ACCESSORIES WANITA PELENGKAP GAYA

WOMEN'S ACCESSORIES TO COMPLETE YOUR STYLE | Wanita dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Ia merupakan fakta yang tidak boleh disangkal lagi. Demi mendapatkan penampilan anggun, wanita sanggup berbelanja lebih bukan hanya pada pakaian tetapi termasuk accessories. Bagi wanita, accessories fesyen seperti jam, beg tangan, tudung, barang kemas / perhiasan dan kasut adalah accessories utama.

Pemilihan accessories yang sesuai memainkan peranan penting untuk menyerlahkan lagi penampilan secara keseluruhan dan mampu meningkatkan keyakinan diri seseorang wanita apabila tampil di khalayak ramai. Penampilan seseorang wanita itu lebih terserlah sekiranya wanita tersebut bijak memilih accessories untuk disuaipadan dengan pakaian yang dikenakan. Accessories yang dikenakan juga tidak semestinya dari harga yang mahal untuk kelihatan bergaya.


Apa yang perlu dilakukan ialah dengan memilih jenis accessories yang sesuai dengan keperibadian dan gaya si pemakai.

Accessories wanita pelengkap gaya


Selain dari accessories utama yang disebutkan di atas, dalam entri ini saya akan berkongsi dengan pembaca mengenai accessories lain yang mampu membuatkan kita tampil bergaya  :


Kaca mata hitam 

1. Kacamata hitam - Saya pasti setiap wanita mempunyai kacamata hitam. Kacamata hitam merupakan accessories popular di kalangan wanita. Ia adalah aksesori yang mesti ada pada wanita tidak kira sama ada wanita tersebut fashionista atau sebaliknya. Selain dari melindungi pemakai dari habuk, angin, silau, panas akibat pancaran cahaya matahari, ianya juga mampu memberikan penampilan bergaya kepada wanita. 


Printed scarf

 2. Tudung / printed scarf - Tudung merupakan salah satu accessories penting bukan sekadar berfungsi menutup rambut wanita Muslim tetapi ianya perlu patuh syariah. Pemilihan corak dan warna tudung yang sesuai mampu membuatkan penampilan seseorang wanita kelihatan anggun dan bergaya. Setiap wanita bertudung perlu bijak memilih dan menggayakan tudung yang sesuai dengan pakaian. Sekiranya anda tidak bertudung, accessories  ini boleh juga digunakan sebagai scarf untuk melindungi rambut dari pancaran terik cahaya matahari, memakainya di leher dan digunakan untuk mengikat rambut. 


Perhiasan rambut


3. Perhiasan rambut / accessories rambut -  Bagi wanita yang tidak bertudung boleh menggayakan perhiasan rambut seperti pin rambut yang terdiri dari batu hiasan berwarna-warni atau hiasan bunga-bunga kecil. Accessories ini kelihatan simple namun mampu menyerlahkan penampilan anggun kepada pemakai.


Beg tangan / clutch


4. Beg tangan / clutch - Ia merupakan accessories pelengkap gaya formal semasa menghadiri makan malam dengan gaun panjang atau digayakan dengan pakaian casual seperti jeans dan baju t-shirt. Beg tangan / clutch wajar dimiliki oleh wanita  kerana accessories ini membolehkan anda membawa segala barang keperluan seperti telefon bimbit, tablet, alat solek, tisu dan barang-barang bersaiz kecil yang lain.


Barang kemas / perhiasan

 5. Barang kemas / perhiasan - Setiap wanita pasti mempunyai koleksi barang kemas / perhiasan tak kira ianya diperbuat dari emas, perak, logam atau platinum. Ia juga merupakan accessories popular di kalangan wanita.  Perhiasan tersebut seperti cincin, subang, rantai leher atau gelang. Pemilihan barang kemas / perhiasan hendaklah bersesuaian dengan pakaian yang digayakan dan wanita perlu bijak menyuaipadan accessories ini. Barang kemas / perhiasan perlulah digayakan dengan ringkas dan tidak sarat.


Tali pinggang

6. Tali pinggang - Accessories ini tidak boleh dipandang remeh kerana pemakaian tali pinggang yang sesuai mampu menjadikan seseorang wanita tampil bergaya dan kelihatan glamour. Tali pinggang jenis halus dan berwarna contrast boleh digayakan dengan palazzo, skirt mahupun gaun panjang selain jeans.


Cell-phone casing

7. Cell-phone cases - Accessories ini menjadi trend terkini apabila terdapat pelbagai jenis fesyen cell-phone cases di pasaran sekarang. Sekiranya anda bijak memilih corak dan warna cell-phone cases yang sesuai dengan penampilan anda secara tidak langsung menujukkan anda sememangnya seorang fashionista.

