Review : Teruja dengan Periuk Noxxa

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari ni nak kongsi cerita tentang periuk Noxxa.. Mula-mula dengar nama periuk ni dari Mrs. A tapi masa tu beranggapan takde special sangat periuk ni walaupun digelar periuk magic, pressure cooker dan sebagainya.. Maka beranggapan sama seperti periuk nasi atau pressure cooker biasa.. Itulah kata orang tak kenal maka tak cinta..

Oh ya, jangan salah anggap pula, saya hanya kongsi pengalaman menarik dan saya tak menjual periuk ini..
 
Noxxa periuk tekanan elektrik serbaguna

Dijadikan cerita, baru-baru ni officemate cerita tentang keterujaannya menggunakan periuk Noxxa untuk buat hidangan hari Raya.. Saya kenal beliau, sama saja seperti saya yang suka masak tapi tak berapa reti masak.. 

Berbalik pada cerita, bila asyik dengar betapa super excited beliau dengan periuk Noxxa-nya, saya pun  melontarkan segala doubt tentang periuk ini.. Beliau berjaya menjawab segala pertanyaan saya dan meyakinkan saya bahawa periuk Noxxa dapat mengatasi segala isu yang saya hadapi.. dari situ saya semakin yakin dan teruja untuk memiliki periuk tersebut. 

Periuk Noxxa

Sehari selepas terima periuk Noxxa, masakan pertama saya buat Nasi Goreng periuk Noxxa. Biasa bila masak nasi goreng, kita perlu masak nasi terlebih dahulu, tunggu nasi sejuk baru boleh masak nasi goreng.. Sangat leceh dan lambat okay.. Berbeza bila kita guna periuk Noxxa.. Saya sangat teruja bila masak dengan hanya masukkan beras bukan dengan nasi kerana proses memasak periuk Noxxa menggunakan tekanan tinggi..

Nasi Goreng periuk Noxxa

Inilah hasilnya gais (guys)! Cantik hasil kejadian Nasi Goreng periuk Noxxa.. Beras yang dimasukkan tadi menjadi nasi yang elok, tak terlebih air dan just nice.. Paling penting masa masak hanya 7 minit sahaja.. 


Nasi ayam periuk Noxxa

Hari kedua, walaupun badan penat balik dari pejabat tapi semangat ingin memasak sejak ada periuk Noxxa memang luar biasa.. Sampai sahaja di rumah terus capai bahan-bahan untuk masak nasi ayam.. Percaya atau tidak, inilah pertama kali saya masak nasi ayam. Tentulah percaya bila terhasilnya nasi ayam ini walaupun tak semenggah sangat. 

Ayam goreng 

Sementara tunggu nasi masak di periuk Noxxa, saya goreng ayam, masak sup dan sediakan bahan-bahan ulam, tak sampai 10 minit nasi ayam siap! Tak perlu tunggu nasi masak sebab periuk Noxxa ni ada fungsi keep warm bila tempoh memasak tamat. Ini fakta bukan auta sebab ianya berdasarkan pengalaman saya sendiri betapa periuk Noxxa mampu menjimatkan masa memasak.

Ulam

Jika dibandingkan dengan cara biasa memang ambil masa lama.. Guna periuk Noxxa terbukti jimat banyak masa.. Begitu juga dengan masa mengemas juga lebih mudah sebab hanya menggunakan 1 periuk sahaja.. Periuk Noxxa ni tak perlu sental beriya sangat sebab ianya dibuat dari bahan anti-lekat, hanya cuci dengan sabun pencuci pinggan mangkuk dan keringkan.. 

Frankly speaking memang terasa perubahan bila ada periuk Noxxa.. Saya mula masak di rumah selepas hari bekerja, berbanding sebelum ini membeli lauk atau makan di luar. Semuanya kerana faktor masa dan persediaan bahan-bahan masakan yang rumit. Resepi masakan menggunakan periuk Noxxa juga mudah, boleh didapati di social media.

Alhamdulillah sekarang urusan memasak bukan satu masalah besar dengan kemudahan periuk Noxxa.. Okay setakat ini sahaja perkongsian keterujaan saya tentang periuk Noxxa ini untuk diabadikan di blog ini.. 

Thank you for reading.. 



Regards,


Tetamu Bertandang Ke Rumah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca budiman..
Hari ini genap seminggu kita berada dalam bulan Jun 2022. Hari Sabtu lepas, rumah saya dikunjungi ipar-duai yang tak berkesempatan untuk ziarah sempena Hari Raya bulan lalu. Jadi saya mengambil peluang untuk menjamu mereka makan tengahari di rumah.. 

