Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini..
Alhamdulillah, penantian dan debaran sudah berakhir.. Baik debaran ibu atau anak.. Al-kisah anak request berkhatan tahun ini.. Malu katanya sebab semua kawan-kawan dah berkhatan..Jadi pada 15hb. Disember 2018 lalu buat appointment di Poliklinik Dr, Azhar & Rakan-Rakan di Dataran Centrio Seremban 2.
Poliklinik Dr Azhar & Rakan-Rakan |
Hari yang ditunggu pun tiba, seawal 10.00 pagi selepas breakfast terus ke klinik dengan membawa sehelai kain pelikat dan MyKad.. Bayaran dikenakan RM130.00, berkhatan cara lazer. Masa pergi ke klinik bukan main excited so saya pun rasa confident Arief boleh tahan sakit dan mampu lalui semua proses berkhatan dengan baik..
Ubat selesai berkhatan |
Tempoh masa tak lama not even 1 hour dah selesai tiba di rumah.. Sampai sahaja di rumah Arief menangis bercucuran airmata sambil kata : "Sakit.. sakit... pedih... huhuhhu"
Ya Allah perasaan saya ketika itu tak tahu kata apa.. Hati saya tak kental bila tengok anak menanggung sakit begitu.. Kesian sebab saya tahu Arief sangat tahan sakit sejak kecil lagi.. Jadi bila dia kata sakit memang sakit yang tak dapat ditahannya.
Doctor ada beritahu selepas setengah jam proses berkhatan akan rasa sakit untuk tempoh lebih kurang 2 jam walaupun ubat tahan sakit telah diambil sejurus sahaja proses khatan selesai.. Jadi melalui tempoh 2 jam itu satu tempoh masa down pada saya bila lihat anak menangis teresak-esak..
Peringatan dari Poliklinik Dr. Azhar dan Rakan-Rakan |
Selepas tempoh itu semuanya kembali sediakala.. Takde lagi rasa sakit kecuali kurang selesa dengan pergerakan yang terhad tambahan pula berkain pelikat. Appointment akan datang pada hari Selasa nanti untuk doktor check sama ada terdapat infection atau sebaliknya..
Alhamdulillah hari ini sudah sehari berlalu.. My husband in-charge semua fasa menjaga Arief.. Saya hanya memantau dan menyediakan makan minumnya selama tempoh berpantang.
Semua sudah berlalu, syukur alhamdulillah..
Begitulah pengalaman yang ingin saya abadikan di sini..
28 Comments:
anak buah cik nor pun berkhatam thn ni..:)
Alhamdulillah semoga anak buah CikNor cepat sembuh..
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan :D
ramainya anak anak brkhatan tahun ni, smpai ada viral di fb tips untuk anak berkhatan hehe
Alhamdulillah dh slamat berkhatan tu..skarang ni ada beberapa teknik berkhatan yg bole buat ank tk takut sgt..tk mcm dlu2 dgr je berkhatan sure ank2 takut
Alhamdulillah, terima kasih Mai..
Betul Suhaiza, kalau tidak turn anakku pada 1hb tapi oleh kerana ramai kekosongan ada pada 15hb.
Setuju dengan mama tisya, budak2 sekarang pandai survey dengan kawan2 dulu cara berkhatan mana diaorang nak pastu request dengan parents..
Okay dah besar dah tu solat boleh duduk barisan dewasa ngeh! ngeh! ngeh!
Hehehehe begitulah Mrs. A..
Alhamdulillah penantian dan debaran mak pun berakhir..
Alhamdulillah..anak i pun dah selamat sunat 2hb hari tu...skrg dah sihat sepenuhnya...Alhamdulillah...cuma entry je tak update lagi..haha..
Alhamdulillah.. Selamat semuanya.. Oh baru tahu ada berkhatan cara laser.. Hee. Selamat berpantang
Alhamdulillah lepas satu fasa kann Wahida, lega..
Jangan lupa up entry..
Syukur alhamdulillah HH, anak pun ikut kata masa berpantang ni.. Senang sikit kerja hehehe
Alhamdulillah dah selamat.. dah bujang dah dia
alhamdulillah, lagi mudah bila dia yg minta sendiri bkn di paksa2
Hehehe tu laaa mamapp dia pun mengiyakan bila orang kata dah bujang..
Alahai anak..
Alhamdulillah, betul Norhidana jadi bila sakit dia tak meragam sangat berbanding kita paksa..
ALhamdulillah dah selesai :)
alhamdulillah da setel. :)
Banyak juga cawangan Dr. Azhar nie..
Alhamdulillah.. selamat dah semuanya..
alhamdullillah selamat semuanya
Alhamdulillah. Moga cepat sembuh.
Begitulah Ejulz, syukur alhamdulillah..
Lega mama dia CR, hehehe
Oic Sha.. Cawangan Klinik Dr. Azhar ni di Seremban 2 baru dibuka..
Alhamdulillah, lega Sha.. selesai satu bab..
Syukur alhamdulillah Lovlin Bird's Nest selamat dan dipermudahkan segalanya..
Alhamdulillah.. Terima kasih Irdina..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!