Sekitar Karnival EPL S2FC - Grassroot Football Academy

SEKITAR KARNIVAL EPL S2FC - Grassroot Football Academy | Al-kisah anak bujang saya suka dengan bola sepak.. Tak tahu dari mana datang minat dengan bola sepak kerana tiada seorang pun dalam keluarga saya atau husband minat dengan sukan ini.. Secara kebetulan keputusan peperiksaannya tahun lalu agak cemerlang jadi saya bersetuju untuk memenuhi permintaannya menyertai kelab bolasepak S2FC - Grassroot Football Academy..

"Kelab ini ditubuhkan pada 06 Mac 2016 dan berpusat di Seremban 2. Dinaungi oleh pasangan kembar Aidil Zafuan Abd Radzak & Zaquan Adha Abd Radzak. Tahun ini merupakan tahun ke 3 penubuhan dan pada waktu ini mempunyai lebih kurang 120 pelatih berdaftar."

Karnival EPL S2FC

Pada 24.03.2019 lalu, S2FC telah mengadakan karnival sempena menyambut ulangtahun ke-3 penubuhan kelab tersebut. Sambutan agak meriah dihadiri ibubapa dan penganjur kelab. Tema karnival tahun ini Liga Perdana Inggeris (EPL) di mana setiap pemain dibahagikan kepada 4 kumpulan  iaitu Manchester United, Manchester City, Liverpool dan Chelsea.

Karnival EPL S2FC - Manchester City

Anak saya dalam kumpulan Manchester City diketuai oleh En. Shafiq selaku Pengurus Kelab. Pengurus Kelab dipilih oleh pihak pengurusan dari kalangan ibubapa pemain. 


Kumpulan Manchester City - Karnival EPL S2FC
Seawal pukul 8.00 pagi para pemain dikehendaki hadir ke padang. Taklimat ringkas diberikan oleh Tuan Presiden Kelab merangkap abang kepada Aidil Zafuan Abd Radzak & Zaquan Adha Abd Radzak. Malangnya pasangan kembar tak dapat hadir disebabkan jadual latihan yang padat.

Tuan Presiden Kelab S2FC
Para pemain Kelab S2FC
Pemain Kelab S2FC

Taklimat sebelum acara bermula

Majlis dirasmikan oleh YB kawasan dengan membuat sepakan ke gawang gol sebagai simbolik perasmian karnival ini.

Sepakan Perasmian Karnival S2FC

Kemeriahan karnival semakin terasa apabila ibubapa turut sama memberi sambutan pada hari tersebut.. Persaingan sengit antara 4 kumpulan akhirnya berakhir pada pukul 1.00 petang..


Majlis penyampaian hadiah

Kedudukan setiap kumpulan seperti berikut :

Pertama : Chelsea
Kedua : Manchester United
Ketiga : Livepool
Keempat : Manchester City

Majlis Penyampaian Hadiah
Majlis penyampaian hadiah dan pingat karnival
Walaupun sekadar memenangi tempat ke-4 namun semangat yang ditunjukkan oleh setiap pemain harus dipuji.. Masalah skill masih boleh diperbaiki..


Pemain Manchester City S2FC EPL Carnival
Alasan panas terik tapi sebenarnya tak puas hati, huhuu..

Barisan Pengurusan S3FC dan Pengurus Kelab

Ini adalah barisan penganjur dan pengurusan kelab S2FC.. Overall terima kasih kerana menganjurkan karnival ini.. Ianya sedikit sebanyak mencapai objective sebagai paltform suai-kenal antara pihak pengurusan dan ibubapa pemain..

Kepada yang berminat, sila ke Fb Page -> S2FC - Grassroot Football Academy untuk gambar, aktiviti dan keterangan lanjut mengenai Kelab Bola Sepak ini..


Begitulah perkongsian saya kali ini.. Perkongsian melayan minat dan mengasah bakat anak..
By the way thank you for reading..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,


Penghargaan Kepada Rakan Blogger Shikin Razali

PENGHARGAAN KEPADA RAKAN BLOGGER SHIKIN RAZALI | Dua minggu lalu saya terima pink parcel yang tak disangka-sangka, ada tulisan "SENDING LOVE to your doorstep".. Loves membuak-buak keluar dari kotak.. Alangkah berbunga-bunga hati ini.. Siapakah si Pengirim parcel ini? Bila saya belek butir-butir si Pengirim, barulah saya tahu parcel ini daripada rakan blogger bernama Shikin Razali.. Perasaan tak sabar ingin tahu apakah isi pink parcel ini?

