Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..
Hari ini tiada plan ke mana-mana, menghabiskan masa hujung minggu di rumah. Al-kisah awal Mei lalu, anak saya berhasrat untuk menjadi YouTuber.. Masalahnya saya tak tahu bab edit dan create video. Walaupun begitu saya tetap create YouTube account untuknya. Saya beri dia peluang untuk buat video dan masukkan dalam platform YouTube tersebut..
Saya fikir daripada buat video (mengambil masa dan memerlukan skill editing) apa kata saya create blog untuk dia.. Jadi beberapa hari ini saya sibuk membuat blog untuk anak. Maka terhasillah Redza Channelz.
Saya harap cara ini dapat membantu dia memperbaiki penulisannya memandangkan penulisan karangannya sangat lemah. Bukan sekadar blog tetapi ditambah platform social media untuk dia menjana dan berhubung dengan followers di mana setiap posting akan saya pantau.. Saya berikan dia kebebasan untuk berkongsi minat dan menulis apa sahaja yang dia suka. Selepas itu saya akan edit struktur ayat dan bahasa yang digunakan sebelum publish.
Untuk pengetahuan, selama ini saya ada sediakan satu journal khas. Dia akan menulis setiap moment penting untuk diabadikan dalam journal tersebut sebagai kenangan.. Secara tak langsung ianya membantu dia memperbaiki mutu karangan dan penggunaan ayat dalam setiap gaya penulisannya.
Hari ini tiada plan ke mana-mana, menghabiskan masa hujung minggu di rumah. Al-kisah awal Mei lalu, anak saya berhasrat untuk menjadi YouTuber.. Masalahnya saya tak tahu bab edit dan create video. Walaupun begitu saya tetap create YouTube account untuknya. Saya beri dia peluang untuk buat video dan masukkan dalam platform YouTube tersebut..
Saya fikir daripada buat video (mengambil masa dan memerlukan skill editing) apa kata saya create blog untuk dia.. Jadi beberapa hari ini saya sibuk membuat blog untuk anak. Maka terhasillah Redza Channelz.
Redza Channelz |
Journal |
Journal harian |
Apabila difikirkan semula, saya rasa ada baiknya saya ajar dia untuk guna pc, update setiap moment yang ingin dikongsi bukan hanya setakat menulis dalam journal tulisan tangan. Lagi pun di sekolah ada matapelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). Subject TMK menekankan para pelajar supaya mahir menggunakan komputer.
Begitulah kisahnya, ketika ini saya sibuk create blog untuknya yang diberi nama Redza Channelz. Bermula bulan June ini setiap moment akan ditulis dalam journal tulisan tangan kemudian akan ditaip dalam blog. Ianya seperti serampang 2 mata.. Hasil daripada menulis di blog saya dapati dia suka kerana boleh berkongsi cerita dan dapat berinteraksi dengan pembaca.
Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.. Segala pendapat dan cadangan boleh kongsi di ruangan komen.. Sekiranya ada antara pembaca yang ingin menjadi follower blog dan social media Redza Channelz amatlah dialu-alukan..
Thank you for reading!
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Regards,
Loading...
14 Comments:
uwahhhhh awal2 dah ade blog
Alhamdulillah.Bagus juga kan Kak LZ..mantapkan skill dalam penulisan inshaAllah.
Acik PC nanti singgah ke blog Redza ye.
*alamdulillah kad raya yang Kak LZ kirimkan selamat dah PC terima..terima kasih atas ingatan tulus ikhlas ya Kak LZ..terharu PC.
Alhamdulillah
Mudah2an dapat membantu peningkatan skill penulisannya.
bagus juga ye pendedahan yang sis gunakan ini..
Sha macam nak buat jugalah yang jurnal tu untuk anak dara.. maybe boleh membantu dia untuk perbaiki tatabahasa..
Blog budak-budak Ray sekadar mengasah bakat penulisannya, hehehe..
Harap-harap begitulah PC, semoga dia dapat menggunakan platform social media ini sebaiknya.. Terima kasih sudi support blog RC..
Sama-sama kasih PC, terima kasih juga sudi support akak selama ini.. ;)
Aamiin, harap begitulah hendaknya pakcik..
Boleh Sha, alhamdulillah andai cara ini dapat membantu anak-anak dalam pelajaran..
Moga terus berjaya, ada pendedahan awal nanti akan dtg mudah nak belajar sesuatu yg lebih baru.
Terima kasih atas galakan dan cikguzim..
gud luck adikkk..selamat hari raya sis..:)
Like mother like son hehehee...
Thank you JJ..
Selamat Hari Raya Aidilfitri juga sis ucapkan..
Hehehehehe tepat sekali Mrs. A.. #copypaste
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!