MAJLIS PERKAHWINAN ADIK IPAR & KUMPULAN HADRAH

MAJLIS PERKAHWINAN ADIK IPAR & KUMPULAN HADRAH | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Terima kasih atas sokongan pembaca sekalian.. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk terus hidup bagi menjalankan ibadah dan melaksanakan segala aktiviti harian.

Entri kali ini saya ingin kongsi mengenai corat-coret sekitar majlis perkahwinan adik ipar saya (pengantin lelaki) yang telah berlangsung 2 minggu lepas. Untuk pengetahuan entri ini tak mampu dikeluarkan dalam masa terdekat selepas majlis berlangsung disebabkan oleh kesibukan maksima yang melanda, hehehe

Tema majlis pilihan pengantin lelaki warna light purple sama seperti tema hantaran yang saya buat di entri ini : Gubahan Hantaran Kahwin by LZ..


Majlis perkahwinan kali ini meriah memandangkan sudah lama keluarga ibu mertuaku tidak menganjurkan majlis perkahwinan, last majlis perkahwinan saya tahun 2003.

 

Majlis pernikahan dan resepsi sebelah pengantin perempuan telah berlangsung di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 9.9.2017 lalu manakala di sebelah pengantin lelaki pada cuti Hari Malaysia lalu, 16.9.2017.

 

Persiapan majlis telah dibuat seawal 2 minggu sebelum tarikh majlis berlangsung.. Dekorasi pelamin dan khemah telah dibuat oleh rakan pengantin lelaki. 

Lampu khemah
 Saya suka warna dan konsep dekorasi khemah iaitu modern dan simple, sejuk mata memandang.

Tempat makan pengantin
  Begitu juga dengan tempat makan pengantin..

 

Pada malam sebelum majlis persandingan, satu majlis bacaan berzanji telah diadakan.. Bacaan disampaikan oleh ibu mertuaku merangkap mak pengantin lelaki bersama kumpulan berzanji masyarakat di situ.


Pada hari persandingan sekitar jam 11.30 pagi hingga 1.00 petang majlis diserikan dengan penyampaian bacaan yassin dan selawat atau hadrah. Saya sangat teruja sebab ini baru pertama kali saya saksikan persembahan hadrah. Kumpulan Hadrah ini terdiri dari kaum ibu yang dijemput khas oleh ibu mertuaku.

Apa itu HADRAH?

Hadrah berasal dari perkataan Arab iaitu dikir yang disertai oleh Kompang atau Rebana Kecil. Menurut Profesor Taib Osman, Hadrah adalah sejenis puisi rakyat yang mempunyai unsur-unsur keagamaan contohnya, puisi atau lagu yang dinyanyikan ketika orang Madinah menyambut ketibaan Nabi Muhammad (s.a.w) dari Mekah yang dikenali sebagai lagu 'Talla-an Badrun' alaina'. - Wikipedia

"Di Malaysia, kesenian tarian Hadrah mula diperkenalkan sekitar tahun 1910 di Pulau Pinang. Selepas itu, tarian Hadrah menjadi amat popular pada tahun 1950-an dan 1960-an, terutamanya bagi penduduk di Utara Semenanjung Malaysia seperti PerlisKedahPerak dan Pulau Pinang. Di Selatan Semenanjung Malaysia, Hadrah ini lebih dikenali sebagai 'Kompang', sementara di Pantai Timur pula lebih dikenali sebagai 'Rebana Kencang'."

 

Kumpulan hadrah ini tidak menari sepreti yang dinyatakan di atas tetapi ketika duduk mereka membaca surah Yassin.. Selepas itu mereka berdiri dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. sambil memainkan alat muzik..


Saya tak pasti adakah ianya tradisi setempat atau sebaliknya.. Ada tak antara pembaca tahu mengenai kumpulan Hadrah ini atau saya saja yang ketinggalan zaman?

PERKAHWINAN ZAMAN INI yang tiada ketika zaman saya..

Apakah dia? Photo booth dan lucky draw atau cabutan bertuah.. Itulah 2 perkara yang tidak ada semasa zaman majlis perkahwinan saya.. Tetapi ianya terlalu biasa atau common di mana-mana majlis perkahwinan zaman ini.. Jadi saya sudah terasa tua, hihihi

Cabutan bertuah diadakan khas untuk saudara-mara dan masyarakat di situ.. Hadiah cabutan bertuah terdiri daripada barangan elektrik dan bekas makanan. Jumlah hadiah 100 buah secara keseluruhan..

