Resepi Scone Kismis Gebu, Simple & Sedap

RESEPI SCONE KISMIS GEBU, SIMPLE & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Terima kasih atas sokongan anda semua..

Al-kisah semalam petang, hujan turun dengan lebat dan berpanjangan hingga ke malam. Cuaca sejuk tetiba rasa ingin makan scones hanya kerana terpandang gambar officemate yang sedang bercuti menikmati scones di Cameron Highlands..

Bila dah teringin mana lagi nak dapat scones selain di Cameron Highlands melainkan kita bake sendiri, tak gitu? Jadi tanpa berlengah dan terus merajinkan diri ke dapur sediakan barang-barang scone. Kebetulan hati tergerak nak cuba resepi scone buat pertama kali dalam hidup.. Perancangan nak buat scones memang dah lama tapi masa saja tak mengizinkan.. Maka semalam adalah harinya.. 

English scone for the first time
Jom buat scone.. Saya ikut resepi basic English scones. Simple dan saya dah buktikan memang jadi..

RESEPI SCONE KISMIS GEBU, SIMPLE & SEDAP

Bahan-bahan

5 cawan tepung gandum / serbaguna - ayak
5 sudu kecil baking powder - ayak
1/2 cawan gula putih
1/2 sudu kecil garam halus
3/4 cup butter
1 biji telur, pukul
1 cawan susu segar
2 kotak kismis Lego

Cara-cara

1. Panaskan oven 400 degrees F (200 degrees C). Alas dulang pembakar dengan baking sheet.
2. Dalam mangkuk besar campur tepung, gula, baking powder dan garam.
3. Masukkan butter lembut yang telah dipotong kecil.
4. Ramas butter dalam campuran tepung hingga menjadi butiran halus berpasir dan tidak berketul.
5. Dalam bekas lain campur susu segar dengan telur dan pukul hingga sebati. Masukkan campuran ini ke dalam mangkuk berisi tepung. Tinggalkan lebih kurang 6 sudu besar untuk sapu atas doh sebelum bakar.
6. Masukkan kismis dan kacau hingga sebati hingga menjadi doh lembut.
7. Keluarkan doh dan tabur tepung atas permukaan rata (saya guna dulang) dan uli hingga doh tak melekat pada permukaan dulang.
8. Ratakan doh lebih kurang 1/2 inci tebal.
9. Tekan doh dengan acuan bulat dan letakkan atas dulang pembakar.
10. Sapu baki campuran telur dan susu segar atas adunan yang telah diterap.
11. Masukkan ke dalam oven dan bakar lebih kurang 15 minit atau hingga permukaan doh berwarna perang (golden brown).


Step 2 : Campurkan tepung, baking powder, gula dan garam 

Untuk pengetahuan saya guna Ikea TRYGG serving bowl nampak transparent sebab tu saya alas supaya nampak bahan-bahan yang diadun..

Ikea TRYGG serving bowl
.. sambung semula ke next step..

Step 3 & 4 : Ramas butter dalam campuran tepung hingga menjadi butiran halus dan tidak berketul
Step 5 : Masukkan campuran susu segar dan telur yang telah dipukul

Jangan lupa tinggalkan sedikit campuran susu segar dan telur ini untuk sapu di atas doh yang sudah diterap. 

Step 7, 8 & 9 : Keluarkan doh dan tabur tepung atas permukaan rata dan uli hingga doh tak melekat. Ratakan doh lebih kurang 1/2 inci. Tekan doh dengan acuan bulat. 

Jangan uli terlalu lama kerana doh akan liat dan kemungkinan tak kembang bila dibakar.

Step 10 : Letak doh yang telah diterap atas dulang pembakar dan sapu dengan campuran susu segar dan telur.
Hasil pertama selepas keluar dari oven

Alhamdulillah puas hati bila scones dari tray pertama keluar dari oven.. Nampak rekahan dan scones gebu-gebas.. 

English scones

Ini pula hasil tray kedua, kena letak lama sedikit supaya permukaan scones golden brown dan rekahan cantik.

Scone texture light and soft

Percubaan pertama untuk pastikan rasa dan tekstur scone.. Ternyata sedap, kurang manis dan lembut.. Texture scone lembut dan cair dalam mulut. Ada rasa manis kismis dan lemak butter yang pasti tak cepat rasa muak.
  
