SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA KE-61

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini..
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Selamat Hari Merdeka semua! 
Siapa yang berkesempatan pergi ke dataran untuk sambutan Hari Kebangsaan 2018 ini memang sangat bertuah.. Mana tidak, semangat sambutan dapat dirasai bersama seluruh rakyat Malaysia yang lain tambahan pula sambutan rasmi diadakan di setiap negeri..

Walaupun tak menyertai mana-mana sambutan di dataran, saya juga tak mahu ketinggalan mengabadikan kenangan logo rasmi dan lirik lagu tema Hari Kebangsaan 2018 di blog ini..

Logo Hari Kebangsaan 2018
Logo Hari Kebangsaan 2018

TEMA LAGU KEBANGSAAN 2018
Tajuk : Kita Punya Malaysia 
Penyanyi : Bunkface
Ciptaan : Sam Bunkface


31 Bulan 8, 57
Perjuangkan pertahankan tanah airku
Impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi negara
Selamanya…Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)Jangan lemah bangunlah
Buat baru semula
Percayalah hari ini
Kita punya
impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi Negara
Selamanya…


Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Merdeka x3

Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)
Ini Kita Punya

Untuk pengetahuan, setiap tahun sambutan hari kebangsaan, saya juga menyambut ulangtahun perkahwinan, wink..wink..wink.. Tarikh yang sama so easy to remember..


Okay setakat ini sahaja..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,


TANJAK JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2018

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my readers..
Detik sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61 akan di sambut pada 31 Ogos iaitu esok.. Tema tahun ini : "Sayangi Malaysiaku". Oleh itu saya percaya hampir setiap sekolah menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan 2018 ini. Tak lupa juga anak Tuan / Puan pasti sibuk membuat persiapan yang sama.. Di sekolah anak saya turut sama membuat sambutan Hari Kemerdekaan ini. 

Apa yang buat saya geram, last minute sampai rumah pukul 6.00 petang semalam baru beritahu saya: "Ma teacher suruh bawa bendera dan pakaian melambangkan Hari Kebangsaan esok. Ada perbarisan Hari Merdeka." Kecik besar, kecil besar mama tengok ko, Arief..

Kebetulan lepas Maghrib saya ke Pall Mall Seremban so sempat cari bendera untuk dijadikan prop sambutan Hari Kebangsaan.. Terlintas di fikiran saya nak buat tanjak dari Jalur Gemilang. Ilham ini datang dari pengalaman saya membuat beberapa gubahan hantaran kahwin. Biasa hantaran saya buat gubahan tanjak dari  kain songket.

Maka malam hari start pukul 10.30 malam hingga 12.00 tengah malam saya gigih menjahit tanjak demi memenuhi kehendak anak untuk dipakai esok..

Inilah  hasil kejadian..

Sambutan hari kemerdekaan ke-61
Tanjak dari Jalur Gemilang
Saya selit di sini info perbezaan tengkolok, tanjak dan destar. 

Umum mengetahui tengkolok, tanjak dan destar adalah pakaian warisan Melayu yang diwarisi sejak zaman dahulu.  Ia diperbuat dari sehelai kain dan digubah menjadi bentuk untuk disarungkan di atas kepala. Ianya mempunyai nama-nama tertentu berdasarkan lipatan. Tengkolok lebih sinonim dengan pakaian rasmi raja dan pembesar Melayu pada zaman dahulu dan dipakai semasa majlis adat istiadat bangsa Melayu.


Tengkolok : pakaian rasmi raja dan para pembesar Melayu. Dipakai semasa majlis adat istiadat bangsa Melayu pada zaman dahulu.

Tanjakpakaian oleh golongan kebiasaan supaya kelihatan kemas dan bergaya. Tanjak lebih kepada pakaian harian bangsa Melayu pada zaman dahulu.

Destar : pakaian golongan buruh, petani, pesawah untuk menutup kepala mereka dari panas terik semasa bekerja.

Ketiga-tiga pakaian ini dapat dibezakan dari segi bentuk yang berlainan.

Hari Kebangsaan 2018
Gambar tanjak dari pandangan depan

Beginilah rupa tanjak bila dipakai oleh model mannequin..

Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61
Model memakai tanjak

Bagus juga sambutan ini diadakan di sekolah, sekurang-kurangnya memberi kesedaran kepada anak-anak muda tentang erti kemerdekaan sebenar bukan semata-mata cuti umum.

