Birthday Surprise Bouquet, Pemberian Kecil Tapi Bermakna

BIRTHDAY SURPRISE BOUQUET, PEMBERIAN KECIL TAPI BERMAKNA | Al-kisah terlalu serabut dan sibuk dengan proses pindah rumah minggu lalu, saya seperti tak berpijak di bumi yang nyata.. Pagi ini baru teringat birthday adik bongsu dah berlalu semalam.. I can't believe I forgot my sister 's special day. I feel bad about it, tanpa berlengah terus capai phone dan wish her happy belated birthday..

Masih tetap rasa bersalah, so I decided to send her birthday surprise bouquet. Tapi masihkah ada yang sudi ambil order last minute dan hantar dalam hari yang sama before 4.30 p.m? Just tawakkal.. Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan.. Hasil pencarian, saya dapat khidmat surprise delivery dengan hanya sekali percubaan.

Surprise birthday delivery for my sister
Inilah feedback saya terima dari my adik bongsu :



Feedback
Saya kenang jasa adik bongsu ni, Allah takdirkan dia masih single (umur sekarang 34 tahun) untuk menjaga orang tua di kampung. Lately ayah saya tak sihat dan bermacam-macam ragam lagi dia perlu hadapi ditambah pula kerja hakiki sebagai Lecturer. Saya faham, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya tak dapat balik kampung sekerap mungkin. Adik bongsu ini harapan saya.

Walaupun begitu, kami adik-beradik sama-sama memenuhi kekurangan yang ada untuk saling bekerjasama. Bab tenaga, kewangan, perhatian dan keperluan dibahagi sama. Jadi tak hairanlah mengapa dia rasa terharu apabila mendapat penghargaan seperti itu, pemberian kecil bagi saya tapi bermakna untuk dia..



Doa saya kepada adik bongsu : Semoga diberikan kesihatan, kesabaran, dipermudahkan urusan, diluaskan pintu rezeki dan dilimpahi rahmat Illahi.. Semoga setiap kebaikan yang dilakukan mendapat redha dan balasan syurga, aamiin.

Setakat ini sahaja perkongsian saya Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Konsep Hiasan Dalaman Untuk Rumah Idaman

KONSEP HIASAN DALAMAN UNTUK RUMAH IDAMAN | Bermula dari masalah mendapatkan milikan kosong hingga sekarang masih lagi entry tentang rumah baru. Saya suka mengabadikan kisah ini sebagai kenangan untuk ingatan sepanjang zaman..

Okay, bila impian jadi kenyataan dan masuk rumah baru tentu kita pun berangan-angan untuk decorate rumah tu nanti ikut citarasa sendiri.. Banyak konsep hiasan dalaman sekarang ni tapi saya pilih konsep Scandinavian atau Nordic. Konsep ini modern, ringkas, minimalis, menggunakan material kayu dan rona warna putih atau pastel sebagai hiasan dalaman. Bak kata orang 'less is more', biar nampak ringkas dan kemas..

Gambar hiasan - ruang tamu

Dalam entry ini saya focus dengan konsep Scandanavian sebab lebih kurang sama dengan Nordic. Bagi merealisasikan konsep Scandinavian, saya perlu memastikan hiasan ruang utama terhad kepada barang yang diperlukan sahaja. Tak boleh sumbat semua barang sedia ada nanti lari dari konsep dah laa bukan sejenis professional dalam hiasan dalaman.

Gambar hiasan - ruang makan 

PILIHAN PERABOT & LAMPU

Selain itu, kedudukan susunatur perabot juga penting supaya ruang tersebut nampak menarik walau hanya menggunakan sedikit perabot. Konsep Scandinavian juga menggunakan pilihan perabot kayu yang tak sarat dengan ukiran atau material kain bercorak memadai warna lembut dan plain. Mana saya cari perabot? Pilihan saya sudah tentu di Ikea..

