Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. 
Al-kisah hari ini bergegas ke bank, menyelesaikan masalah yang sama.. Kecewa, letih dan bosan asyik menguruskan perkara ini untuk kali ke-3.. Saya tak suka buat kerja remeh berulang-kali lebih-lebih lagi kecuaian bukan dari pihak saya.. Kisah mengenai Penipuan Kad Debit ini pernah saya kongsi dalam blog post sebelum ini: MANGSA PENIPUAN KAD DEBIT... 

Debit Card Fraud
Selepas kejadian ke-2, saya 'mengosongkan' akaun sebagai langkah berjaga-jaga dengan harapan tiada kali ke-3.. Namun ianya berulang untuk kali ke-3 pada 28.08.2018 lalu apabila saya menerima SMS tidak diundang ini :

SMS from Greenpeace
Dijadikan cerita pada hari berkenaan baki dalam akaun cukup untuk 'diambil' kerana adik saya baru sahaja membayar hutang ke dalam akaun tanpa pengetahuan saya.. Di bank, ulang semula proses yang sama seperti sebelum ini.. 

Debit Card Transaction Dispute Form
Mana yang silap di luar pengetahuan saya. Apa yang pasti seharusnya pihak yang berkenaan menyiasat perkara ini dan cuba banteras punca masalah, bukan membiarkan perkara ini berulang kali.. Bukan lihat dari segi amaun terlibat tetapi risiko yang dihadapi oleh account holder jika akaun mereka berjaya diceroboh.

Apabila ditanya mengapa perkara ini masih berulang? Pihak di sana mengatakan : "Saya tak boleh check sebab ianya transaksi dari luar negara". Begitu sahaja? So fragile their system jadi mudahlah si pengodam dari luar negara meneruskan aktiviti mereka..

Tindakan seterusnya, saya cadang selepas siasatan dibuat dan saya dapat kembali wang saya maka akaun ini akan ditutup dengan rasmi. Saya akan buka fresh account.. Mungkin ini sahaja solution yang saya ada..


Begitulah kehampaan saya, menghadapi masalah yang sama berulang-kali.. 
It’s never ending story..





Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,