On The Go Planner Wallet Setup

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Setelah mengharungi jadual harian yang padat dan serabut, alhamdulillah ianya beransur lega malah kembali seperti sediakala dari segi kesihatan mahupun aktiviti harian. Terima kasih tak terhingga kepada pembaca yang mendoakan dan memberi kata-kata semangat dalam post saya sebelum ini..

Setelah sekian lama menyepi, kini saya kembali dengan post baharu iaitu On The Go Planner Wallet Setup. For the sake of satisfaction, saya cuba sesuatu yang baru pada pertengahan bulan Disember lalu iaitu bertukar dari wallet biasa ke planner wallet. Saya suka dengan konsep wallet planner berbanding penggunaan wallet biasa. Mengapa? Saya akan jelaskan satu-persatu..

My long wallet and planner wallet

Sebelum ini saya guna long wallet Louis Vuitton Monogram Orange Josephine Wallet. Tak salah dengan wallet ini tapi lumrah saya bila ada ruang banyak suka selit macam-macam sampai gemuk wallet tersebut. Belum cerita kad, macam-macam kad membership ada dalam tu even dah expired pun masih simpan. Satu habit yang harus dibanteras! Maka satu langkah membuang habit ini perlu dilakukan. 

Dari situ timbul idea untuk guna planner wallet as my on the go planner. The on the go planners adalah planner yang terdapat buku catatan di dalamnya dan pada masa yang sama digunakan sebagai wallet. So saya terus bertukar ke pocket size planner dari Starbucks. 

Starbucks wallet planner  

Setiap planner addict tegar tentu faham bahawa kita akan bawa planner hampir ke mana-mana sahaja. Ada saja dalam fikiran untuk menconteng atau menulis sesuatu di dalam planner tersebut. Wallet planner ini, during my working week it comes with me in my working bag and so far so good. 

Starbucks pocket size planner

Bila tiba hujung minggu, saya akan bawa wallet planner ini sahaja ketika membeli barang keperluan rumah. Saiz yang kecil jadi ianya mudah dibawa. So sangat practical. I love it!

Starbucks pocket planner

Ketika saya keluar lunch atau membeli barang dapur, saya hanya bawa wallet planner, kunci kereta dan phone. Senarai barang yang ingin dibeli sudah sedia dalam planner. It's so good when doing the shopping with a list. The shopping list's all in one.

Now just to be clear, saya ada juga masukkan groceries list dalam phone, tapi sebenarnya lebih senang tulis dalam buku. Boleh conteng ikut suka. Yeahh I'm a bit old school, saya mengaku hehehehe.  

CARA SAYA SET UP WALLET PLANNER
Okay sudah tiba masa untuk lihat apa ada dalam wallet planner saya. 

Front page

When I first open it up, satu ruang kosong antara cover dan bahagian belakang yang diperbuat dari kertas tebal where I keep my cash since planner ini tiada ruang untuk simpan cash. There is no zipped pocket so I had to improvise.

Cash dan kad keahlian SaSa dan AEON Plus

Kemudian, saya ada bawa cash sekurang-kurangnya RM300.00 sebagai sebahagian dari monthly expenses in case of emergency sekiranya debit card tidak boleh digunakan. Seterusnya bahagian slot card holder. On this side I have my most used cards mainly SaSa, AEON, IKEA selain Visa debit card, kad pengenalan dan driving licence.. 

Kad Kenny Rogers dan Sushi King not relevant anymore kecuali kad Ikea masih digunakan 
Membership cards Starbucks, watsons dan Popular

Mudah kata saya hanya bawa kad-kad yang perlu dan biasa digunakan apabila ke pusat membeli-belah. What gets used the most.

Cards holder section

Seterusnya, saya guna notebook saiz yang sama untuk tulis senarai barang yang akan dibeli dalam section "What To Buy?" manakala barang telah dibeli di bahagian "Expenses".

What to buy section
What to buy section
My expenses

I write down errands that I need to run.. Dengan cara ini membantu saya mengingati senarai barang yang hendak dibeli dan dalam masa yang sama keep on track my expenses. Bila terlintas perkara berkaitan perbelanjaan dan simpanan saya terus tulis di sticky note dan paste dalam planner. 

My slot card

Selepas selak 2 notebooks tersebut, there's a flap on the inside where I keep my Public Mutual Unit Trust Consultant card di samping buku nota dari Starbucks.