Selain accessories yang disenaraikan di atas, terdapat banyak jenis dan fesyen women's accessories mampu milik yang wajar dijadikan koleksi pelengkap penampilan anda agar lebih elegan dan tampil bergaya. Apa yang menarik women's accessories yang disenaraikan di atas semuanya boleh didapati di ZALORA. Dapatkan sekarang kerana koleksi women's accessories yang terdapat di ZALORA mampu mengubah penampilan anda.

Begitulah tips bergaya mudah yang ingin saya kongsi bersama.. 
 Semoga ianya dapat memberikan inspirasi kepada anda..


Regards,


PSYCHOLOGY COFFEE & KEPERIBADIAN DIRI

WHAT YOUR COFFEE SAYS ABOUT YOU | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca.. Dah minum coffee hari ni? Untuk pengetahuan pembaca, hari saya akan ceria jika dimulakan dengan pengambilan kopi panas semasa sarapan pagi.. Frankly speaking, kalau sehari tak pekena coffee memang tak boleh kerja.. Saya tak boleh focus, seperti ada 'sesuatu tak kena'.. seperti ada yang kurang selain akan sakit kepala yang amat sangat. Begitulah penangan coffee. Coffee sudah sebati dalam diri dan I tell you boleh dikatakan peminum coffee tegar or coffee lover. Jenis coffee pula saya tak kisah jenama apa janji ada bau dan rasa coffee kaw selain best.. Tapi bukan kopi luwak okay..

Umum mengetahui bahawa kopi merupakan minuman terkenal di seluruh dunia. Kopi telah wujud berabad lama tetapi kini telah dikomersialkan untuk dinikmati oleh penggemar kopi. Antara jenama besar yang menguasai pasaran dunia seperti Starbucks, Costa, Tim Hortons etc. Kopi McDonalds dan Nescafe pun tak kurang hebat, saya suka!

 

Kini terdapat pelbagai variasi coffee boleh dinikmati. Terdapat 2 kategori pencinta kopi iaitu kategori pertama, penggemar kopi yang minum kopi tulen tanpa campuran lain dan kategori kedua, pencinta  kopi yang gemar mencampur kopi dengan bahan-bahan lain seperti susu, creamer, coklat dan sebagainya untuk memberikan kelainan rasa kopi tersebut. Saya jenis pencinta kopi nombor 2!


Okay, saya kongsi di sini hasil kajian dan pemerhatian pakar yang dipetik dari doghousediaries mengenai coffee yang dikatakan berkait rapat dengan personaliti penggemar coffee berkenaan.. Sila baca dan teliti mana satu variasi coffee pilihan anda:

Espresso

You're friendly and adaptive. You actually like the taste of coffee, a rare but admirable trait.

Double Expresso

You're practical and hardworking. You like knowing that one shot just doesn't do it for you anymore.

Triple Espresso

TRIPLE ESPRESSO 
You're enthusiastic but obsessive. You've been awake since the late 90's.

Mocha

You're fun-loving and creative. You hate the taste of coffee, but you need the pick-me-up, so you improvise.

Latte

You're reflective but often indecisive. In a world of unknowns, you like the safe pick. 

Cappuccino

You're warm-hearted but obvious at times. Your friends have to remind you to wipe the foam off your lip.

Macchiato

You're traditional and reserved, but for the most part, you hate the foam mustaches.

Iced coffee

ICED COFFEE
You're assertive and outspoken. You don't let seasons dictate how you live your life. Also, you like straws.

Americano

You're calm and conscientious. You enjoy the simple things in life, like picnics in the park, birds chirping  and watery coffee. 

Frappuccino

You're happy and energetic. You claim to love coffee, but really, you just love ice cream.

Coffee on the go

COFFEE TO GO 
You're serious and focused. You believe when the going gets though, the tough get cardboard sleeves because the cups too hot.
Expresso

EXPRESSO 
You're clever, annoying or both. You knowingly or unknowingly mispronounce eSpresso. Either way.. 





Espresso : Mesin membuat kopi jenis ini dipanggil espresso. Coffee jenis espresso diperbuat dari kopi asli dicampur air panas tekanan tinggi ke atas biji kopi tersebut. Biasanya, espresso mempunyai rasa yang sangat pahit dan kebanyakan peminum kopi biasa mungkin tidak boleh menerima rasa espresso ini tetapi untuk peminum kopi tegar, espresso adalah pilihan utama mereka.

Expresso pula adalah mempunyai maksud yang sama dengan espresso tetapi perkataan ini dipercayai telah misspelled  dari perkataan asal Itali yang bermaksud satu minuman panas yang terkenal di dunia pada hari ini.


