Tips Pindah Rumah di Lembah Klang Dengan Murah Dan Mudah

Apabila berpindah ke rumah baru, anda mungkin risau yang proses pemindahan adalah rumit dan harga sewa lori pindah rumah adalah mahal. 

Walau bagaimanapun, terdapat banyak cara untuk berpindah rumah dengan murah apabila anda mendapatkan servis pindah rumah atau lori sewa di Puchong atau Kuala Lumpur.

Tips Pindah Rumah di Lembah Klang Dengan Murah Dan Mudah:


Pilih Syarikat Pemindahan Yang Bereputasi 
Apabila mencari syarikat yang menawarkan servis pemindahan di Lembah Klang yang berkualiti, adalah penting untuk mendapatkan sekurang-kurangnya tiga sebut harga daripada syarikat lori sewa berdekatan anda. Tidak semua syarikat pemindahan adalah sama. Gunakan peluang ini untuk membandingkan perkhidmatan yang mereka tawarkan seperti pindah piano dan adakah servis pemindahan itu sesuai untuk keluarga anda, dan semak ulasan pelanggan mereka dengan teliti. 

Pindah piano

Pilih Masa Dan Tarikh Pemindahan Yang Sesuai 
Jika anda mempunyai sebarang fleksibiliti dalam memilih tarikh perpindahan anda, cubalah berpindah pada hari di pertengahan minggu kerana harganya selalunya lebih murah. Elakkan berpindah pada hari percutian umum atau hujung minggu. 

Jika boleh, tempah slot pemindahan anda seawal mungkin. Ini juga akan membantu anda tidak berasa tertekan untuk mengambil apa-apa pakej pemindahan yang anda temui pada saat akhir. 

Jimat Wang untuk Bahan Pembungkusan 
Jika anda merancang untuk mengemas barang rumah anda sendiri, maka petua pemindahan ini mungkin berguna untuk anda. Membeli kotak dan bahan pembungkusan boleh menjadi mahal. Jangan risau, kerana terdapat cara anda boleh menjimatkan wang. Anda boleh menggunakan suratkhabar lama, pakaian lama dan tuala lama untuk membungkus barang-barang yang mudah rapuh dan juga untuk melapik barangan dalam kotak supaya barang-barang anda tidak pecah atau rosak semasa transit ke kediaman baru anda. 

Singkirkan Barangan Rumah Yang Tidak Lagi Digunakan 
Mengosongkan rumah anda daripada barangan yang tidak diingini dan tidak lagi digunakan adalah salah satu cara yang baik dan mudah apabila anda bercadang untuk berpindah rumah dengan murah. Ramai daripada kita mengumpul pelbagai barangan di dalam rumah, sesetengahnya disimpan kerana sebab sentimental, yang lain kerana kita fikir kita akan menggunakannya pada masa hadapan, atau lebih mudah untuk menyimpannya.

Movers and packers

Gunakan peluang pindah rumah anda untuk menyingkirkan atau buang perabot lama atau tidak akan gunakan lagi. Menjual barang berguna yang tidak lagi digunakan dapat membantu menampung kos pemindahan rumah yang anda.

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga Tips Pindah Rumah di Lembah Klang Dengan Mudah dan Murah membantu anda. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


I'm Back | Inspirasi Bilik Kecil

Hello everyone..
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca yang dirindui.. Rindu serindu-rindunya okay.. Belum pencen dari dunia blogging, I know sepi dari dunia blogging seketika, I'm back now, alhamdulillah.. 

Hari ini hujung minggu teringin decor bilik kecil di ruang atas. It is the smallest room in the house. Pemilihan perabot pula, tak keluar modal beli baru sebaliknya guna perabot sedia ada, just tukar tempat, tolak ke kiri kanan..  Seperti biasa Pinterest adalah platform mencari bahan rujukan sampai naik juling dan rambang mata demi mendapatkan decoration ideas mengikut kesesuaian ruang. On top of that semua decor cantik tak tahu mana satu kita nak ikut.. 

Bilik ni ruang kecil attach dengan bilik air. Saya cadang untuk dijadikan fashion room cum craft room and at the same time cadang juga untuk jadikan bilik santai baca buku.. Itulah tak sedar ruang bilik kecil, sekangkang kera tapi ada hati sumbat semua benda dalam satu bilik, hehehehe

Okay sebelum decor-decor inilah hasil yang agak sesuai sebagai rujukan.. Berikut antara inspirasi decoration yang catches my eyes:

Reading room decor idea

Pilihan pertama untuk ruang bacaan.. Dekat dengan tingkap, pencahayaan dan pengudaraan pun baik.. Berangan sambil baca buku, minum kopi ditambah pula hujan renyai-renyai.. so heaven! 

