbagai jenis kaktus di Cactus Point, Cameron Highlands |
Pasu ini juga saya beli di Cactus Point Cameron Highlands berharga RM14.00 sahaja.. Saya suka pasu ini sebab ada tulisan Cameron Highlands engrave di pasu ini.. Ianya akan menjadi kenangan..
|
Pasu di Cactus Point, Cameron Highlands |
Seterusnya, susun kaktus tersebut mengikut creativity masing-masing.. Inilah hasil creativity saya.. Saya suka terrarium kaktus ini kerana ianya memberikan seri pada ruang selain sejuk mata memandang..
|
My terrarium cactus |
Saya guna tanah asal dari pasu dan tambah sedikit tanah baru.. Saya letak di tepi sliding door supaya tanaman kaktus ini mendapat cahaya matahari yang cukup.
Related post : Inspirasi Tanaman Hiasan Dalam Rumah
Untuk mendapatkan tanaman hiasan dalam rumah yang subur dan sihat, kita perlu tahu dan memilih tumbuh-tumbuhan mengikut keperluan cahaya matahari. Terdapat sesetengah tumbuh-tumbuhan memerlukan jumlah cahaya matahari yang banyak dan sebaliknya. Suhu, kelembapan, jumlah cahaya bagi setiap tumbuh-tumbuhan adalah berbeza.
Begitu juga dengan penyiraman.. Kebanyakkan tumbuhan hiasan dalam rumah tidak memerlukan air yang banyak, penyiraman hendaklah seimbang memadai hanya melembabkan tanah jangan over watering. Begitulah sedikit sebanyak pengetahuan tentang tanaman hiasan dalam rumah berdasarkan pembacaan saya. Saya akan kongsi beberapa jenis tanaman hiasan dalam rumah lain seperti spider plant, mother-in-law's tongue plant dalam post akan datang.. Tunggu tanaman-tanaman itu membesar terlebih dahulu sebelum saya post dalam entry di blog ini..
Jika ada antara pembaca yang ingin berkongsi pengetahuan dan info, sila nyatakan di ruangan komen di bawah.. Saya amat mengalu-alukan komen anda.
Setakat ini sahaja perkongsian saya..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Regards,