ROSES ARE BLOOMING & ANAK SI KONTOT HILANG | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Lama saya menyepi tapi sebenarnya deep inside my heart melonjak-lonjak untuk upload cerita di blog.. Super busy this month dengan urusan duniawi. Back to back ada sahaja perkara perlu diselesaikan.. finally curi masa sikit and here I am with my garden story and kisah si Kontot.
Dalam kesibukan tak sedar bunga-bunga mawar di taman mekar dengan segar.. Happy me senyum lebar sampai ke telinga bila usaha menanam semula pokok mawar bulan lalu membuahkan hasil.. Saya ada post di sini : Cerita Weekend - From Garden to Kitchen Table.
Cantik mekar bunga mawar |
Rose buds |
Roses in my mini garden |
KISAH SI KONTOT
Si Kontot stray cat baka domestic short hair - kucing jiran dan satu-satu masih hidup. Tak silap Kontot ada 4 siblings. Keluarga si Kontot habis dihambat anjing liar sekitar taman perumahan saya. Sejak ada construction area di depan rumah, kebanjiran anjing liar masuk ke taman perumahan semakin menjadi-jadi. Akibatnya kucing outdoor menjadi mangsa. Si Kontot salah seekor yang masih survive. Semenjak sebatang-kara di Kontot kerap datang ke rumah saya untuk meminta perlindungan. Saya jaga Kontot di porch kereta, di satu tempat khas yang selesa.
Si Kontot ni sebenarnya masih bawah umur tapi dek kerana tiada kesedaran untuk menyekat populasi kucing terbiar, bibik si Kontot tidak ambil peduli. Kontot tidak dimandulkan. Maka kucing jiran sebelah menjadi boyfriend(s) si Kontot. Tak lama si Kontot melahirkan 2 ekor anak di rumah saya.
Anak si Kontot |
Dia membawa saya ke bahagian depan tayar kereta dengan enjin masih panas. Bila saya rapatkan telinga di sisi badan kereta bahagian tayar depan, ada bunyi anak kucing - teramat halus suaranya.
Anak si Kontot |
Selang beberapa minggu, Kontot bising lagi seolah-olah mengadu anaknya tiada. Saya jaga Kontot seperti biasa tapi hari demi hari anaknya tak juga muncul.
Sekarang sebulan telah berlalu, sahlah anak Kontot hilang. Hati ini sedih, risau anak Kontot dimakan anjing.. tapi saya buat andaian dan berdoa supaya anak-anak Kontot diambil orang dan dijaga dengan baik. Sejak itu si Kontot asyik termenung di tempat tidur, kerap menghidu bau peninggalan anaknya..
Related post : Cerita Weekend - From Garden to Kitchen Table
Begitulah serba-sedikit cerita saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!
Regards,
13 Comments:
ala...comeynya cat tuuu..
ya Allah..boleh Kontot sorok anak dia dalam enjin kete...lepas tu elok plak anak2 dia x terjatuh kat mana2...
cantiknya bunga rose 😍🥰 im a cat lover, beberapa kali anak straycat masuk bonet depan, berhenti kat traffic light dgr suara halus mengiau, patah balik ke rmh, kesudahannya lambat sampai opis. kesian kontot.
sedihnya...kesian kontot,harapnya begitu la kan ada orang ambil dan jaga dengan elok
chomey je sikontot kucing ituuu ;p
Allah.. sedihnya kisah anak si Kontot ni LZ, kak ana suka sangat rose LZ tu wangi kan.. :)
Canteknya ros.. Ala kontot hilang kemana pulakkkk.. Semoga cpt jumpanya
cantik bila bunga rose tu dh kembang mekar..sayu je tgk ank si kontot tu
Cantik bunga ros.. Comel plak nama kucing diberi Si Kontot.. ahaks.. BTW done follow blog sini yer :)
Comel anak si Kontot. Sedih kalau mati.
sedih nyer... moga kontot cepat baik baik ajer...dan agar anak sikontot selamat kat mana dia berada
Alahai sedih nya kesah ko kontot.. 2 ekor hilang terus ke.. Anjing liar tu boleh report majlis perbandaran.. Diorng akan buat operasi tangkap.. Btw bunga kalau dh mekar mmg sehari berpuluh kali nk gi tgk hahaha..
Alahai! kesian Si Kontot manalah agaknya anak dia pergi?
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!