Sample highlighters collection

Buku nota Starbucks tersebut saya guna untuk sample koleksi highlighters saya. Saya perlu ada sample begitu untuk mengelakkan terbeli warna highlighters yang sama.

Receipts holder

Okay, last page satu slot untuk resit.. Bila selesai membeli-belah saya lipat resit dan selit dalam slot di atas. Setiap malam saya akan keluarkan semua resit dan tulis senarai expenses untuk hari berkenaan dalam my financial planner.


Front 
My wallet planner setup

Overall I kept the planner in but changed the set up to suit me and how I wanted to used it. I've been using this about a month and it's held up perfectly!

My on the go planner

Oh ya, saya ada selit pen di bahagian depan planner manakala phone saya selit di bahagian depan cover antara string planner tersebut. 


Okay setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai on the go planner wallet setup. Terima kasih kepada pembaca blog ini, in shaa Allah komen saudara-saudari dalam blog post saya sebelum ini akan saya  balas secara berperingkat. I really appreciate it. 

Thank you for reading. Byee..
Wasalam..




Regards,

Loading...

November Bulan Penuh Dugaan

I'm back! Itu perkataan pertama untuk blog post ini..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Hari ini masuk hari ke-4 dalam bulan Disember 2020. Cepat sungguh masa berlalu, tak sampai sebulan akan tiba tahun baru 2021.

Sepanjang November 2020 langsung takde post dalam blog ini.. Ini first time saya tak sempat create sebarang post dalam tempoh sebulan. Untuk pengetahuan pembaca, saya sangat sibuk dengan kerja hakiki and on top of that kesihatan juga tak mengizinkan dalam bulan tersebut.

I'm back!
Awal November saya diserang sakit gigi, ianya berpunca dari masalah gigi yang pernah saya cerita di post ini. Bila sakit gigi menyerang sesuatu tak boleh kita tangguh. Seminggu sahaja saya mampu bertahan, lepas tu mengelupur tak tahan sakit. Menurut doctor yang merawat saya sebelum ini, saya perlu rujuk ke Hospital Besar Tuanku Jaafar untuk rawatan susulan iaitu wisdom tooth extraction untuk gigi bermasalah tersebut. 


Saya tangguh kerana ketika itu dan sehingga kini kes Covid-19 di Seremban naik mendadak, jadi saya tak mahu ambil risiko. Bila tak tahan sakit, saya terpaksa tanya pakcik Google, di mana klinik swasta berdekatan yang ambil kes cabut gigi bongsu. Alhamdulillah dipermudahkan, Klinik Pergigian Uptown Semarak di Seremban 2 boleh ambil kes saya. Pada 6 November saya buat appointment di klinik pergigian berkenaan.

First appointment

Selesai rawatan saya mendapat 5 jahitan di gusi. Dipendekkan cerita, seminggu menderita sebab gusi bengkak dan sakit tapi sekurang-kurangnya tiada masalah berulang pada masa hadapan. 

Second appointment 

Selang 10 hari, pada 16 November 2020 saya hadir ke klinik pergigian berkenaan untuk appointment tanggal benang. All went smooth, alhamdulillah. Maka selesai satu masalah..

Kini saya hadapi dugaan seterusnya..

Pada akhir November pula iaitu pada 27 November 2020 lalu saya didapati antara salah seorang contact rapat pesakit positif Covid-19. Setelah mendapat berita tersebut, saya segera buat appointment di klinik swasta untuk swab test. Appointment saya pada 28 November 2020, pukul 10.00 pagi. Swab test dijalankan dari dalam kereta sahaja.

Swab test
Perasaan saya ketika itu sangat berdebar! Sakit atau tak swab test bukan lagi persoalan. Dalam fikiran tak putus berdoa semoga saya bebas dari Covid-19.

Sejurus swab test di klinik swasta, saya ke klinik kesihatan untuk dapatkan surat pengesahan swab and officially memakai gelang pink. 

Corona virus quarantine
Memandangkan swab test saya pada hari Sabtu, jadi keputusan saya terima pada hari Isnin, 30 November 2020. Saya dimaklumkan oleh pihak klinik bahawa keputusan swab saya negative. Walaupun begitu, saya diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia supaya menjalani quarantine hingga 7 Disember 2020. 

Swab test result
Walau macam mana sekali kita extra careful, jika sesuatu perkara tersebut ditakdirkan berlaku ianya tetap akan berlaku dengan izin-Nya. Sebagai ikhtiar, jangan ambil ringan SOP dan jauhi kawasan crowded. Once detected, menyesal tak berguna.

