Banyak perkara dalam hidup ini boleh membuatkan kita gembira.. Bagi saya salah satu darinya apabila melihat pokok bunga yang saya tanam mulai berbunga.. Sejak kebelakangan ini cuaca best, tak panas terik dan sesekali mendung disertai dengan hujan.. Pokok-pokok hiasan di halaman rumah juga tumbuh dengan segar dan sedang berbunga dengan jayanya.. Inilah masa yang sering ditunggu-tunggu oleh pencinta bunga seperti saya lebih-lebih lagi hasil titik-peluh sendiri. Perasaan gembira itu tak dapat digambarkan..
Quote |
Ketika inilah rasa berbaloi dengan setiap masa yang pernah diluangkan bersama tanaman dan pokok hiasan. Apa yang membuatkan saya sangat gembira bila pokok bunga raya telah berbunga.. Frankly speaking, lama sebenarnya saya tak tengok bunga raya secara dekat.
Kebanyakkan pokok bunga raya ditanam di tempat awam seperti di sekolah, kawasan luas di padang awam, landscape dan sebagainya itu pun jenis tak berbunga. Saya susah jumpa pokok bunga raya sekitar kawasan tempat tinggal saya.
Bunga raya or hibiscus |
Jadi saya pun beli pokok bunga raya ini.. Pada awalnya, pokok tersebut saya jadikan pagar di tepi bahagian porch rumah untuk cover sikit dari pandangan jiran. Tak sangka semalam, bunga raya tersebut mengeluarkan bunga.
Putik bunga raya |
Setakat ini baru sekuntum bunga sedang mekar berbunga.. In shaa Allah, ada beberapa putik sedang menunggu untuk berkembang.
Bunga raya warna merah |
Cantik sungguh setiap kelopak bunga raya ini.. Warna merah menyala dengan corak daun yang unik.. Alang-alang cerita tentang bunga, saya kongsi di sini antara pokok-pokok bunga di halaman rumah saya yang sedang berkembang..
Pokok orked, bunga ati-ati dan pokok bunga gantung |
Pokok philodendron birkin, rosemary, pokok melati putih dan pokok Mona Lavender |
Pokok Polyscias Japanese Ming Aralia, cili Jalapeno, jasmine dan Air Plant |
Bunga kertas / bougainvillea |
“My love is like a rose divided into two, the leaves I give to others, but the rose I give to you.” ― Author Unknown |
Happiness is seeing my plant in bloom..
Okay setakat ini sahaja perkongsian saya.. Cerita tentang bunga-bunga yang sedang berkembang di mini garden saya.. Siapa antara pembaca ada hobi tanam-menanam seperti saya? Jom share cerita dan kongsi pendapat anda di ruang komen di bawah..
Thank you for reading..
Byee..
18 Comments:
subhanallah..cantik sgt kak. ayu pun seronok sgt bila tgk bunga2 berputik,bila kembang..lebih lagi la...
puas hati
wahhhh cantik semuanya kak, banyak betul bunga kertas akak... dana tanam bunga kertas payah bebeno nak berbunga asik berdaun je lebat
Cantik2 bunga nye..
Seronok bila tengok semua tanaman menjadi
Ya memang jarang orang hendak tanam pokok bunga raya di rumah. Selalu mereka pilih tanam bunga kertas, bunga ros atau orkid.
Subhanallah! Cantiknya berkembang mekar bunga-bunga tu. Boleh jadi terapi untuk minda dan diri ni :)
seronoknya kak bila semuanya subur dan berbunga :)
samalah kak ana pun LZ pepagi je jenguk pokok bunga mana yang berkembangan cepat2 snap simpan buat tatapan hehe :)
melihat bunga yg sdg kembang ni merupakan terapi minda kan? zaman budak2 dulu d kg byk pokok bunga yg ditanam org. cuma skrg penduduk dah x de masa nak menanam bagai. so sad...
pokok bunga kertas tu kan, ada mcm2 color,teringin nak tanam dia sajaa. tapi pelbagai color, mesti cantik
Terapi.Selesa mata memandang,tenang hati dan fikiran juga.
seronoknya semua bunga kembang segar!
waa..bestnya dapat bunga kembang segar macam ni.. :-)
Cantiknya bunga kembang mekar. Hati pun berbunga bunga juga. Geramnya tengok spanish moss akak tu. rimbun betul!
rumah saya xde bunga...huhuhu
Segar bugar bunga bunga di atas kak. hihi. Selain tanam bunga, secara tak langsung kita juga boleh menambah oksigen di udara. Nice hobi kak. :D
belum terbit lagi rasa minat dengan bunga..ntahlah bila
cantik pokok2 tu..terutamanya pokok bunga yang gantung tu..
hi..jemput ke segmen saya ye..
https://madamcaramel.blogspot.com/2020/10/segmen-subscribe-youtuber-follow.html
Mekaran Bunga di kebun sentiasa membuat hati gembira.
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!