KISAH PALING SERAM DALAM HIDUP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers. Pagi ini terpanggil untuk berkongsi kisah seram yang baru sahaja berlaku hari Jumaat (20.12.2019) lalu dan pengalaman seram yang pernah dilalui. Sebelum ni saya pernah mengalami beberapa kisah seram tetapi masih rasa tak pasti dan gangguan pun tak terlalu extreme..
Ianya berlaku di pejabat tapi bukan niat saya mengaibkan pejabat sendiri. Anda sedia maklum, makhluk-makhluk halus ini berada di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja boleh 'mengganggu' sesiapa.
Untuk pengetahuan pembaca, pejabat saya ni boleh dikatakan premis baru. Menurut cerita yang pernah saya dengar, masa mula-mula pindah pernah ada gangguan dan histeria. Pernah juga panggil ustaz untuk buat bacaan yassin dan tabur garam di sekitar bilik dan tempat ceruk di tempat-tempat yang terlibat. So sejak itu takde gangguan extreme cuma masih ada lagi gangguan minor extreme. Contoh : kakitangan pejabat dengar budak kecil berlari, suara budak gelak etc.
Pengalaman saya sendiri :
Seram |
Untuk pengetahuan pembaca, pejabat saya ni boleh dikatakan premis baru. Menurut cerita yang pernah saya dengar, masa mula-mula pindah pernah ada gangguan dan histeria. Pernah juga panggil ustaz untuk buat bacaan yassin dan tabur garam di sekitar bilik dan tempat ceruk di tempat-tempat yang terlibat. So sejak itu takde gangguan extreme cuma masih ada lagi gangguan minor extreme. Contoh : kakitangan pejabat dengar budak kecil berlari, suara budak gelak etc.
Pengalaman saya sendiri :
GANGGUAN PERTAMA
Saya pernah masuk office untuk menyiapkan kerja-kerja di hujung minggu. Pada hari itu saya bawa anak saya Arief yang ketika itu berumur 3 tahun. Workstation saya terletak ceruk sedikit dari tempat umum dan agak privacy. Saya letak dia duduk di workstation sebelah yang kosong sementara saya menyiapkan kerja di workstation bersebelahannya.
Semasa saya sedang ralit menyiapkan kerja, saya perasan Arief senyum-senyum sendiri sambil memandang ke workstation di belakang (ada dinding separuh). Saya biarkan sahaja, setakat senyum mungkin dia pun bermain dengan perasaan sendiri sampai satu ketika dia seperti bermain hide and seek. Badan dia terselindung sementara kepala melepasi dinding workstation di belakang. Lepas tu dia gelak seperti gelihati..
Saya tanya dia : "Arief main dengan siapa?" Dia jawab : "Main dengan Mak Andak." Mak Andak adalah panggilan kepada adik husband saya. Saya tanya semula : "Mak Andak? Mana ada Mak Andak?" Dia kata : "Adalah, itu Mak Andak." Jari telunjuknya menghala ke arah depan..
Bila sahaja dia jawab begitu, saya cepat-cepat shut down PC terus ambil beg dan balik. Tak lama selepas itu dengar azan Zohor berkumandang.
GANGGUAN KEDUA
Hari kejadian saya tiba di pejabat pukul 7.15 pagi. Waktu staff start ramai masuk office biasanya pukul 7.45 pagi. Saya sampai awal hari itu dan takde siapa lagi ketika itu. Saya letak bag di locker bahagian atas workstation sambil berdiri.
Tiba-tiba saya dengar suara dari belakang : "Pssttt.. pssttt.." Suara itu dekat jarak lebih kurang 3 meter.. Saya toleh belakang, takde orang, so saya buat macam takde apa-apa sambil sambung urusan letak beg tadi.
Tak sampai 5 minit saya dengar lagi : "Pssttt.. pssttt.." Kali ni bunyi tu dekat dengan saya..
Dalam masa yang sama meremang bulu roma. Apa lagi saya terus capai wallet handphone lari ke lobby.. Perasaan takut tiba-tiba datang.. Rasa di awang-awangan, lemah lutut..
GANGGUAN KETIGA
Bila berlaku gangguan kali ini sangat extreme, saya terpanggil nak share cerita ni sebab pengalaman real seram betul-betul depan mata..
Lunch hour setiap Jumaat pada 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang. Jumaat lepas saya takde plan ke mana-mana so saya tapau nasi dari restoran belakang office sahaja. Dalam pukul 12.50 tengah hari saya masuk office semula. Untuk pengetahuan, office akan padam lampu during lunch hour (untuk penjimatan tenaga) tapi ada emergency lights dan nampak terang suram ditambah cahaya matahari dari luar cermin kaca.
Saya lalu workstation ni, dari sekilas pandangan tepi saya nampak belakang badan perempuan baju kurung sedang berdiri. Saya ingat adik yang biasa duduk tempat tu (nampak samar seperti asap halus).. Saya berhenti melangkah (sebab nak tegur adik tu). Bila saya toleh dengan pandangan sepasang mata, korang tahu saya nampak apa?
Seperti ini |
Saya nampak perempuan rambut panjang (tutup muka) berdiri tunduk pandang bawah, baju putih lusuh seakan gambar di atas. Bezanya baju makhluk tu panjang tak berjahit dan tak nampak lengan. Saya terkejut sempat kata "aishhhh" sambil mengelak. Saya jalan semula sambil toleh lagi.. Masa tu dah takde.. Makhluk tu sudah hilang daaa..
