Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini hari terakhir kita berada dalam tahun 2017.. Saya percaya sepanjang tahun 2017 tersemat kisah suka duka, pahit manis telah dilalui.. Semua itu adalah ketentuanNya, mahu atau tidak kita perlu terima dengan hati terbuka.. Biarlah ianya tersimpan dalam lipatan kenangan supaya kita lebih matang untuk mengharungi kehidupan lebih mencabar akan datang.
Untuk pengetahuan pembaca, Azam Tahun Baru atau New Year's Resolutions terkenal di negara Barat tetapi kini ianya seakan tradisi di seluruh dunia. Entri kali ini saya kongsi informasi mengenai kisah di sebalik tradisi tahun baru.. I have no intention of offending anyone okay. Take it positive, sekadar perkongsian maklumat untuk dimanfaatkan bersama.
Untuk pengetahuan pembaca, Azam Tahun Baru atau New Year's Resolutions terkenal di negara Barat tetapi kini ianya seakan tradisi di seluruh dunia. Entri kali ini saya kongsi informasi mengenai kisah di sebalik tradisi tahun baru.. I have no intention of offending anyone okay. Take it positive, sekadar perkongsian maklumat untuk dimanfaatkan bersama.
New Year's Resolutions |
ASAL-USUL NEW YEAR'S RESOLUTIONS
Babylonians
Azam tahun baru Masehi ini dipercayai bermula dari zaman purba kuno atau Babylonians sekitar 4,000 tahun yang lalu. Semasa pesta keagamaan 12 hari yang dikenali sebagai Akitu, orang Babylonia akan melantik seorang raja baru untuk memerintah dan mereka juga berjanji kepada tuhan-tuhan mereka (penyembah berhala) untuk mengembalikan segala barang yang dipinjam dan membayar hutang. Janji-janji tersebut dikenali sebagai azam atau resolutions tahun baru mereka.
Romans
Amalan serupa berlaku di zaman Rom purba. Julius Caesar mengamati calendar dan memutuskan bahawa 1 Januari sebagai permulaan Tahun Baru calendar Masehi. Januari atau Janus bermakna tuhan bermuka dua yang semangatnya menghuni pintu (doorways) dan gerbang (arches). Januari mempunyai kepentingan istimewa bagi masyarakat Rom. Masyarakat Rom percaya bahawa Janus secara simbolik memandang ke belakang pada tahun sebelumnya dan menjelang masa depan. Mereka menawarkan diri untuk berkorban kepada dewa dan membuat janji-janji untuk perbuatan baik pada tahun akan datang.
Christians
Bagi masyarakat Christian awal, hari pertama tahun baru merupakan tradisi mereka untuk memikirkan kesilapan lalu dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk tahun akan datang. Pada tahun 1740, pendeta Inggeris John Wesley iaitu pengasas Metodisme mencipta Perkhidmatan Pembaharuan Perjanjian (Covenant Renewal Service) yang lazimnya diadakan pada malam Tahun Baru atau pada tahun baru. Malam tersebut mereka akan membaca kitab suci, berdoa, menonton nyanyian dan membuat azam bagi merayakan tahun baru. Tradisi ini kini popular di gereja-gereja Protestan.
Begitulah istilah Tahun Baru atau New Year's Resolutions mengikut calendar Masehi.. No wonder setiap tahun baru lazimnya kita melihat masing-masing sibuk merealisasikan azam yang bakal ditinggalkan pada tahun sebelum dan mula menyusun azam untuk memperbaiki diri dan kehidupan pada tahun akan datang.. Dari segi hukum sila rujuk kepada alim ulama yang arif dalam agama Islam. Saya tak boleh ulas hal itu atau menjatuhkan hukum kepada sesiapa.
Umum mengetahui bahawa masyarakat Islam menyambut Tahun Baru mengikut calendar Hijrah pada setiap 1 Muharram (Awal Muharam) lebih kepada memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masehi. Pengertian peristiwa ini sangat mendalam dan boleh apply dalam kehidupan kita untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri.
Sekian, wasalam..
Regards,
I am LZ
10 Comments:
nice sharing dear..betul tu kita org islam tahun baru adalah 1 muharram,tapi kerana peranana media sosial yang menggembar gemburkan tahun baru,ianya menjadi ikut-ikutan untuk mengadakan resolution segala macam,termasuklah irda sendiri.Tapi hakikatnya,setiap hari itu bermula bangun tidur kita harus cuba memberi resolution pada diri sendiri,kerana hari baru kita patut mensyukurinya dan menjadikan hari itu lebih baik dari semalam.Bukan nak tunggu awal tahun baru nak berazam bagai..huhu my opinion only..
Terima kasih kak...PC pun baru tahu salasilahnya ni...betul kalau kita sebenarnya lebih digalakkan untuk menghayati menjelang tahun baru Hijrah yg bermula 1 Muharram....sebenarnya kita setiap hari pun hari baru...lebih2 bila Allah masih mengizinkan kita hidup..bernafas..
Betul Irda nemang masyarakat kita juga tak terlepas dari terikut-ikut budaya Barat tanpa disedari.. Jika tak menggugat kepercayaan agama Islam mungkin tak jadi masalah..
Akak pun sama PC, tiada Azam yang khusus untuk tahun baru kalau boleh setiap hari ingin buat yang terbaik, atasi kelemahan dan perbaiki diri dari segi amal ibadah coz I want to be a better Muslim..
thanks sis.. baru tau, ada sejarah rupanya.. macam miera sendiri bukan sebab terikut-ikut tapi dah terbiasa 1 January nak buka ada azam. at least dalam setahun ada la target yang perlu dilakukan. hehe
You're most welcome dear 💕..
Memang tak dinafikan Miera.. Kita dah biasa ikut calendar Masehi untuk setiap urusan / aktiviti seharian.. Biasanya tahun baru Masehi spt cut off date untuk buat azam baru bagi tahun seterusnya..
tq akak atas perkongsian yg sngt bermakna..
Good info kak LZ. Baru Gv tahu asal usul Happy New Year ini. :)
Sama2 kasih Busyra 💕
Thanks for visiting my blog GV 💕.
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!