Ikan Masak Tauchu Simple dan Sedap

IKAN MASAK TAUCHU SIMPLE DAN SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua  pembaca blog ini. Arahan stay at home berkuatkuasa sudah masuk hari ke-3. Jadi dalam tempoh ini mental kena ready dengan senarai resepi ringkas untuk  kegunaan harian.

Saya ada terbaca dari pengalaman pesakit Covid-19 yang sudah pulih bahawa antara makanan yang baik untuk mencegah jangkitan penyakit tersebut ialah ada kandungan cuka, halia dan asam jawa. Jadi semalam timbul idea masak ikan goreng tauchu tambah asam jawa. Alang-alang masak jadi saya kongsi resepi dan cara saya masak ikan goreng tauchu walaupun resepi ini mungkin resepi 'pejam mata' bagi sesetengah pembaca yang memang expert memasak.

Ikan masak tauchu simple dan sedap

BAHAN-BAHAN 

6 ekor ikan kembung saiz sederhana
2 sudu besar tauchu
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
2 biji cili padi - belah 2
1 biji cili merah besar - hiris
1 sudu kecil pes asam jawa Adabi
1 cawan air masak
Garam dan gula secukup rasa

Tumis bahan hirisan

CARA-CARA
1. Lumur ikan bersama garam dan kunyit, goreng dan tos
2. Tumis bahan-bahan hiris hingga layu dan naik bau wangi 
3. Masukkan cili besar dan cili padi, kacau seketika
4. Masukkan tauchu, kacau sebentar 
5. Seterusnya masukkan air masak dan pes asam jawa
6. Tunggu hingga mendidih, kemudian masukkan garam dan gula
7. Rasa ikut kesesuaian dan masukkan ikan goreng
8. Pastikan ikan bercampur dengan bahan-bahan tumis dan menyerap kuah
9. Tambah air jika kurang. 

Siap! Simple dan sedap dimakan dengan nasi panas.
Mungkin resepi ini menjadi ilham kepada pembaca yang sudah ketandusan idea sepanjang tempoh berada di rumah. Selamat mencuba!


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...

Regards,


Loading...

20 Comments:

Sedap ni. Ikan ada. Taucu pulak dah habis.

Yummy.
Patutlah td anak dara ai sibuk suruh beli cuka.. tapi nak buat salad.

Baru je makan lauk ni. Hehe tapi tak masukkan cuka.

Nampak sedap tu.
Ermmm... dah lama tak makan masak tauchu.
Good idea ni LZ hehehee...

Nampak menyelerakan, tapi biasanya masakan nie suami saya yang masak, hihihi.. Sebabnya masakan taucu dia lebih sedap dari isterinya...

memang sedap sesekali makan menu macam ni kan :)

Sedapnya. Dah lama tak makan ikan. Lauk simple macam ni je pun dah cukup buat menambah nasi.

sedap !! salah satu hidangan fevret.
kuah dia masin2 sikit pun suka naau nak hirup =D

Wahh sedap ni. Dah lama tak makan

Hehehehe PC kena top up stock taucu nampaknya nanti 😁

Anak dara Kak Hjh Western taste 😊

Cuka mungkin optional saja NA 😊

Tak dinafikan sedap lauk ni Mrs. A.
Apa lagi sahur nanti boleh masak ikan goreng tauchu pasti mables 😁

Untung sangat Shikin, En. Suami lebih terror masak 😊..

Betul tu Kak Ana, LZ suka masak simple kena dengan taste sendiri 😊

Betul sangat Nurul. Lauk simple dengan nasi panas pun dah cukup.
Tambah pula kita dah pening asyik fikir menu apa time pkp ni 🤔

Wah taste kita sama laa SYM.
Makan dengan nasi panas, tak cukup pedas tenyeh cili api sikit, hehehe 😁

Boleh jadi idea CikTie bila tak tahu menu apa nak masak nanti 😊

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More