Begitu juga dengan pencahayaan.. Penggunaan langsir juga perlu ringkas dan tidak beropol-ropol.. Pilihan lampu juga memainkan peranan penting untuk melengkapkan lagi konsep ini. Saya pilih lampu corak geometri.

Gambar hiasan - kitchen 

Walaupun konsep warna putih tetapi tak salah jika kita selitkan warna pastel lain seperti kuning, merah jambu, biru, hijau selain hitam-putih. Kelihatan lebih menarik dan ceria.



POKOK HIASAN

Saya juga akan meletakkan pokok hiasan dalam pasu yang mudah dijaga bagi melengkapkan lagi konsep Scandinavian ini selain sumber oksigen untuk seisi rumah. So far hiasan dinding masih belum fikir lagi.. Lantai pula saya biarkan mosaic warna putih manakala pemasangan wainscoting masih dalam angan-angan.. Bila sudah siap sepenuhnya saya pasti akan kongsi di sini. Kita tengok macam mana hasilnya nanti, tungguuuuuuu...

Okay, jika ada antara pembaca yang ingin berkongsi idea atau pendapat boleh tulis di ruangan komen. Maklumbalas dan komen anda amat saya hargai.

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...


Regards,


Loading...

Dugaan Selepas Serah Kunci Rumah Baru

DUGAAN SELEPAS SERAH KUNCI RUMAH BARU | Salam Jumaat dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Walau sibuk dengan proses pindah rumah, tugasan hakiki dan serabut dengan masalah, saya tetap rindu untuk blogging.. Balik dari office terus curi-curi masa untuk share entry baru dengan pembaca setia, ehhh ada pembaca setia ker? hehehehehe.. Diri sendirilah pembaca setia, siapa lagi kannnn.. Walaupun begitu, terima kasih kepada pembaca yang sudi singgah di blog ini..

Saya ada berkongsi sesi luahan perasaan tentang pengalaman pahit-manis beli rumah sub-sale di entry sebelum ini, kali ini saya kongsi kesinambungan dari entry lepas. Masih lagi berkisar tentang proses mendapatkan rumah baru.. Saya perlu abadikan di blog ini untuk kenangan sepanjang zaman..

Serahan kunci
Kesinambungan dari cerita lepas saya teruskan ikhtiar dengan menghantar email kepada peguam menerangkan keadaan saya yang genting dengan harapan peguam sendiri faham dan menggunakan 'fungsi' nya untuk 'memujuk' penjual menyerahkan kunci awal..Sepatutnya sebagai peguam Pembeli (saya) dia harus acting in the best interest of her client malangnya tidak begitu.

Nak kata serah kunci awal sangat pun bukan sebenarnya sebab balance purchase price sudah selesai dibayar kepada LPPSA so saya sudah tebus harga penuh belian (balance purchase price has been fully settled) hanya menunggu suratan hakmilik (strata title) didaftar atas nama saya. Bila sampai ke peringkat ini ianya lebih kepada budibicara antara penjual dan pembeli untuk menyerahkan kunci. Proses sudah 98% selesai. Nak dijadikan cerita ianya memang dugaan saya..



AKHIRNYA SERAH KUNCI RUMAH BARU 

Siapa tak gembira bila hajat beli rumah baru terlaksana.. Alhamdulillah, syukur tak terhingga.. Berkat doa kalian akhirnya saya terima kunci yang diharapkan.. Agent menyerahkan kunci dengan syarat saya perlu collect sendiri di Bangi jam 8.30 malam.. So saya ketepikan semua urusan pada petang itu and all the way from Seremban to Bangi jumpa agent tepat pada waktu yang dijanjikan.

Pada keesokkan hari, tentulah semangat berkobar-kobar untuk masuk dan meninjau rumah baru.. Banner iklan di pintu pagar cepat-cepat saya tanggalkan.. Hati berbunga-bunga gembira tak terkata..

Iklan agent hartanah
Akhirnya saya dapat masuk ke compound rumah malang sekali cubaan membuka padlock grill utama gagal.. Sah agent salah beri kunci, hati saya berkata-kata..