Photo booth
Semasa majlis persandingan ini, satu corner khas diwujudkan sebagai photobooth dan diletakkan sebuah guest book.. Guest book khas untuk ayat ucapan kepada pengantin dari tetamu atau sahabat handai yang hadir ke majlis persandingan tersebut..

 

Begitulah sedikit sebanyak kemeriahan majlis persandingan adik ipar saya dan cerita yang ingin dikongsi bersama pembaca..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,

GIVEAWAY PALING GEDIK

GIVEAWAY PALING GEDIK | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. It's Saturday! Weekend just around the corner.  Jadi hari yang sesuai untuk join giveaway. Agak-agak giveaway siapa kali ini? Hurrrrmmmmmm taraaaaa saya berminat untuk join Giveaway Paling Gedik yang dianjurkan oleh blogger Nur Raihanah. Comel kann nama giveaway ini.. hihihi

Syarat-syarat penyertaan juga mudah dan tak memeningkan kepala.. Okay apa kata kita baca syarat-syarat penyertaan berikut :

Giveway Paling Gedik
Giveaway Paling Gedik

1. Buat satu entry bertajuk Giveaway Paling Gedik, letakkan banner di atas dan back-link ke entry giveaway tersebut. Nak tag sesiapa atau tidak, terpulang.

2. Follow blog ini >>> http://www.bajuwarnacoklat.com <<< dan Instagram ini >>> https://www.instagram.com/rraihnh/ <<<

3. Komen link entry yang korang buat tu kat entri [DI SINI] sahaja.


Okay, saya dah selesai laksanakan semua syarat-syarat penyertaan di atas.. Sangat mudah untuk sertai so marilah kita sama-sama meriahkan lagi giveaway rakan blogger kita ini..

Hadiah : baju tidur comel [random design] untuk seorang pemenang bertuah.
Tarikh tutup :  Ikut suka penganjur >_<

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


CARA MUDAH MILIKI VIVO V7+ | 7+ TERBAHARU DI SENHENG / SENQ

CARA MUDAH MILIKI VIVO V7+ | V7+ TERBAHARU DI SENHENG / SENQ  | Jenama Vivo tidak perlu diperkenalkan lagi kerana jenama ini semakin berkembang ke seluruh negara dari masa ke masa dan memang tidak asing lagi kepada pengguna telefon pintar android ketika ini.. Memiliki telefon Vivo merupakan salah satu impian saya dan saya percaya begitu juga kepada mereka yang suka selfie. Vivo menjanjikan resolusi dan kualiti gambar terbaik dengan teknologi yang sentiasa dipertingkatkan. Berita baik dan menarik ingin saya kongsi kali ini ialah gadget terbaharu untuk kaki selfie dari Vivo iaitu Vivo V7+ sekarang boleh dimiliki dengan mudah di Senheng / senQ..

Ingin tahu bagaimana? Jadi teruskan membaca..


Vivo V7+ Terbaharu 

Vivo V7+ siri telefon pintar jenama Vivo baru saja dilancarkan di Malaysia hari ini, 26.09.2017. Terdapat  2 pilihan warna menarik iaitu Vivo V7+ (Matte Black) V10-V7 PLUS / BLACK dan Vivo V7+ (Champagne Gold) V10-V7 PLUS / GOLD. Harga yang ditawarkan adalah RM1,499.00. Jangan terkejut dengan harga ini kerana Senheng / senQ menawarkan cara mudah untuk memiliki telefon pintar ini.

Ingin tahu? Tunggu dulu, sebelum tu jom kita check kelebihan telefon pintar Vivo V7+ ini..

Vivo V7+ (Matte Black) V10-V7 PLUS / BLACK dan Vivo V7+ (Champagne Gold) V10-V7 PLUS / GOLD.
Apa ciri-ciri menarik Vivo V7+ ini? 

Spesifikasi V7+ :

  • Qualcomm octa-core CPU dan 4GB RAM memastikan lancar dan berkuasa.
  • ROM 64GB (ditambah hingga 256GB) membolehkan anda menyimpan semua foto, muzik dan video kegemaran
  • Funtouch OS 3.2 berdasarkan Android 7.1 Nougat.
Spesifikasi V7+
Keistimewaan Vivo V7+ 24MP Clearer Selfie dan Perfect Shot

Ada kamera depan belakang.. Vivo V7+ meneruskan tradisi Vivo merevolusi teknologi kamera telefon, dengan menawarkan cara baru untuk menghasilkan selfie yang sempurna. Kamera depan berkuasa 24MP, digabungkan dengan algoritma Face Beauty eksklusif Vivo menghasilkan gambar yang jelas dan wajah nampak semula jadi pada gambar dan panggilan video. Mod Potret membolehkan anda mengambil selfies dengan latar belakang kabur yang cantik. Kamera belakang 16MP, 64 MP ultra HP photo dengan PDAF technology.

