Monday, July 28, 2025

,
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Siapa di antara pembaca bercadang untuk transform kediaman versi upgrade tapi tak nak pening kepala? Hari ni saya ingin kongsikan peranan tukang rumah profesional dalam menjadikan impian renovasi kediaman anda satu realiti dengan cara yang mudah dan tersusun.

Pasang Water Hater
Tukang rumah boleh membantu anda pasang water heater baru dengan betul dari sistem paip hingga membuat pendawaian dengan kemas dan selamat. Anda tidak perlu risau tentang kebocoran atau kabel terbuka kerana semuanya diuruskan oleh pekerja tukang rumah yang berpengalaman.

Pasang grill di rumah

Pasang Grill Rumah
Keselamatan itu penting, lebih-lebih lagi bila ada anak kecil atau orang tua di rumah. Tukang rumah boleh membantu anda pasang grill rumah untuk pintu dan tingkap menggunakan besi tahan karat, rekaan yang sesuai dengan konsep rumah anda. Jadi, bukan sahaja cantik dipandang tetapi juga kukuh dan anda tidak lagi risau tentang keselamatan.

Pasang TV di dinding

Pasang TV di Dinding
Ruang tamu nampak sempit? Tukang rumah boleh bantu pasang TV di dinding menggunakan bracket yang kukuh, inilah rahsia di sebalik "floating TV" yang kemas. Cara  ini bukan sahaja nampak sleek, malah menjadikan ruang tamu rumah anda kelihatan lebih luas. Kabel pun disorok rapi dan tidak berselirat.

Pasang Plaster Siling
Ingin rumah kelihatan lebih elegan dan kemas dari atas sampai bawah? Tukang plaster siling boleh membuat kerja memasang plaster siling atau siling kapur untuk dinding dan siling kediaman anda. Apa yang menarik, lampu-lampu hiasan pun boleh dipasang supaya cahaya lampu yang cantik menyinari kediaman anda.

Pasang kipas siling

Pasang Kipas Siling
Tukang rumah boleh memasang kipas siling yang baru secara profesional, hanya pastikan semua bolt dan sokongan kukuh. Udara akan lebih nyaman dan kipas berpusing dengan lancar tanpa bunyi yang menyakitkan pendengaran.

SPC (Stone Plastic Composite) Flooring

Pasang SPC (Stone Plastic Composite) Flooring
Anda inginkan lantai yang berkualiti dan nampak cantik? Jadi anda boleh pertimbangkan untuk pasang lantai SPC kerana ia merupakan laminated plank tahan air, tahan calar dan sangat mudah dijaga.

Tips Memilih Tukang Rumah Yang Tepat:

  • Dapatkan portfolio syarikat tukang rumah dan mintalah gambar "before & after" projek yang pernah mereka buat sebelum ini.
  • Baca testimoni pelanggan terlebih dahulu untuk mendapatkan idea tentang hasil kerja mereka.
  • Pastikan tukang rumah memberi jaminan perkhidmatan (service warranty) kerja mereka supaya anda lebih bersedia sekiranya menghadapi masalah selepas kerja-kerja siap.

Dengan bantuan tukang rumah yang murah dan profesional, anda tidak perlu lagi pening kepala untuk membeli peralatan pertukangan sendiri, membeli bahan atau risau tentang teknik pertukangan kerana semua boleh diselesaikan pada masa yang tepat, di samping hasil kerja yang kemas dan paling penting mengikut kos yang lebih rendah berbanding membuat sendiri. Hasilnya? Kediaman anda dinaiktaraf menjadi lebih selesa dengan reka bentuk impian anda. 

Akhir kata jika anda ingin menaiktaraf kediaman anda, ingat tips di atas dan bincang dengan tukang rumah anda.

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


Follow Us @ladyinredplanner