Welcome..

Monday, March 19, 2018

MANGSA PENIPUAN KAD DEBIT

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.. Sama-sama kita dipermudahkan segala urusan.. Kali ini saya ingin berkongsi kisah di mana saya menjadi mangsa scam atau penipuan melalui kad debit. Walaupun telah menukar kad ATM baharu seperti yang diarahkan namun saya tak pernah membuat transaksi pembelian melalui kad debit kerana saya tak mahu 'menjejaskan' saving account atau tunai dalam akaun simpanan andai ada masalah transaksi pembelian melalui kad debit tersebut atau terjebak dalam scam or phishing. 

Related post : Tukar Kad Bank

CIMB Debit Card
Tapi nak dijadikan cerita, entah macam mana pada 27.02.2018 dan 5.3.2018 lalu sedang asyik tekun bekerja, tiba-tiba terima mesej melalui SMS menyatakan bahawa kad debit saya telah ditolak RM35.00 ke akaun GREENPEACE.. 

What is GREENPEACE?

Terus search di Google.. GREENPEACE merupakan non-governmental organization (NGO) antarabangsa melibatkan 40 buah negara serata dunia di mana mereka membuat kerja-kerja amal.

Bila masa pula saya terjebak dengan GREENPEACE ni? So saya yakin saya tak pernah melibatkan diri atau menjadi penyumbang kepada pertubuhan amal ini..

SMS received
TINDAKAN YANG SAYA AMBIL

Apabila saya menerima mesej pertama pada 27.2.2018 lalu, saya terus menghubungi CIMB Customer Service untuk membuat aduan di samping mendapatkan clarification berhubung perkara ini.. Saya diberitahu bahawa wang saya dari akaun berjumlah RM35.00 sedang floating menunggu masuk ke akaun GREENPEACE. Ini bermakna saya takde harapan untuk batalkan transaksi tersebut..

Untuk sedapkan hati, saya biarkan sahaja transaksi pertama dengan ayat sedih : "It's okay, just RM35.00 for charity.. Takpe laa.."

CIMB Saving Account transaction
Then pada 5.3.2018, satu lagi mesej yang sama diterima menyatakan bahawa wang RM35.00 sekali lagi telah ditolak dari akaun saya dan masuk ke akaun yang sama.. Amboi senang saja, hantar text kata duit dah tolak dari akaun. Mujur RM35.00 kalau terus tolak RM1,000 tragis okay.. Mana boleh jadi! Lebih-lebih lagi tanpa consent! Ehhhh lebihlah camni..

Saya terus hubungi CIMB Customer Service dan buat aduan yang sama.. Kali ini saya dinasihatkan untuk pergi ke cawangan bank terdekat bagi membuat aduan  fraud.


Tanpa berlengah lagi, pada hari yang sama juga saya terus ke CIMB depan office.. Saya filled in Default Form menyatakan bahawa  terdapat transactions diragui dan tanpa persetujuan saya. Saya minta pihak bank membuat siasatan bagi mendapatkan semula wang saya and at the same time terus tukar kad baharu dengan bayaran RM12.00. Pihak bank akan berikan maklumbalas dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan diterima bergantung kepada aduan ni genuine atau sebaliknya..

CIMB Saving Account
Ternyata aduan saya sahih setelah siatan dibuat oleh pihak Bank dengan bantuan Bank Negara. Minggu lepas saya semak semula akaun CIMB Clicks, tak sampai 2 minggu saya dapat semula wang tersebut, alhamdulillah..

Sampai sekarang masih terfikir macam mana perkara ini boleh berlaku.. Tanpa sebarang consent wang dari akaun boleh diambil begitu sahaja.. Jadi pembaca harus berhati-hati dalam membuat sebarang transaksi sama ada melalui online shopping atau pembelian offline. Padahal setiap transaksi perlu ada pin atau TAC number.. Masih menjadi persoalan yang tiada jawapan..

Related post : Penukaran Pin & Pay

Ada tak antara pembaca pernah alami perkara begini? Apapun, semoga cerita saya ini menjadi panduan kepada pembaca.. Sekurang-kurangnya anda tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya berdepan dengan situasi begini..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,
I am LZ


35 comments:

  1. Pergh!!! Suka hati dia je ye.. Mujurlah dapat balik.. alhamdulillah.. Zaman sekarang ini memang kena hati-hati kan sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa Sha, terus tolak dari akaun.. Transaction tanpa TAC number pun boleh lepas, musykil betul..

      Delete
  2. wahh, boleh buat peringatan untuk diri saya ni. risaunya akhir zaman gini. macam macam cara orang nak kaya dengan cara mudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul CahayaHannan, macam-macam cara diaorg buat untuk dapat duit cara mudah..

