Rutin Baru Tahun 2019

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Wow lama tak update blog... Setelah 14 hari berlalu dalam bulan Januari 2019, kini baru saya munculkan diri.. Actually dalam tempoh 14 hari struggle dengan jadual dan rutin harian baru menjelang tahun 2019.. Nak tahu apa dia? Jom ikuti cerita saya, hehehe

Sebelum sesi persekolahan bermula kesibukan ibubapa tertumpu kepada persiapan tetapi apabila masuk sahaja tahun baru saya percaya ada sebahagian ibubapa turut sibuk dengan urusan persekolahan anak-anak.. Saya tak terkecuali menghadapi situasi ini.. 

 
Untuk pengetahuan, saya tak daftar anak ke KAFA.. Jika tahun 2018, selepas sesi sekolah pagi anak akan diambil oleh ustazah ke transit sebelah petang tapi lain pula rutin tahun ini. Tahun ini tiada transport disediakan.. Maka sejurus sahaja jadual sekolah diedarkan, maka saya mula sibuk mengambil tempat ustazah mengambil anak pulang dari sekolah.. Jadi faham-fahamlah bila masa kerja bercampur dengan urusan sekolah anak, sangat kelam kabut dan huru-hara.. Tak hirau dah lunch hour, priority dalam fikiran : Pukul berapa anak balik dari sekolah? Bimbang andai terlupa dek kesibukan di pejabat.. Lupa ambil anak tak ker naya dibuatnya... Bukan sahaja fikir masa anak balik sekolah tetapi kena tapau sekali lunch anak dan diri sendiri.. Fikir lagi anak nak makan apa? 

Setiap hari sibuk dengan rutin harian seperti ini sebab itulah sentiasa menghitung hari tak sabar hujung minggu.. Really need a break.. Mujur ada cuti umum dalam bulan Januari.. At least ada masa rehat dan meluruskan pinggang, huhuhu

Hari Keputeraan ke-71 KeBawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,
Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir 
Contoh seperti hari ini, Negeri Sembilan cuti umum sempena Hari Keputeraan Ke-71 KeBawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir..

Bukan main happy bila cuti umum jatuh pada hari Isnin, heaven you all.. Jadi saya ambil kesempatan untuk memanjakan diri di Pusat Kesihatan Total Pro iaitu pusat urutan traditional Thailand,.. Sebenarnya tak sesuai perkataan 'memanjakan diri' tapi lebih tepat mendapatkan muscle pain treatment... Bahagian bahu saya dah lama sakit sampai tak boleh saya tahan lagi..

 
Saya pernah cerita tentang Total Pro DI SINI... 



Temujanji telah dibuat sehari sebelum sesi urutan.. Saya ambil sesi pertama pada pukul 10.00 pagi pakej deep tissue oil massage tempoh urutan selama 2 jam... Jadi semalam, seperti yang dijanjikan tepat jam 10.00 pagi saya pelanggan pertama Total Pro..

Thai Massage Package
Selain itu terdapat juga urutan membuang angin menggunakan ginger essence oil seperti di bawah ini :


Pusat Kesihatan Total Pro Seremban
Kita tahu bahawa Thai massage lebih tertumpu kepada teknik urutan menggunakan lengan, tangan, knuckles, pressure, stretching.. Sangat menyakitkan tetapi tempat sakit mudah rasa lega.. I tell you memang kuat therapist menggunakan kudratnya tekan segala muscle knots, senang citer seperti smack down gitu.. Andai tak tahan sakit boleh menjerit dibuatnya.. Namun tahap tekanan boleh disesuaikan mengikut kehendak pelanggan.. Saya serahkan kepada therapist memandangkan kes saya kronik, hehehe

Selesai sahaja sesi urutan semalam seluruh badan rasa sakit seperti lebam, jalan pun macam robot.. Tapi alhamdulillah pagi ni rasa ringan walau masih ada sisa sakit pada otot-otot yang bermasalah.. 

Untuk mengurangkan rasa sakit, saya menjamu tekak dengan brownies dari Secret Recipe dan spaghetti carbonara.. Happy tummy, tidur pun lena..

Secret Recipe Brownies
Secret Recipe Spaghetti Carbonara

Begitulah cerita yang ingin saya kongsi bersama pembaca. Bagaimana pula dengan rutin harian anda? Ada yang berubah secara drastik atau sambung rutin tahun sebelum?.. Apa pun sudi-sudilah kongsi di ruangan komen di bawah..

Related post : Relax & Have A Thai Massage


Okay, setakat ini sahaja..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeeee..


Regards,


34 Comments:

Dulu saya pun ada masalah banyak angin dalam badan tapi tak pernah pergi mana-mana urutan. Selalu minta adik2 tolong urutkan je and sapu ubat gosok XD Dengar pengalaman sis p urutan di kedai, macam menakutkan je. siap rasa sakit bagi smack down. But itu yang selalu terjadi kalau orang ada masalah sakit angin. sampai merah badan jadinya.

wahhh kelam kabut sangat kan kak dalam satu masa nak kene urus banyak benda. hehe, moga akk terus sado.

wah..tak mampu lagi nak g spa..hehe

Dpt relax sikit hari cuti ni ya sis LZ. Memang nampak busy sgt rutin nya tu. Huhu. Semoga dipermudahkan.

rutin harian untuk ibu yang berkerjaya memang hectic.. sekali sekali memang wajib manjakan diri kat spa ,biar segala sakit urat-urat tu hilang dan kepala pun tenang.

tenaga sang ibu yg belum mampu ditandingi si ayah ;-) moga yg kelam kabut itu dibalas setimpal di sisi-Nya

Betul Carly Fifie, siapa ada masalah angin tentu tahu macam mana sakit dan menderita bila melibatkan urat saraf dan sakit kepala..

