Angin Petang di Port Dickson

ANGIN PETANG DI PORT DICKSON | Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Lama tak update blog, rindu sangat menulis.. Sejak kebelakangan ni terlalu sibuk kerana jadual yang padat untuk achieve goals yang telah dirancang sejak awal tahun ini. Al-maklum kita kini di fasa minggu terakhir bulan Oktober dan hanya 2 bulan lagi kita melangkah ke tahun 2020. Saya ingin pastikan matlamat pada tahun ini tercapai menjelang tahun 2020..

Bila busy sangat saya terasa ingin ruang untuk release stress.. Cara saya release stress mudah tak perlu banyak belanja hanya dengan ambil angin petang sambil makan fries McDonalds di tepi pantai Port Dickson.

Pantai Port Dickson

Saya suka lepak di Waterfront Port Dickson kerana kawasan yang luas dan bersih.. Suka melihat pemandangan laut yang tiada halangan dan sempadan.. 

Ombak di Waterfront Port Dickson

Melihat ombak dan air laut membuatkan fikiran saya tenang.. Lupa sejenak dengan beban yang sedang bercelaru di fikiran.. 

Ombak menghempas pantai
Kapal belayar di lautan 

Suka tengok kapal terumbang-ambing dipukul ombak hingga tak sedar bahang panas matahari membakar kulit.. Cukup masa bertolak pulang ke rumah dengan perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit.. Perasaan happy dan boleh focus tugasan akan datang.. 

Sebelum menikmati pemandangan di tepi pantai Port Dickson, saya dan keluarga makan di restoran Sukand's Food Station. Cerita tentang restoran ini ada di blog anak saya [DI SINI]..



Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,



Loading...

Pokok Bonsai Bunga Kertas Menjadi Idaman

POKOK BONSAI BUNGA KERTAS MENJADI IDAMAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Rasanya sudah lama saya tak berkongsi cerita di blog ini. Jadual saya bulan Oktober agak padat hingga terasa cepat sungguh masa berlalu.

Semalam saya ke Johor Bahru ada urusan yang perlu diselesaikan. Perjalanan menuju ke Johor Bahru dari Muar melalui lebuhraya manakala perjalanan pulang melalui susur keluar ke Ayer Hitam. Lama tak singgah pekan Ayer Hitam yang terkenal dengan syurga pasu seramik, teddy bear besar dan bunga hiasan. Perjalanan pulang dari pekan Ayer Hitam melalui jalan dalam untuk melihat pemandangan suasana kampung.

Nursery pokok bunga hiasan

Dalam perjalanan melepasi Yong Peng (saya tak pasti lokasi sebenar) saya singgah di sebuah nursery yang menjual pelbagai pokok bunga. Apa yang membuatkan saya terasa ingin memberhentikan kereta di sini disebabkan terdapat pelbagai warna pokok bonsai dari pokok bunga kertas (bougainvillea). Saya pernah kata, saya ni pantang tengok pokok bunga kertas, pokok roses dan orkid, mulalah teruja dan lupa diri. Adoi parah!

Nursery pokok bunga

Sebelum ni saya suka kumpul pokok bunga rose dari pelbagai warna tetapi kini saya sudah beralih arah terpaksa derhaka dengan roses disebabkan terpandang keindahan pokok bunga kertas di Santorini, Greece. Dah laa cantik senang dijaga tak seperti pokok bunga rose yang manja, tak boleh kena panas terik.

Santorini, Greece -  credit to Google
Santorini, Greece -  credit to Google
Untuk pengetahuan pembaca, dah lama saya mengidamkan pokok bonsai bunga kertas. Jadi semalam saya berjaya mencapai hasrat memiliki pokok bonsai bunga kertas pelbagai warna buat pertama kalinya. 

Nursery pokok bunga

Cantik sangat pokok-pokok bunga kertas tersusun di nursery tersebut.. Jangan tanya tentulah saya rambang mata. Lama juga buat pilihan sebelum berjaya rembat sepokok ni..

Pokok bonsai bunga kertas

Oleh kerana masa tak mengizinkan untuk saya terus membelek-belek setiap satu pokok, saya pilih pokok bonsai (pasu hitam) jenis ini. Gabungan warna merah dan pink. Harga pun murah iaitu RM70.00 sahaja.

Pokok bunga kertas warna pink berdaun hijau putih 

Bukan itu sahaja, saya juga beli sepokok bunga kertas warna merah (harga RM4.50) disebabkan tertarik dengan daun pokok berbelang putih. Masih lagi terletak dalam poly bag, ada masa nanti saya akan tukar ke pasu lain yang sudah semestinya pasu berwarna putih supaya seragam.

Pokok bunga kertas gabungan warna oren dan peach

Ini pula pokok bunga kertas yang pernah saya cerita di post ini -> [DI SINI]. Untuk pengetahuan pembaca, pokok bunga kertas ini berumur lebih 10 tahun. 

Pokok bunga kertas gabungan warna oren dan peach

Pokok bunga kertas ini gabungan warna oren dan peach. Pokok ini dah mula mengeluarkan bunga setelah saya potong semua dahannya semasa pindah tempoh hari. Sejak kebelakangan ini pula cuaca hujan dan panas memang sesuai untuk menggalakkan bunga berkembang. Bila dahan semakin besar nanti saya akan bentuk supaya pokok sentiasa rendang.


Begitulah cerita tentang pokok bunga kertas saya. Sebelum mengakhiri post ini saya kongsi pokok orkid saya yang akan mengeluarkan bunga tak lama lagi..

Pokok orkid

Pokok orkid saya tak banyak jadi saya sangkut sahaja pokok-pokok orkid itu di tepi pagar.