Pink parcel
Al-kisah dalam bulan lalu saya terpilih antara 3 Commentators Bertuah dalam jurnal beliau. Alhamdulillah rezeki tak diduga..

Passport cover with message
Bukan itu sahaja saya juga pernah mengisi ruang Sahabat Blogger Pilihan Starlavenderluna pada bulan Januari 2019. [CLICK HERE] untuk baca article di blog Shikin mengenai Sahabat Blogger Pilihan Starlavenderluna yang saya maksudkan.

Lilac passport cover
Siapa tak suka hadiah lebih-lebih lagi dalam keadaan surprise kannn? Frankly speaking memang gembira sungguh di hati ini.. Hadiah misteri dari Shikin merupakan custom made passport cover yang sangat cantik berwarna lilac.

Name embossed on it
 A very nice gift with my name embossed on the front cover.

Saffiano cover
 Passport cover seperti saffiano leather memang kena dengan taste saya..


Feel free to visit Jurnal Shikin Razali - click this photo
Apa yang ingin saya kongsi di sini bukan hadiah semata-mata tetapi keikhlasan yang dapat saya rasai dari Shikin. Walaupun hanya kenal di alam maya tapi ukhuwah yang terjalin sangat istimewa. Shikin suka menyertai Segmen & Giveaway anjuran rakan bloggers tanda sokongan kepada mereka. Bukan itu sahaja, tapi dengan sukarela Shikin mengadakan satu ruang khas di blognya yang diberi nama Sahabat Blogger Pilihan Starlavenderluna semata-mata menyuarakan pendapat ikhlas mengenai persahabatan yang terjalin antara mereka.

Pembaca nilai sendiri, bukan mudah memilih, mengulas dan memberikan pendapat ikhlas kepada rakan bloggers.. selain itu beliau memilih top commentators blog beliau dengan memberi hadiah kepada bloggers bertuah setiap bulan. Ianya memerlukan commitment yang  tinggi tapi itulah yang Shikin lakukan tanda sokongan kepada rakan bloggers.


Berikut petikan dari entry Shikin ketika saya dipilih menjadi Sahabat Blogger Pilihan Starlavenderluna bulan January 2019 lalu.  

"Kepada Kak LZ, saya nak berterima kasih pada akak kerana masih lagi sudi untuk menjadi rakan maya saya walaupun jarak kita tak jauh mana pun, hihihi.. Apapun saya amat bertuah berkenalan dengan akak yang baik dan selalu supportive pada saya.. Terima kasih jugak kerana selalu singgah di jurnal saya dan selalu berikan komen yang membina, dan saya nak mintak maaf kerana saya jarang berikan komen kat blog akak tapi saya memang jadi silent reader yang tegar untuk blog akak.. Semoga persahabatan kita akan berkekalan hingga ke akhirnya dan diberkati oleh Allah.. Saya doakan akak sekeluarga diberkati dan dirahmati dan selamat dunia akhirat.."  

On top of that, apa yang Shikin kata dikota.. Sikap seperti ini harus kita contohi.. Jangan janji tinggal janji.. Harus diingat apabila kita berjanji, orang ingat dan tuntut hak mereka. Sekali terkena memang tiada peluang seterusnya. Kita tak mahu perkara seperti itu berlaku..

Akhir kata, terima kasih kepada saudari Shikin Razali dan rakan bloggers yang mempunyai semangat dan ikhlas dalam menjalinkan ukhuwah antara kita. Semoga persahabatan kita berkekalan dan sentiasa tersemat dalam ingatan.. Teruskan sokongan anda..

Jangan lupa singgah blog Shikin iaitu Jurnal Shikin Razali..


