Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog saya yang dikasihi..
Didoakan semoga rakan-rakan blogger beroleh kesejahteraan dan dirahmatiNya selalu.
Apa perlu buat selepas dapat gaji? |
Apa perkara pertama perlu dipertimbangkan?
Berikut saya kongsi 3 langkah asas merancang perbelanjaan:
1. Senaraikan hutang-hutang utama
(contoh : KENDERAAN - loan kereta, insurans, minyak, roadtax, maintenance, RUMAH - loan rumah, sewa rumah, penyelengaraan (jika ada), HUTANG lain - kad kredit, student loan, yuran, UTILITIES - bil air, bil elektrik, bil ASTRO, bil telefon..)
2. Kemudian, senaraikan perbelanjaan anggaran kasar seperti duit makan waktu pejabat serta belanja dapur (groceries) untuk tempoh sebulan serta lain-lain.
3. Baki duit gaji setelah tolak item 1 dan 2 boleh digunakan sebagai simpanan dan kegunaan lain.
Kepada sesiapa mempunyai akaun Maybank boleh mula create account MAE. Saya mula menggunakan akaun ini untuk asingkan duit perbelanjaan harian dan akaun simpanan khususnya lebihan duit gaji pada bulan sebelum.
Selain itu, saya juga create MAE Tabung untuk wishlist contoh barang-barang yang ingin dibeli dalam tempoh masa akan datang.
Download MAE apps |
Setakat ini MAE memudahkan saya mengurus perbelanjaan setiap bulan. Saya boleh keep track semua perbelanjaan saya dengan mudah.
Sesiapa yang belum mempunyai akaun MAE boleh start download dalam phone masing-masing dan boleh guna referral code saya seperti di bawah:
MAE Referral Code |
Bila kita biasa rancang perbelanjaan dengan bersungguh-sungguh, inshaAllah masalah terlebih belanja atau overspend boleh dielakkan. Mula-mula memang susah. Tapi bila kita bayangkan, gaji yang kita dapat itu adalah hasil titik peluh kita selepas bersusah payah selama sebulan, maka kita akan berfikir dulu sebelum berbelanja.
Oleh itu, rancang perbelanjaan dengan bijak. Ingat, biar lebihkan simpanan, kurangkan perbelanjaan. Elak shopping tanpa dirancang dan pertimbangan antara keperluan atau kehendak.
Setakat ini sahaja perkongsian saya. Semoga post ini bermanfaat kepada pembaca. Jika pembaca ada tips lain yang berguna, sudilah kongsi di ruangan komen.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
8 Comments:
betul, saya pun gaji je memang terus bayar hutang kalau tak nanti memang dibayangi hutang yang belum selesai
Baguslah begitu Yus.. Langsai hutang dulu baru belanja.. Kata pepatah, beringat sebelum habis..
cuti panjang kelmarin cikkak gi mana? mesti jauh kann berjalann., hehhee
Tak ke mana-mana Wak Lat sebab tak suka jalan jem dan tempat sesak.. Prefer weekend getaway sahaja..
thanks for sharing. penting menyimpan untuk masa susah
Most welcome Sal.. :)
Memang kena dahulu kan yang wajib baru boleh berbelanja sakan..
betul tu bila dpt gaji mmg terus kena bayar apa yang patut..kalau tak duit gaji mmg tak nmpak kemana.. tq akak atas prkongsian
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!