Next step, dapat mesej dari MKN untuk procedure selanjutnya:

Reminder from MKN 
Selepas 7 Disember 2020, saya akan ke klinik kesihatan berhampiran untuk swab test sekali lagi dan mungkin sample ambil darah akan diambil sebelum tanggal gelang pink..

Next step to be taken
Frankly speaking, sepanjang tempoh quarantine ini perasaan bercampur-baur dan mudah beremosi. Risau sepanjang masa.. By the way, polis ada datang ke rumah memantau keberadaan saya di rumah. Setakat ini masih lagi belum mendapat khabar berita dari KKM untuk next action to be taken.

Apa pun doakan semoga urusan saya dipermudahkan dan kita dijauhkan dari segala malapetaka yang tidak diingini.

Setakat ini sahaja perkongsian saya.
Thank you for reading.
Sekian, wasalam.. 
Byeeee..


Regards,

Loading...

Self-Reward Cara Saya Untuk Motivasi Diri

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.

Perkongsian saya kali ni tentang self-reward atau dalam Bahasa Melayu memberi ganjaran atau penghargaan kepada diri sendiri.. Sebenarnya terlalu banyak aktiviti saya lakukan sebagai rutin harian hakiki yang kadangkala bila flashback akan timbul rasa : "Iskh tak sangka aku mampu buat semua itu...." Jadi saya mengamalkan self-reward untuk menghargai penat lelah selama ini. Ianya juga sebagai terapi dan motivasi diri terhadap apa yang telah dicapai atas usaha sendiri. 

Bunyi pelik apalah penting sangat menghargai diri sendiri? Walaupun bunyi pelik tapi hasilnya dengan cara self-reward saya dapat mencapai banyak impian yang diinginkan, alhamdulillah. Selain itu kurang stress dan sentiasa focus kepada usaha dan matlamat yang ingin dicapai.

Do What You Love

Pelbagai perkara dan cara kita boleh hargai diri sendiri. Setiap orang mungkin ada cara yang berbeza. Ada yang pergi bercuti, membeli emas, beg tangan, pokok bunga dan sebagainya. Pendek kata apa sahaja yang memberi kepuasan kepada diri sendiri. Tapi harus diingat, apabila membeli itu ini jangan sampai habis wang simpanan dan membeli pula ikut nafsu. Al-maklum manusia ni banyak sangat yang diinginkan kadang-kadang lupa keperluan yang lebih utama.. 

Ini antara 2 self-reward utama saya ialah:

1. Beli perfumes

Self-reward utama saya sejak kebelakangan ni beli perfumes.. SaSa pula dekat dengan pejabat jadi saya tak akan melepaskan peluang bila ada sale. Bila ditanya apa jenis wangian kegemaran? Pilihan saya tentulah floral scent.


Perfumes collection

Ini antara self-reward saya tahun ini.. Tahun lepas saya beli Poison girl by Christian Dior dan Signorina by Salvatore Ferragamo. Boleh kata setiap tahun saya akan beli sekurang-kurangnya 2 botol perfumes baru. 

La Vie Est Belle by Lancome and Bvlgari Rose Essentielle

Lama saya ingin memiliki perfume La Vie Est Belle dari Lancome dan Bvlgari Rose Essentielle. Saya pernah guna kedua-dua perfume ini. Memang my all time favorite! Bila dua-dua perfume ni dah habis ada juga cuba beli wangian lain tapi tak kena dengan scent kegemaran saya. Kali ini saya repeat semula perfumes tersebut. Dapat beli puas hati! 

2. Beli beg tangan atau pakaian berjenama

Saya suka sangaaaaaat dengan beg.. Koleksi beg saya kebanyakkan jenis shoulder bag, tote dan sling bag dari beberapa jenama terkenal. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja, saya minat dengan backpack MCM. Nampak unik dan cantik.

MCM Stark Studs Backpack in Visetos

Ini backpack pertama saya jenis Stark M Studs Backpack in Visetos.

Untuk pengetahuan, saya suka beli beg dan pakaian berjenama bukan sebab terlebih mampu tetapi mindset saya tentang barang berjenama ni berbeza. Saya anggap ianya sebagai sebahagian dari investment. Saya pakai bukan untuk show off sebab saya tak kisah pun orang tahu atau tidak jenama yang dipakai, ada label di luar atau tidak, janji for my own satisfaction..