Untuk merealisasikan ruangan begini, saya perlukan 3 book shelves jenis Ikea Billy bookcase yang sememangnya sedia ada tapi sekarang dijadikan tempat simpanan beg. Saya cadang untuk dijadikan sebagai tempat letak buku-buku sebagai reading corner.

Tapi dalam masa yang sama berminat juga dengan decor begini.. 

Dressing room idea

Dressing table di depan tingkap, 3 rak buku tadi dijadikan tempat simpanan bags. Kemudian letak island di tengah, boleh letak bunga hiasan atas island.. Island saya guna Ikea Kallax saiz 77 x 77cm seperti dalam gambar. Hurrmmm masih berkira-kira mana satu decor menjadi pilihan.

Kalau anda, mana satu decor yang menjadi pilihan? Adakah reading corner atau fashion corner? Please drop your answer in the comment section below.. I need your feedback.. Really appreciate it!

Seterusnya inspirasi kedua, berangan juga nak buat open closet macam ni.. Gantung baju yang selalu dipakai.. Baju yang jarang guna boleh lipat dan donate. Ini juga salah satu cara untuk declutter pakaian yang tak dipakai dari memenuhi almari pakaian. Abaikan susunan kasut sebab saya tak letak kasut dalam rumah. Cara begini seperti all in one.. Boleh pilih baju and at the same time ada ruang make-up.

Open closet idea

Tapi kelemahan konsep open closet ialah habuk. Kalau tak rajin mengelap memang tak sesuai buat open closet apatah lagi saya ada si bulus yang bermaharajalela dalam rumah, hehehe

Open closet idea

Bila gantung baju di open closet, mana pula tempat untuk simpan towel dan pakaian sulit? So saya plan untuk diletakkan dalam storage begini.. Storage ini menggunakan perabot Ikea jenis Kallax saiz 69 x 132cm. Masukkan insert supaya tertutup jadi sedap mata memandang. Storage ini akan diletakkan bertentangan dengan 3 book selves tadi.

Ikea Kallax storage 

In term of storage untuk craft papers dan stationery, saya akan susun dalam Ikea Kallax seperti gambar di bawah. Jadi tak nampak bersepah atas meja atau sarat dalam laci.

Ikea Kallax storage idea

Buat masa ni focus dengan minor decor dulu.. Bila sudah direalisasi baru pergi ke next level.. Ini pun agak mencabar juga sebab based on my previous experience, bila ikut seperti susunatur di Pinterest tak semua seperti yang dirancang. Ada juga yang kurang sesuai sebab ruang tak sama seperti dalam gambar, contoh : warna dinding, flooring dan sebagainya.. 

Jika ada kesempatan pada masa hadapan, saya ingin ubah suai bilik kecil ini dengan mendapatkan servis pasang cermin dinding supaya bilik ini kelihatan lebih besar dan juga pasang lantai kayu yang baru. 

Walau apa pun belum cuba, belum tahu.. Kita tengok bagaimana hasilnya nanti.. Andai sesuai saya akan update dalam post akan datang.. so stay tuned :)

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Jangan lupa bantu saya membuat pilihan.. Doakan juga supaya saya terus konsisten dalam blogging selepas ini..

Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


Hikayat 1001 Rasa Bufet Berbuka Puasa di Klana Resort Seremban

HIKAYAT 1001 RASA BUFET RAMADAN DI KLANA RESORT SEREMBAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Bulan Ramadan 1445H akan tiba esok menandakan umat Islam di seluruh dunia akan berpuasa. Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan yang mulia ini, Ramadan al-Mubarak. Rutin harian ibu bapa juga sibuk serentak dengan sesi persekolahan yang baru dibuka.

Seperti biasa setiap kali tiba bulan Ramadan, pihak hotel turut menawarkan pakej berbuka puasa. Ia juga merupakan masa di mana keluarga dan rakan-rakan berkumpul untuk berbuka puasa dengan hidangan istimewa. Salah satu tempat yang menawarkan bufet Ramadan dengan juadah yang menarik untuk berbuka ialah di Klana Resort Seremban.

Bufet Berbuka Puasa Hikayat 1001 Rasa

Baru-baru ini saya diberi kesempatan untuk memeriahkan pre-Ramadan Buffet di Klana Resort Seremban. Bagi mereka yang tidak tahu lokasi hotel ini, ianya terletak di tengah-tengah Bandar Seremban. Sepanjang Ramadan, hotel ini menawarkan bufet berbuka puasa dengan tema Hikayat 1001 Rasa pada harga yang berpatutan. Baucer early bird hanya RM80 sahaja seorang.