      Delete
  3. tak pernah lagi jadi macam nie,senang-senang je scam tu ambik duit dari acc..macam2 hal skrg nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi kita kena berhati-hati dalam setiap transaction melibatkan akaun bank kann anzrarizal, sekarang macam-macam hal..

      Delete
  4. bahayanya sis, tq for sharing this info, dan syukur diorg refund, byk juga tu sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Aju, tak sangka sis terkena.. Langsung takde notification terus tolak dari akaun simpanan, musykil betul.

      Delete
  5. Nasib baik dapat balik duit kan...sedihnya macam ni pun boleh..senang- senang je dia random amik no account kita kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul SA, alhamdulillah dapat semula duit tu tapi satu kerja pulak buat aduan sana sini. Bayar kad baru padahal bukan silap kita. Agak kecewa sikit bila terkena camni, bertabahlah..

      Delete
  6. kena hati-hatilah lepas ni, kalau log in dekat mana-mana kena pastikan dah log out,tu yg seram takut nnt org suka hati ambik duit kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good tips cik kaella, betul kita kena pastikan logout properly & clear cookies as well..

      Delete
  7. hal hal ni , mmg menakutkan ... kalau tolak ribu raban, hah takkan naya tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mrs Pip, kalau ribu satu hal nak uruskan, belum tentu boleh dapat semula duit tu, huhuhu

      Delete
  8. thanks share ni LZ. nasib baik LZ perasan. rm35 pun duit jugak ye tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap transaction RM35 tanpa persetujuan pula Sal memang satu penganiayaan, hehehe

      Delete
  9. sekarang ni byk betul kes kes mcm ni..heran jgk mcm mna diorg dpt ambik duit dari acc kita eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silap bank berkenaan ada kes hilang data pelanggan masa proses upgrading system tempoh hari, mgkn ada kaitan kot..

      Delete
  10. Tu nasib baik perasan..Kalau orang2 tua punya kad yang takda online banking ni semua lebur gitu je. Jahatnya menyamun duit orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga Mayy, camne tu? Kesian kepada mereka susah payah simpan duit dalam bank kannn..

      Delete
  11. Kita rasa kita dah habis berhati-hati dan berwaspada nampak gayanya masih belum.

    Syukurlah LZ cepat sedar dan amount tak banyak. Tapi tulah jadi satu kerja pulak nak pergi bank buat report dan buat kad baru kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Urusan dia tu sangat leceh Mrs A dan takde jaminan wang akan dapat semula tu risiko tak pasal2 account holder menanggung.. Dah laa bukan atas persetujuan kita, uiksh bertabahlah..

      Delete
  12. Eh suka ati ambik duit dalam akaun orang, nasib dapat refund balik...Kena hati2 kan LZ,bila melibatkan bab2 duit ni...Nasib dia tak ambik 1k terus, nangis owh kalau kena

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai Miss Tins harap tak berlaku lagi atau terjadi kepada account holders yang lain..

      Delete
  13. As salam. Abam Kie pun pernah mengalami masalah yg sama. Sabar je la.

    http://www.zukidin.com/2018/03/kad-kredit-maybank-digodam.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Abam Kie, zaman canggih camni modus operandi mereka juga 'canggih'.. memang kena sabar dan cari alternative lain.. Kita tak tahu apa punca sebenar..

      Delete
  14. Eee...jahat tau.macam macam cara ye diornag nak ambil duit kita.tak pernah kena lagi macam nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 tak berlaku kepada account holders yang lain Mimi Azirah.. Sakit hati juga dibuatnya, huhuhu

      Delete
  15. bahayanya. simpn duit dalam bank pun takselamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang menakutkan Shafyqah.. Risau sentiasa..

      Delete
  16. ALLAHUAKBAR... mcm2 penipu skrg kan.. tapi mmg kdg2kita tak tahu pun kena tipu..semoga LZ dan sahabat2 lain dijauhkan la dr benda2 mcm ni.. tak tahu ke nak cr duit bukan senang..senang2 je curik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn.. Minta dijauhkan dengan perkara begini kannn Mrs Liez.. Leceh urusan nk dapat semula duit sendiri padahal bukan salah kita..

      Delete
  17. Jahatnya. Sakit hati pun ada. Biar pun RM35 tu kecil bagi sesetengah orang tapi CARA depa ambil tu tak beretika.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali Tn. Usry Norie.. Cara depa tu mmg tak boleh terima..

      Delete
  18. Kena banteras cukup2 cara keji camni AimNub Haris.. Ambik duit dulu then beritahu tanpa izin.. too much kannn 😫..

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!