So saya menuju ke workstation dan buat tak kisah tapi perasaan masih tak percaya dengan apa yang baru saya nampak sebantar tadi. Saya terus makan.. Masa saya makan lunch di workstation, kepala otak tertanya-tanya dari mana 'dia' muncul.. Tetiba ada bunyi telefon berdering (slow bunyi deringan telefon tu).. Saya ingat deringan telefon dari workstation sebelah atau belakang dinding sebab bunyi tak jelas sangat.. Tapi bila saya toleh meja kosong sebelah, rupanya phone atas meja tu yang berdering. Untuk pengetahuan meja kosong tu tempat Arief duduk semasa teman saya buat kerja bila berlaku gangguan pertama.
Saya gegas bangun nak angkat phone tu.. Saya nampak dari screen telephone nama officemate dept lain (jarak beberapa workstation). Dalam hati saya berkata, mustahil officemate tadi call sebab dia jarang berurusan dengan ex-officemate yang duduk di meja kosong ni apatah lagi dalam waktu lunch hour.. Saya letak phone terus berlari tempat officemate yang call tadi untuk pastikan sama ada sesiapa di situ. Ternyata takde orang di tempatnya. Lagi satu mustahil officemate tu call sedangkan dia tahu workstation kosong dan tiada siapa di situ.
Lepas lunch hour, saya cerita hal ni kepada officemate bersebelahan. Saya tunjuk bukti dari nombor extension panggilan masuk di phone tersebut. Sah ada nombor extension tetapi tiada nama sedangkan call masuk tadi tertera nama si pemanggil. Bila check telefon 'si pemanggil' tiada rekod call keluar ke extension meja kosong tersebut. Pelik tapi benar, menggeletar lutut saya.. Aduhai, memang real pengalaman seram kali ini dan ianya merupakan paling seram seumur hidup saya..
Semalam, saya demam tanpa sebab. Rasa tak sedap badan walaupun saya tak rasa takut yang amat sangat. Tak pasti sama ada berikutan gangguan kelamarin atau sebaliknya.
Lepas lunch hour, saya cerita hal ni kepada officemate bersebelahan. Saya tunjuk bukti dari nombor extension panggilan masuk di phone tersebut. Sah ada nombor extension tetapi tiada nama sedangkan call masuk tadi tertera nama si pemanggil. Bila check telefon 'si pemanggil' tiada rekod call keluar ke extension meja kosong tersebut. Pelik tapi benar, menggeletar lutut saya.. Aduhai, memang real pengalaman seram kali ini dan ianya merupakan paling seram seumur hidup saya..
Semalam, saya demam tanpa sebab. Rasa tak sedap badan walaupun saya tak rasa takut yang amat sangat. Tak pasti sama ada berikutan gangguan kelamarin atau sebaliknya.
Okay sekian sahaja perkongsian saya. Jika keadaan itu berlaku pada anda, apa yang anda buat? Kalau sesiapa ada pengalaman seram boleh kongsi di ruangan komen di bawah.
15 Comments:
Alahai.. lemah lutut saya membaca. Kat tempat kerja saya pun ada juga ganguan. Cuma belum pernah lagi ada yang nampak jelas macam tu.
Huh mencabarbya siap tunjuk rupa lagi kak... dana biasa jugak kene usik sikit2 kat opsi tapi takde penampakan... huhuhu
mak aih!!!!! giler r seram dia. waktu pagi dan tengahari pulak tu dia muncul. kalau siang pun dah seram....malam tak tau la nak kata apaaaaa. makkkkkk lari!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
get well soon kak! ^_^
alamakkk.... dia tunjuk diri dia kee... seram betul... saya kt opis skrg xgelak kuat dah... ade sekali tergelak kuat... 'dia'berdehem kuat seakan menegur....kalu sy bingung dh fikirkan mcm mana panggilan tu dibuat .
Astaghfirullahhaladzim....seramnya pengalaman kak LZ, cheq cadangkan kak pasanglah ayat Qursi beberapa kali sehari kat meja kak tu, play dari smartphone pun ok dah 😅
Gagahkan diri baca sampai habis..hihi..kadang saya pun alami 1hal kat office saya..Time orang ramai takde pulak printer n fax nak homing ..time kita tinggal sorang. ..tiap 10minit homing ..kadang macam nak power off ja..tapi memandang..dtg sifat berani diri..wat bodo je..baca kursi dlm hati..
setakat ni kat tempat keja alhamdulillah belum ada sebarang usikan la. harapnya takkan ada la. aamiin :D
Seram sejuk PH baca huhu...
Apapun moga sentiasa dilindungi-Nya
seram sungguh nih.. siang2 hari pon nk kaco
Ingatkan tak tunjuk diri, sekali dia come on full display pehh
Saya pun ada banyak pengalaman yang seram especially masa first time balik kampung abang ipar. Tapi kalau nak cerita memang panjang tapi memang seram, bukan satu bukan dua tapi sekampuang dia bawak and semua nampak.
Kalau saya mahu taubat nak keje situ lagi tapi nak buat macamana kan. Kena banyakkan doa atau buka surah2 masa masuk office kalau tak ramai orang.
seram tu...so far x pernah kena mcm ni & minta dijauhkan sbb sedia ada penakut.
...scary...
Banyak juga pengalaman saya begini. Tempat kerja selalunya. Seram bila mengenangkan. Berdiri bulu roma.
Tegak bulu roma Sha lepas baca pengalaman LZ ini.. seram.. Kat tempat Sha nie pun ada juga.. huhuhu..
Alamakk..takutnya naknbaca memalam ni huhuu
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!