Inilah anak bujang saya.. Tak sabar ke sekolah hari ini sebab ada perbarisan Hari Kebangsaan dan paling penting nak tunjuk tanjak dia pada kawan-kawan..
Happy sebab ada tanjak, katanya hahaha

Model tanjak Jalur Gemilang
Alhamdulillah akhirnya diberi ilham dan mampu menghasilkan sesuatu untuk sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia tahun ini walau dalam keadaan last minute..




Sebelum berakhir, jangan lupa kibar Jalur Gemilang tanda semangat patriotik dan sayang pada negara kita Malaysia.
Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee


Regards,


BILA INGIN MEMILIKI KELEMBUTAN HATI

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. 
Hari ini tergerak hati untuk berkongsi Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim untuk renungan kita semua:



"Ketahuilah sesungguhnya dalam tubuh manusia ada segumpal daging, jika segumpal daging itu baik, maka akan baik seluruh tubuh manusia, dan jika segumpal daging itu buruk maka akan buruk seluruh tubuh manusia, ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati (jantung) manusia."
- HR Bukhari (no. 52) dan Muslim (no. 1599) 




Rasa dan fikirkan sejenak maksud hadith tersebut..
Tanya kepada diri kita, bagaimana pula hati kita?
Simpan jawapan itu..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeeee


Regards,


NURSERY POKOK MURAH DI SG. BULOH

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah atas segala limpah kurniaanNya.. Mungkin ada antara rakan blogger masih beraya di kampung.. Al-maklum anak-anak masih cuti sekolah, jadi mak ayah boleh cuti sama supaya dapat meluangkan masa beraya lama sikit di kampung, biasanya begitulah.. 

Al-kisah hari Ahad lepas saya pergi ke nurseri pokok di Sg. Buloh.. Sudah bertahun-tahun lama tak menjejakkan kaki di sini.. Jauh perjalanan dari Seremban semata-mata untuk membeli artificial grass.. Kata orang di sana murah.. So saya pun menggigihkan diri ke Sg. Buloh dalam cuaca panas terik.. Sebelum ni ada diwar-warkan bahawa nurseri pokok di Sg. Buloh telah berpindah di kawasan Hospital Sg. Buloh.. Jadi saya terus ke sana tanpa survey dulu tempat lama iaitu area FRIM Sg. Buloh..

Artificial grass di Sg. Buloh
Artificial grass
 Puas singgah dari satu nursery ke satu nursery and I tell you harga takde la murah sangat seperti yang dijangka.. Ada pula harga cekik darah, so kena pandai survey.. 
Tipah tak mahu tertipu lagi..

Nursery pokok Sg. Buloh
Nursery pokok Sg. Buloh
Puas sudah survey, akhirnya give-up kerana ada tempat lain tapi bukan di Sg. Buloh menawarkan harga jauh lebih murah.. Maka motif mencari artificial grass terpaksa dibatalkan pada hari tu tapi bertukar kepada membeli pokok bunga, hehehe.. Mana tidak, kiri kanan semua pokok bunga cantik, berwarna-warni.. Saya suka roses, jadi tumpuan saya ke arah pokok rose.. Pernah saya cerita tentang pokok roses saya di blog post lama DI SINI.



Related post : I love roses

Ini nursery pokok bunga pertama saya singgah..  Malangnya tiada papan tanda nama nursery ini..

Nursery pokok Sg.Buloh
Nursery Sg. Buloh
Nursery pokok Sg. Buloh
Di sini, pokok rose pertama, kedua dan ketiga ku beli.. Warna putih, kuning dan pink..

Tiba pula di nursery pokok kedua, ada signboard : Sakura Nursery.. Saya masuk dan pusing meninjau dari satu bahagian ke satu bahagian, motif cari pokok rose.. Banyak pilihan pokok bunga hiasan dalam nursery kedua ini.. Bila tanya tauke, pokok rose takde, kecewa!

Sakura Nursery Sg. Buloh
Sakura Nursery Sg. Buloh
Sakura Nursery Sg. Buloh
Spider plant (chlorophytum comosum)
Pokok daun kesum (persicaria odorata, known as Vietnamese coriander)
Sakura Nursery Sg. Buloh
Pokok rosemary
Sakura Nursery Sg. Buloh
Sakura Nursery Sg. Buloh
Spider plant (chlorophytum comosum)
Walaupun pokok rose takde tapi tetap membeli.. saya beli pokok hiasan iaitu 1 pasu spider plant (chlorophytum comosum) - RM15.00, 2 pasu pokok rosemary - RM8.00 & RM10.00 each, 2 pasu pokok kesum - RM5.00 each, 2 pasu kecil bunga hiasan - RM5.00 each..  