 Siapa antara pembaca kenal Shikin, sila tinggalkan komen dan pendapat ikhlas anda mengenai beliau. Selain itu saya juga ingin pendapat dari pembaca mengenai ukhuwah atau persahabatan yang anda dapat melalui blogging. Tinggalkan di ruang komen di bawah. Pendapat dan komen anda sangat saya hargai.. Thank you in advance..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...


Regards,


Mencuba Produk Wardah Beauty Cosmetics

MENCUBA PRODUK WARDAH BEAUTY COSMETICS | First of all, ini bukan iklan berbayar.. Ianya sekadar perkongsian saya menggunakan produk Wardah Beauty Cosmetics buat pertama kali.. Al-kisah secara tak sengaja saya belek Instagram Ayana Jihye Moon @xolovelyayana.. Saya mengikuti kisah Ayana iaitu seorang warga Korea muallaf.. Selain itu saya suka tengok wajah Ayana yang sangat cantik, putih mulus secara langsung membuatkan saya terus minat mengikuti perkembangan beliau. Ayana merupakan duta produk kecantikan Wardah.

Oleh kerana saya meminati Ayana saya pun tergerak hati untuk mencuba produk Wardah ini.. Kebetulan juga saya suka dengan produk kecantikan.. 

Credit to @wardahbeauty
 Wardah cosmetic berasal dari Indonesia berkonsepkan HALAL product.. For my non-Muslim readers, HALAL or spelled Hallal or Halaal is an Arabic word refers to what is permissible or lawful in Islamic law. Jadi gunakan Wardah cosmetics ini tanpa was-was.. Selain Halal, saya lebih yakin memilih produk Wardah kerana ia serap air. Warna packaging Wardah juga cantik hingga menarik perhatin saya.. 

Wardah Cosmetics

 So pada Jumaat lalu, saya sempat ke Watsons untuk membelek-belek produk Wardah sepuas-puasnya.. Al-maklum lunch hour panjang jadi ada baki untuk pusing mall, hehehehe.. 


Wardah Cosmetics from Indonesia
Untuk pengetahuan, Wardah Beauty Cosmetics terdiri dari rangkaian penjagaan wajah, penjagaan badan, makeup dan produk rawatan rambut. 


Wardah Lightening Two Way Cake
 Bukan sekadar makeup, terdapat juga rangkaian produk rawatan wajah dalam set acne series.


Wardah lipsticks and lipcream
Wardah liquid foundation and 2 way cake
Wardah Lip Pallets
Here are some of the Wardah Beauty cosmetics that I purchased last Friday.. Untuk percubaan pertama, saya beli exclusive liquid foundation, lightening two way cake and 2 intense matte lipsticks.

Wardah exclusive liquid foundation SPF 30, Wardah Lightening Two Way Cake and Wardah Intense Matte Lipsticks

WARDAH EXCLUSIVE LIQUID FOUNDATION SPF 30

Wardah exclusive liquid foundation SPF 30
 Bedak asas Wardah atau liquid foundation ini cair dengan tekstur lembut yang diperkaya dengan pelembab mengandungi SPF 30, ianya dapat menutup ketidaksempurnaan kulit wajah. Tekstur foundation ringan dan mudah digunakan. Mampu menghasilkan kulit wajah nampak flawless, halus dan lembut. Makeup pun nampak natural dan tahan lama.


WARDAH LIGHTENING TWO WAY CAKE

Wardah Lightening Two Way Cake SPF 15
 Produk kedua iaitu bedak compact yang dikenali sebagai lightening two way cake dengan inovasi skin lightening system.. Canggih tak? Two way cake ini mengandungi bedak dengan foundation yang mengandungi micro-bright formula membantu mencerahkan serta membuat kulit wajah terasa lebih halus sekaligus.

Memang sesuai dengan kulit muka saya yang agak kasar dan banyak parut jerawat, huhuhu bertabahlah.. Bila pakai bedak ini saya nampak warna kulit wajah saya sekata, parut atau cela bekas jerawat dan pori-pori pada wajah nampak samar di samping menutup garis halus pada wajah.. Al-maklum semakin berusia, semakin banyak garis-garis halus pada wajah.. Selain itu ianya juga dapat mencerahkan wajah.