Camera Vivo V7+
Ciri-ciri kamera telefon ini boleh menghasilkan gambar cantik dan jelas jadi tak perlu install apps sokongan untuk gigih mencantikkan gambar seperti kebanyakkan telefon pintar lain kerana Vivo V7+ lengkap semua ciri-ciri apps itu.

Hi-Fi Music
Bagi pendengar lagu dan peminat muzik, jangan risau kerana Hi-Fi Muzik lebih power dengan Vivo V7+ ni.. Memang memuaskan, selain itu ada juga ciri-ciri luar biasa atau "Extraordinary Features" dan banyak lagilah ciri-ciri best Vivo V7+.. Jadi, tak guna cerita panjang, mana nak dapatkan Vivo 7+ ni? Tentulah di Senheng / senQ..

Mengapa anda MESTI dapatkan Vivo V7+ di Senheng / senQ (UPSs)?

Senheng Vivo V7+Senheng Vivo V7+

Kelebihan jika anda membeli Vivo V7+ di Senheng / senQ ialah:

  • pembelian boleh dibuat secara tunai atau ansuran : Tempoh ansuran ditawarkan lebih dari 24 bulan sekiranya bayaran dibuat melalui bank-bank terpilih seperti Maybank, Maybank AMEX, Public Bank dan Hong Leong manakala Citibank (akan datang).
  • 1 tahun jaminan tambahan, khas untuk Ahli PlusOne : Keahlian PlusOne dengan bayaran hanya RM12.00 sahaja melayakkan anda mendapat 1 tahun jaminan tambahan Vivo di samping pembelian tempahan Vivo V7+.. Kepada pemegang keahlian PlusOne sedia ada, anda boleh terus log in ke senheng.com.my atau senq.com.my dan terus membuat tempahan bagi melayakkan anda menikmati jaminan tambahan terhadap pembelian anda.
  • Penghantaran percuma ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. 
PERCUMA :
  • RM10.00 voucher Watson
  • Warranty lanjutan 
  • FIFA Backpack edisi terhad

Program Trade-In Senheng

Pelanggan boleh mendapatkan rebate dengan membuat pertukaran telefon lama jika ingin membeli Vivo V7+ caranya dengan mengunjungi outlet Senheng. Keterangan lanjut mengenai program Trade-in ini boleh klik [SINI].

Jadi tak perlu tunggu lagi atau buang masa tercari-cari Vivo V7+ di pasaran. Tawaran pembelian dari Senheng / senQ amat menjimatkan dan berbaloi-baloi. Saya kira tidak boleh dinafikan lagi bahawa Vivo V7+ adalah antara model telefon pintar terbaru yang boleh dipertimbangkan oleh kaki selfie dan blogger seperti kita..

Tawaran harga menarik ini boleh dimiliki di sini -> Senheng Vivo V7+. Promosi bermula dari 26.09.2017 hingga 15.10.2017.
Jangan lepaskan peluang!!!

Okay, itu sahaja..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,

POSTCARD BLOG TERABAI

POSTCARD BLOG TERABAI | Assalamualaikum dan Happy Weekend everyone... Alhamdulillah for another new day.. Hujung minggu ini agak panjang sebab majoriti antara kita sudah mula bercuti sejak Jumaat lalu sempena sambutan Maal Hijrah.. Cuti sepanjang 3 hari ini saya penuhkan dengan membuat segala kerja yang terbengkalai selain kerja-kerja hakiki yang tak pernah habis.. Kerja-kerja terbengkalai I mean kerja yang telah lama dirancang tapi masih belum berkesempatan untuk dilaksanakan..

Salah satu kerja atau tugasan dalam To Do lists saya ialah to update postcard blog : Love My Happy Mail.. Lama dah blog ini terabai..

 

Untuk pengetahuan pembaca, sebanyak 11 postcards masih belum dimasukkan ke dalam blog.. Jadi saya rekod semua postcard yang diterima sejak bulan Ogos lalu dan uploaded ke dalam blog.. Sambil itu saya touch up sikit blog tersebut untuk diberi nafas baharu.. Barulah semangat sikit.. hehehe

Love My Happy Mail 
Jom singgah : Love My Happy Mail

Kewujudan blog ini adalah untuk memudahkan kenalan saya atau pembaca lain yang berminat 'mencuci mata' dengan koleksi postcard dan surat-surat yang saya terima sepanjang penglibatan saya dalam dunia Postcrossing dan Pen-pal.. Oh ya, cerita tentang Postcrossing pernah saya abadikan di entri ini -> Kembali Aktif Bersama Postcrossing.


