Bercuti & Menginap Di M Boutique Hotel Station 18 Ipoh

BERCUTI DAN MENGINAP DI M BOUTIQUE HOTEL STATION 18 IPOH | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Semoga pembaca dan rakan bloggers beroleh kesejahteraan dan dipermudah segala urusan.. Lately banyak perkara berlaku dan banyak tugas yang perlu diselesaikan, so penat this month tapi bila teringat blog belum update terus curi masa semata-mata untuk post cerita bercuti di Ipoh yang hampir outdated.. Demi kenangan, haruslah saya kongsi di sini.. 

Al-kisah, semasa cuti Hari Kemerdekaan end of last month, we went to Ipoh for Jalan-Jalan Cari Makan.. really not me sebab saya sejenis tak suka berjalan jauh semasa public holiday ditambah pula cuti sekolah.. I don't like hassle of traffic jam.. tapi itulah demi mencipta kenangan untuk anak since Arief school break, saya redah juga.. We were so excited before going.. Iyalah orang tak pernah jejak ke Ipoh.. 

Welcome to Ipoh

Kami keluar rumah dari Seremban takde laa awal sangat sebab check in pun pukul 3.00 petang, sempatlah breakfast mee kari dan nescafe panas di Bandar Ainsdale sebelum bertolak. Keluar susur Ipoh, singgah pula di Restoran Pakcik Wong - Makanan Cina Muslim, terletak di pekan Tambun.. Semua tu hasil carian di website, last minute prepared!

Sekitar pukul 2.45 petang, kami tiba di tempat penginapan iaitu M Boutique Hotel Station 18 Ipoh. Booked hotel pun last minute, so dapat apa yang ada, tak pernah menginap di Boutique Hotel sebelum ni so dapatlah pengalaman baru.. 

M Boutique Hotel Station 18 Ipoh

Banyak hotel fully booked saya pun be prepared for disappointment, I don't expect too much.. Ini pun saya booked Premier King tapi pihak hotel tukar saat akhir sebelum saya checked-in, katanya ada masalah maintenance. Bilik terpaksa downgraded ke Superior Queen Room, hurrrmm takpe laa janji ada tempat menginap. 

Hotel exterior

Parking in the public parking space outside the hotel, pada mulanya saya fikir agak risky juga tapi mujur pihak hotel ada sedia guard malam hari.. tentang tempat letak kereta pun ada cerita, nanti saya kongsi sebelum penutup post ini.. 

Lobi hotel

Urusan checked-in smooth sebab kami tiba awal.. Alhamdulillah tak sia-sia pilih hotel ni sekadar transit untuk jalan-jalan cari makan. Hotel hanya walking distance dari AEON Station 18 Ipoh, at least ada tempat untuk shopping, makan atau tengok movie.. 

Hotel lobby

Inilah hiasan dalaman M Boutique Hotel Station 18 Ipoh..

Hotel lobby
Entrance
Waiting area
M Boutique
M Boutique
Leisure section
Hotel lif
Hotel lif
Welcome to M Boutique Hotel 
Tempat #ootd
#ootd decor

Overall hotel ni unik.. tapi ada cerita.. Bila saya selesai booked hotel ni, saya baru study tentang hotel ni.. Baca review dari website dan Google search mengenai pengalaman pengunjung yang pernah bermalam di situ.. Tiba-tiba saya terpandang komen berikut di Google review.. Komen tentang bilik 207 yang horror..

Room 207


Google review

Kata orang nasi dah menjadi bubur, dah booked pun sebelum baca review tersebut so tawakkal saja.. Saya sempat bertanyakan perkara tersebut kepada front desk semasa check-in, diaorang beritahu ianya sekadar comment dari unhappy customer. So saya abaikan komen itu asalkan bukan saya yang tinggal dalam bilik tersebut. Dalam hati cuak juga sebenarnya.. Alhamdulillah sepanjang menginap di sana nothing strange, malah saya boleh katakan kami tidur sangat nyenyak ditambah hujan renyai-renyai sepanjang malam.. On top of that, tak perlu risau bangun awal untuk breakfast sebab tiada breakfast di hotel ini..

Laluan ke bilik hotel
Ruang santai untuk bersembang
Bilik gosok pakaian dan air masak

Oh ya, saya tempah bilik nombor 203 dan 204.. Bilik ketiga dan keempat dari ruang santai so senang untuk ambil air masak.. Ini pula bilik tempat kami menginap.. 

Room 203
Superior Queen Room
Bilik termenung
Bilik mandi
Ruang menulis
Telefon
Safety box
Chiller
Sofa santai
Tv

Next day, check out around 11.30 pagi sebab kami breakfast di AEON Station 18.. Masa masuk barang ke dalam kereta, kami tak sangka dapat surat kompaun tempat letak kereta.. aisyehhhh lupa nak bayar parking, padahal apps dah download dan siap-siap top-up duit dalam tu.. hurrrrmmm dari bayar RM4.00 terpaksa bayar kompaun RM15.00.. haish! Itulah cerita tentang parking hotel tadi..

Bertolak dari hotel, tiba-tiba kereta rasa tak selesa, ada bunyi pelik di bahagian tayar.. Saya sejenis risau sebab perjalanan masih jauh.. Dibuatnya kereta rosak tengah jalan, agak menyusahkan.. So we decided to check mencari punca masalah.. Maka menuju ke kedai tayar.. Syukurlah kedai tayar reliable terletak tak jauh dari hotel untuk check mana datangnya bunyi pelik tersebut..