Bukan itu sahaja, the best part saya suka bila bedak ini mampu mengawal kilat pada muka akibat minyak berlebihan.. So no more shining sebab muka berminyak. Saya juga terdedah dengan sinaran matahari disebabkan aktiviti mengambil anak pulang dari sekolah di tengah hari.. Jadi sekarang tak perlu risau dengan sinaran UV kerana bedak ini juga melindungi kulit dari sinar UV A dan UV B.. Excellent! 

Wardah exclusive liquid foundation and Wardah lightening two way cake

WARDAH INTENSE MATTE LIPSTICK

Wardah Mauve Mellow and Passionate Pink lipsticks
 Produk ketiga iaitu Wardah Intense Matte Lipstick.. Siapa kenal saya memang tahu saya ni suka kumpul lipstick.. Kali ini saya beli 2 jenis warna iaitu mauve mellow dan passionate pink yang sesuai dengan warna kulit saya. So far saya puas hati apabila menggunakan produk Wardah cosmetics ini.. Memang serasi dengan kulit wajah saya dan memenuhi keperluan saya.. Berkenaan dengan harga, jangan risau ianya harga mampu milik.. Affordable price too.. 

Related post : WHAT'S IN MY BAG?

Sekian, sahaja perkongsian saya mengenai product Wardah Cosmetics yang kini menjadi sebahagian koleksi makeup saya.. Sesiapa yang masih tercari-cari produk penjagaan wajah yang sesuai mungkin boleh cuba produk Wardah ini.. Bear in mind, setiap produk cosmetic menghasilkan keserasian yang berbeza pada setiap individu.. Saya serasi tapi belum tentu sesuai dengan anda.. Oleh itu cuba sendiri untuk mengetahui keserasian masing-masing.. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai produk Wardah Beauty Cosmetics ini, sila click -> WARDAH BEAUTY

Bagaimana pula dengan anda? Pernahkah pembaca tahu atau mungkin pengguna Wardah cosmetics juga? Apa pun sila kongsi pendapat atau pengalaman anda di ruangan komen..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,


Giveaway : Road to 8 Million Pageview

Giveaway :: Road to 8 Million Pageview | Entry kali ini saya mengambil kesempatan sertai segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger lebih mesra dikenali sebagai Ibu Dilah via her blog Ceritera Ibu. Menurut Ibu Dilah pageview blog beliau hampir mencecah 8 juta pengunjung.. Wow satu pencapaian yang sangat membanggakan..  

Giveaway: Road to 8 Million Pageview
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1) Wajib follow blog ini www.ceriteraibu.com
2) Wajib follow IG : afdilah17 dan gajet_ibu_moden
3) Wajib like/follow facebook : norafdilahlias , ceriteraibudotcom & GajetIbuModen 
4) Buat 1 entry bertajuk “Giveaway Road to 8 Million Pageview” dan backlink banner DI SINI.
5) Tinggalkan komen dan link entry korang di ruangan komen di bawah..

Penyertaan segmen ini terlalu mudah..
Untuk makluman pembaca yang ingin sertai giveaway ini, Ibu Dilah akan memilih 10 blog untuk diletakkan dalam bloglist beliau dan 2 hadiah misteri akan diberikan kepada 2 orang peserta bertuah..

HADIAH GIVEAWAY

Sila rujuk DI SINI untuk maklumat lanjut mengenai hadiah yang ditawarkan oleh Ibu Dilah.



TEMPOH GIVEAWAY

Giveaway berlangsung dari 12.03.2019 hingga 12.04.2019
Sesiapa yang berminat boleh sertai segmen ini. Jangan tunggu lagi show her your support!

Okay setakat ini sahaja perkongsian saya..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Kisah Benar : Terima Mesej Telegram Nama Arwah

TERIMA MESEJ TELEGRAM NAMA ARWAH | Tak tahu macam mana ingin mulakan entry ini.. Berdebar dan masih menjadi persoalan dalam fikiran sehingga kini.. Al-kisah tengah malam tadi sedang browse Instagram tiba-tiba saya terima mesej masuk melalui apps Telegram.. TING! Bunyi mesej masuk sangat kuat tepat jam 12.58 malam.. Di screen phone terpapar notification, mesej diterima dari "ARIFF DELIA". Nama itu sangat familiar dan tersenarai dalam contact saya sejak sekian lama tetapi tuan punya nombor tersebut telah meninggal dunia pada tahun 2013..  