Ianya bukan sekadar hobi, tetapi saya juga dapat kenalan baharu. Selepas bertukar-tukar postcard atau surat, kami akan keep in touch melalui Facebook Messenger sementara menunggu surat masing-masing diterima.. Seperti contoh semalam, saya ber-messenger dengan kenalan di Russia iaitu Irina. Persahabatan kami bermula dari postcard swap. Kini sudah 2 tahun kami mengenali antara satu sama lain. Kami bertukar-tukar cerita tentang aktiviti seharian dan kebetulan dia juga mempunyai seorang anak sebaya dengan anak saya.. Kami bercerita tentang sistem pendidikan anak, keadaan ekonomi, makanan popular di negara masing-masing.. Kebetulan dia baru balik bercuti di Greece, jadi dia bercerita tentang percutian di sana dan saya seronok mengetahui pengalamannya bercuti di Crete Greece yang entah bila saya dapat rasai sendiri.

Okay itu sahaja cerita yang ingin saya kongsi bersama pembaca kali ini.. Jika sudi jemput singgah ke blog postcard saya yang sudah dikemaskini : Love My Happy Mail.. Sokongan pembaca amat saya harapkan and thank you in advance.. Selain saya, ada tak antara pembaca suka berutus surat / postcard dengan pen-pals? Kalau ada pengalaman boleh juga share di sini..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


ADAKAH ANDA SUKA KERJAYA ANDA?

ADAKAH ANDA SUKA KERJAYA ANDA? | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Entri kali ini tentang quote : "TO DO GREAT WORK IS TO LOVE WHAT YOU DO" yang bermaksud lebih kurang begini : Untuk menghasilkan kerja terbaik, anda hendaklah suka dengan kerja yang dilakukan.

Kadangkala rasa malas dan bosan tidak dinafikan memang ada dalam diri setiap orang termasuk saya.. Namun andai kita minat dengan sesuatu kerja atau kerjaya ianya dapat diatasi dengan mudah.. 
Quote of the day : career

Jika tanya saya, adakah saya suka dengan kerja saya? 
Jawapannya sudah tentu YA.. 

Tetapi faktor persekitaran dan campur tangan dari orang yang tidak berkenaan seringkali menganggu kerja saya dan kadang-kala membuatkan saya bosan! Kalau membantu takpe jugak, tapi peranan orang ketiga itu lebih kepada suka 'masuk campur' tanpa mengetahui hujung pangkal dan adakalanya merumitkan keadaan.. Pendek kata saya perlu berurusan dengan orang yang suka mengambil kredit dari idea dan hasil kerja orang lain.. Hal ini merupakan antara cabaran yang kerap saya lalui di pejabat. 

Namun begitu, saya terpaksa terima dengan lapang dada.. Alhamdulillah setakat ini saya dapat atasi dengan mengambil pendekatan tak ambil peduli (walaupun dalam hati geram yang amat sangat) semata-mata demi keharmonian di pejabat.. Saya tak mahu ikutkan perasaan sebab kalau dilayan ianya boleh jadi gaduh besar. 


Walau apa sekali pun yang berlaku semangat suka / minat dengan kerjaya membuatkan saya kekal dalam bidang ini.. Buktinya saya mampu deliver hasil kerja yang baik selain rekod pencapaian saya mengendalikan kes-kes litigasi di Mahkamah bagi pihak syarikat setakat ini masih belum pernah tewas, syukur alhamdulillah (bagilah chance masuk bakul angkat sendiri, hehehe..) Saya setuju, memang benar maksud quote ini.. Minat dan suka dengan sesuatu kerjaya / tugasan itu sangat penting bagi menghasilkan mutu kerja terbaik. 

Begitulah pengalaman saya.. Jadi, bagaimana pula dengan anda? Adakah pembaca suka dengan apa yang anda buat sekarang? Tak kiralah kerja di rumah, belajar atau apa sahaja yang anda lakukan, feel free to share.. Jom kongsikan pengalaman anda di sini.. I really appreciate your comments.. Akhir kata, choosing a career you love... and living with passion..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


JANGANLAH BERSEDIH

JANGANLAH BERSEDIH | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Untuk pengetahuan pembaca, sepanjang bulan September ini jadual saya penuh dan sangat sibuk dengan urusan kerja dan keluarga.. Ada hal penting yang melibatkan keluarga perlu diselesaikan.. Maka emosi bercampur-baur dengan kerisauan, kebimbangan, serabut, mentally exhausted dan bermacam-macam lagi perasaan tak best perlu ditempuhi.. Terasa tak berpijak di bumi yang nyata.. Tambahan pula masih terkesan dengan tragedi tragis yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah, Datuk Keramat yang masih berlegar-legar di fikiran..