Padlock tak boleh dibuka
Saya terus hubungi agent. Beliau dengan rasa yakin mengesahkan bahawa memang tak silap kunci.. Itulah kunci yang diterima dari penjual katanya.. Malas untuk terus berdebat tambahan pula bukan senang dapat kunci ni jadi saya ambil keputusan panggil tukang kunci untuk buka padlock tersebut. 

Tukang kunci gigih membuka pad lock pintu grill utama
Bukan sahaja padlock grill pintu utama tak boleh buka tapi semua kunci yang diberi oleh agent tak sesuai dengan lubang kunci yang ada di seluruh rumah ini.. Ianya disahkan oleh tukang kunci itu sendiri..

Tukang kunci gigih membuka padlock master bedroom
Tak pasal-pasal saya incurred additional cost untuk upah tukang kunci yang bukan murah caj yang dikenakan.. Rasa kecewa tapi kena tabah bila memikirkan dugaan ini tak seberapa dibandingkan dengan nikmat yang saya terima.. Saya sendiri tak pasti kes menganiaya atau memang tersalah kunci, bersangka baiklah benda dah berlaku..

Itulah pengalaman saya dari mula membeli rumah sub-sale ini hingga serah kunci dari penjual melalui agent. Andai ada antara pembaca ingin berkongsi pengalaman sangat dialu-alukan.. Komen anda sangat saya hargai..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Pengalaman Pahit Manis Beli Rumah Sub-Sale

PENGALAMAN PAHIT MANIS BELI RUMAH SUB-SALE (SECOND HAND) | Al-kisah sudah lama saya menanam impian untuk membeli rumah kedua disebabkan rumah pertama jauh iaitu di Muar, Johor. Rumah pertama tiada sesiapa tinggal di sana dan masih belum berhasrat untuk disewa. Semasa membeli rumah pertama saya jangka akan settle down di Muar iaitu di kampung halaman saya dan husband. Tetapi kita hanya merancang, bab rezeki Dia yang tentukan.

Kami suami isteri bekerja di Negeri Sembilan sudah hampir 10 tahun dan anak pun bersekolah dan membesar di sini. Jadi sudah tiba masa kami buat keputusan untuk beli rumah kedua di sekitar radius office dan sekolah anak di Seremban 2.

Urusan jual beli rumah

Maka perancangan awal sejak 2 tahun lepas sudah dibuat.. Umum sedia maklum, jika kita pernah buat pinjaman perumahan dan mempunyai hutang-hutang lain di bank maka peratusan untuk lulus pinjaman perumahan rumah kedua adalah rendah. Ada formula tertentu untuk kes begini.. Jadi ini merupakan kekangan kepada saya kerana komitmen kewangan saya tinggi.

Rumah pertamaku

So berangan-anganlah dulu.. Saya letak target rumah kedua jenis 2 tingkat, bahagian depan rumah tiada rumah lain, tak perlu rumah baru asalkan harga mengikut kemampuan, target pada tahun 2020 dan dalam  tempoh 2018 hingga 2019 segala hutang kecuali hutang rumah pertama perlu dijelaskan sepenuhnya. Bagi merealisasikan impian ini segala perbelanjaan isi rumah perlu dikawal dengan baik tetapi pada saya tiada istilah ikat perut.

Jadi sepanjang tempoh 2 tahun sambil menyimpan, saya pun buat survey mencari rumah idaman dan lokasi yang sesuai. Saya pernah berkongsi cerita tentang perkara itu di entry ini -> #MeTime.



Rumah idaman

Akhirnya impian memiliki rumah kedua terlaksana pada bulan September 2018 lalu, lebih awal dari perancangan, alhamdulillah. Apa yang saya buat? Bila hutang mulai susut, saya memulakan langkah awal dengan membulatkan nekad. Saya ke bank dengan membawa dokumen sokongan untuk membolehkan pihak bank menyemak kelayakan saya apabila memohon pinjaman rumah kedua kelak. Pihak bank berpuas hati tetapi masih belum pasti berapa percent pinjaman rumah kedua boleh lulus..