Bufet Ramadan Hikayat 1001 Rasa

Bufet Ramadan di Klana Resort Seremban menampilkan pelbagai jenis hidangan yang pasti memikat selera pengunjung. Daripada hidangan tradisional Melayu citarasa Negeri Sembilan seperti nasi hujan panas, nasi berlauk, ulam dan rendang kepada penggemar daging panggang, boleh juga dinikmati di sini. Bufet ini juga termasuk pelbagai pencuci mulut yang lazat, termasuk kuih tradisional, kek dan pastri yang sudah pasti memikat selera pengunjung.

Gerai daging panggang

Aneka cucur

Lihat sahaja makanan yang tersusun sepanjang meja malah pengunjung yang tak sabar-sabar mencuba sendiri hidangan yang disediakan. 

Ramadan Buffet

Semasa majlis pelancaran pre-Ramadan Bufet ini, saya sempat bersembang dengan 'orang kuat' Klana Resort Seremban ini, beliau memaklumkan bahawa hidangan yang ada pada hari itu hanya sebahagian menu sahaja. Semasa bulan Ramadan nanti, menu akan ditambah malah ruang makan akan ditukar ke bahagian lebih luas untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung.

Pre-Ramadan Buffet

Untuk pengetahuan pembaca, bukan sahaja makanan yang lazat menjadikan bufet Ramadan di Klana Resort begitu istimewa tetapi suasananya ruang makan turut menarik dengan hiasan tradisional Ramadan yang menghiasi ruang makan dan muzik yang menenangkan dimainkan di latar belakang. Pengunjung dapat berbuka puasa dalam suasana yang tenang dan damai, dikelilingi oleh orang tersayang dan layanan mesra kakitangan.

Tetamu VIP

Di meja VIP, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, YABhg. Datin Seri Hajjah Wan Hasni Wan Yusof yang mewakili YAB Dato' Seri Hj. Aminuddin Harun, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan dan pengurusan Klana Resort Hotel Seremban.

Kuih lopes

Saya kongsi sedikit juadah yang diambil semasa sesi pre-Ramadan tempoh hari. Semua sedap-sedap belaka.. Kalau boleh nak rasa semua tapi terlalu kenyang dan tak cukup masa untuk rasa semua menu yang ada..

Nasi hujan panas, kari kambing, daging salai dan rendang maman

Coffee is a must

Selain bufet, Klana Resort juga menawarkan pakej istimewa Ramadan yang merangkumi penginapan dan faedah tambahan, seperti akses kepada kemudahan hotel dan pakej seminar termasuk bufet sahur, berbuka puasa buffet, moreh serta penginapan di bilik Deluxe. Pakej ini adalah cara terbaik untuk memanfaatkan pengalaman Ramadan pengunjung sepenuhnya dan mencipta kenangan yang berkekalan bersama keluarga dan rakan.

Live band

Jadi, jika pembaca sedang mencari tempat berbuka di sekitar Seremban, boleh singgah di Klana Resort Seremban. Saya percaya hidangan Hikayat 1001 Rasa akan memberi pengunjung suatu pengalaman menjamu selera yang menarik sempena menyambut bulan Ramadan tahun ini. 

Bagaimana pula dengan pembaca, ada berhajat untuk berbuka puasa di hotel tahun ini? Boleh kongsi di ruang komen..

Sebelum berakhir, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1445H. Semoga amalan kita diterima dan kita dapat menghayati bulan Ramadan ini sebaik-baiknya, in syaa Allah.. 

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!

Regards,


Terapi Minda Cuti Tahun Baru Cina 2024

TERAPI MINDA CUTI TAHUN BARU CINA 2024 | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk terus hidup dengan menjalani segala aktiviti harian. Didoakan semoga pembaca juga diberi kesihatan dan dipermudah segala urusan.

Tahun ni dapat cuti lama sempena sambutan Tahun Baru Cina. I took a day off on Friday (cuti tersepit) and added a day off on Tuesday untuk habiskan cuti tahun lepas.  Genap 6 hari cuti tapi seakan tak lama sebab banyak perkara perlu diurus melibatkan keletihan dari segi mental dan fizikal. 

Sambutan Tahun Baru Cina duduk sahaja di rumah, dengar dentuman mercun meriah. Mindset saya memang selalu beranggapan "mesti jem di sana sini - hassle so stay at home!"

Welcome to Putrajaya

Seronok weekend lepas, hari Ahad pergi breakfast di Putrajaya. Selama ni pergi Putrajaya atas urusan kerja tapi kali ni dapat ronda Putrajaya acah like a tourist, cuma takde la beriya naik cruise tasik semua tu. 