Next, perjalanan diteruskan ke nursery pokok ketiga..  Nursery ketiga ni banyak juga pilihan pokok hiasan namun tak menggugat iman saya kerana pokok bunga biasa, hehehe

Nursery pokok Sg. Buloh
Nursery pokok Sg. Buloh
Pokok bunga kertas (bougainvillea)
Ehhhh ada pokok bunga rose laa.. kata tak menggugat iman tapi saya terjebak beli 2 pasu pokok rose warna oren dan purple.. Kalau pokok bunga rose memang tiada kompromi.. Memandangkan saiz pokok kecil maka dapat bargain price RM5.00 each.

Tibalah masa untuk bertolak pulang ke Seremban.. Dalam perjalanan tiba-tiba ternampak satu banner besar menawarkan artificial grass dengan harga yang sangat berpatutan iaitu di Elegant Grass.. Lokasi di kawasan nursery lama berdekatan FRIM Sg. Buloh.. Aduhai kalau saya tahu sudah tentu saya akan lalu jalan ini sebelum ke nursery Kg. Orang Asli Sg. Buloh (berhampiran Hospital Sg. Buloh).

Unfortunately, budget burst tinggal separuh, baki habis beli segala macam pokok tadi..

Elegant Grass - Lot 64A Sg. Buloh
Walau tak cukup budget tetap singgah di sini bertanyakan tentang harga dan promosi yang ditawarkan.. Next visit, in shaa Allah dalam masa terdekat kami akan datang sini dan beli..

NURSERY POKOK MURAH DI SG.BULOH 

Overall dalam banyak-banyak nursery, Sakura Nursery merupakan nursery pokok murah di Sg. Buloh  (Hospital Sg. Buloh area)..

Gambar berikut saya kongsi di sini hasil membeli pokok-pokok bunga di nursery Sg. Buloh..

Pokok bunga nursery Sg. Buloh
Happy me.. Selain suka tanam pokok bunga rose saya suka tanam pokok herba yang digunakan dalam masakan seperti pokok kesum, pokok kari, serai, cili, rosemary etc. Pernah saya kongsi cerita  di blog lama DI SINI.

Related post : My gardening mood is back

Okay setakat ini sahaja perkongsian saya.. Kalau nak tengok MY HUMBLE GARDEN kini tinggal kenangan klik DI SINI.



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeeee..


Regards,


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2018

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Tentu ramai yang pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidiladha tahun ini, kebetulan pula serentak dengan cuti sekolah.

Siapa tak balik kampung boleh geng saya.. Saya tak balik kampung raya tahun ini sama seperti tahun-tahun sebelum, dah biasa.. Cukuplah sekadar tumpang cerita kawan-kawan biar rasa meriah, hehehe

Oleh itu, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan :

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2018 / 1439H 
Maaf Zahir & Batin


"Saat berderai jatuh 
Titisan air mata suci IBRAHIM,
Melihat keteguhan anaknya ISMAIL,
Dikala itulah bermulanya sejarah agung
erti sebuah PENGORBANAN.."

Selamat Hari Raya Aidiladha ^_^
Selamat bercuti juga diucapkan..

Pesanan saya walau di mana anda berada, berhati-hati di jalanraya, al-maklum jalanraya luar biasa sibuk.. Jangan lupa juga rancang perjalanan anda untuk mengelakkan jem berjam-jam. 

Kepada yang beraya di kampung, jangan lupa share cerita.. Balik mana raya tahun ni? Korban berapa ekor? Share-lah sikit cerita dengan orang tak balik kampung ni.. 
Itu sahaja.. Thank you for reading.. 



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


RESEPI IKAN SIAKAP STIM ALA-THAI MUDAH & SEDAP

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Happy Monday!!!.. Tak mahu Monday blues okay.. So untuk elak Monday blues saya kongsi resepi dinner malam tadi iaitu Ikan Siakap Stim Ala-Thai yang mudah dimasak dan sedap dimakan - opsss macam biasa dengar tagline tu. Lagi pun dah terlalu lama saya tak kongsi resepi dalam blog ini.. Hurrrmmm nampak sangat lately akak jarang memasak dikkkk itu yang sebenarnya...

Okay, don’t worry resepi saya semua ringkas, mudah dan senang tapi sedap boleh dimakan, trust me!.. Frankly speaking, saya ni tak pakar sangat dalam memasak tapi bolehlah masak untuk family..

