Restoran Mee Udang XL Di Dataran Teluk Kemang, Port Dickson

RESTORAN MEE UDANG XL, PORT DICKSON | Al-kisah minggu lalu tiba-tiba husband menyuarakan hasrat hati untuk makan mee udang XL yang terletak di Port Dickson.. Dalam hati, nasib baik menyuarakan hasrat hati makan mee udang (kalau hasrat hati lain boleh jadi perang, hehehehe just kidding!) Pelik juga sebab si dia ni bukan jenis manusia yang suka cari tempat makan.. Biasa tak ambil kisah pun mana tempat makanan sedap.. As a woman, biasa saya saja yang beriya-iya.. Or mungkin disebabkan pengaruh kawan di tempat kerja jadi si dia pun gigih mencari di mana letaknya Restoran Mee Udang XL supaya dapat sembang bersama..

Restoran Mee Udang XL, Dataran Teluk Kemang Port Dickson

Makcik pula paling pantang kalau si dia yang beriya nak pergi tapi makcik kena cari lokasi.. My husband ni boleh kata susah ingat jalan.. Walau pergi beberapa kali ke sesuatu tempat, kata bahasa pasar tak sah kalau tak sesat.. Itulah kebiasaan terjadi.. Bersangka baiklah, mungkin juga faktor usia, opps!

Maka pada hari itu saya diberi duty mencari lokasi Mee Udang XL.. Saya pun tanyalah pakcik Google. Tak sia-sia tanya pakcik Google.. tepat lokasi diberi iaitu di Dataran Teluk Kemang, Port Dickson.. Gembira rasa di hati akhirnya berhasil juga pencarian demi memenuhi keinginan si dia tanpa perlu berdebat dalam kereta!..

Restoran Mee Udang XL

Restoran Mee Udang XL ni biasa-biasa sahaja, tapi yang penting bersih.. Pelbagai jenis masakan ada di sini.. Boleh rujuk signboard dalam gambar di atas. Orang pun tak ramai ketika itu.. Dapat tempat duduk kami terus order minuman.. Sudah pasti coconut shake menjadi pilihan utama disebabkan cuaca panas yang sangat terik..

Coconut shake

Bila rasa sejuk kena anak tekak, rasa syukur dengan nikmat yang tak terhingga.. Mana tidak, bila cuaca panas terik dapat pula minuman yang kita inginkan.. Maka hilang segala haus untuk sementara.. Tidak lama selepas itu, mee udang XL pula terhidang di depan mata..

Mee udang XL

Teruja dengan saiz udang XL melingkar atas mee.. Terdapat 3 ekor udang saiz XL dalam setiap sepinggan mee pada harga RM15.00 sepinggan.. 

Mee udang XL, Dataran Teluk Kemang

 Close-up dari sudut lain.. Kalau tanya saya apa rasa mee udang XL ni? For me dari segi rasa, seakan-akan mee bandung dan ada juga rasa mee rebus, kuah manis pedas.. Ingin saya ingatkan di sini bahawa rasa adalah subjective.. Setiap orang ada citarasa yang berbeza.. Jadi nak tahu kena cuba sendiri..

Prawn mee and coconut shake

Mee udang XL dan coconut shake, gabungan serasi.. 
Okay, setakat ini cerita tentang Restoran Mee Udang XL.. Kita beralih ke cerita lain tapi masih di lokasi yang sama..

Selesai makan, saya singgah di kedai menjual makanan ringan ini.. Saya suka beli sotong pedas dan asam kering di sini di samping makanan ringan lain.. 

Gerai makanan ringan Teluk Kemang, Port Dickson

 Selain harga yang agak murah, terdapat juga junk food zaman childhood saya seperti di bawah :

Gula-gula zaman 80-an

Siapa zaman saya tentu ingat gula-gula cap udang, white rabbit sweet dan buah kana dibalut dalam kertas pintal.. Sungguh rare dan mengimbas kenangan zaman kanak-kanak..