Megat Kedai Tayar

Setelah diperiksa, terdapat masalah pada gandar tayar depan hingga mengikis bahagian tepi tayar.. Tayar terpaksa ganti baru sebab dah keluar dawai, adoi oi!.. Tak memasal ganti tayar baru dua-dua bahagian demi keselamatan sepanjang perjalanan.. Untuk ganti bahagian major terpaksa tunggu sparepart so tak boleh buat on the spot.. Kami ambil keputusan buat di Seremban. 

Walau tak sedap hati, selesai saja urusan di kedai tayar, perjalanan diteruskan ke Canning DimSum, al-maklum penggemar dimsum mesti tak akan lepaskan peluang makan di sini.. Beriya rujuk map, bila tiba, hampa sebab terlalu ramai manusia.. Kami perlu tunggu antara 1 jam ke atas untuk dapat meja.. Jika ada pilihan lain, menunggu lama bukan sayalah.. Lagipun dengan keadaan kereta begitu, risau pula jika bertolak lewat..

Restoran Canning DimSum

Hanya mampu ambil gambar signboard sebagai kenangan.. huhuhu. Memandangkan tiada rezeki makan di Canning DimSum, saya search lokasi lain.. Saya jumpa Greentown DimSum Cafe yang terletak di Greentown Avenue.. Alhamdulillah ada rezeki lunch makan dimsum di Ipoh..

Selesai makan tengahari tanpa berlengah kami meneruskan perjalanan pulang ke Seremban.. Around 7.00pm tiba di rumah setelah menempuh jam sepanjang perjalanan disebabkan hujan renyai dan ada  beberapa kemalangan kecil di lebuhraya..

Begitulah cerita bercuti, dispite the disappointment tak dapat tinggal hotel 5 stars dengan kereta problem, we had so much fun.. syukur semua berjalan lancar. Tak sangka akhirnya saya berjaya hadapi percutian dengan keadaan begitu.. Ianya satu cabaran yang agak membanggakan untuk diri sendiri juga, hehehe..

Okay, nak tanya Hari Merdeka lepas you alls pergi mana? Share-lah cerita..



Regards,


19 Comments:

Alhamdulillah selamat pergi dan pulang.
Hehe kasihan pula tidak dapat makan di Canning.

menarik deko hotel..tema black & white...Alhamdulillah, selamat dlm perjalanan...nanti datanglah lg...

Hotel yang benar-benar unik sekali ^_^

Syukur alhamdulillah NA, tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang perjalanan..

Alhamdulillah kak, selamat semuanya.. Insha Allah akan kembali sebab masih banyak tempat belum explore :)

Unik dan selesa cuba bedding lama dan ada stain itu saja masalahnya..

Masa Iman belajar di Ipoh dulu, berangan² nak stay kat sini sbb hotelnya cantik sgt tapi selalu dapat bantahan dr Pak Inche. Kat bawah tu ada Old Town White Coffee kan?

Dulu mesti cantik hotel ni.. Sekarang nampak agak uzur.. Yup SK, Old Town White Coffee dah tukar restoran Jepun which is non halal.. Cari makan semua di AEON dan restoran berhampiran.. Lokasi strategik tu yang best..

interior nampak sangat industrial kan LZ, menarik ni boleh jadi rujukan kalau nak staycation kat Ipoh nanti, tq for sharing

Nampak cantik hotel ni, pernah survey utk stay bila ke Ipoh...
Alhamdulillah it went well walaupun kalau PH dah risau dah about the tayar tu hehe

Betul Kak Ana boleh cuba staycation di sini.. LZ suka dengan interior hotel ni agak rusty tapi bersih dan unik yang penting selesa...

Next trip PH boleh plan ke sini.. sekadar merasai keunikan hotel ini..

Wah.. bercuti ke Ipoh ye.liez sbb kawin dgn org Ipoh, jatuh cinta dgn ipoh.. kalau balik, mmg macam pelancong.. ke sana sini nak pergi.. repeat berpuluh kali.. nnt try makan mee kari mat jasak

Hotel nampak unik juga dekorasinya. Bab haunted tu alamak....saya pernah juga kena kat hotel jadi kalau la terjadi macam hmmm.....

alamak seramm pulak baca horror review tu tp mujur tak jd apa2 pd fmly LZ kan? syukur juga dpt check gandar tayar tu tp kuciwa juga tak dpt mkn di Canning DimSum tu kan hehe

Tahniah LZ dapat dah buat post bercuti. Mrs. A hari merdeka bercuti ke Penang lagi heheheee... actually lebih kepada nak jumpa Aryssa itu yang asyik Penang yo ngeh! ngeh! ngeh!

Aduh! siapakah gerangan yang berdengkur tu ya. Petugas tu pun macam dah tahu kisah bilik tu itu yang tak banyak soal bagi je guest tukar bilik kot

Allahu berta sungguh dugaan dengan tayar kereta bermasalah ketika sedang bercuti.. dim sum pulak kene beratur panjang.. tak apa la ada hikmah disebalik nya.. btw cantik hotel tu .. ala2 vintage pulak :D

Hotelnya cantik, konsep hotel butik kan. Seberang Cunning Dimsum tu sebenarnya ada restoran yg viral jugak.

Konsep hotel cantek. Nasib baik xde apa2 terjadi kat hotel. Alahai kete plak wat hal musim2 cuti ni..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More