Jom kita tengok dulu hasil kejadian sebelum kita pergi ke bahan-bahan dan cara masak. Gambar nampak kurang menawan tapi percayalah rasanya memukau, hehehe


RESEPI IKAN SIAKAP STIM ALA-THAI MUDAH & SEDAP

Bahan-Bahan
1 ekor ikan siakap saiz sederhana - potong butterfly & cuci bersih
2 biji bawang putih - cincang halus
1 cm halia - hiris nipis
1/2 kiub pati ikan bilis - ramas hingga hancur
2 sudu besar sos ikan kukus jenama Faiza
1 sudu kecil asam Jawa tanpa biji
2 biji cili api - bergantung kepada tahap kepedasan masing-masing
Daun limau purut - koyak 2 bahagian
Daun ketumbar - potong kasar
Daun sup - potong kasar
Daun bawang - potong kasar
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Letak ikan dalam bekas stim.
2. Lumur ikan dengan asam jawa tanpa biji, garam dan gula.
3. Tabur bawang putih, halia, cili potong, daun limau purut, sos ikan, kiub ikan bilis.
4. Tutup dan kukus selama 20 minit (bergantung kepada saiz ikan) atau sehingga ikan masak. Tambah sedikit air kalau ingin sedikit berkuah.
5. Bila ikan masak, tabur daun ketumbar, daun sup dan daun bawang.
6. Ikan siakap stim ala-Thai sedia dihidang.

Untuk pengetahuan pembaca, resepi asal guna limau nipis tapi saya gantikan limau nipis dengan asam jawa.  Berdasarkan  pengalaman saya limau nipis akan ada rasa pahit yang membuatkan rasa tak konsisten, jalan selamat saya guna asam jawa tanpa biji.

Bagaimana pula cara anda? 
Kongsi di ruangan komen, cara dan pendapat anda. Segala komen dan maklumbalas saya ucapkan thank you in advance..

Selamat mencuba resepi ringkas ini.


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee


Regards,


SaSa NEW OPENING SPECIALS & BEST BUY @ AEON SEREMBAN 2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Akhirnya tibalah hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari tak bekerja.. Boleh rehat dan blogging sesedap rasa di samping melakukan kerja-kerja rumah yang tak seberapa..

Hari ni saya nak kongsi cerita tentang outlet SaSa yang baru dibuka di AEON Seremban 2. Oh yaa sebutan 'SaSa' tapi bukan Syasya Saidin tau.. SaSa merupakan outlet barangan kecantikan wanita di samping product kesihatan.. SaSa New Opening Specials berlangsung dari 15 to 26 August 2018..

Frankly speaking saya sungguh teruja sebab SaSa adalah salah satu tempat terapi minda yang boleh mengurangkan stress saya, hehehe. Sebelum ni saya akan ke Klang Valley atau Mahkota Parade jika hendak ke SaSa outlet..

SaSa @ AEON Seremban 2
SaSa New Opening Special
Jadi bila tahu SaSa terletak just walking distance dari office memang kena seperti kata pepatah : bagai mengantuk disorongkan bantal, eh betul ker? Lebih kurang begitulah.. Kali ni bukan mengantuk tapi seronok..

SaSa New Opening Specials @ AEON Seremban 2
SaSa New Opening Specials @ AEON Seremban 2
Jom hayati apa yang ada di SaSa New Opening @ AEON Seremban 2..

SaSa New Opening Specials @ AEON Seremban 2
SaSa New Opening Specials

Apa saya suka tentang SaSa?

Siapa suka perfumes? Kalau suka perfumes nampaknya citarasa kita sama.. Itulah motif saya suka ke SaSa.. Di SaSa ada fragrances or designer perfumes selain itu saya suka juga belek make-up dan skincare products. Saya ni hantu perfumes jadi boleh lupa diri sekejap bila pergi ke tempat-tempat begini.. 


Saya kongsi di sini beberapa gambar yang sempat diambil semasa kunjungan pertama di SaSa AEON Seremban 2 :

SaSa New Opening Specials @ AEON Seremban 2
SaSa Makeup - Making Life Beautiful

Sudah pasti saya akan spend masa di sini, bukan hanya mencuba perfumes tapi melihat-lihat koleksi perfumes baru yang terhangat di pasaran....

SaSa Fragrance
SaSa Fragrance - You are never fully dress up without perfume

Tak perlu cerita banyak, tengok sendiri koleksi dan pilihan barang-barang yang boleh melupakan diri saya seketika..

SaSa Fragrance - You are never fully dress up without perfume
Sasa SaSa Fragrance - You are never fully dress up without perfume
SaSa Fragrance
SaSa Fragrance - You are never fully dress up without perfume
SaSa Fragrance - You are never fully dress up without perfume
SaSa Fragrance - You are never fully dress up without perfume
Selain dari koleksi wangian yang bermacam-macam jenis dan pilihan, sempena pembukaan baru ini SaSa menawarkan banyak promosi dan discount menarik.. Bila masuk kiri kanan depan belakang sign "Best Buy", "PWP", "2 or More 40% Off", "Buy 1 Free 1" etc membuatku teruja.. Masa ni sesuai beli barang yang diperlukan..