Jadi tak kira mana satu coffee pilihan anda, ianya tetap mengikut citarasa sendiri.. Selain minum kopi pada waktu pagi, in between sebelah petang juga saya akan pekena sekali lagi sesi kopi tetapi sebelah petang saya suka kopi sejuk..

Okay, apa pula komen anda.. Ada tak antara pembaca blog ini seorang coffee lover atau sebaliknya.. You all prefer minuman panas antara tea or coffee?.. Jom kita tukar pendapat coz for me "Good Coffee is a pleasure.. Good Friends are a treasure.."


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,

KISAH NUR DI WHATSAPP GROUP

KISAH NUR DI WHATSAPP GROUP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Kali ini saya ingin kongsikan kisah Nur yang saya terima dari WhatsApp Group.. Admin telah add Nur sebagai ahli baharu dalam WhatsApp Group tersebut dan inilah yang berlaku.. 

Photo credit to Google


"Admin added Nur to your group
Admin added Nur..

Usin : hi Nur welcome to the group.
Nur : hi guys i'm new to the city
Usin : hi Nur dont worry , my dear...any problems i will be the solution
Rahman : hi Nur tell me if you have any problem, i will arrange it for u
Aman : hi Nur if you need anything tell me, it will be arranged.
Attan : hi Nur, u can always depend on me for assistance, I will manage it for u
Nur : thanx guys for your support
Attan : Nur whats your full name
Nur : Nur Azman bin Nur Diman
Usin left
Rahman left
Aman left
Atan left
Admin left.
.
Nur.....you are the Admin now."

Begitulah kisah lelaki bernama Nur Azman bin Nur Diman yang telah dijemput masuk ke WhatsApp Group setelah berpindah ke kawasan baharu.. Semua ahli group menyangka Nur itu seorang wanita.. Bukan main masing-masing tunjuk caring kannnn. Mengayat tak menahan.. Bila tahu Nur itu nama seorang lelaki terus left group.. hehehe




Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


SAMBUTAN HARI RAYA DI IBUPEJABAT

SAMBUTAN HARI RAYA DI IBUPEJABAT | Walaupun Syawal sudah berlalu, izinkan saya update entri ini sebagai penutup sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2017. Hari ini genaplah seminggu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Ibupejabat pada 17.07.2017 lalu.. Untuk pengetahuan pada setiap tahun tempat saya bekerja ini akan mengadakan jamuan hari raya.. Kali ini sambutan diadakan di perkarangan kompleks ibupejabat dan diadakan secara sederhana.. Majlis dihadiri oleh kakitangan selain dari ibupejabat dan wakil di setiap pejabat daerah.

Kami bergambar bersama Pengarah
Jamuan Hari Raya tak lengkap jika tiada ketupat, ketupat palas, lemang dan rendang.. 


Lebih istimewa lagi, di Seremban terdapat beberapa cendol popular antaranya Cendol Songkok Tinggi.. Di setiap majlis keraian, pakcik Cendol Songkok Tinggi ini pasti akan ditempah oleh penganjur kerana keaslian rasa cendol yang istimewa.

 


Selain cendol, kami dijamu dengan nasi minyak dan segala macam hidangan sampingan yang dimakan bersama nasi minyak.

Nasi minyak
 Selain itu sate dan mee sup tulang turut menjadi kegemaran saya..

Sate

Mee sup tulang
 Di samping kuih-muih lain..

Kuih talam
Brownies and cookies
Lamb grill
Malangnya kami takde rezeki untuk merasa kambing bakar sebab sambutan yang sangat mengalakkan.. Hanya dapat menghidu asap dan bau, huhuhu

Sambil menjamu selera kami dihiburkan dengan nyanyian karaoke dari kakitangan yang berbakat hingga majlis melabuhkan tirai pada jam 4.00 petang.

Okay, begitulah serba sedikit tentang kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibupejabat yang ingin saya kongsi bersama pembaca.. Hari ini Syawal sudah sampai penghujung, cepat sungguh masa berlalu..




Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


FIKIR DULU SEBELUM TUKAR SOFA BAHARU

FIKIR DULU SEBELUM TUKAR SOFA BAHARU | Apa cerita entri kali ini tentang sofa baharu sedangkan Syawal sudah hampir ke penghujung.. Al-kisah sofa saya jenis besar gedabak dan sarung sofa pula jenis custom made seperti gambar di bawah. Terfikir nak buang tapi masih boleh guna, kalau tukar dan beli baharu macam tak perlu.. Jadi saya mencari alternatif lain untuk handle masalah ini.. Tambahan pula, sofa merupakan penyeri ruang tamu, jadi bila dah lusuh nampaklah kurang menarik apabila dipandang sebab itu perlu diambil perhatian..