Tasik Putrajaya
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Cruise Tasik Putrajaya

I was just walking around, jalan-jalan ambil angin pagi di tepi tasik hingga ke Monumen Alaf Baru. For me itu pun cukup baik sebagai terapi minda sambil menghirup udara segar - menghayati keindahan green landscape of Putrajaya yang cantik, terjaga dan bersih. 

Pokok bunga di tepi tasik
Pokok besar yang bertahun usianya
Bunga canna lily
Cruise Tasik
Jambatan Seri Wawasan

Untuk pengetahuan pembaca, this is my first time singgah di Monumen Alaf Baru. Sebelum ni pernah tengok dalam YouTube cerita tentang tanggapan monument ini yang dikatakan tiang obelisk di Malaysia. Siapa nak tahu apa itu obelisk boleh tanya pakcik Google. 

Monumen Alaf Baru
Monumen Alaf Baru yang menakjubkan
Sejarah Monumen Alaf Baru

Berikut apa yang ditulis dalam plaque ini :

MONUMEN ALAF BARU 
PRESINT 2

Monumen unik yang direka bentuk ini adalah untuk memberi maklum balas kepada konteks fizikal, aspek intelektual dan kerohanian negara. Pelawat dapat mempelajari mengenai tanah Malaysia dari era Parameswara hingga ke perjuangan dan pencapaian era milenium moden Malaysia. Konsep reka bentuk ini pada dasarnya adalah struktur logam seperti roket atau pena yang dicat dengan warna emas 'tepak sirih' dengan Rukun Negara timbul dari tengah ke bawah, lampu suar yang tinggi di hujungnya.

Bunga Raya Kebangsaan dipilih sebagai metafora reka bentuk untuk membentuk konfigurasi monumen. Warna dan tekstur monumen diadaptasikan daripada artifak tepak sirih yang menjadi lambang sebahagian daripada asas kebudayaan Melayu. Monumen berfungsi sebagai 'tiang masa' bagi merakam detik-detik penting sejarah yang berlaku di Malaysia dan dipaparkan melalui ukiran pada dinding monumen. Monumen menjadi salah satu mercu tanda lanskap Putrajaya dengan dilengkapi sebuah platform yang menghadap ke kawasan-kawasan penting secara stategik di Putrajaya. Platform pada monumen menggambarkan kesinambungan sejarah di Malaysia yang dipaparkan dalam bentuk visual dan teks pada panel dinding kaca. Monumen juga berfungsi sebagai 'rumah api'. 

Arkitek : T.R Hamzah & Yeang Sdn Bhd
Tarikh Siap : Mac 2006

Tiang monumen secara dekat

Ada kisah semasa saya berjalan naik menuju ke atas tiang ini. Perjalanan dari bawah melalui laluan melingkar takde masalah hingga ke atas berjalan lancar. Cuma ada setengah laluan ke atas monumen ada air bertakung sebab saluran air tersumbat. Perbadanan Putrajaya sila ambil perhatian please..

Anak watan pertama dilantik sebagai Hakim - Raja Musa bin Raja Bot

Bila sampai di platform paling atas, silap saya memandang ke puncak tiang ini.. Tiang ni besar dan tinggi, tiba-tiba saya rasa macam tiang nak tumbang.. Ketika itu saya tiba-tiba pening, perasaan cemas diikuti rasa menggeletar lutut, sesak nafas dan jantung berdegup kencang. Lately saya memang takut dengan ketinggian, mungkin disebabkan faktor usia.  Bila keadaan begitu, saya cepat-cepat turun tak pandang belakang.. Bila sampai di bawah rasa lega yang teramat sangat.. syukur alhamdulillah.. Tapi rugilah sebab tak dapat menghayati pemandangan dari atas, hurmmm..

Puas ronda sekitar Putrajaya terus pulang ke rumah.. Sampai saja di rumah, hati berlagu riang bila nampak pokok cili sudah berbuah dan berbunga lebat..

Bunga pokok cili padi merah Bangladesh
Cili padi merah Bangladesh

Benih cili ni saya ambil dari dapur, kalau tak silap jenis cili padi merah Bangladesh. Harap berbuah lebat so tak perlu beli lagi stok cili di pasaraya. 

Sepanjang cuti ni juga, saya sempat susun postcards hasil hobi tukar-tukar postcards. Saya pernah cerita di post ini : Hobi bertukar postcard melalui Postcrossing.

Postcards storage
Last postcards received

Sempat juga saya buat blog postcards yang baru iaitu Beautiful Illustrated.. Jemput singgah dan follow tanda sokongan, thank you in advance.

Okay setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More