LANGKAH AWAL MEMBELI RUMAH SUB-SALE

1. Buat kajian rumah yang ingin dibeli - kedudukan hartanah, nilai rumah dan kejiranan
Ketika ini proses mengenalpasti design dan lokasi rumah memang suatu yang mencabar.

2. Tetapkan budget keseluruhan termasuk nilai rumah
Masa memilih rambang mata sebab banyak sangat pilihan tetapi saya berpegang kepada budget yang sesuai dengan keadaan kewangan saya. Maka skop pencarian akan kecil dan lebih mudah..

3.  Contact ejen hartanah untuk temujanji - penyelenggaraan dan memeriksa keadaan dalam rumah
Bila saya dah kenal pasti mana rumah idaman saya, terus saya contact agent rumah tersebut sepertimana yang tercatat dalam iklan untuk membuat temujanji. Kami ke lokasi meninjau keadaan rumah. Ketika itu hati dah berbunga-bunga tetapi harga yang ditawarkan agak tinggi dan saya mula risau jika bank tidak dapat meluluskan pinjaman berdasarkan percentage pinjaman yang diperlukan.

4.  Membuat tawaran
Bila saya dah tetapkan keputusan, saya cuba-cuba untuk meminta agen mengurangkan harga rumah, malangnya harga sudah tetap berdasarkan keputusan tuan rumah.

Saya nekad kata YES, terus tandatangan Agreement to Purchase dan transfer payment iaitu 3% dari harga rumah pada masa yang sama supaya rumah tersebut tidak jatuh ke tangan orang lain.. Agent beritahu rumah ini first come first serve.. Masa tu masih cuak sebab belum apply loan kannn.. Baki 7% dari harga belian perlu dijelaskan semasa tandatangan Sale and Purchase Agreement ("SPA").

Memandangkan Penjual rumah tersebut adalah peminjam Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam ("LPPSA") maka saya perlu menunggu sekurang-kurangnya 7 bulan untuk proses jualbeli selesai.. Sesiapa yang ingin membeli rumah dari peminjam LPPSA please..please.. bear in mind perkara ini.. Mengapa? Saya akan cerita kemudian..

5. Mendapatkan khidmat guaman & tandatangan Perjanjian Jual Beli (Sale & Purchase Agreement)
Bayaran 10% dari harga belian telah selesai dibayar manakala yuran guaman untuk transaksi jual beli ini plus minus around RM18,000.00. Dalam tempoh seminggu SPA pun siap untuk ditandatangani.

Bila perjanjian siap disetem, saya bawa ke bank bersama dokumen sokongan lain untuk proses permohonan pinjaman perumahan. Kali ini saya buat kesilapan besar apabila menyerahkan agent untuk melantik peguam yang mewakili saya dalam transaksi jual beli ini. Saya sangka panel lawyer dari agent hartanah sangat efficient tetapi sebaliknya. Padahal saya ada hak untuk melantik peguam sendiri. Menyesal tak sudah! 

6. Mendapatkan pinjaman perumahan
Apabila pihak bank puas hati dengan segala dokumen sokongan, maka mereka menyatakan berapa jumlah pinjaman yang layak saya pinjam. Alhamdulillah dengan pinjaman dari bank dan bayaran tunai 10% harga belian, saya layak memiliki rumah idaman.

7. Urusan pindah milik

MASALAH PEGUAM SAYA

Maka bermulalah episod tidak menarik apabila saya berurusan dengan peguam saya yang dilantik oleh agent.. Apabila saya sudah membayar peguam untuk perkhidmatan yang perlu dilaksanakan, maka peguam perlulah melaksanakan tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh seperti yang diamanahkan tetapi sebaliknya..