Dalam keadaan 'jiwa kacau' saya terdengar lagu Innallaha Ma'ana berkumandangan di radio selesai azan Asar ketika dalam perjalanan dari Muar ke Seremban tempoh hari.. Itulah kali pertama saya dengar lagu ini dan dari bait-bait lirik ianya terus menusuk kalbu dan sangat sesuai dengan keadaan saya ketika ini.. sungguh tenang hati apabila mendengarnya..

Medina - Innallaha Ma'ana
Jom hayati dan nilai sendiri mesej yang disampaikan dalam lagu ini :

 

Di saat kau merasa sendiri 
Dan kau merasa ada sesuatu yang hilang 
Kau merasa lelah dan merasa lemah
Cemas dan gelisah menghantuimu

Segera kau dekatkan diri pada Allah
Adukan semua masalahmu Kepada-Nya
Berdo'alah pada-Nya 
Jangan putus asa dengan Rahmat-Nya
Hanya Allah yang dapat menolongmu

Innallaha Ma'ana 
Janganlah kau takut
Berlindunglah kepada Allah Yang Kuasa
Innallaha Ma'ana 
Janganlah bersedih
Tersenyumlah dan sambut hari esok yang indah

(Ummi Pipik)
Segera kau dekatkan diri pada Allah
Adukan semua masalahmu Kepada-Nya
Berdo'alah pada-Nya 
Jangan putus asa dengan Rahmat-Nya
Hanya Allah yang dapat menolongmu

Innallaha Ma'ana 
Janganlah kau takut
Berlindunglah kepada Allah Yang Kuasa
Innallaha Ma'ana 
Janganlah bersedih
Tersenyumlah dan sambut hari esok yang indah

Innallaha Ma'ana 
Janganlah kau takut
Berlindunglah kepada Allah Yang Kuasa
Innallaha Ma'ana 
Janganlah bersedih
Tersenyumlah Dan sambut hari esok yang indah


Oleh itu, "janganlah bersedih.. Tersenyumlah dan sambut hari esok yang indah.." 
Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.. Percaya pada qada' dan qadar..
Doa saya semoga kita dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berada di bawah lindunganNya.. Aminnn..

Itu sahaja.. 
Sekian, wasalam..


Regards,


AL-FATIHAH

AL-FATIHAH | Salam Jumaat dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Ketika rakyat Malaysia masih berkabung berikutan kemangkatan Sultan Kedah pada 11.09.2017 lalu, semalam kita dikejutkan dengan berita kebakaran sebuah Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur yang mengorbankan lebih 20 nyawa. Hari ini masih suram, hujan membasahi bumi pagi ini seakan merasai pemergian ahli-ahli syurga itu..


Pagi semalam saya sangat sibuk di pejabat hanya sempat mendengar office mate bercerita tentang 'kekejaman' manusia yang menviralkan gambar keadaan mayat anak-anak tahfiz tersebut tapi dia tidak pasti di mana kebakaran itu berlaku.. Saya pun tak sempat bertanya lanjut..

Jadi malam tadi saya menonton Buletin Utama semata-mata untuk mengetahui cerita lanjut tragedi ini.. Tak terasa airmata mengalir tanpa dipaksa, sedu-sedan... Dalam redha terasa sedih yang amat sangat melihat tragedi ini tambahan pula apabila bomba menerangkan lokasi mayat-mayat yang dijumpai dan melihat waris-waris mangsa.. 

Tragedi 14.09.2017 Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur
Tak mahu cerita panjang kerana umum telah mengetahui cerita lanjut mengenai tragedi menyayat hati ini.. Justeru, marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah..
Jangan lupa juga doa dan bacaan surah Yassin terutama apabila selesai setiap solat fardhu nanti..
Hanya doa yang mampu dikirimkan.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.. 
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui hikmah di sebalik kejadian yang berlaku..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Nota kaki :

Dalam keadaan sedih, terasa kecewa dan marah apabila melihat wartawan siaran mengajukan soalan  kepada saksi yang membantu menyelamatkan mangsa kebakaran : Apa perasaan pakcik?

