Kitchen Cabinet Murah dan Mampu Milik

KITCHEN CABINET MURAH DAN MAMPU MILIK | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah sudah sampai hujung minggu.. Ini bermakna masa untuk MeTime! Actually not really #MeTime  sebab kena mendobi, kemas rumah, masak etc tapi bestlah sebab kita tentukan apa yang kita nak buat, bila penat boleh rehat, melunjur kaki sambil tengok tv and holding a mug of coffee is heaven.. 

Okay, entry kali ni nak share cerita dari misi mencari kitchen cabinet hingga siap pasang semua.. Dari awal bila dapat kunci rumah terus survey kitchen cabinet berdasarkan budget saya iaitu bawah RM10,000.00. Kalau ikut nafsu mahu saya order kitchen cabinet lebih dari RM20,000.00 macam gambar bawah ni.. malangnya budget yang ada tak cukup, kena bahagi untuk barang keperluan lain.. Pada saya kalau kitchen cabinet wow sekadar perhiasan tapi tak selalu masak tak guna juga kann, huhuhuhu (merujuk kepada saya bukan saya kata orang lain)..

Sample Kitchen Cabinet

Jadi untuk mengelakkan saya terkebil-kebil sebab over budget saya mesti stick pada budget yang sudah diperuntukkan asalkan kitchen cabinet tu nanti daripada material tahan lama, cantik, practical dan sesuai dengan ruang dapur rumah saya.. Paling kurang simple begini..

Dream kitchen cabinet

Sebenarnya basic kitchen cabinet dari material tahan lasak sudah memadai yang penting susunatur dan penjagaan kitchen cabinet tu nanti.. Contoh seperti ini, teratur, simple dan kemas :

Simple kitchen cabinet

Maka bermulalah misi mencari kitchen cabinet dari sebuah kedai ke sebuah kedai di sekitar Seremban.. Tak silap saya anggaran kedai saya survey lebih kurang 7 buah kedai.. Dapat sebuah kedai ni memang design cantik, modern, ikut budget dan memenuhi citarasa serta ciri-ciri idaman saya, malangnya bila kita dah submit layout plan boleh pula dia acuh tak acuh. Mesej langsung tak balas. Bila saya follow-up melalui phone call jawapannya : "Sorry laa we all banyak order so kena tunggu lama sikit lor.." Masalahnya kenapa masa jumpa dan tetapkan design kau kata sanggup buat, 2 minggu boleh siap. Sekarang kata lambat pula dan tak beritahu awal-awal?  Mana janji manismu itu???? huhuhuhu

Kedai tadi kata begitu, dapat pula satu kedai ni okay.. Diaorang attend customer memang tip-top. Masalahnya asyik recommend material yang paling mahal alasannya material berkualiti. Bila tanya macam mana rupa kitchen cabinet below RM10,000.00 dia tunjuk saya design nampak macam RM2,000.00, aduhai ianya satu penghinaan kepada budget ku okay! Harga minimum yang ditawarkan untuk design terkini RM20,000.00.. Bila mahu ukur? Oh, sorry exceed my budget, cancel!
Balance 5 buah kedai lagi design tak cantik dan old fashion..

Boleh kata 2 minggu survey kitchen cabinet, perkataan yang berlegar-legar dalam otak ni asyik 3D, 4D, 5D, material aluminum, table top acrylic, quartz, laminate, granite, solid wood, waterproof, tahan lama dan tak diserang anai-anai etc.. Oh pening kepalaku, rasa nak muntah I tell you...

Bila sampai satu tahap saya mula FED-UP saya pun ambil keputusan beli sahaja kitchen cabinet dari IKEA, senang cerita.. Paling best keputusan kita tak dipengaruhi sesiapa! Kalau tak semak kepala otak! Masing-masing offer nak untung memanjang, tak sincere langsung. Tak tahu pula macam tu gaya bila tempah kitchen cabinet, memang bukan jenis saya laaa berurusan dengan perkara remeh-temeh begitu.

Pencarian diteruskan ke IKEA Damansara.. Saya suka koleksi IKEA METOD Kitchen Cabinets - customise it to suit your style.. Pilih dan match ikut kesesuaian ruang dan harga pun jelas ditunjukkan..  Pilihan saya jenis KNOXHULT high-gloss blue-turquoise bergabung dengan high cabinet untuk built-in oven..

Tunggu beberapa hari, lori IKEA hantar ke rumah membawa kitchen cabinet dan segala pesanan barang-barang kelengkapan rumah..

IKEA delivery

Bila barang sampai husband terus pasang tapi setakat pasang sahaja tak dapat gantung sebab takut senget dan tak cukup tools..

IKEA KNOXHULT Kitchen Cabinets

Maka terbiarlah cabinet ini beberapa minggu sementara saya mencari seseorang yang mahir memasang kitchen cabinet IKEA. Alhamdulillah, saya dapat crew yang memang expert dengan pemasangan barang-barang IKEA so I don't have to worry.. Al-maklum barang IKEA ni fragile dan mudah rosak kalau salah pasang.. You have to handle with care..

