INTERNATIONAL CAT DAY 2023 | Hari Kucing Antarabangsa atau dikenali sebagai Hari Kucing Sedunia disambut setiap 8 Ogos pada setiap tahun.. Ia adalah hari kesedaran untuk menghargai kucing dalam hidup kita serta membantu melindungi mereka.
Pagi ini baca blog post Mrs. A, rasa seronok dan teringin juga post tentang majikan kesayangan saya.. Istilah majikan tu diberi kepada si bulus manakala bibik tu gelaran kepada cat parents.. Mana tidak, segala makan, kebersihan, keperluan semua di bawah tanggungjawab bibik.. Majikan hanya makan, tidur dan memerut.. Bila sakit bibik akan segera bawa majikan ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Begitulah istilahnya..
Sebagai cat parents, kita semua sayang kucing dan meraikan keseronokan bersama mereka setiap hari. Berdasarkan pengalaman saya, pengalaman pertama menjadi cat parents datang secara semulajadi.. Sejak itu sedikit-sebanyak saya belajar membaca bahasa badan mereka, cuba sedaya upaya untuk memastikan mereka gembira dan memastikan rumah dan rutin saya sekeluarga mesra kucing.. Buktinya sekarang tidak janggal lagi.. Malah mereka juga sudah menjadi sebahagian dari keluarga saya..
International Cat Day |
Saya suka gelar semua majikan saya sebagai "Kesayangan Hamba".. walaupun mereka bukan dari breed import, hanya domestic breed yang sesat dan perangai pun ada kala garang dan manja tapi saya tetap sayang semuanya sama-rata.. I even love to spoil them too much..
Okay, secara turutan, saya perkenalkan kesayangan saya satu persatu...
Fluffy - ketika ini Fluffy sakit mata |
Gucci (si Oyen) dan Chloe |
Coco Chanel |
Kenzo |
Moschino (kiri) dan Tommy (Hilfiger) - kanan |
Prada |
Jadi sambutan Hari Kucing Sedunia ini adalah masa yang sesuai kepada cat parents memastikan kucing mereka terus sihat dan ceria.. Untuk Kesayangan Hamba, mommy baru beli permainan baru untuk you all kekal sihat - cat treadmill.. Kalau rasa badan tu semakin berlemak, korang exercise laa setiap hari jangan berebut okay hehehe..
Tommy in action |
What greater gift than the loveof a cat - Charles Dickens
Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!
Regards,
15 Comments:
oo..hari kucing sedunia..patutlah weekend baru ni ada 2 expo kucing di KL...comel2 kucing LZ...hihi, ada alat exercise..
comelnya nama kucing semua nama brand perfume hihi
Iya betul kak, saya pun perasan sebab event promotion tu lalu-lalang di social media..
Hehehehe ya bila relate dengan brand, mudah saya ingat dan ringkas so senang panggil nama mereka..
Selamat hari kucing sedunia. Kagum dengan orang yang ada bela banyak kucing ni. Banyak tu komitmen untuk menjaga kucing ni. Saya bela satu pun dah pening, selalu geram dengan kucing ni. Nasiblah kebanyakan kerja2 menguruskan kucing anak yang buat.
Ooh nama perfume rupanya, tak perasan pula.
semuanya comelllll
ada berapa jantan dan berapa betina ni?
Cuya terhibur sebab nama kucingnya Prada... Memang mahal betul harga kikiki
Betul Mr. Faizal R, once bela kucing memang banyak komitmen apatah lagi bela 9 ekor.. Pendek kata segala keperluan mereka kena jaga, semua tu amanah dan tanggungjawab..
Sebenarnya bukan nama jenama perfume tetapi nama diberi sempena designer brand..
Dear anies, thanks.. so far 4 jantan dan 5 betina.. :)
Cuya, mereka semua 'mahal' pada sis ;)
Kemahen! Coco Chanel nonton citer apa tu hehehee...
Wah! majikan LZ dah bertambah banyak dari Mrs. A ya
Si Coco ni diva sikit Mrs. A.. Perangai tak sama yang lain.. Duduk atas sofa, suka tengok YouTube, tidur beralas dan selesa etc.
Tu laa dari LZ tak kenal kucing sampai bertambah-tambah kucing, tak sangka kann hihihi..
alahaiii comelnya smua.. geram!
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!