Glam room 

Saya tak akan guna barang-barang berjenama tersebut sampai lunyai tetapi bila rasa bosan saya akan jual semula. Ada yang baru 3 atau 4 bulan pakai saya dah jual. Antara platform yang saya gunakan untuk menjual barang preloved saya ialah ebay dan beberapa website menjual pre-owned luxury items.

Pakaian berjenama

Wang yang saya perolehi hasil jualan pre-loved tersebut saya akan beli beg / pakaian baru atau jadikan sebagai wang simpanan. Walaupun harga lebih rendah dari harga asal, sekurang-kurangnya masih ada nilai di situ.

KELEBIHAN SELF-REWARD 
Bila buat sesi self-reward begini rasa semangat untuk berusaha dan kerja lebih kuat. Hanya kita sahaja yang dapat hargai diri sendiri atas segala penat lelah yang telah dilalui. Hanya kita sendiri jugalah yang dapat memotivasi diri sendiri. You deserve it!

Kalau anda tak percaya mungkin boleh mulakan. Caranya, setiap kali anda berjaya dengan sesuatu tugasan penting, beri ganjaran kepada diri sendiri sebagai reward kerana berjaya mencapai matlamat tersebut. Tak semestinya self-reward sesuatu berbentuk material dan mewah. Apa sahaja ganjaran, besar atau kecil asalkan membantu anda memotivasikan diri sendiri dan paling penting mampu membuat anda gembira! Setiap orang ada cara dan citarasa sendiri.

Anda sendiri tahu cara terbaik memberi ganjaran kepada diri sendiri. Tapi ganjaran itu kenalah sepadan dengan usaha yang telah dilakukan. Semakin susah dan panjang jangkamasa sesuatu usaha itu, semakin besarlah self-reward yang diberikan.

Tak semua melibatkan wang tapi ada juga self-reward yang tak melibatkan wang seperti:

- rehat dan santai bersama keluarga
- movie-marathon di rumah
- cuba hobi baharu yang selama ini belum sempat buat
- meluangkan masa bersama rakan
- menanam pokok kegemaran
- picnic di tepi tasik
- dan sebagainya..


Buatlah sistem ganjaran atau self-reward anda sendiri secara peribadi. Membeli online pun sebagai salah satu self-reward juga. Akhir kata, jangan dipandang rendah self-reward ni. Kita akan gembira dan lebih bersemangat untuk berusaha jika ada ganjaran yang menanti. Itu juga salah satu fitrah manusia, suka dihargai.

Sekian, sahaja perkongsian saya kali ini. Siapa amalkan self-reward begini? Jika anda ada sebarang pendapat tentang self-reward boleh kongsi di ruangan komen. Terima kasih sudi baca.
Sekian, wasalam. 
Byeeeee...




Regards,

Loading...

Asyik Tukar Blog Template

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Saya doakan semoga anda semua beroleh kesejahteraan dan dirahmatiNya selalu.. 

Al-kisah, pengunjung blog saya tentu perasan sejak kebelakangan ni saya kerap bertukar blog template kannn.. Sebenarnya stress, tentu ada yang tak kena di jiwa sebab itu saya asyik bertukar template baru. Cerita dia begini.. 

Sebelum ni saya ada kongsi cerita, bulan Ogos lalu memang sibuk dan tak sempat jenguk blog apatah lagi post cerita baru. Bila masuk bulan September jadual start reda, rasa bersemangat untuk kembali blogging tapi mula bosan dengan template sedia ada. Mulalah gatal tukar template.. Sebenarnya itulah perangai saya, agak-agak malas blogging start tukar template untuk kembalikan mood. Jenis saya, bila blog berwajah baru mestilah semangat blogging pun akan berkobar-kobar.. 

Blog template

Saya ketepikan traffic merundum, SEO atau apa sahaja akibat dari kerap bertukar blog template.. Apa yang saya nak blog saya cantik ikut citarasa dan jiwa saya. 

Related post : Ogos bulan super busy!

LittleGal template for blogspot

Kalau ikutkan untuk tahun ini sahaja dah 4 jenis template pernah saya tukar.. Saya masih ingat template ni paling bertahan lama.. Malangnya tetap rasa bosan padahal template ini bukan free, saya beli dari etsy. Saya pilih sendiri dan ianya dihasilkan oleh Gabriela dari Brazil. Takde salah dengan template Gabriela ni tapi saya mula bosan dengan posting imej besar di homepage. Hanya boleh fit 3 posting.