Telegram notification message
  Sejurus selepas mesej diterima, saya rasa berdebar, serius terkejut! Cukuplah saya baca notification itu, terus letak phone di sisi katil dalam sleep mode..

Sambil lelap mata, saya membuat andaian tentu waris arwah mengaktifkan telefon bimbitnya.. Tapi kenapa setelah 6 tahun berlalu? Arghhh malas fikir, mulut kumat-kamit baca surah-surah penting hingga lena..

Pagi ini seawal 5.51 pagi saya memberanikan diri untuk buka mesej yang diterima.. Sebelum itu screenshot dulu.. Hati saya berdebar, masih terkejut.. Persoalannya apakah yang terkandung dalam mesej itu?

Telegram mesej
Syukur, apabila mesej dibuka status mesej sekadar 'Unread Messages'..
Takde mesej yang 'tidak diingini'.. Tapi mengapa baru sekarang joined Telegram?
Biarlah persoalan ini menjadi tanda-tanya..Takde maknanya saya akan call nombor arwah untuk mendapatkan jawapan..

Untuk pengetahuan, arwah adalah seorang peguam dan kami bekerjasama untuk kes-kes Mahkamah sebelum ini. Arwah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.. Berita kemalangan arwah tersebar di beberapa buah blog dan suratkhabar.. Berikut status Facebook saya bertarikh 5 Mei 2013 di samping keratan akhbar mengenai berita kematian arwah :

Keratan akhbar
 Sehingga kini fikiran masih tertanya-tanya siapakah yang menghantar mesej itu?.. Dalam masa yang sama saya masih membuat andaian mungkin waris arwah mengaktifkan telefon bimbitnya.. Selain itu, tak mahu membuat andaian yang bukan-bukan..

Akhir kata :

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
۞ بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞
 ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ۞
غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
امين

Ya Allah,  rahmatilah nya, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya,
 lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Al-Fatihah..    


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Menguji Tahap Kelajuan Blog

MENGUJI TAHAP KELAJUAN BLOG | Bila fikir tentang masalah teknikal blog memang saya stress, al-maklum saya kurang arif dalam bab-bab begini.. Apa yang saya tahu sign-up platform Blogger, masuk entry dan publish, bila bosan dengan template lama, tukar template dan adjust apa yang patut, itu sahaja.. Bab analyze dan check masalah blog lambat loading, SEO ready, etc bukan kepakaran saya.. Boleh kira  saya masih bertatih dalam menyelesaikan masalah tersebut.. 

Hal ini semakin serius bila saya cuba check kepantasan blog Lady In Red Planner ini.. 
Memadai hanya guna 2 website speed test untuk menentukan kelajuan blog iaitu GTmetrix dan Pingdom.. Maka ini hasilnya :

Keputusan website test speed :

GTmetrix 

Load Time : 12.6 sec
Repeat visit
Page speed : Unavailable

Keputusan website speed text melalui desktop sangat teruk, langsung tak boleh dijejaki... Optimization low.. 29/100.. Begitu teruk GTmertix carut blogku..
Mobile website speed test

Namun, agak membanggakan apabila keputusan paparan blog melalui mobile menunjukkan tahap page speed laju manakala opmization adalah Good..

Pingdom

Pingdom website speed test

Ini pula keputusan website speed test melalui Pingdom.. Performance grade D iaitu 61.. Kalau exam kira tak lulus dengan keputusan begini.. Load time sangat teruk iaitu memerlukan 36.94 saat.. 

Penilaian prestasi page seperti berikut, F lebih banyak dari A, huhuhu bertabahlah..

Pingdom Wesbite Speed Test Report

Prestasi teruk begini kadang-kala jika difikirkan sangat boleh buat mood blogging down.. Mujurlah tahap kesabaran dan semangat ingin tahu saya  tinggi.. Saya berjanji akan perbaiki mutu kepantasan blog saya.. Harap otai-otai bloggers atau adik-adik yang sangat bijaksana sudi membantu dengan beri tunjuk ajar..