Sis dah sampai tahap kena smack down baru lega setakat usap2 memang tak jalan tapi sakit lepas urut 3 hari baru okay.. bertabahlah huhuhu

Hahahaha kannn boleh sado camni CH.. Sebelum naik muscle elok bagi urut hehehehe

InshaAllah, ada rezeki CikNor ke spa nanti. :-)

Exactly yeaslmn lega dapat rehat hari Isnin at least esok ada 4 hari saja.. hehehe

By the way thank you for your doa.. Same goes to you dear 😊

Tepat sekali dp.. Masa busy ke sana ke mari langsung tak rasa penat tapi bila break mulalah rasa sakit otot semua.. Alhamdulillah ada rezeki dan tempat untuk memanjakan diri..

Alhamdulillah aminn.. Begitulah ibu kann dear anies, biar pun badan tak sasa seperti ayah tapi segala urusan ibu mampu laksanakan dengan izinNya..

Dapatkan rawatan ni macam ganjaran untuk diri sendirikan kak.Cara sayang diri sendiri.Bila sihat..gembira barulah lapang fikiran dan hati.Nak lakukan aktiviti pun mudah.

saya pun dulu masalah angin la juga especiall bahagian betis ....
dan mmg nangis la kalau kena urut...

Rabia pun ada masalah angin jugak

masa cuti sekolah tahun lps tu jelah rasa syoknya pegi balik kerja tak kelam kabut... rasa rilex je...
dh mula sesi persekolahan mmg kita la yg turut sama bizi, pagi nganto tgri amik...

lapar pulak tengok spagetthi.. hehe

Tak pergi lagi berurut dan bekam untuk buang angin..
Setakat ini rutin harian bila anak masuk sekolah masih sama macam tahun lepas..

Seronok kalau dapat buat rawatan urut ni, husniey pun dah lama tak pergi berurut.. Take care sis LZ

Dulu, mak ABM tak galakkan ABM berurut. Katanya, sekali berurut pasti akan berurut lagi. Tapi bila ABM dah mula berurut 2 tahun lepas, badan rasa lebih ringan dan stres pun berkurang. ABM selalu berurut 3 bulan sekali kadang tu 4 bulan sekali.

Jom join segmen ni jom! https://adindabaizuramazlan.blogspot.com/2019/01/segmen-drop-your-link.html

Semoga dipermudahkan urusan seharian


Very interesting,good job and thanks for sharing such a good blog.your article is so convincing that I never stop myself to say something about it.You’re doing a great job.Keep it up.
foot therapy bandra west
best massage in bandra west
full body massage centre in bandra
spa body massage in mumbai bandra
massage centre for men in mumbai
foot massage bandra west

Betul PC, sesekali dapat manjakan diri rasa relax dan segala penat bekerja hilang.. So dapat focus kerja dan jalani aktiviti harian dengan baik..

Samalah kita Mrs Pip, LZ ada masalah cepat masuk angin dan susah pula keluar angin..
Memang merana bila kena.. Salah makan, lambat makan mudah masuk angin sampai sakit kepala guling-guling..

Bila diserang masalah angin badan rasa tak selesa kannn Rabiah..

Iyer laa Norhidana, rutin harian kita bila start sekolah lebih kurang sama.. Bersilat urus anak..

Hahaha betulah Ejulz, bila tengok semula gambar spaghetti tu tuan blog pun rasa lapar, hehehe

Sha sangat beruntung sebab takde masalah angin..
Elok jangan mula nanti jadi rutin pula Sha kena urut dan bekam..
Bab menguruskan anak sis masih janggal sebab bertembung dengan waktu kerja.. In shaa Allah, harap semakin okay..

Sangat seronok HH, rasa relax dan fresh..
By the way, same goes to you dear.. Take care ;)

LZ pun dengar orang tua-tua pesan begitu ABM.. Tapi mengikut keadaan dan rutin harian yang hectic rasanya terpaksa berurut juga kalau tak sakit sana sini.. Semua benda tak jadi kannn..

Aaminnn, terima kasih Pakcik WP..
LZ harap pakcik pun sama dipermudahkan urusan dan sentiasa diluaskan pintu rezeki..

Thank you, really appreciate it..

Awal tahun agak kelam-kabut, nak biasakan diri dengan rutin terbaru, syukur semua bagi kerjasama yang baik. Hujung minggu memang masa untuk rehatkan diri di rumah. Cuma belum mampu nak manjakan diri di spa buat masa ni.

Betul aizamia.. Hujung minggu baru rasa letih.. Masa kelam kabut memang tak rasa.. Syukur ada break..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More