Saya biarkan peguam saya buat kerja dengan harapan mereka akan beritahu saya status proses jualbeli ini dari semasa ke semasa tetapi malangnya tidak seperti yang saya sangka. Yuran guaman juga bukan murah sebab tu saya nyatakan jumlah bayaran yuran guaman di atas.. Dari sebulan, masuk ke bulan kedua langsung tiada khabar berita.. Bulan ke-3 saya call buat pertama kali untuk mengetahui status perkembangan transaksi jual beli saya namun jawapan yang diberikan hampa.

Pihak mereka memberitahu : "Puan, masih tertangguh di pejabat tanah (ada proses melibatkan pejabat tanah)". Saya tanya : "Ada tak kamu follow up bila dokumen yang sepatutnya ambil masa 2 minggu tak keluar lagi sampai 1 bulan lebih?" Jawapan mereka : "Tunggu saja nanti keluarlah dokumen tu.." Jawapan yang sangat menyakitkan hati! Saya pun bertindak ke Pejabat Tanah untuk follow up kes sendiri.

Proses jual beli perlu follow up closely kerana ianya melibatkan masa! Masa berjalan dan duit pun banyak keluar...

MASALAH LPPSA LEWAT MELEPASKAN GERAN 

Bukan itu sahaja, kini sudah masuk bulan ke-7 transaksi jual-beli sepatutnya sudah selesai dalam bulan ke-6 tetapi masih pending.. Geran asal masih belum dikeluarkan oleh LPPSA walaupun bank saya sudah selesaikan pinjaman Penjual.

Bila saya tanya peguam : "Kenapa ambil masa yang lama?" Mereka jawab : "Saya tak tahulah kenapa kes Puan lambat sangat mereka release geran. Saya rasa lebih baik Puan follow-up sendiri." Saya follow-up sendiri sedangkan saya bayar mereka? Sekali lagi, bukan murah yuran guaman mereka tau..

Berani sungguh mereka kata begitu. Bukan saya tak pernah follow up, lepas saya kena kali pertama kes pejabat tanah dulu saya follow up sendiri di peringkat LPPSA ini juga tapi bila saya rasa.. saya yang berlebih-lebih sedangkan orang yang dipertanggungjawabkan seolah-olah 'goyang kaki'.. Kalau anda rasa agak-agak apa yang anda buat?

Saya ni jenis tak reti cakap kasar atau memaki-hamun.. Pada saya ianya tak membantu malah mengeruhkan keadaan.. Apa yang saya buat? Saya hanya mampu beristighfar (bukan tunjuk alim, pada saya biar Allah sahaja yang menilai perangai mereka).

Kecewa yang amat sangat bila berdepan dengan pihak-pihak yang culas, kerja takde minat dan semangat. Maaf kata, mereka ini bangsa saya. Pernahkah anda dengar bangsa lain kata MELAYU MALAS! Haaa inilah segelintir dari mereka akibatnya kita terpalit.



SAYA SEDANG DIUJI

Ketika proses jual beli saya masih belum selesai, tuan rumah sewa saya sekarang telah mengeluarkan arahan mengosongkan rumah sebelum akhir bulan Julai 2019 ini. Saya berada dalam keadaan genting sekarang ini. Ianya berlaku secara kebetulan.

Apa saya boleh buat dalam situasi sekarang? Dalam keadaan genting begini saya pasrah, saya berserah kepada-Nya.. Saya redha dan yakin setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Sambil itu saya teruskan berdoa dan saya harap anda juga dapat mendoakan saya dipermudahkan urusan dan saya dapat kunci rumah idaman saya dalam masa terdekat sebelum 31 Julai 2019 ini. Semoga anda dirahmati Illahi, aamiin..

Begitulah pengalaman pahit manis beli rumah sub-sale berbanding rumah pertama beli dari developer.. Semoga pengalaman saya ini menjadi pengajaran kepada pembaca.. Sebaiknya biar anda sebagai pembeli melantik sendiri peguam yang akan mengendalikan proses jual beli rumah anda. Jangan biarkan orang lain buat keputusan demi hak anda.

Entry berkaitan : Aktiviti Utama Sempena Cuti Hari Ini

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More