What the answer you'd expect to the stupid question? Kau tak faham ker bagaimana situasi ketika itu? Adakah kau sedang membuat liputan di majlis tari-menari, makan malam, majlis konvokesyen, majlis pengebumian etc. 

Abis tu kenapa tanya soalan bodoh begitu?!!!  Apakah semata-mata kau nak tengok pakcik tu menangis depan kau biar nampak 'real'?  - اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ.. I'm sorry to say that..

Morale of the story wahai wartawan, sediakan soalan relevan. Jangan ajukan soalan yang boleh menganggu emosi dan sensitiviti sekeliling.. Di manakah etika kewartawanan anda?


Regards,

Elianto Makeup Haul

ELIANTO MAKEUP HAUL | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Yeayyy its makeup haul! Dah lama tak buat haul sebab lama jugak tak membeli-belah barang-barang make up.. 

Al-kisah hari Khamis minggu lepas, intern student di bawah seliaan saya iaitu Mia telah menamatkan tempoh practical beliau yang telah berlalu selama 6 bulan.. Sebenarnya saya telah tersilap tarikh, saya beranggapan bahawa last day internship beliau pada hari Jumaat.. Jadi tanpa membuat persediaan rapi, saya cari hadiah dalam keadaan tergesa-gesa.. Maka, elianto makeup adalah hadiah kenangan kepada beliau tambahan pula beliau akan memulakan alam pekerjaan tidak lama lagi..



JENAMA ELIANTO 

elianto – derived from the word “sunflower” in Italian, inspired by the unique combination of striking beauty and utility symbolised by the flower. 

elianto is a brand synonymous with gentle skincare products, enriched with nourishing and soothing botanical extracts, complemented with a vibrant range of colour cosmetics which brings out the best of sparkling eyes, rosy cheeks and adorable lips. Our aim is to deliver the best of nature in cosmetics with the finest quality natural ingredients at an affordable price.

Itulah serba sedikit mengenai jenama elianto...

Okay, saya kongsikan kepada pembaca makeup haul saya hadiahkan kepada intern student saya..

 

1. Fragrances : 2 eau de parfum

 
 
2 wangian best iaitu:

(a) elianto Moringa Eau De Parfum is a soft, romantic fragrance. Let its feminine, musky scent envelop your senses with warm woody base notes. 

(b) elianto Passionate Rose EDP is a fruity juicy with melon, tangerine violet and rose. It ends softly with applewood and raspberry notes leaving you feeling soft and feminine.


2. elianto GREAT DEFINE MASCARA - LENGTHENING

Elianto Great Define Mascara - Lengthening
elianto Great Define Mascara gives you fully amplified, luscious lashes to envy. Its special formulation stays lightweight and feathery on your lashes, and won't dry up or flake off, thanks to its combination of two films with cellulose microbeads for thickening, plus synthetic and natural waxes for a smooth, clump free-finish.

Keistimewaan mascara ini menjadikan bulu mata kelihatan lebih panjang.. wink..wink..wink

3. LIPSTICKS - formulated in Italy
Elianto Nutri Rouge No. 2 & No. 4
 
4.  elianto LUMINOUS 3D CUSHION  02 NATURAL BEIGE
Elianto Luminous 3D Cushion SPF 50 & refill
This sheer, lightweight foundation is the one swipe action and protection for your skin giving you more flexibility and time towards perfecting your look of the day. Obtain seamless coverage and endows your skin with a natural luminosity while taking care of your skin inside and out.  

Cantik sangat kandungan elianto Luminous 3D Cushion ni.. Berpusar dengan warna yang menarik.. Elianto Luminous 3D Cushion merupakan the next generation 3 dalam 1 Super Essence Foundation. 

Keistimewaan cushion ini akan memberikan kesan kecerahan pada kulit dan menutupi garis-garis halus pada muka, long-lasting semi-matte coverage serta menjadikan warna kulit kelihatan semulajadi. Selain itu kandungan teknologi cecair-serbuk mengandungi collagen yang membantu memperbaiki kedutan dan memelihara kelembapan kulit serta melindungi kulit daripada kesan pencemaran alam. Ianya juga menjadikan anda kelihatan muda, hehehe

Itu sahaja makeup haul yang ingin dikongsi bersama.. Hasil feedback Mia, beliau sangat gembira dengan hadiah ini, alhamdulillah.. All the best to you Mia..