 Bagaimana pula prestasi blog anda? Siapa antara pembaca terror dan boleh terjemahkan setiap laporan di atas di samping tunjuk ajar kaedah penambaikan, boleh kongsi di ruangan komen.. Pembaca lain juga boleh tukar-tukar pendapat.. Jangan lupa tinggalkan komen, so saya tahu kewujudan anda..




Thank you for reading.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...


Regards,

SHOPBACK Terbukti Mendapat Pulangan Tunai

SHOPBACK TERBUKTI MENDAPAT PULANGAN TUNAI | First of all, ini bukan entry berbayar tetapi lebih kepada perkongsian dari pengalaman sendiri untuk manfaat bersama.. Umum sedia maklum bahawa berbelanja dalam talian sudah menjadi trend kehidupan kita masa kini.. Tak perlu sebut orang lain, saya sendiri boleh dikatakan setiap bulan pasti membuat pembelian secara online.. Ini semua disebabkan kekangan masa jadi suka atau tidak terpaksa meletakkan kepercayaan kepada online shopping mall..

Okay, apa yang ingin saya kongsi di sini ialah applikasi ShopBack yang sepatutnya mesti ada dalam smartphone semua teutama kepada mereka yang suka membeli-belah dalam talian.. 

SHOPBACK

Untuk pengetahuan entry ini lanjutan dari entry saya sebelum ini iaitu BENARKAH SHOPBACK MEMBERI PULANGAN TUNAI? Ini pengalaman saya..
BENARKAH SHOPBACK MEMBERI PULANGAN TUNAI? INI PENGALAMAN SAYA..

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub
BENARKAH SHOPBACK MEMBERI PULANGAN TUNAI? INI PENGALAMAN SAYA..

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

Dalam entry tersebut, saya menerangkan secara terperinci bagaimana SHOPBACK apps ini membantu kita mendapat pulangan tunai atau cash back.. Frankly speaking, ini bukan perkongsian kosong atau semata-mata mempromosi SHOPBACK.. Ini berita benar.. Di sini saya kongsi bukti dari penggunaan SHOPBACK apps ini selama hampir 2 tahun di mana tahun pertama saya tak banyak buat pembelian..

SHOPBACK cash back

Sekitar akhir tahun 2018 dan awal tahun ini saya banyak melakukan pembelian dalam talian melalui LAZADA, Shopee, agoda.com, expedia dan ZALORA di mana masing-masing merupakan rakan dagang SHOPBACK..

SHOPBACK Report

Lihatlah cash back yang telah dan bakal saya terima.. So far saya telah membuat pengeluaran RM16.00.. Terbukti selain mendapat rebate di online shopping mall tersebut dapat juga cash back melalui SHOPBACK.. On top of that barang yang ditawarkan dalam talian jauh lebih murah dari pasaraya, ini pun satu penjimatan..

SHOPBACK activities

Overall, apa yang ingin saya sampaikan di sini bukan menunjuk cash back saya terima (dan tak seberapa) tetapi lebih kepada pengalaman membeli-belah di samping mendapat pulangan tunai, berapa kali mau ulang daaa.. Walaupun pulangan sedikit tapi lebih baik daripada kita lepaskan peluang dan tak dapat apa-apa.. So bila belanja kena pandai berjimat dan sangatlah beruntung jika dapat pulangan tunai.. So jangan tunggu lagi..

Sesiapa yang ingin menggunakan applikasi SHOPBACK boleh click gambar di bawah:


Join Here
Click here


Lepas sign-up baca dan fahamkan bagaimana apps SHOPBACK ini menjanjikan pulangan tunai..

Akhir kata, sesiapa antara pembaca pernah atau memang guna apps SHOPBACK ini boleh kongsi pengalaman anda di ruangan komen di bawah.. Tak kira pengalaman positif atau negative, kita sama-sama kongsi pendapat. Tak lupa juga saya ingin tahu pendapat pembaca lain.. Jangan lupa tinggalkan komen dan kongsi pendapat anda..




Untuk program side income lain boleh click DI SINI..
Semoga perkongsian hasil dari pengalaman saya ini dapat memberi manfaat bersama.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byee..

Regards,


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More