So mulalah gatal tangan, dari template Gabriela, saya tukar ke template standard, free dari btemplates.com. Template ni sesuai sangat untuk blogspot. Coding pun senang tukar..

blogger template btemplates.com 

Biasalah mula-mula suka sangat bila tukar template ni, bersemangat buat post dengan template baru.. Lama-lama ada sesuatu tak kena.. Saya tak suka template 3 columns dengan sidebar di sebelah kiri. Ianya membuatkan posting saya kecil dan gambar pun memanjang, tak cantik. Tapi saya suka warna template ni, soft pink dan turquoise. Pertama kali saya derhaka dengan warna kegemaran - merah & hitam. Banyak masa saya habiskan buat template ni, satu persatu saya tukar seperti warna, jenis dan size fonts. Berpinar jugaklah biji mata.. Bila nak tukar ke template lain, fikir juga berkali-kali sebab sayang dan banyak masa dah terbuang. 

Walaupun kata begitu, tapi tetap mencari-cari template lain yang kena dengan jiwa. Satu persatu saya cari.. Kali ni dapat template ni di etsy.. Dalam hati berdetik : "Kalau ada berkenan di hati tak kira berapa harga mesti aku beli. Janji puas hati!" 

Hasilnya saya beli template ni.


Victoria template from etsy.com

Cakap macam-macam pun tak guna kalau akhirnya saya tetap ikutkan kata hati yang degil, ikut perasaan. Hari ni saya bulatkan tekad, tukar template untuk kali ke-3.. 

Template kali ini bernama Victoria, hasil ciptaan Julia dari Poland. Frankly speaking ini template paling mahal saya pernah beli. Bila pasang template ni, blog mula 'menggila'. Widget semua lari lintang-pukang.. Puas cari code, susah.. tak jumpa. So saya contact Julia, seminggu baru balas mesej saya. Kesian dengan pembaca yang singgah baca post saya dalam tempoh itu, tentu pening kepala dengan font dan alignment berterabur. 

Saya guna template Victoria ni cuma bertahan 1 post sahaja. Tak kena dengan jiwa. Banyak code sedia ada terpaksa delete sebab tak boleh fit code template tersebut. Bukan itu sahaja macam-macam restrictions kena ikut. Malas layan, so saya tukar template lain..

GreatMag template

Ini template terkini, free dari btemplates.com. Tak janji boleh bertahan berapa lama. Buat masa ni saya suka template ni sebab senang ubah code, imej di homepage auto resize (semua masuk dalam frame), ada social media share icons dan guna simple font (mudah baca). Warna tema kembali semula warna kegemaran iaitu hitam dan merah. Apa pendapat pembaca dengan template ni? Harap-harap saya terus setia dengan template ini.. 

Begitulah cerita asyik tukar template blog. Samalah juga dengan perangai suka ubah kedudukan perabot, itulah saya. Siapa ada perangai begini? Siapa yang setia dengan template yang sama boleh juga kongsi macam mana anda boleh setia maintain dengan template yang sama begitu lama?

Oh yaa, nak tanya - apa ciri-ciri blog template kesukaan anda? Anda pilih warna? Susunan post? Fonts atau apa? Jangan lupa kongsi pendapat anda..

Related post : Blog berwajah baharu.

Walau apa pun terima kasih kerana sudi singgah di blog ini..
Saya ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan pembaca semua.
Sekian, wasalam..
Byeeeeee....


Regards,




Cerita Tentang Lampu Garam dan Haloterapi

Pernahkah pembaca tahu sebelum ini tentang terapi garam ? Siapa tak pernah tahu atau tak pernah dengar mesti akan rasa pelik.. Setahu kita letak garam dalam masakan tu biasalah, tapi sebenarnya ada kaedah dinamakan terapi garam atau turut dikenali sebagai haloterapi.

Haloterapi ni amalan zaman dahulu menggunakan ketulan besar garam Himalaya berwarna merah jambu yang diletakkan di ruang terbuka dipercayai mampu membersihkan udara dan sistem pernafasan manusia.


