JANUARY 2023 RECAP : RINGKASAN AKTIVITI SEPANJANG JANUARI | Bulan pertama tahun 2023 telah melabuhkan tirai, Febuari pula sudah masuk hari ke-7 hari ini.. That was fast.. I can’t believe January is over! So saya kira masih belum terlambat untuk saya share aktiviti penting sepanjang Januari yang telah menjadi kenangan tahun ini.
|
January 2023 Recap |
I can say, my life has been very busy in the last month (you will read why below) therefore I want to capture it on this blog as a memory.
JANUARY ON THE BLOG
Sepanjang bulan Januari 2023 saya hanya mampu menerbitkan 3 blog posts.
Check them out:
Saya akui bulan Januari seperti terlalu sibuk dan tak berkesempatan untuk menulis di blog padahal I have sooo many blog posts lined up, sebenarnya terlalu banyak untuk dikongsi di sini. Tunggu saja update dari semasa ke semasa okay.
AHLI BARU KESAYANGAN HAMBA, SI TOMMY & MOSCHINO
Itulah seperti saya kata sebelum ni, the majority of January was unexciting and involved a lot of work tetapi saya masih ada masa untuk diluangkan bersama kesayangan hamba, malah saya ada adopt 2 ekor kittenS lagi pada 30 Disember 2022 lalu. Pada 16 January 2023 saya hantar mereka check-up dan vaksin pertama.
|
Si Tommy and Moschino |
|
Kesayangan hamba, si Moschino |
Sebenarnya ada cerita di sebalik setiap adoption kesayangan hamba. Kali ini saya diamanahkan untuk menjaga 2 ekor kittens memandangkan pemilik asal kucing ini (kenalan yang agak rapat) sudah tak sanggup menjaga mereka lagi.
|
Si Moschino |
Pemilik asal kucing ini sedang menjaga suaminya yang sakit, so saya diamanahkan untuk menjaga mereka berdua dan pemilik asal masih ingin keep in touch lagi dengan mereka. Saya setuju kerana alang-alang saya pun ada kucing yang lain so bolehlah saya jaga kebajikan mereka juga.. Saya beri nama Tommy dan Moschino, kedua-duanya jantan. Si Tommy masih takut berbanding si Moschino yang agak peramah.
TERTUNAI HASRAT MEMILIKI PETKIT PURA MAX
Hasrat untuk memiliki Pura Max ni sebenarnya dah lama.. Barang yang memerlukan perbelanjaan besar tambahan pula banyak jenis dengan fungsi yang hampir sama di pasaran menyukarkan saya membuat keputusan. Saya sejenis yang akan buat research dan baca review sampai puas hati barulah saya nekad beli Pura Max ini.
|
Pura Max by Petkit |
Al-maklum kesayangan hamba sudah bertambah 8 ekor kesemua fully indoor yang semakin membesar tambahan pula jadual saya yang sentiasa sibuk, saya amat memerlukan automatic litter box. Paling penting lepas ni no more scooping dan persekitaran bersih tanpa bau busuk.
|
Si Fluffy meninjau Pura Max |
Lebih kurang 2 minggu selepas pesanan, pada 13 Januari 2023 Pura Max pun selamat sampai di rumah. Bila unboxing semua kesayangan hamba berkerumun, bukan saja saya excited tetapi mereka juga tak sabar nak tahu apakah benda itu, haishh macam-macam perangai masing-masing.
BERJAYA SETUP A CAT ROOM
Satu lagi hasrat yang telah tertunai sepanjang bulan Januari ini iaitu setup a cat room untuk kesayangan hamba.. Bilik sudah lama tersedia tapi masa untuk menatarias bilik tersebut menjadi cat room lama tertangguh.
|
Set-up |
Akhirnya cat room siap dan kesayangan hamba semua boleh tidur dan makan dengan bebas di situ.. Saya telah cerita tentang cat room ini
di sini.
GARDENING DI HUJUNG MINGGU
Pembaca blog ini tentu tahu salah satu hobi saya ialah gardening.. Walaupun sibuk, saya tetap meluangkan sedikit masa pada hujung minggu untuk gardening.. sekadar mengeluarkan peluh.
|
My small garden |
Lepas breakfast, saya akan meninjau pokok-pokok di porch kereta yang sekangkang kera.. Sekadar buang daun hijau, cabut rumput dan trim dahan-dahan pokok bunga.
|
My small garden |
Susun pasu-pasu ikut kedudukan baru pun rasa puas hati dan dapat release tension bekerja. Gembira dengan hasil susunatur sendiri..
KURSUS, MESYUARAT DAN BENGKEL
Inilah antara punca mengapa saya terlalu sibuk bulan Januari lalu..
Tasks
5 Januari 2023 - Updated balance scorecard for Department
9 Januari 2023 - To evaluate and discuss staff's appraisal
10 Januari 2023 - To discuss and finalise evaluation form with boss
Taklimat
12 Januari 2023 @ 2.30 petang di Pall Mall, Seremban : Taklimat Panel Peguam 2022
Mesyuarat
17 Januari 2023 @ 10.00 pagi : Mesyuarat Jawatankuasa Semakan SOPs
|
Bangunan MAINS |
|
Dewan Menara MAINS |
Bengkel
18 Januari 2023 - 20 Januari 2023 di Dewan MAINS: Bengkel Penilaian Risiko Rasuah bersama Institut Integriti Malaysia
|
Kursus Bina Wadah |
Kursus
25 Januari 2023 - 26 Januari 2023 di the Academy DRB Hicom : Kursus Bina Wadah
Task
31 Januari 2023 : To finalise and submit Audit Report
Ohhh exhausted!
Masa selebihnya seperti yang pernah saya kongsi
di blog post ini, saya habiskan dengan mengikuti kelas pada hujung minggu dan membuat research and assignments pada sebelah malam.
UPCOMING IN FEBRUARY…
Saya bercadang untuk review Pura Max, custom made notebook dan beberapa restoren yang baru dikunjungi. Selain itu masih lagi dalam pertimbangan.. We’ll see how it goes.
PHEW! Akhirnya selesai juga perkongsian tentang January Recap.
Oleh itu, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!
Regards,