JOM LEPAK DI RESTORAN LEH PAK, SEREMBAN | Malam minggu lalu saya sekeluarga mengambil angin malam dengan meronda sekitar Seremban. Misi mencari tempat makan baharu memandangkan kami sudah bosan makan di area Bandar Sri Sendayan dan Seremban 2.. Al-maklum tempat makan biasa bila kerap sangat makan tempat yang sama berulang kali akan rasa bosan. Dari situ timbul idea jalan-jalan cari makan.
Restoran Leh Pak Seremban |
My colleague has recommended this restaurant bernama Leh Pak yang terletak di Jalan Yam Tuan, Seremban. Mendengar dari nama dan ejaan saya menyangka kedai ini Chinese Restaurant, mungkin dari perkataan 'lepak' menjadi 'Leh Pak' supaya lebih santai dan berciri hipster. Apa yang penting ianya restoran halal.
Hiasan dalaman di Restoran Leh Pak Seremban |
Dari luaran restoran ini agak cozy, keadaan bangunan mempunyai ciri-ciri sejarah.. Saya sekeluarga masuk ke restoran ini sekitar pukul 8.00 malam.. Agak ramai pengunjung ketika itu tetapi masih ada beberapa meja kosong.
Tak sampai 10 minit kami duduk di meja, waitress datang menghulurkan buku menu.. Saya belek-membelek buku menu untuk menghayati makanan yang ditawarkan di restoran ini.
Menu di Restoran Leh Pak |
Menu terbahagi kepada beberapa kategori seperti Asian, Western, Snacks dan beberapa jenis lain selain minuman.
Asian Goreng-Goreng |
Snacks for orang diet |
Western Hidangan Utama |
Menu dari kategori snacks pilihan my husband, kata dia mahu diet. My husband ordered kaya + peanut toast while my son ordered Nutella honey toast..
Kaya + peanut toast |
Tak sanggup tengok kemanisan Nutella chocolate toast pilihan my son ni, terasa manis level potong kaki..
Nutella honey chocolate toast |
Pilihan hati saya pula sudah tentu Chinese food iaitu Cantonese yee mee.. Tak lama selepas pesanan diambil, makanan saya pun tiba, waktu menunggu tak sampai 30 minit..
Cantonese yee mee |
Apa yang mengejutkan portion makanan saya sangatlah besar, sebesar kuali saiz kecil. Manalah mampu saya habiskan seorang..
Cantonese yee mee |
Saya minta 2 buah mangkuk kecil untuk saya bahagi beberapa portion to my husband.. Maka secara tak langsung terbatal diet my husband, hahahaha (gelak jahat!). Rasa Cantonese yee mee sedap dan tak muak. Tak lengkap makan Cantonese yee mee tanpa cili potong kicap. Kunyah cili sampai rasa pedas terus suap Cantonese yee mee baru rasa puas!
Grilled Chicken and butter rice |
My son tak cukup dengan Nutella toast, dia pesan grilled chicken and butter rice.. Risau lapar tengah malam nanti katanya.. Kita layankan saja permintaan dia asalkan tak membazir.
Minuman |
Teh tarik, limau panas dan Milo dinosaur |
Overall semua makanan yang dipesan sedap, memenuhi citarasa saya. Harga pun berpatutan. Nice environment, walaupun ramai pelanggan tetapi masih luas dengan jarak meja agak jauh. Service cepat and friendly waitress. Boleh repeat next time..
Restoran Leh Pak Seremban |
Kepada kengkawan yang berada di area Seremban atau berdekatan boleh cuba sendiri kerana pendapat mengenai kesedapan makanan agak subjective.. Sedap atau tidak, puas hati bila rasa sendiri kannn...
Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!
Regards,
15 Comments:
byk juga pilihan menu..air isi dlm kole camtu unik juga
Ya mama tisya, tambahan pula restoran konsep santai memang sesuai lepak hehehe..
memang nampak banyak mee akak tu, dahla nampak banyak isi nya tu. Puas hati
Hahahaha betul Dana, tak kedekut isi.. Bab portion memang terkejut akak.. Nampak macam lahap sangat makan dalam bekas besar camtu hahaha..
Sedap dan pelbagai nampaknya pilihan menu yg ditawarkan.
Nasi butter tu pun nampak besar portion -nya.
Macam terliur la cantonese yee mee tu..
Pic akhir tu macam deco raya ..cantik
Teringat balik cantonese yee mee ni bila hujan.. Sedap makan bila cuaca sejuk.. Ha'ah, deco restoran ni meriah bila malam namakucella :)
legend pakai kole besi nih., ;p
Tu laa teringat atuk-atuk minum air teh panas zaman 80-an hihihi..
Belum pernah dine-in sini lagi. Bolehlah ajak Mr. A next time. Kole mak Mrs. A tu LZ haahha
Best tu dpt mkn2 dgn family. Nampak menyelerakan yee mee tu LZ, nasib baik juga kat Perth ni ada juga kedai halal yg jual. Kalau tak.. nangis guling2 plak sy terliur.
Kelihatan menarik konsep restorannya.
teh tarik memang cun layan roti...
Gabungan mantap! Memang best..
tukar selera, .jumpa restoran yg sedap...
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!