Okay, siapa antara pembaca penggemar jenama elianto? Jom kongsi pengalaman atau mungkin koleksi barang makeup anda.. Tak sabar saya nak tahu.. Harga elianto juga affordable dan paling penting kandungan makeup jenama elianto ini dari bahan semulajadi, tak perlu risau in shaa Allah tiada kesan sampingan..

Maka berakhirlah cerita tentang elianto makeup haul ..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,

PEMENANG GIVEAWAY BY LZ

PEMENANG GIVEAWAY BY LZ | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Yeayyy sudah tiba masa untuk saya mengumumkan pemenang Giveaway by LZ yang telah dianjurkan pada 14.08.2017 lalu. Para peserta giveaway sudah tentu tertunggu-tunggu pengumuman Pemenang Giveaway by LZ kannn..

Sebelum tu, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada 63 peserta Giveaway by LZ kerana sudi memberi sokongan dengan menyertai giveaway tersebut. Saya hargai segala usaha kalian..

 

Berikut merupakan kaedah pemilihan yang saya lakukan.. Saya melawat / blogwalking ke setiap blog yang menyertai giveaway tersebut untuk pastikan syarat-syarat diikuti oleh setiap peserta. Saya salin kandungan entri mengenai pendapat ikhlas blog Lady in Red Planner yang terdapat dalam blog peserta yang memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan dan dapat rumuskan dalam 6 helaian seperti yang pembaca dapat lihat di bawah ini:

 

Frankly speaking, saya nyatakan di sini bahawa sangat susah untuk memilih pemenang giveaway kerana saya sayang semua,  kalau ikutkan hati saya anggap semua peserta layak memenangi giveaway ini tapi apakan daya kita terima dengan hati yang terbuka kepada rezeki yang ditentukan olehNya.. 


Okay, hasil rumusan saya, berikut merupakan pemenang yang berjaya memenangi tempat berikut berdasarkan kesungguhan memberikan pendapat / review  ikhlas yang saya kira mencapai tahap apa yang saya cari dan inginkan (sila rujuk Senarai Peserta Giveaway by LZ untuk nombor peserta)  :

PEMENANG PERTAMA
Hadiah Pertama : Mobile Tripod Stand  + RM10.00

PEMENANG KEDUA
Hadiah Kedua : MP3 Player Silver + RM10.00

PEMENANG KETIGA
Hadiah Ketiga : Digital watch purple + RM10.00
 58. Mrs. A

PEMENANG HADIAH MISTERI

TAHNIAH diucapkan kepada peserta yang berjaya..
 Saya akan email setiap pemenang untuk butiran lanjut.

[Ambil perhatian : Hadiah yang diberikan adalah "as is basis" iaitu keadaan barang saya beli dan terima dari chilindo.com begitulah yang saya beri.. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang kerosakan / kecacatan barang (jika ada) yang diterima oleh para pemenang. Harap maklum.]

Kepada peserta yang tidak berjaya, jangan putus asa.. In shaa Allah, jika rezeki anda bukan hari ini, mungkin ada akan datang.. Next dalam perancangan, saya akan beri gift kepada top commentators yang terdiri daripada followers blog ini.. Tunggguuuuuuu..


Okay, begitulah keputusan Giveaway by LZ..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


GUBAHAN HANTARAN KAHWIN BY LZ

GUBAHAN HANTARAN KAHWIN BY LZ | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini masuk hari ke-4 cuti sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Aidiladha. Esok pula cuti tambahan yang diberikan setelah Malaysia memenangi tempat pertama keseluruhan pada Sukan Sea lalu.. 

Dalam kesibukkan orang ramai bercuti bersama keluarga dan majoriti menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung, saya terperap di Seremban kerana tahun ini saya tidak pulang ke kampung atas sebab-sebab tertentu walaupun cuti panjang.. Bosan? Memang sangat bosan tak boleh kata.. Semasa orang lain sibuk menikmati hidangan Hari Raya dan menu masakan daging korban, saya ke shopping mall, cari makanan sedap bagi menceriakan hari-hari cuti... :'(

Ada baiknya juga kerana sepanjang bulan lalu hingga hari ini, saya sibuk menyiapkan hantaran kahwin adik ipar yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 9.9.2017 nanti..


Barang-barang hantaran diserahkan dan tema yang dipilih warna light purple.. Maka bermulalah misi penting saya menyiapkan 7 dulang hantaran.. Alang-alang sudah diberi kepercayaan, saya guna bakat terpendam saya sebaik mungkin.. Ehhh ada ker bakat? ooppss! Pembaca tengok dan nilai sendiri hasilnya okay.. Al-maklum ini hanya bakat terpendam bukan sentuhan professional dalam bidang decor-mendecor hantaran..