Pokok orkid di tepi pagar

Okay, setakat ini saya perkongsian keterujaan saya membeli pokok bonsai bunga kertas. Orang yang suka dengan tanaman bunga sahaja memahami bagaimana perasaan itu, hehehehe. In shaa Allah saya akan repeat ke nursery itu lagi untuk memburu pokok bonsai bunga kertas seterusnya.. Mungkin cari gabungan warna putih dan light pink pula.. *wink...wink..wink..* >_<

By the way, thank you for reading. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byee..


Regards,


Loading...

Resepi Scone Kismis Gebu, Simple & Sedap

RESEPI SCONE KISMIS GEBU, SIMPLE & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Terima kasih atas sokongan anda semua..

Al-kisah semalam petang, hujan turun dengan lebat dan berpanjangan hingga ke malam. Cuaca sejuk tetiba rasa ingin makan scones hanya kerana terpandang gambar officemate yang sedang bercuti menikmati scones di Cameron Highlands..

Bila dah teringin mana lagi nak dapat scones selain di Cameron Highlands melainkan kita bake sendiri, tak gitu? Jadi tanpa berlengah dan terus merajinkan diri ke dapur sediakan barang-barang scone. Kebetulan hati tergerak nak cuba resepi scone buat pertama kali dalam hidup.. Perancangan nak buat scones memang dah lama tapi masa saja tak mengizinkan.. Maka semalam adalah harinya.. 

English scone for the first time
Jom buat scone.. Saya ikut resepi basic English scones. Simple dan saya dah buktikan memang jadi..

RESEPI SCONE KISMIS GEBU, SIMPLE & SEDAP

Bahan-bahan

5 cawan tepung gandum / serbaguna - ayak
5 sudu kecil baking powder - ayak
1/2 cawan gula putih
1/2 sudu kecil garam halus
3/4 cup butter
1 biji telur, pukul
1 cawan susu segar
2 kotak kismis Lego

Cara-cara

1. Panaskan oven 400 degrees F (200 degrees C). Alas dulang pembakar dengan baking sheet.
2. Dalam mangkuk besar campur tepung, gula, baking powder dan garam.
3. Masukkan butter lembut yang telah dipotong kecil.
4. Ramas butter dalam campuran tepung hingga menjadi butiran halus berpasir dan tidak berketul.
5. Dalam bekas lain campur susu segar dengan telur dan pukul hingga sebati. Masukkan campuran ini ke dalam mangkuk berisi tepung. Tinggalkan lebih kurang 6 sudu besar untuk sapu atas doh sebelum bakar.
6. Masukkan kismis dan kacau hingga sebati hingga menjadi doh lembut.
7. Keluarkan doh dan tabur tepung atas permukaan rata (saya guna dulang) dan uli hingga doh tak melekat pada permukaan dulang.
8. Ratakan doh lebih kurang 1/2 inci tebal.
9. Tekan doh dengan acuan bulat dan letakkan atas dulang pembakar.
10. Sapu baki campuran telur dan susu segar atas adunan yang telah diterap.
11. Masukkan ke dalam oven dan bakar lebih kurang 15 minit atau hingga permukaan doh berwarna perang (golden brown).


Step 2 : Campurkan tepung, baking powder, gula dan garam 

Untuk pengetahuan saya guna Ikea TRYGG serving bowl nampak transparent sebab tu saya alas supaya nampak bahan-bahan yang diadun..

Ikea TRYGG serving bowl
.. sambung semula ke next step..

Step 3 & 4 : Ramas butter dalam campuran tepung hingga menjadi butiran halus dan tidak berketul
Step 5 : Masukkan campuran susu segar dan telur yang telah dipukul

Jangan lupa tinggalkan sedikit campuran susu segar dan telur ini untuk sapu di atas doh yang sudah diterap. 

Step 7, 8 & 9 : Keluarkan doh dan tabur tepung atas permukaan rata dan uli hingga doh tak melekat. Ratakan doh lebih kurang 1/2 inci. Tekan doh dengan acuan bulat. 

Jangan uli terlalu lama kerana doh akan liat dan kemungkinan tak kembang bila dibakar.

Step 10 : Letak doh yang telah diterap atas dulang pembakar dan sapu dengan campuran susu segar dan telur.
Hasil pertama selepas keluar dari oven

Alhamdulillah puas hati bila scones dari tray pertama keluar dari oven.. Nampak rekahan dan scones gebu-gebas.. 

English scones

Ini pula hasil tray kedua, kena letak lama sedikit supaya permukaan scones golden brown dan rekahan cantik.

Scone texture light and soft

Percubaan pertama untuk pastikan rasa dan tekstur scone.. Ternyata sedap, kurang manis dan lembut.. Texture scone lembut dan cair dalam mulut. Ada rasa manis kismis dan lemak butter yang pasti tak cepat rasa muak.
  
Menikmati scones bersama kopi o panas

Selepas selesai sesi membakar tibalah masa untuk menikmati scones panas fresh from oven lawan kopi o panas.. Scones lebih sedap dimakan dengan jem tapi scones ini versi kismis so dah sedia manis boleh dimakan begitu sahaja..

Untuk pengetahuan, inilah gambar scones yang telah saya upload dalam Instagram malam tadi. Oleh kerana rasa teruja terus tak sabar-sabar abadikan dalam memory di Instagram. 

Okay, siapa berminat boleh cuba resepi Scone Kismis Gebu, Simple dan Sedap ini.. In shaa Allah menjadi.. Bila dah cuba nanti jangan lupa kongsi gambar / cerita dan tag saya.. Lepas ni semakin bersemangat cuba resepi lain..



Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More