Menikmati scones bersama kopi o panas

Selepas selesai sesi membakar tibalah masa untuk menikmati scones panas fresh from oven lawan kopi o panas.. Scones lebih sedap dimakan dengan jem tapi scones ini versi kismis so dah sedia manis boleh dimakan begitu sahaja..

Untuk pengetahuan, inilah gambar scones yang telah saya upload dalam Instagram malam tadi. Oleh kerana rasa teruja terus tak sabar-sabar abadikan dalam memory di Instagram. 

Okay, siapa berminat boleh cuba resepi Scone Kismis Gebu, Simple dan Sedap ini.. In shaa Allah menjadi.. Bila dah cuba nanti jangan lupa kongsi gambar / cerita dan tag saya.. Lepas ni semakin bersemangat cuba resepi lain..



Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

40 Comments:

sedapnya nmpk scone kismis tu

Sedapnya.. Cuma Sha lebih suka tanpa kismis.. hehehe.. Meh lah hantar sini sikit..

Emmmmm yummy.
Thanks for sharing LZ.
Karang akak nak buat lah kalau rajin.

sedap nampak scone kismis tu. Manis sangat x?

Sedap mama Tisya, cubalah resepi ni satu hari nanti.. ;)

Sha macam officemate LZ, suka scone plain..
Andai jarak kita dekat dah lama LZ hulur kat Sha bagi rasa ;)

My pleasure Kak Hajjah..
Cuba tau..

Alhamdulillah sedap Yat, tak manis sangat sebab resepi ni tak banyak guna gula putih..
Just nice rasa lemak butter dan kismis..

ammi amik resepi ye...manalah tau hujung minggu ada datang angin rajin

yumssss. Minatk izin amik resepi ye sis

kegebuannya terserlah kak..sedapnya...

cantik rupa kejadiannya kak, gebus gebas betul

nampak sedap!!ada kerajinan nanti bule try!

nampak macam sedap eh kuih ni nak kena buat gak ni.. tq resepi ni tahu

Silakan Ammi..
Ada masa nanti bolehlah cuba.. ;)

Sangat dialu-alaukan Ain Athirah, silakannn..

Dah terbukti sedap Cik Nor ;)

Itulah PC, bila dah habis terpandang gambar-gambar ni teringin pulak, hehehe

Alhamdulillah menjadi jugak Dana walaupun percubaan pertama..
Ada rezeki akak rasa scones.. ;)

Ya, sis Gee perlu ada kerajinan baru berhasil, hehehehe
Tunggu mood mari..

Sama-sama Cik Ash, ada masa nanti cuba resepi ni okay ;)

kena try buat sendiri la..

Dok dengaq pasal scones ni ingat susah nak buat, rupanya senang je..tapi tulah antara rajin dgn tak je.

I hope to see more post from you. sims 4 news's newest expansion, Realm of Magic, brings a lot to the game, including a new occult Sim, a magical realm with a Hogwarts style ...

Uiii terernya LZ buat scones, nampak scones tu cantik dan menyelerakan betoi 👏🏻😋

scones & tea...err..coffee..mmg syok di waktu hujan turun..

Sis LZ rajinnya, tahniah 😍

Memang sedap scone ni ranggup je kan.. Dulu zaman study diploma pernah belajar buat ni masa kelas Bakery Pastry.. Sekarang tak reti dah kalau nak buat 😂

Cantiknya kejadian scone lz.. tq for recipe

I'm going to try this later sebab saya ni memang hantu scone. Thank you for the recipe.

sedapnya. nanti boleh cuba. Fiza ni bab baking agak failed juga. memasak lauk okay lagilah.

Sy dh cuba buat tp mmg lembik ke lps letak susu

Kalau lembik letak tepung sikit sampai doh tak melekat kat tangan tapi doh lembab dan boleh terap.

Mula-mula saya pun beranggapan begitu tapi teringin punya pasal beranikan diri mencuba. Alhamdulillah cantik hasilnya ☺️

Saya buat ikut resipi ni lembik. Tambah byk tepung so total tepung jadi 5cwn. Nasib ada lebih ngam2 tepung klu tak jadi lempeng lah jawabnya.. huhu

Mungkin ada perbezaan dari segi cawan sukatan tepung, jadi kena ikut kesesuaian.
Kalau agak2 lembik, tambah tepung sedikit demi sedikit sampai boleh diterap dan tak melekat di tangan.
By the way, terima kasih sudi cuba..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More