Selain itu, menurut kajian garam Himalaya dapat mengurangkan kegelisahan, meningkat kualiti tidur bagi pesakit insomnia (penyakit sukar tidur), pengidap penyakit kulit seperti psoriasis dan ekzema, masalah pernafasan seperti asthma, bronchitis, sesak nafas, selesema dan sinus serta jangkitan telinga dan banyak masalah lain selain dikatakan boleh membantu menstabilkan emosi. Garam ini dipercayai membebaskan ion negatif yang terikat dengan molekul yang tidak dicas dan hilang di udara. Ion-ion ini juga dilepaskan oleh pergerakan air sungai dan laut.


Kini, garam Himalaya mula digunakan secara meluas dalam masakan. Dikatakan khasiat garam Himalaya lebih baik berbanding garam laut kerana garam Himalaya berfungsi sebagai agen penyembuhan. 


Cerita tentang lampu garam dan fungsi garam Himalaya, frankly speaking saya memang tak tahu-menahu tentang itu semua hinggalah ada seorang officemate kenalkan saya dengan Lampu Garam Mewangi dari Aura Rezeki.. 


BELI BUKAN SEBAB KHASIAT

Saya beli bukan sebab khasiat lampu garam (sebab saya sendiri tak tahu tentang khasiat garam Himalaya seperti yang saya nyatakan sebelum ni) tetapi saya beli lebih kepada niat untuk support perniagaan kawan-kawan. Lagi pun saya suka dengan bentuk garam Himalaya yang unik. Bayangkan bentuk seketul garam besar, ada lampu dalam tu.. Fungsi lampu tersebut selain memberi cahaya ianya memanaskan garam untuk menyebarkan ion-ion ke udara.


Macam manalah tak teruja, saya ni selalu nampak garam biasa yang kita guna dalam masakan. Saiz garam paling besar pernah saya jumpa pun garam kasar. So dapat bayangkan bila ada seketul garam besar, warna pink dan berbau wangi tentulah teruja. Ciri-ciri fizikal yang ada pada lampu garam Aura Rezeki menarik perhatian saya. So sekali pakej niat bantu business kawan-kawan terus beli sebab suka. Tambahan pula bila tahu ada terapi garam maka saya rasa pembelian ini berbaloi, alhamdulillah.

Selepas setahun lebih memiliki lampu garam Himalaya, saya kongsi di sini tips yang perlu anda tahu apabila ingin memiliki lampu garam ini :

1. Pastikan ianya lampu garam Himalaya bewarna merah jambu
Terdapat banyak lampu garam tiruan di pasaran. Pastikan anda mendapat faedah sebenar dari lampu garam tulen dari pergunungan Himalaya.

2. Pilih bentuk yang sesuai
Tentukan bentuk apa yang anda mahu. Terdapat beberapa bentuk yang anda boleh pilih antaranya bentuk semulajadi, sfera, silinder, pyramid dan hati. Saya pilih bentuk semuljadi.

3. Bersedia untuk habuk yang terkumpul
Mengapa banyak habuk? Ini disebabkan ion negatif yang dilepaskan oleh lampu garam melekat banyak zarah debu dan kotoran. Zarah debu tersebut menjadi berat dan jatuh ke permukaan lantai atau persekitaran. Sedialah untuk lebih rajin membuang habuk selepas memiliki lampu garam Himalaya, hehehehe

4. Pilih permukaan yang betul
Tapak lampu garam memainkan peranan penting untuk memastikan kedudukan lampu garam kukuh dan tidak tergelincir. Kebanyakkan lampu garam dah sedia ada tapak lampu diperbuat dari kayu atau seramik. 

5. Letak di ruang yang sesuai
Pemilihan ruang juga penting. Sebaiknya lampu garam ini diletakkan di ruang tertentu seperti bilik tidur, bilik membaca atau di mana anda banyak menghabiskan masa dalam ruang tersebut untuk mendapat faedah maksimum dari penggunaan lampu garam tersebut.

6. Ganti mentol apabila diperlukan
Garam akan bertahan dalam jangkamasa lama jadi ada kemungkinan mentol tidak berfungsi dalam jangka waktu tersebut, sama seperti lampu biasa.

Setakat ini sahaja cerita tentang lampu garam Himalaya dan Haloterapi. Ianya bukan sekadar lampu garam biasa tapi sebahagian dari ikhtiar kita menjaga kesihatan diri.

Semoga kita berjumpa di lain post.
Thank you for reading, bye..
Wasalam.. 