Buah kana balut kertas pintal

 Junk food saya nyatakan tadi dijual dalam pek-pek kecil dengan harga RM5.00 sepaket..
 Selain itu, banyak juga gerai menjual hasil tangan di samping cenderamata.. Biasa penduduk tempatan sekadar cuci mata..

Gerai menjual cenderamata di Port Dickson

Terdapat mini zoo sebagai salah satu tarikan menarik baru di Dataran Teluk Kemang ini.

Mini zoo, Dataran Teluk Kemang

 Overall, Dataran Teluk Kemang merupakan salah satu tempat tumpuan orang ramai ke Port Dickson bukan setakat mandi-manda tetapi sesuai untuk menghabiskan masa beriadah bersama keluarga.

Ini pula, gambar just for fun sementara tunggu coconut shake ready #jangankecamsis.. Al-maklum saya pernah came accross komen netizen di social media (bukan social media saya) mengenai gambar seperti ini : Dah elok-elok jadi manusia, suka pula tukar jadi haiwan.. - tepuk dahi!..


Us

Okay. let it be.. Akhir kata, saya mengalu-alukan kedatangan pembaca ke Port Dickson.. Walaupun Pord Dickson tak semeriah Pulau Pinang tetapi ianya mempunyai tarikan tersendiri selain pantai yang cantik dan bersih.. 

Sebelum mengakhiri post ini, jom kongsi pendapat dan pengalaman anda di ruangan komen.. 
Love to hear from you'll.. Lastly, thank your for reading..




Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...


Regards,

18 Comments:

Wah.. meriah betul.. Macam-macam ada.. dari makanan sampailah mini zoo.. memang menarik..

Itulah tarikan di Dataran Teluk Kemang, Port Dickson Sha..
Dekat dengan pantai juga..

Lama dah tak ke Teluk Kemang.Bila pegi boleh dicuba ni mee udang xl.

Besarnya Udang dia. Memang XL ni ya sis LZ. Wah ada mini zoo baru dah ya. Lama dh tak ke Dataran ni. Selalu ke PD pergi yg tempat lain. Sebab sini selalu ramai sgat org. Hehe

mmg betul2 xl saiz udang tuh... mantops

In shaa Allah PC.. Ada rezeki nanti boleh cuba Mee Udang XL Teluk Kemang.. ;)

Sesekali singgahlah Teluk Kemang Cik Engku..
Memang LZ akui tempat ni selalu crowded sebab ramai orang mandi-manda..

Exactly Dana, memang besar dan 3 ekor udang saiz XL puas makan, hehehe..

mmg bsr betul udangnya. kalu dy mkn ni abis laa acum acum pastu😆 lama betul x g pd... tampak lg meriah skrg

Kalau ada rezeki, boleh singgah di sini satu hari nanti..

pernah ke PD dua tahun lepas, tapi tak rasa pulak mee udang ni..cari kambing bakar je sepanjang kat sana..next time bole rasa mee udang pulak!

salam singgah sini, besaq2 udangnya puas hati makan, banyak jugak tempat menarik lagi di sana.

Buah kana tu mmg peberet time kecik2 dulu...

In shaa Allah Sha 💕..

Hehehe allergic tak boleh makan udang nanti tak berhenti acum acum, hehehehe kelakarlah anies 😂..

Sekarang PD panas terik kalau cuaca okay nanti jemputlah ke PD 😊

Kalau 2 tahun lepas mungkin belum ada restaurant ni Sunah Sakura.. In shaa Allah ada rezeki nanti boleh pi PD dan singgah di restaurant ini 😊..

Wsalam Terima kasih Wani.. Betul besar udang dia Wani, puas makan.. Rasa udang segar, pada LZ berbaloilah sepinggan RM15.00..

Iyer Mrs Pip, snek zaman kanak2 LZ juga 😊..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More