Barang-barang untuk gubahan hantaran perkahwinan
Pertama saya buat barang yang paling mudah dahulu iaitu bag tangan dan purse supaya tidak mengambil masa yang panjang.. Permintaan adik ipar kedua-dua barang ini diletakkan dalam satu dulang.. Maka saya susun begini..

Handbag dan purse
Tibalah dulang seterusnya..

dUCK scarf dan kain pasang
Break seketika untuk mendapatkan idea mendekorasi dulang hantaran kedua iaitu dUCK scarf dan kain pasang.. Gambar di atas adalah hasil kejadian.. Seterusnya giliran dulang sirih junjung.. Part ni paling mencabar kerana ilham sirih junjung tak juga muncul setelah break seminggu..

Sirih junjung
Puas mencari ilham, akhirnya dapat hasilkan bentuk sirih junjung seperti di atas.. Malangnya sirih junjung abad ini 'terpaksa' dihasilkan dari daun sirih plastik.. Tak dapatlah buat guna daun sirih asli, mana nak cari daun sirih dik oooi.. Pinang nak sumbat dalam daun sirih plastik ni pun akak dok fikir mana nak dapat.. huh terus migrain!

Perasan tak, sedikit demi sedikit terancam sudah sirih junjung asli warisan Melayu yang menggunakan daun sirih sebenar.. Rupa bentuk sirih junjung yang dihasilkan juga mengalami perubahan sejajar dengan peredaran zaman namun maksud serta hasrat yang disampikan masih kuat terpelihara hingga kini. Next, dulang seterusnya set perfume..

Perfume set dan clutch
Mencabar juga dulang berikutnya.. Mana tidak sebab loose perfumes bukan jenis set yang sedia dibungkus dengan plastic wrap. Perkara utama yang perlu diambil perhatian, kena pastikan botol perfumes static dan teguh supaya tidak jatuh semasa dulang dibawa nanti.. Botol-botol perfume perlu diletakkan bersama clutch dalam dulang yang sama.. Alhamdulillah, semua masalah dapat diatasi maka hasil kejadian dulang perfumes seperti di atas..


Setelah cabaran menghias dulang perfumes berjaya ditangani, maka tiba dulang seterusnya iaitu jam tangan..

Jam tangan
Dulang jam tangan sangat mudah, hanya decor sikit-sikit kerana warna dan bekas jam telah menonjol jadi tak perlu sarat dengan dekorasi. Siap sudah dulang kelima.. Next dulang mock cheque dan bekas cincin serta bracelet.

Mock cheque, cincin dan bracelet
Bekas cincin dan bracelet akan diberi kemudian, jadi saya perlu membuat anggaran ruang kotak dan cara untuk meletakkan kedua-duanya dalam satu dulang... Polystyrene foam kecil diletakkan untuk bekas cincin supaya lebih tinggi dari bekas bracelet kerana saiz bekas cincin lebih kecil dari saiz bekas bracelet.. Tadaaa.. Alhamdulillah siap sudah..

Akhirnya (sambil menarik nafas lega...), tiba dulang terakhir iaitu dulang buah-buahan..

Buah-buahan
Untuk memudahkan kerja, saya guna sangkar replika.. Saya hias dulu sangkar ini manakala buah-buahan akan dibeli sehari sebelum majlis pernikahan nanti bagi mengelakkan buah-buahan lebam atau busuk.. Tujuan utama menggunakan sangkar begini supaya buah-buahan tidak jatuh tergolek semasa dibawa..

Gubahan hantaran kahwin
Alhamdulillah, syukur..... Walaupun hasil tidaklah 'wow' sangat tapi saya berjaya merealisasikan permintaan adik ipar dan berjaya menzahirkan idea spontan ke atas semua barang-barang yang diberi.. Berpinau sudah biji mata dengan warna ungu.. Kena reset otak jap.. huhuhu

Akhir kata, apa pendapat pembaca dengan bakat terpendam saya? Okay tak hasil dekorasi hantaran ni? Pendapat sikit please.. Melalui pendapat anda mungkin saya dapat perbaiki skill saya ini, mana tahu boleh buka tempahan suatu masa nanti, hehehe >_<

Oh yaaa, Giveaway by LZ telah tamat pada 31.8.2017 lalu manakala keputusan giveaway akan diumumkan soon, in shaa Allah.. Senarai nama peserta giveaway boleh semak di sini.. Entri keputusan giveaway tersebut merupakan my next entri. Tungguuuu... 


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More