Ziarah

Alhamdulillah dapat juga berkumpul bersama.. Kalau diikutkan memang susah sebab masing-masing sudah mendirikan rumahtangga, beranak-pinak dan tinggal jauh tambahan pula terikat dengan jadual kerja dan persekolahan anak-anak.. Sesekali bila dapat berkumpul terasa meriah.. Anak saudara semua dah meningkat remaja jadi mak ngah (panggilan saya) pun semakin tua.. 

Miss the time when I was able to go back to my hometown and spend time with family. Now it is not easy. Happy bila masing-masing bercerita tentang kehidupan masing-masing, maklumlah bila bertahun-tahun tak jumpa banyak cerita ingin dikongsi bersama.. Bila umur meningkat dan salah seorang ibubapa telah meninggal dunia, hubungan antara adik-beradik (dan ipar-duai) juga terasa lebih akrab. Generasi inilah yang akan menggantikan orang tua sebagai pengganti mak ayah kita suatu hari nanti. 


Regards,

Apa Perlu Kita Buat Selepas Dapat Gaji?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog saya yang dikasihi.. 
Didoakan semoga rakan-rakan blogger beroleh kesejahteraan dan dirahmatiNya selalu.

Minggu ni cuti agak panjang hingga Isnin sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, hari Isnin cuti, yeayyy!! Alhamdulillah, dapatlah rehat dan luangkan masa lebih sikit bersama keluarga. Pesanan saya, sesiapa pergi bercuti atau balik kampung, hati-hati tau terutama bila berada di jalanraya.

Jadi awal bulan begini, masing-masing yang bekerja tentu gaji dah masuk kann.. Sebelum pergi bercuti atau balik kampung tu, jangan lupa rancang perbelanjaan dulu. Itulah perkara pertama saya buat selepas gaji masuk dalam akaun, boleh check post saya terdahulu. 

Merancang perbelanjaan adalah perkara rutin saya setiap bulan bagi mengawal perbelanjaan lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi tak menentu sejak kebelakangan ni.

Tips Jimat
Apa perlu buat selepas dapat gaji?


Apa perkara pertama perlu dipertimbangkan? 
Berikut saya kongsi 3 langkah asas merancang perbelanjaan:

1. Senaraikan hutang-hutang utama 
(contoh : KENDERAAN - loan kereta, insurans, minyak, roadtax, maintenance, RUMAH - loan rumah, sewa rumah, penyelengaraan (jika ada), HUTANG lain - kad kredit, student loan, yuran, UTILITIES - bil air, bil elektrik, bil ASTRO, bil telefon..)

2. Kemudian, senaraikan perbelanjaan anggaran kasar seperti duit makan waktu pejabat serta belanja dapur (groceries) untuk tempoh sebulan serta lain-lain.

3. Baki duit gaji setelah tolak item 1 dan 2 boleh digunakan sebagai simpanan dan kegunaan lain.

Kepada sesiapa mempunyai akaun Maybank boleh mula create account MAE. Saya mula menggunakan akaun ini untuk asingkan duit perbelanjaan harian dan akaun simpanan khususnya lebihan duit gaji pada bulan sebelum. 

Selain itu, saya juga create MAE Tabung untuk wishlist contoh barang-barang yang ingin dibeli dalam tempoh masa akan datang.

Download MAE apps

Setakat ini MAE memudahkan saya mengurus perbelanjaan setiap bulan. Saya boleh keep track semua perbelanjaan saya dengan mudah. 

Sesiapa yang belum mempunyai akaun MAE boleh start download dalam phone masing-masing dan boleh guna referral code saya seperti di bawah:

MAE Referral Code

Bila kita biasa rancang perbelanjaan dengan bersungguh-sungguh, inshaAllah masalah terlebih belanja atau overspend boleh dielakkan. Mula-mula memang susah. Tapi bila kita bayangkan, gaji yang kita dapat itu adalah hasil titik peluh kita selepas bersusah payah selama sebulan, maka kita akan berfikir dulu sebelum berbelanja.

Oleh itu, rancang perbelanjaan dengan bijak. Ingat, biar lebihkan simpanan, kurangkan perbelanjaan. Elak shopping tanpa dirancang dan pertimbangan antara keperluan atau kehendak. 

Setakat ini sahaja perkongsian saya. Semoga post ini bermanfaat kepada pembaca. Jika pembaca ada tips lain yang berguna, sudilah kongsi di ruangan komen. 

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More