AKTIVITI BERKEBUN PADA CUTI HUJUNG MINGGU | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Buat apa tu? Tentu busy dengan persiapan esok hari, al-maklum anak-anak akan mula bersekolah selepas seminggu bercuti manakala kita yang bekerja mahu pun surirumah atau pelajar akan mula menjalani rutin harian seperti biasa..
Enjoy the little things |
Al-kisah Sabtu lalu hujan turun pada sebelah pagi.. Pada ketika itu juga saya sedang membersihkan halaman rumah (itu pun nak cerita kaaa..)..
Maaf tunjuk penyapu supaya nampak real, opsss melampau! |
Selain menyapu, pagi itu sebenarnya saya plan untuk meninjau pokok-pokok yang saya tanam di halaman rumah. Saya juga bercadang tukar pasu bunga orkid memandangkan pokok orkid itu hanya sekali berbunga, mungkin merajuk kot.. Memang padanlah pokok orkid merajuk sebab saya tak pernah tumpukan perhatian pada pokok orkid.. Kesian, dibiarkan bagai hidup segan mati tak mahu..
Selesai saja pokok orkid saya pindah ke pasu baru, hujan terus turun dengan lebat so tak dapat ambil gambar sebab pokok orkid telahku letak di hujung sebelah pagar.. Lain kali saya post perkembangan abandon orkid tersebut di post akan datang..
Kata orang dah alang-alang, saya terus belek setiap tanaman di halaman rumah dari satu pasu ke satu pasu.. Dalam cuaca hujan sejuk pun berpeluh juga dibuatnya..
Pokok strawberry, pokok daun cekur, pokok pelam hybrid, anak pokok lemon, pokok daun pandan |
Pokok daun sup dan pokok daun kesum |
Pokok limau purut dan rosemary |
Sebelum ini cuaca sangat panas jadi semua pokok kering walaupun saya siram pagi dan petang.. Antara pokok yang terjejas teruk ialah pokok daun kesum dan daun sup.
Ini pula saya sedang tanam semula pokok bunga kertas menggunakan keratan batang pokok bunga kertas yang sudah tua.. Alhamdulillah, keratan batang pokok kertas mulai berdaun.. Selepas ini saya bercadang untuk kumpul spesis bunga kertas yang akan ditanam dalam pasu memandangkan penjagaan pokok bunga kertas sangat mudah..
Di sebelah pasu pokok bunga kertas adalah anak pokok lemon.. Sebelum ini daun anak pokok lemon diserang ulat tetapi saya berjaya mengatasi masalah serangan ulat dengan racun organik. Lihatlah daun pokok lemon juga mula mengeluarkan daun baru..
Anak pokok bunga kertas dan pokok lemon |
Pokok bunga kertas |
Inilah induk pokok bunga kertas yang saya pangkas setiap dahannya untuk tanam semula.. Tak sangka ia mula mengeluarkan daun baru. Kalau lihat pada keadaan fizikal batang pokok bunga kertas ini memang saya jangka ianya tak akan hidup lama kerana sudah mulai reput setanding dengan usianya yang sudah lebih dari 10 tahun. Bila saya gembur tanahnya dan tambah tanah baru ia mulai subur semula dan mengeluarkan bunga..
Saya sayang pokok bunga kertas ini, ianya pokok bunga kertas satu pokok ada 2 warna iaitu oren dan peach..
Bunga kertas atau bougainvillea |
Berikut pula spider plant.. Spider plant ini mula membiak mengeluarkan anak pokok dan bunga.. Ini merupakan anak dari pokok induk yang saya beli di Cameron Highlands. Ia sudah mulai membiak dan dah banyak saya tanam dalam pasu sebagai pokok hiasan dalam rumah.
Related post : Inspirasi pokok hiasan dalam rumah
Spider plant |
Ini pula updates tentang pokok bunga ros yang baru saya cantas.. Masih belum berbunga tetapi sudah mula mengeluarkan daun baru dan rose buds..
Pokok bunga ros, cactus, anak pokok daun pandan, pokok orkid dan epipremnum aureum |
Begitulah perkongsian cerita saya tentang hobi gardening during weekend. Jika pembaca lihat, kebanyakkan pokok saya tanam untuk digunakan dalam masakan. So lepas ni tak perlulah beli daun kesum, daun kari, daun pandan atau daun sup. Kalau teragak nak grill ayam ala Kenny Rogers pun boleh petik daun rosemary di halaman rumah..
Okay, sebelum berakhir ada tak antara pembaca suka menanam pokok untuk mengisi masa lapang? Kalau ada sudilah kongsi cerita di ruangan komen.. Kepada pembaca lain juga saya mengalu-alukan komen anda..
Thank you for reading.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byee...
Sekian, wasalam..
Byee...
Regards,
Loading...
18 Comments:
wah.. bestnya.. ada pokok strawberry.. Sha nie tak tahulah bila nak rajim kembali menanam..
Pokok strawberry ni dah beberapa kali juga LZ merasa hasilnya Sha, alhamdulillah manis..
It's okay Sha kena ada mood menanam ni.. Slow and steady mungkin satu hari nanti..
Walaupun sikit-sikit.. Mudah juga nak guna untuk masakkan kan Kak.
wahh...seronoknya bercucuk tanam...ni pokok yang ada pun dah kering kontang...tak dan siram
Exactly PC, sangat membantu ketika diperlukan..
Sementara boleh diselamatkan pokok tu, Mama Yan kena siram cepat2..
Bila nampak pokok subur menghijau tentu rasa seronok..
Cantik pokok
geram nengok semua pokok2 akak tu, subur betul, lagi2 pokok cekur tuh... dana tanam pandan pun mcm iduk tak idup je
Wow hebatnya, siap ada pokok strawberry tu. Dengan penjagaan tapi insha Allah boleh mendatangkan hasil insha Allah.
PH pernah tanam pokok orkid, tak reti jaga mati terus :(
Allah.. daun kesum tu ai baca daun ketum perginya..
Bila tengok pokok yang ditanam hidup tentulah suka LZ.
Kalau Mrs. A tanam-tanam tak hidup kalau hidup pun sekejap je hahahaaa... orang kata tangan panas.
Alhamdulillah Rabiah, harap pokok-pokok tu semua sihat dan membesar dengan jayanya..
Alhamdulillah harap terus bertahan..
Mungkin Dana kena gembur tanah pokok daun pandan tu dan siram air secara consistent pagi petang..
Don't give up Dana, you can do it..
Alhamdulillah pokok strawberry pun hidup dengan jayanya PH..
Pokok orkid manja PH, kena belai sentiasa kadang-kadang leceh juga penjagaannya..
Hahahaha jangan silap baca Aisya lain khasiatnya...
Hahahaha teringat pokok-pokok Mrs. A dulu..
Mrs. A kena 'bercakap' dengan pokok-pokok tu, puji-puji sikit hehehe
saya lagi suka tanam pokok bunga, pokok sayur yg ada kucai dgn kesum je yg lain tak menjadi lagi..hehe
Sekarang LZ suka tanam pokok bunga kertas selain tanaman untuk masakan..
Ada juga tanaman LZ yang tak menjadi..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!