Kisah Tak Terungkap

Salam Ramadhan dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini Ramadhan ke-6, sekejap masa berlalu.. Lama tidak bersua di sini.. Banyak yang ingin dizahirkan tapi masih tak terucap (seperti lirik lagu Nash pula :).. 

Kisah Tak Terungkap

Last post in February, itu pun hanya 1 post sahaja, masuk bulan March langsung takde post.. Sejarah paling teruk sepanjang blogging.. Hurrrmmm pasti ada sebab kannn.. Bila dah lama tak blogging, tukar blog template dengan harapan supaya datang mood blogging. Itulah perangai saya, pernah saya revealed dalam post ini - Asyik tukar blog template.

Cuaca cerah

Alhamdulillah hari ini cuaca cerah.. Aktiviti mencuci porch dan gardening berjalan lancar seawal pukul 8.00 pagi.. Lama tak menjenguk mini garden disebabkan kesibukan melampau dan semangat yang hilang.. 

Spider plant

Pokok-pokok kian menguning disebabkan tak cukup air dan cuaca juga panas terik sejak kebelakangan ni. Pokok pun tak bersemangat seperti tuannya, contoh spider plant ni.. Kesian, seperti hidup segan mati tak mahu.. Hari ini baru ada masa siram dan bubuh baja.. Harap subur kembali seperti sediakala.



Sebenarnya since last February dan March saya sibuk dengan assignments diikuti dengan peperiksaan akhir semester January 2021 pada 17 April lalu.. 

Module 

Semester kali ini agak tough memandangkan semua perlu belajar sendiri dan tutorial dijalankan secara online. Alhamdulillah akhirnya kesibukan semester January sudah berakhir..  

Exams and Assignments 

Dalam kesibukan dengan pelajaran, kesihatan bapa saya semakin merosot. Bermula 16 Mac 2021 lalu bapa saya mula tak lalu makan. Hanya minum susu dan makan nasi kurang sesuap. Oleh kerana kurang selera makan, maka kuranglah tenaga menyebabkan dia tak gerak ke mana-mana. Sejak itu bapa saya terlantar atas katil. 

Mendengar khabarnya yang kian uzur, pada 19 Mac 2021, saya memohon pelepasan merentas negeri dan segera pulang ke kampung untuk melawatnya. Saya melihat sendiri keadaanya. Fizikalnya lemah tetapi ingatannya masih kuat. Bapa saya seorang yang kuat semangat, tetapi apabila fizikalnya semakin lemah dia semakin tak terdaya hingga seringkali meluahkan kata-kata berserah kepada Allah kerana sudah tak tahan menanggung kesakitan. 

Saya pernah cerita tentang tahap kesihatan bapa saya di post ini - Bila Emosi Terganggu Hilang Focus. Semasa saya menulis post tersebut, saya sangat takut kehilangannya. Sewaktu bapa officemate saya meninggal, saya pernah bercerita dengan officemate sebelah begini : 

Saya : "Kalau bapa saya meninggal nanti, saya nak ambil cuti tanpa gaji 3 bulan sebab saya akan bersedih dan tak mahu bersemuka dengan sesiapa." 

Officemate saya menjawab : "Habis tu kau nak pegi mana? Duduk dalam gua?" 

Walaupun perbualan itu ada unsur gurauan tetapi ketika itu saya serius. Saya tak tahu apa akan terjadi apabila ianya benar-benar berlaku. Perkara paling takut saya hadapi di dunia ini ialah kehilangan bapa saya. Dialah kekuatan saya..

Pada 21 Mac 2021, ketika bersalaman untuk meminta izin bertolak pulang ke Seremban hati saya sangat berat. Saya tahan airmata supaya tak tumpah di depannya. Dia berpesan supaya jangan risau keadaannya. Dahulukan tugasan hakiki saya kerana ianya adalah tanggungjawab saya. Dia hanya meminta doa saya supaya dipermudahkan urusannya. Detik hati saya berkata, entah dapat jumpa lagi atau tak selepas ni.. Saya tawakal andai itu kali terakhir..

Namun, siapalah kita untuk menafikan takdir Illahi.. Pada 21 Mac 2021 itu merupakan tarikh saya dapat menatap wajah akhir ketika hayatnya.  Pada 30 Mac 2021 jam 6.30 petang, bapa saya menemui Illahi..

Al-Fatihah 

Menurut ibu, keadaannya sudah bersedia dan sempat mengucap kalimah Allah semasa menghembuskan nafas terakhir. Arwah pergi dengan mudah dan tenang. Urusan pengebumian arwah juga sangat mudah, dihadiri semua kenalan arwah jauh dan dekat. 

Akhirnya saya menghadapi situasi tanpa ayah.. Perasaan? Sangat sedih seperti tidak percaya tetapi takde perasaan sampai nak cuti tanpa gaji 3 bulan sebab saya redha. Saya tak sanggup arwah sakit tak tertanggung. Saya percaya qada' dan qadar serta takdir Illahi. 

Buat masa ini saya masih dalam proses menangani kesedihan. Saya tak boleh bersendirian untuk mengelakkan berfikir tentang kenangan manis saya bersama arwah. Seorang bapa yang bekerja keras hingga lupa dirinya. Tak reti rehat dari muda demi keluarga, adik-beradik dan masyarakat. Hidupnya bahagia memberi sesuatu yang berharga buat kami sekeluarga. Sudah sampai masa arwah rehat di sana. 

Semoga rohnya dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya yang lalu, diterima segala amal ibadahnya serta diletakkan bersama golongan orang-orang beriman dan beramal soleh. 

...آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ



KUCING DAN KESEDIHAN

Ini pula kaedah menangani kesedihan.. Anak saya Arief dah lama begging untuk bela kucing. Saya tak setuju memandangkan siapa yang akan menguruskan kebersihan kucing itu nanti. Rutin harian saya penuh dan takde masa untuk rutin tambahan. Tetapi dijadikan cerita, ibu mertua adik saya menawarkan 2 ekor kucing peliharaannya untuk dijaga. Oleh kerana ketika itu saya sedang bermain dengan emosi, maka saya bersetuju untuk mengambil 2 ekor anak kucing tersebut. Mungkin apabila saya membela kucing, saya dapat mengurangkan rasa kesedihan dalam hati ini.

Chloe and Fluffy

Maka bermusafirlah 2 ekor kucing ini dari Muar ke Seremban. Saya namakan Fluffy (atas) dan Chloe (bawah). Fluffy milik Arief manakala Chloe milik saya. Kami pelihara bersama-sama. Memandangkan mereka masih belum biasa dengan keadaan di sini, saya kurung dalam sangkar pada waktu siang ketika waktu kerja. 

Hi, saya Fluffy

Hi, saya Chloe

Pulang dari kerja saya akan membersihkan sangkar dan bermain-main dengan mereka. Ternyata mereka membawa keceriaan kepada saya. Tarikh mengambil mereka adalah tarikh kenangan saya melihat bapa semasa hayat untuk kali terakhir.

Sebelum mengakhiri post ini, terima kasih kepada pembaca yang telah meninggalkan komen dalam post saya sebelum ini. Saya akan balas semua komen satu-persatu dan kunjung balas blog anda. Thank you for your endless support. Really appreciate it!
   

Regards,

Loading...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More