Konsep Hiasan Dalaman Untuk Rumah Idaman

KONSEP HIASAN DALAMAN UNTUK RUMAH IDAMAN | Bermula dari masalah mendapatkan milikan kosong hingga sekarang masih lagi entry tentang rumah baru. Saya suka mengabadikan kisah ini sebagai kenangan untuk ingatan sepanjang zaman..

Okay, bila impian jadi kenyataan dan masuk rumah baru tentu kita pun berangan-angan untuk decorate rumah tu nanti ikut citarasa sendiri.. Banyak konsep hiasan dalaman sekarang ni tapi saya pilih konsep Scandinavian atau Nordic. Konsep ini modern, ringkas, minimalis, menggunakan material kayu dan rona warna putih atau pastel sebagai hiasan dalaman. Bak kata orang 'less is more', biar nampak ringkas dan kemas..

Gambar hiasan - ruang tamu

Dalam entry ini saya focus dengan konsep Scandanavian sebab lebih kurang sama dengan Nordic. Bagi merealisasikan konsep Scandinavian, saya perlu memastikan hiasan ruang utama terhad kepada barang yang diperlukan sahaja. Tak boleh sumbat semua barang sedia ada nanti lari dari konsep dah laa bukan sejenis professional dalam hiasan dalaman.

Gambar hiasan - ruang makan 

PILIHAN PERABOT & LAMPU

Selain itu, kedudukan susunatur perabot juga penting supaya ruang tersebut nampak menarik walau hanya menggunakan sedikit perabot. Konsep Scandinavian juga menggunakan pilihan perabot kayu yang tak sarat dengan ukiran atau material kain bercorak memadai warna lembut dan plain. Mana saya cari perabot? Pilihan saya sudah tentu di Ikea..

Begitu juga dengan pencahayaan.. Penggunaan langsir juga perlu ringkas dan tidak beropol-ropol.. Pilihan lampu juga memainkan peranan penting untuk melengkapkan lagi konsep ini. Saya pilih lampu corak geometri.

Gambar hiasan - kitchen 

Walaupun konsep warna putih tetapi tak salah jika kita selitkan warna pastel lain seperti kuning, merah jambu, biru, hijau selain hitam-putih. Kelihatan lebih menarik dan ceria.



POKOK HIASAN

Saya juga akan meletakkan pokok hiasan dalam pasu yang mudah dijaga bagi melengkapkan lagi konsep Scandinavian ini selain sumber oksigen untuk seisi rumah. So far hiasan dinding masih belum fikir lagi.. Lantai pula saya biarkan mosaic warna putih manakala pemasangan wainscoting masih dalam angan-angan.. Bila sudah siap sepenuhnya saya pasti akan kongsi di sini. Kita tengok macam mana hasilnya nanti, tungguuuuuuu...

Okay, jika ada antara pembaca yang ingin berkongsi idea atau pendapat boleh tulis di ruangan komen. Maklumbalas dan komen anda amat saya hargai.

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...


Regards,


Loading...

13 Comments:

cantiknya lahaiiii tenang je

Konsep Scandinavian nampak sedap mata memandang kannn dear anies..

cantik sangat konsep ini.. Nampak tenang..

nice...ni pn tgh pening tgk mcm2 deco..umh pn tk start renovation lg

Harap pilihan LZ tepat, biar nampak ringkas, senang kemas dan sedap mata memandang..

Berdasarkan pengalaman LZ sebelum decor kena banyak buat research..
Kalau melibatkan renovation bertambah banyak kerja mama tisya, fuhhh mencabar juga..

Wahh...bestnya...dah boleh start deco rumah sendiri ni...

Biasanya bile cerita tentang dekorasi dalaman, saya sangat tertarik dengan dekorasi ruang kerja.

Yes betul tu less is more kalau banyak sangat perabot jadi serabut dan susah nak kemas.

cantiknya decoration rumah dalam gambar tu..nmpk tk semak, warna polos..

langsir kalau pelik2 design ni kita pun serabut tengok. Suka yang jenis double layer, belakang gelap, depan jenis organza

dekorasi yang tak serabut. lembut je mata memandang. rasa tenang.

Idea dekorasi dengan tema yang menarik.

Plaster Siling Selangor 

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More