Regards,

Hujung Minggu di Small Garden Patio

Hujung minggu berlalu pergi seakan tak sedar. Cepat sungguh masa berlalu. Time flies so fast just like a blink of an eye. Alhamdulillah minggu ni dapat spent masa berkualiti di rumah bersama keluarga. Most of the time kami menghabiskan masa membersihkan daun-daun pokok, cabut rumput di halaman rumah. Eloklah begitu memandangkan statistik Covid-19 tak menentu sekarang ni. Jadi agak berisiko untuk keluar berjalan-jalan di tempat awam. 
   
Can we start the weekend over again?


Biasalah my weekend therapy tak sah kalau tak membelek pokok dan bunga-bunga di my small garden patio. Minggu ni saya re-potting succulent, pothos dan pokok lidah mak mertua (kejam sungguh kau kata begitu.. Eloklah kita sebut snake plant daripada translate ke Bahasa Melayu nampak rude, huhuhu my two cents)

Kebetulan anak pokok snake plant banyak so saya asingkan kepada beberapa pasu kecil untuk dijadikan sebagai indoor plant

Re-potting session on weekend

Ketika ini memang messy, serabut tapi bila selesai proses re-potting hati riang gembira tengok anak-anak pokok tersusun rapi. 

Re-potting under progress

Selain re-potting succulent, pothos dan snake plant, saya turut re-potting anak pokok orked.

Anak pokok orked

Perasan tak succulent saya takde gaya, semua berterabur seolah-olah tiada hala tuju. 

Succulent Fairy Garden anganku musnah

Sebenarnya impian asal nak decorate macam fairy garden dalam Facebook Garden Answer, tapi nampaknya hasil kejadian seperti dream vs reality. Gagal sebab tak cukup succulent dan cactus - saje bagi alasan padahal tangan tak berseni..

The real Succulent Tree-house Fairy Garden  by Garden Answer

So angan-angan tinggal kenangan..

Sementara saya gigih re-potting anak-anak pokok, husband membantuku mengecat pagar garden dengan warna putih. Barulah nampak ciri-ciri English small garden, tak gitu? #perasan.. 

Pagar coklat bertukar putih

Sebenarnya saya tak berapa gemar warna kayu original brown, nampak bosan. Apa kata kita cat bagi warna putih.. Barulah celik sikit mata memandang. Nampak warna bunga dan daun-daun hijau menyerlah berlatarbelakang pagar putih.. 


Nampak gaya English style mini garden dalam angan-angan

Bila dah terjebak dengan gardening dan ada small garden patio, cabaran utama bagi saya yang bekerja sambil belajar dan mempunyai masa terhad ialah to maintain it dan jaga pokok-pokok tersebut dari serangga perosak seperti belalang.

Wahai sang belalang

Sumber makanan si belalang

Daun berlubang-lubang

Mood sedih bila belek-belek pokok, nampak daun berlubang-lubang. The worst part bila kita mengharap putik mengeluarkan bunga tetiba 'ghaib' dimakan belalang, huhuhu bertabahlah. Harap dapat pahala sedekah beri makan belalang sekeluarga. Don't let the dark side let me down, ewaahhhh 

Kalau difikirkan semula tanpa mengikut emosi, itu hanya sebahagian kecil sahaja 'cabaran' tetapi jangan dilupakan nikmat pokok-pokok lain yang berjaya mengeluarkan bunga yang cantik. 

Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil hari ini, fresh from my small garden :

Petunia merah gantung 

Petunia pink gantung

Orked

Bunga raya besar

Jasmine

Ros kampung sekuntum


Ini hanya sebahagian pokok-pokok yang sentiasa berbunga setiap hari dengan gembira sekaligus mengindahkan halaman rumah saya.. 

Okay, bila siap semua tiba pula giliran anak bujang menyapu halaman rumah dengan segala daun kering dan buang sampah hasil gotong-royong tadi. Semua ada tugas dan bahagian masing-masing.

Begitulah kisah weekend saya bersama keluarga, bagaimana pula dengan hari minggu anda? Jangan lupa kongsi di ruang komen. 

Oh ya, kepada pembaca yang telah meninggalkan komen dalam post saya sebelum ni, in shaa Allah saya akan meluangkan masa satu hari nanti untuk balas setiap komen dan berkunjung balas ke blog anda juga. Thank you so much for your support!


Okay, sehingga kita berjumpa lagi di lain masa dengan cerita yang berbeza.
Thank you for reading, byee...
Wasalam..
  
Regards,

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More