Assalamualaikum dan Selamat Sejahterakepada semua pembaca blog ini.. Hari ini cuti sempena Tahun Baru Cina.. Saya percaya ramai antara kita mengambil kesempatan cuti hari ini dan hujung minggu untuk pulang ke kampung atau menghabiskan masa bersama keluarga.. Walau apa sahaja aktiviti yang dilakukan, doa saya semoga kalian dilindungiNya selalu.. Tak lupa Happy holiday diucapkan!
Di kesempatan ini saya ingin berkongsi tentang menu menarik di
Restoran Dapur Penyet. Saya suka ayam penyet sebab rasa rempah dan tekstur daging ayam yang garing dan lembut dari kulit hingga ke isi.. Jadi bila teringin makan ayam goreng rempah yang rangup saya akan menjamu selera di Dapur Penyet.. Entri kali ini tentang
#throwback lunch hour bersama gang lunch 2 minggu lalu dan saya selit sekali
resepi ayam penyet sebagai rujukan.
|
Dapur Penyet Palm Mall |
Seperti hari-hari biasa, bila lunch
hour ada antara kami akan request iaitu menentukan tempat di mana hendak menjamu selera.. Hari itu lunch hour hari Jumaat waktu lunch yang panjang, saya pilih ke
Dapur Penyet di Palm Mall, hanya 15 minit memandu dari office.
Related post :
Food Review - Dapur Penyet
|
Set original ayam penyet (RM8.90) |
Pilihan saya sudah tentu set original ayam penyet or smashed fried chicken bersama sepinggan nasi putih.. Oh ya, memandangkan saya suka makan ayam penyet, sudah tentu saya gigih cuba masak sendiri nasi ayam penyet.. Saya ikut resepi Kak Ita (Masam Manis). Jika ikut satu persatu resepi beliau, ternyata senang dan menjadi.. Saya kongsi di sini sebagai rujukan pembaca yang ingin masak ayam penyet:
1 ekor ayam - Ayam cuci bersih dan potong ikut kesesuaian, biasanya ayam potong 4 atau 8
Rebus ayam hingga empuk. Tambahkan kiub ayam ketika merebus
ayam.
Bila dah empuk angkat ayam dan toskan.
* Air rebusan ayam jangan di buang kita akan gunakan untuk menanak nasi dan
juga untuk sup seperti masak nasi ayam.
PERAPAN AYAM
Bahan-bahan
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar
* Kesemua bahan ini digoreng dalam kuali tanpa minyak hingga
harum
1 sudu besar serbuk kari ayam atau daging BABAS
1 sudu besar kunyit serbuk BABAS
1/2 sudu besar serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit air untuk mengisar
1 sudu teh garam
Minyak untuk mengoreng
1/2 cawan tepung beras ~ tambah untuk ayam yang berkeriuk rangup
1 biji telur ~ tambah untuk ayam yang berkeriuk rangup
Caranya
Masukkan bahan yang digoreng bersama serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk lada
putih, halia, bawang putih dan garam. Tambahkan sedikit air dan kisar hingga
halus.
Bila dah halus, lumurkan pada ayam yang sudah direbus tadi.
Perap ayam ini semalaman sebelum digoreng atau minimum masa perapan 1 hingga 2 jam supaya rasa rempah tadi meresap ke daging ayam..
Goreng dalam minyak panas secara terendam hingga ayam tu kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak.
Sebelum goreng ayam, ambil sedikit bancuhan tepung berempah tadi untuk goreng accessories ayam penyet seperti tauhu, tempe, terung etc. Campur dengan tepung beras dan
telur. Tambahkan sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata.
|
Ayam penyet |
Saya suka sambal ayam penyet yang pedas dan sedap.. Saya pernah cuba buat sendiri sambal ayam penyet mengikut resepi Kak Ita juga. Memang best!. Ini resepi beliau:
RESEPI SAMBAL AYAM PENYET
10 tangkai cili padi
10 tangkai cili merah
10 biji bawang merah ~ belah 4
3 biji bawang putih ~ hiris
5 biji tomato ~ belah 4
5 cm belacan bakar
2 sudu makan ikan bilis
3 sudu besar gula merah ~ secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Limau nipis atau limau kasturi
Cara-Cara
Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Guna minyak yang sama, goreng cili merah, cili padi, bawang merah dan
tomato hingga layu.
Tunggu bahan ni suam, kemudian masukan dalam mesin kisar kering dan
kisar ikan bilis dan bahan yang kita dah goreng tadi. Kisar sekali
belacan bakar.
Panaskan semula baki minyak mengoreng tadi dan tumiskan bahan kisar tadi hingga harum.
Perasakan dengan gula merah dan sedikit garam
Angkat dan hidangkan.
Perahkan jus limau jika suka..
|
Ayam Bakar Madu (RM9.90) |
Ini pula set ayam bakar madu yang dipesan oleh one of my colleague ..
|
Dendeng Belado (RM9.90) |
Ini pula Dendeng Berlado ala-carte..
|
Apple Assam (RM5.50) |
Saya pilih air apple assam.. Untuk pengetahuan ini bukan kunjungan pertama saya ke Dapur Penyet. Saya pernah kongsi kunjungan pertama saya ke Dapur Penyet di blog lama :
[DI SINI]. Selain ayam penyet tedapat banyak lagi jenis menu yang ditawarkan di Dapur Penyet. Anda boleh pergi dan cuba sendiri di outlet berhampiran...
Sekian, sahaja perkongsian saya kali ini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Regards,
I am LZ