Base cabinets frame

Crew datang terus berdesap-desup pasang kitchen cabinet ni.. Tricky part bab tebuk table top untuk sinki dan hob.. 

Tebuk table top untuk install sinki dan hob

Ditambah pula kitchen cabinet ni nanti perlu pasang dishwasher.. Kena fikir mana nak pasang salur discharge water dan piping tu semua.. Tuan rumah dah penat fikir pasal kitchen cabinet ni jadi saya serahkan kepada yang pakar..

Pasang dishwasher dan IKEA kitchen cabinets

Alhamdulillah syukur, proses pemasangan berjalan lancar.. Pemilihan kitchen cabinet ikut citarasa saya sesuai dengan ruang dapur rumah dan boleh mix and match padahal kira agak-agak.. 

Inilah hasil kejadian..

IKEA KNOXHULT kitchen cabinets

Kitchen cabinet basic dan simple sebagai permulaan.. Pada pendapat saya memang mudah pilih kombinasi ready-made macam ni di IKEA ikut kesesuaian ruang dan keperluan kita.. Kelebihan IKEA kitchen cabinets ini diperbuat dari melamine anti-calar dan easy to clean selain kaki cabinet boleh laras untuk disesuaikan dengan lantai yang tak rata. Wall cabinet saya akan tambah pada masa akan datang supaya selari dan tiada ruang kosong.. Selesai sudah masalah..  Yeayyy boleh start masak dan baking.. 

Begitulah cerita macam mana susah cari kitchen cabinet.. Jangan sangka takde kitchen cabinet bawah RM10,000.00 even bawah RM5,000.00 pun ada okey tapi hanya di IKEA.. Boleh kata saya ni memang IKEA Lover sebab kebanyakkan barang perhiasan rumah di IKEA suit dengan citarasa saya..


Related post : Home deco inspiration

Okay sebelum mengakhiri entry ini, para pembaca boleh kongsi pendapat dan pengalaman sendiri mencari kelengkapan rumah.. Ada tak pembaca wanita/perempuan tak suka kitchen cabinet? Saya rasa majoriti wanita / perempuan mesti suka bila rumah sendiri ada proper kitchen cabinet kannn regardless pandai masak atau sebaliknya.. Al-maklum the kitchen is the heart of every home..  Mungkin disebabkan kemampuan membataskan kita untuk memiliki kitchen cabinet dan cukuplah guna mana yang ada..

Sketsa : 

Isteri : "Abang kat mana?"
Suami : "Abang kat IKEA tengok BETINA"..

Click here -> Kisah seterusnya

Setakat ini sahaja, thank you for reading..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeeee...


Regards,


Loading...

18 Comments:

Nampak simple tp menarik. Eh terberkenan pulak.

Walaupun simple tapi cantik sangat dan sesuai dengan budget.. Bila tempah ini memang sakit jiwa.. Tambah kalau kedai tak nak ikut budget kita.. Sebok nak suruh amik yang mahal dan layan acuh tak acuh je.. IKEA memang best..

Simple dan practical tu yang penting Cik Ila.. Kalau terberkenan apa lagi cepat ke Ikea 😉..

Itulah yang LZ hadapi Sha.. Bila kita x expert dalam hal kitchen cabinet pandai diaorg ‘goreng’ kita dah laa tak kena dengan citarasa.. Mujur ada pilihan lain..

Simple tapi cantik. Saya suka design yang modern, insyaAllah satu hari nant nak buat juga kitchen kabinet

Wow..cantiknya LZ... Saya ni baru sekali je pergi IKEA. Byk yg menawan hati...tapi tunggulah dapat kunci rumah baru ...nnt fikir lagi

Terima kasih.. In Shaa Allah satu hari nanti akan tertunai juga hajat Raihanah..

cantik combination green and white ni. nice choic3 LZ

Bila dapat kunci rumah baru nanti bolehlah survey barang IKEA pula Mama Yan..
Semoga urusan Mama Yan dipermudahkan..

Cantik tu kitchen cabinet dalam post ini. Boleh post lagi banyak tak?

Ada no hp Kontraktor yang pasang kabinet ikea tu

Maaf, kontraktor yang pasang kabinet Ikea tu merangkap personal shopper Ikea juga tapi mereka dah tak buat business ni lagi. Kalau ada sudah pasti saya akan share contact number mereka.

Harap Maaf.

Great Post! You've provided some great information and ideas to your readers. Please keep sharing.

Please visit Kitchen Remodel Stockton

Tahan tak table top tu lepas kena air ?

Frankly speaking, kena selalu lap dan jangan biarkan basah dalam tempoh masa lama..
Tak sesuai untuk heavy-duty..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More