 

Saya terfikir apa alternatif lain selain tukar sofa baharu.. Semasa sibuk membuat persiapan raya tempoh hari seperti yang telah saya ceritakan di entri ini, saya ambil kesempatan cari sofa cushion covers sebagai alternatif lain buat sementara waktu. Mungkin saya tak akan hantar ke kedai untuk tempah sarung kusyen baharu setelah mempertimbangkan kos beli set sofa baharu lebih kurang sama harga dibandingkan dengan kos penghantaran dan kos tempah jahit sarung sofa baharu. Saya ambil pendekatan guna dulu sofa ini selagi mana ia boleh digunakan.


Puas membelek akhirnya saya jumpa sofa covers ini..

Sofa cover protector 

Inilah alternatif lain selain menggantikan sarung sofa yang sudah lusuh iaitu dengan sofa shield reversible protector.. Tempahan dibuat pada 1.7.2017 dan barang shipped out pada 3.7.2017 dan sampai ke tangan saya pada 18.7.2017 lalu.

 

Bersemangat bila barang sampai ke tangan.. Saya order set 3 + 2 +1 iaitu saiz S, M dan L manakala pilihan warna pula sudah tentu warna kegemaran iaitu merah atau wine red.

Sofa Shield Reversible Furniture Protector Features Elastic Strap All Season Universal Sofa Cover
Sofa cover size S for 1 seater, M for 2 seater and L for 3 seater
Sofa cover size L for 3 seater
Sofa cover disertakan dengan pundi kapas ini yang berfungsi untuk menegangkan sarung sofa tersebut
Seminggu sudah barang diterima, oleh kerana bab memasang perlukan kudrat lelaki untuk mengalih dan mengangkat sofa yang besar dan berat, jadi saya terpaksa tunggu my husband buat tugasan itu. Maka, semalam pagi adalah aktiviti menukar sofa cushion covers..

 

Beginilah cara untuk menyarung sofa cushion tersebut.. balut semua, hehehe

 

Selepas keseluruhan sofa cover tersebut dibalut kita perlu ketatkan permukaan sofa cover tersebut.

Lighting kurang memuaskan, warna sebenar seperti gambar di atas

Maka, beginilah hasil kejadian yang telah siap sepenuhnya.. Bahagian mengelembung tu nanti akan terbentuk dengan sendiri apabila sofa cover tersebut mulai rengang. 

Overall saya puas hati dengan rupa sofa yang baharu.. Saya akan hias dengan bantal kecil berwarna hitam untuk menimbulkan warna contrast jadi takdelah nampak merah semata kannn.. Ternyata cara ini lebih jimat dan practical..

Kepada pembaca yang ingin mendapatkan sofa cushion cover ni bolehlah survey di sini untuk diskaun menarik atau beli di sini.. Harga sangat berpatutan sekarang kerana terdapat special promotion ditawarkan selain pilihan warna yang menarik..

Begitulah entri mengenai pengalaman membeli dan menggunakan sofa cushion covers...
Fikir semula sebelum tukar sofa baharu..




Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


KISAH BULAN PUASA LALU

KISAH BULAN PUASA LALU | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Sementara takde entri serious, kali ini saya ingin kongsi entri kategori santai. Saya suka abadikan kisah-kisah lawak yang berjaya mencuit hati dari WhatsApp group rakan-rakan.. Kepada pembaca yang sudah tahu tentang lawak ini, tumpang senyum pun okay.. hehehe

Credit to Google
Al-kisah bulan puasa lalu..

"Ada jiran... lepas berbuka puasa dia terus mandi maksudnya lepas tu bersiap untuk pergi tarawih dalam bulan puasa lalu. Sebelum tu dia minum kopi terus makan tembikai sejuk yang disimpan dalam peti ais. Bila dia jalan ke motor... elok, tidak ada perasaan aneh atau apa-apa petanda pun.

Dalam keadaan sihat walafiat, tiba-tiba dia tidak boleh melihat apa-apa dan dia kata gelap betul di sekelilingnya. Berpeluh-peluh dia dan sesak nafas. Dalam keadaan panik dia teriak sambil baca istighfar dengan menjerit-jerit minta tolong. 

Alhamdulillah... Allah masih melindungiNya..
Tengok..tengok.. eh rupa-rupanya dia pakai helmet terbalik! Astagfirullahalazim... Allahu akbar! Patutlah mengelabah gelap!"

Harap perkara ini tak terjadi sama kepada kita. Bukan apa-apa, takut korang malu, hehehehe. Itu saja.
Alah gurau-gurau sikit je.. Jangan marah huh..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More