6 Resepi Sarapan Pagi Mudah & Sedap

6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Untuk pengetahuan, setiap pagi saya akan sediakan sarapan dan bekal anak ke sekolah.. Bagi mengelakkan saya ketandusan idea untuk menu breakfast dan bekal setiap hari, saya mengambil pendekatan untuk sediakan menu yang sama dan hanya rotate atau 'kitar semula' untuk minggu-minggu seterusnya..  Lebih mudah begitu jadi tak perlu bermonolog dengan diri sendiri setiap pagi memikirkan menu yang ingin disediakan setiap hari... Memandangkan saya perlu bersiap dan pergi kerja awal, so breakfast pun mestilah sesuatu yang cepat dimasak sedap dimakan.. Menu  ini sangat simple dan sedap (pada sayalah..) hehehe


1. Roti Tampal

Nak tahu apa istilah roti tampal yang dimaksudkan? Bukan roti tampal macam roti canai kat kedai mamak tau tapi roti tampal versi saya ialah sekeping roti putih ditebuk menggunakan mulut cawan dan ditampal dengan telur.

Cara membuat roti tampal seperti di bawah:

Nak tahu apa istilah roti tampal yang dimaksudkan? Bukan roti tampal macam roti canai kat kedai mamak tu tau, tapi roti putih yang ditampal dengan telur.. Senang jer, tengok gambar kat bawah ni bagaimana cara penyediaannya.. pastu boleh cuba..

Roti tampal
2. Lempeng tepung gandum lembut

Menu seterusnya lempeng tepung gandum.. 

Lempeng tepung gandum sedap
Lempeng tepung gandum memang sesuai dimakan untuk breakfast sebab cepat kenyang. Biasanya saya akan masak bersama sambal sardin atau kari ayam bersama kentang dan carrot. Jika saya sediakan lempeng tepung gandum dan sambal sardin / kari ayam, saya akan bekalkan anak saya dengan nasi putih sebagai menu semasa rehat nanti. Resepi Lempeng Tepung Gandum Sedap pernah saya kongsi di blog lama..

3. Spaghetti / Macaroni Bolognese 

Menu paling senang dan menjadi kesukaan anak saya.. Dia prefer macaroni compare to spaghetti.. It depends.. 

Spaghetti bolognese
Cara masak pun mudah.. Rebus spaghetti / macaroni hingga masak dan toskan. Saya guna sos spaghetti sedia ada yang dijual di pasaran jenama Prego atau Kimball.. Caranya dengan tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan daging kisar jenama Ramly. Kacau hingga daging masak, kemudian masukkan cendawan butang tin (jenama Rex) yang sudah dihiris nipis. Kacau sekali-sekala hingga masak, kemudian masukkan sos bologese. Masukkan sedikit garam.. Kacau hingga masak.. Tuang sos bila sedia untuk dimakan..  Saya akan pek bekal ini secara berasingan di dalam bekas bagi  mengelakkan sos mengalir keluar. Resepi Macaroni Bolognese Simple pernah saya kongsi di blog lama..

Kalau terlebih rajin saya masak mee atau bihun goreng..

4. Puff Pastry Sosej / Sardine Puff

Bila sebut saja sardine puff tentu terfikir mesti leceh menguli doh pastri pagi-pagi buta, hehehe. Jangan terpedaya dengan nama.. Saya buat dengan gunakan paratha segera jenama Kawan.

Sardine Puff / Puff Pastry Sosej
Bagaimana caranya? Saya pernah kongsi di blog lama, Resepi Mudah : Puff Pastry Sosej

Hanya tukar filling sahaja.. Selain sosej, andai teringin sardine, isi dengan sardine jadilah sardine puff... Selain itu boleh jugak ganti roti putih jika tiada paratha segera.. Mudah sangat, selesai satu bab! 

5. Cucur tepung gandum

Cucur merupakan menu yang mudah dan sedap seperti lempeng tepung gandum jugak.. Apatah lagi sekarang ada cucur viral.. Bertambah meriah koleksi cucur di Malaysia, hehehe

Cucur Ikan Bilis
Persediaan juga mudah dan boleh dipelbagaikan.. Biasanya saya akan buat cucur kentang, cucur ikan bilis dan cucur pisang.  Walaupun pembuatannya sangat mudah bak kata orang boleh pejam mata tapi saya pernah juga kongsi Resepi Cucur Ikan Bilis di blog lama manakala Resepi Cucur Viral pernah dikongsi dalam blog ini.. Boleh rujuk di kedua-dua link tersebut..

6. Resepi Oat Dalam Jar

Resepi ni pun mudah disediakan dan dibawa ke pejabat tetapi tak sesuai dibawa sebagai bekal ke sekolah.. Jadi saya sediakan menu oat di rumah sebagai sarapan pagi sebelum anak saya ke sekolah.. Menu ini unik kerana variasi rasa buah-buahan segar bersama susu segar dan yogurt..

