Daging Pekasam Sedap

DAGING PEKASAM SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban baru sahaja berlalu, tentu ramai antara pembaca sedang 'mabuk' daging (tak kiralah beef or mutton).. Tapi saya selaku penggemar daging tegar tak pernah jemu makan daging lebih-lebih lagi menu daging boleh dipelbagaikan.. Secara coincident bolehlah dikatakan begitu, ada seorang kakak ni jual daging pekasam secara cash on delivery.. Untuk pengetahuan pembaca, seumur hidup saya tak pernah makan daging pekasam, kalau ikan pekasam tu biasalah..

Jadi saya teringin rasa, saya pun order 2 paket. Isi kandung sepaket 200gm berharga RM12.00.. 

FZ daging pekasam

Tanpa berlengah lagi, misi menggoreng daging pekasam pun bermula.. Step by step seperti berikut:

Goreng daging pekasam hingga warna kekuningan
Apabila sudah garing dan kekuningan, masukkan bawang besar (potong kasar) dan cili api mengikut citarasa masing-masing
Siap sudah daging pekasam sedap

Beginilah rupa daging pekasam sudah siap dimasak.. Saya makan dengan nasi panas dan gaji-namul (terung stim Korean style).. Alhamdulillah sedap, kena dengan tekak..

Related post : Resepi gaji-namul - Korean dish

Maka bolehlah saya repeat order daging pekasam ni untuk stok terdesak bila sudah ketandusan idea memasak kelak sementara takde stok ikan pekasam...

Sebelum saya mengakhiri entry ini, ada tak antara pembaca yang pernah makan daging pekasam ni or tak pernah rasa langsung? Bolehlah kongsi pendapat di ruangan komen.. Pada pendapat saya pula, kalau suka dengan ikan pekasam, saya rasa mungkin daging pekasam ini juga kena dengan citarasa anda.. who knows.. Belum cuba, belum tau..

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya..
Thank you for reading.. Sehingga kita berjumpa lagi di entry..
Sekian, wassalam..
Byeeee..


Regards,




Loading...

27 Comments:

Ya ampun ... sedapnya makan dengan nasi putih panas-panas ..

Wahhh saya ada geng, *wink..wink..* ;)

Biasa jumpa ikan pekasam, daging pekasam belum lagi.

Ini first time dengar daging perkasam...rasa dia masam ke?

Memang susah jumpa daging pekasam ni Pakcik WP, kebetulan ada orang jual jadi tak mau lepaskan peluang dapatlah rasa..

Rasa dia masam masin sis lebih kurang sama macam ikan pekasam tapi saya prefer ikan pekasam dari daging..

pernah juga makan daging pekasam yang housemate bawak balik rumah..digoreng macam sis buat ni..tapi ya lah, ikan pekasam jugak yang lebih sesuai pada tekak ini..hahahah

Tak berpeluang lagi nak rasa daging pekasam...ikan mmg suka, tapi x boleh selalu, berhantu makan pekasam nasi seperiuk x cukup.

wah! kena beli n makan ni. sesuatu yg unik n baru!

tk pernh mkn daging pekasam..biasa mkn ikan pekasam je

sy pun belum pernah try lagi daging pekasam.

Setuju dengan SS, sama citarasa kita.. sip sikit ;)

Rata-rata ramai tak pernah makan daging pekasam, mungkin sebab tak banyak jual..
Hahahaha betul tu, penangan makan ikan pekasam memang nasi seperiuk pun tak cukup..

tak pernah jgak lagi makan daging pekasam ni kak..nampak sedapppp

tak pernah jumpa lagi daging pekasam, cara masak pun senang je..

Liez tak pernah cuba daging pekasam lagi.. selalu makan ikan pekasam masa duduk alor setar. Ni br balik dr alor setar sempat sambar daging pekasan tapi utk mertua. nnt nak try la buat sendiri

Harus beli Abam Kie, at least pernah rasa daging pekasam, hehehe

Majoriti pembaca pun sama seperti Mama Tisya, tak ramai pernah rasa daging pekasam..

Sheila, mungkin sebab daging pekasam ni tak ramai buat dan susah dapat..

Sedap juga daging pekasam ni Cik Itah tapi pada LZ masih belum menandingi rasa ikan pekasam..

Pada akak lebih sedap ikan pekasam Cik Renex, daging pekasam mungkin sesekali boleh layan..

Alhamdulillah Rabiah, sedap kena dengan tekak sis..

Cara masak sama macam kita sediakan ikan pekasam TS tapi daging pekasam ni tak banyak jual..

Alahai Mrs. Liez sedapkan ikan pekasam, terliur..
Mungkin daging pekasam popular di utara..

pernah makan, tpi bila dapat daging yang liat dan terlebih masin....putus selera...

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More