SaSa Best Seller
SaSa Best Seller Corner

SaSa Best Buy
SaSa Best Buy Corner
SaSa Best Buy
SaSa Best Buy
Puas membelek dari satu rak ke satu rak, masa untuk melangkah keluar... Wish list dalam kepala next visit masa untuk grab mana yang berkenan di hati..

SaSa Free Membership
SaSa Free Membership
Sepanjang promosi New Opening Specials ini berlangsung, kita bukan hanya dapat menikmati discount menarik tapi ada juga tawaran kad keahlian percuma kepada pelanggan yang membuat pembelian minimum RM300.00.. Andai berminat boleh serbu SaSa sekarang..

Related post : Supermodel Secrets

Pembaca juga boleh layari website SaSa untuk dapatkan info terkini seperti latest promotions dan sebagainya :




Okay setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,


BILA WAKTU TELAH BERAKHIR

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. 
Salam Jumaat juga diucapkan kepada muslimin dan muslimat sekalian.. Sudah tiba kita di hari Jumaat yang penuh barakah ini.. Cepat sungguh masa berlalu. Minggu ini fikiran sedikit bercelaru, memikirkan duniawi, ada kecewa, sedih, semuanya berkaitan dengan perangai manusia ..

Dua For Relief From Sadness, Depressions, Anxiety, Worries & Difficulties
Pagi ini sambil memandu ke pejabat macam-macam perkara bermain di fikiran.. Dalam waktu yang sama leka mendengar dan menghayati bait-bait lirik lagu Opick bertajuk "Bila Waktu Telah Berakhir"..

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang
Dan pergi meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu
Untuk kembali mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti 
Teman sejati tinggallah sepi

Bukan minat pada penyanyi tetapi lebih kepada mesej yang terkandung dalam lirik lagu itu..
Penuh dengan kesedaran terasa insaf, kerdil diri ini.. Bila layan lagu Islamic begini timbul kesedaran dalam diri.. Hati jadi tenang, sedikit sebanyak mengawal perasaan ini supaya berpijak di bumi nyata kembali pada landasan sebenar.. Peringatan kepada diri ini - Hal dunia hanya sementara so tak perlulah beriya sangat sampai overthinking.. 

"There's a time to be a nice person and there's a time to say enough is enough"



Itu sahaja yang ingin dikongsi bersama.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


TEWAS JUGA AKHIRNYA...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Today I am on sick leave, tewas juga akhirnya setelah mampu bertahan hanya 3 hari.. Bukan saja-saja simpan penyakit, tak mahu pi clinic tapi malas nak tempuhi prosedur : bersiap -> pi clinic -> register -> isi borang -> tunggu nombor giliran -> jumpa doctor -> doctor check -> tunggu ubat and so on.. 

Mula-mula sekadar makan ubat batuk dan ubat selesema  beli di farmasi.. Boleh tahan sekejap tapi tak baik sepenuhnya.. Masih lagi bertahan, semalam sempat juga pergi kerja walau rasa tak sedap badan, sore throat and cough masih ada.. Cuba juga kawal diri supaya tak berjangkit kepada officemate, memanjang tutup mulut dengan handkerchief, minum banyak air kosong dan kurangkan bercakap..

Eh.. apa pula kaitan dengan gambar?
Lauk ni juga menyumbang kepada bertambah sakit hari ini..

Menu kari ayam, sambal belacan dan sayur

Al-kisah, semalam during lunch hour, pi bantai makan kari ayam dan sambal belacan.. Mana tidak bila hilang deria rasa, tekak ni mulalah gatal nak makan pedas. Lepas makan, terus tak keluar suara, tekak pedih ditambah pula batuk non stop.. Adoi bila rasa diri ini hampir kritikal, lepas office hour terus pi clinic, mahu atau tidak kena tempuh juga prosedur ini : register -> isi borang -> tunggu nombor giliran-> jumpa doctor -> doctor check -> tunggu ubat and so on..

Padan muka, degil! At last tewas juga akhirnya..
Lepas ni makan ubat dan rehat secukupnya, esok kerja seperti biasa tak kira apa condition sekalipun coz ada deadline yang perlu dikejar..

Okay, that's all for now..
Thank you for reading..



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee


Regards,


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More