Resepi Oat Dalam Jar
Berikut adalah Resepi Oat Dalam Jar yang pernah dikongsi di blog ini satu masa dahulu sebagai rujukan..

Mengapa tiada nasi goreng? Jawapannya saya tak boleh makan nasi goreng nanti sakit kepala yang amat sangat hingga tahap guling-guling.. Oleh itu nasi goreng tiada dalam menu harian melainkan special request dari anak.. 

Okay ini sahaja koleksi menu simple dan sedap yang biasa saya sediakan di pagi hari.. Semoga ianya dapat dimanfaatkan dan memberi idea kepada sesiapa yang selalu ketandusan menu sarapan pagi dan bekal diri sendiri ke pejabat atau anak ke sekolah.. 

Andai ada antara pembaca yang ingin tambah koleksi menu ringkas dan sedap bolehlah letak di ruangan komen.. Perkongsian dan komen anda sentiasa dialu-alukan.. Thank you in advance..


34 Comments:

Lempeng dan cucur tu memang boleh dikatakan pilihan pertama PC sama ada di rumah sendiri atau bila balik kampung di rumah babah mama atau di rumah abh mak mertua kak...mudah..ringkas lagi satu muai..makan sampai kenyang..

lempeng.. cucur.. pilihan saya.. ^^

Pilih lempeng atau jemput2.
Cicah dengan sambal tumis.

Banyak variety breakfast tapi tetap pilih makanan tradisional sebab muai.. Akak pun suka 😋..

Hehehehe kebetulan cuaca mendung.. Sedap pekena heavy breakfast 😋..

Saya juga 😉..
Mudah dan sedap..

Sedap jugak, memang kaw hehehe

Wah,saya pon sama selalu ketandusan idea nak bawa bekal apa untuk breakfast...paling senang goreng nasi lebihan nasi malam tadi atau buat cucur tepung...

Exactly Miss Tins, mudah dan sedap 😋..

saya punya breakfast, kokokruch dengan susu je..huhu

Aduhhhh...lempeng & cucur tu buat eynda terliur pulak... dah lama tak breakfast macam tu...

Kagum dgn awaklah LZ....hari hari sediakan bekal utk anak anak. Bangun pukul berapa utk sediakan tu ye.

Anak anak tak membeli ye kat sekolah?

Masa anak darjah 1 saya selalu bagi Koko crunch / corn flakes tapi selepas baca article tentang bahaya GMO langsung tak bagi lagi..

Makanan tradisional tetap nombor 1 kann sis eynda.. Sedap.. 😄

Dah biasa.. Punca kesedaran bila nampak anak makan makanan di kantin ayam goreng liat (x cukup masak) & sayur kangkung goreng dengan akar (siang x bersih).. Sejak itu saya nekad masak pagi. Bila dah biasa kekok pula kalau tak masak pagi Kak Nom.. Bangun 4.30 pagi setiap hari..

Anak ada duit saku RM3 setiap hari tapi dia suka simpan duit tu utk beli barang idaman dia sebab ada bekal boleh jimat.. Kadangkala sahaja membeli bila dia teringin..

Menarik menu2 kat atas . Dah tue semuanya jimat masa kn

Cekodok tu paling feveret... Boleh buat bermacam gaya.. buh kentang.. buh ikan bilis.. buh bawang.. buh udang pun sedap.. Ala.. lapar lak..

Exactly CCL, janji sedap dan berkhasiat 😉..

Betul Sha, muai dan boleh dipelbagai 😄..

Saya selalu buat cucur dengan yang oat tu je. Sedap!

Wah... yang roti tu paling tempting pada tekak akak ni. tq for sharing & salam kenal :)

Kak Ayu Rashid

menu paling senang untuk sha yang malas ni ialah beli kat kedai haha ><

Menu simple tapi sedap kannn Hidayah, best! 😊

Salam kenal juga Kak Ayu 💕.
Roti paling simple.. Makan 1 set camtu terus kenyang Kak Ayu 😉..

Hehehehe senang yang amat cara Sha, hehehe 😉..

roti tampal tu nampak sedap , kena cuba buat nih

Silakan cuba CR, roti tampal antara paling simple tapi sedap 😉..

Roti tampal, lempeng, sardine puff dan spagethi tu mmg lazat sangat. Oat dalam jar GV lom pernah cuba. Apa2x berkaitan dengan oat mmg sangat baik utk kesihatan kak LZ. hihi. :D

Semua sedap, sis setuju dengan GV. Oat baik untuk serap kolestrol dalam badan.. GV jangan lupa cuba oat dalam jar 😊..

Kalau ana suka lempeng dgn cucur tepung utk breakfast. Sedapnya.

Lempeng & cucur tepung sedap juga Ana pekena dengan sambal memang mables. Sedap dan cepat kenyang..

Pretty good post. This is Pictaram Online Instagram User Posts and Story web viewer.

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More