Menginap di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

MENGINAP DI SUNWAY PUTRA HOTEL KUALA LUMPUR | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Banyak post masih lagi tertangguh termasuklah post untuk review Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur ini..

Sunway Putra Mall Hotel 

Al-kisah pada 13 Oktober 2023 lalu saya dan keluarga menginap di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur kerana ada urusan di World Trade Centre. Sunway Putra Hotel ini terletak bersebelahan WTC. Ia merupakan kali pertama saya menginap di hotel ini. 

Reception

Dari saat saya tiba, saya telah disambut dengan kakitangan yang mesra yang tak sabar-sabar untuk membantu saya dengan proses check-in. Lagi satu saya perasan hotel ini banyak console table..

Console table di lobi
Console table di ruang lif

In terms of persekitaran hotel, my first impression memang ingat hotel ni buruk sebab hotel lama walaupun bertaraf 5 bintang.. Tapi tak sangka lobi hotel besar dan mewah, secara tak langsung sangkaan saya meleset sama sekali, bukan seperti yang dibayangkan ya saudara-saudari.. 

Console table
.. dan console table lagi..

Selesai check-in dan dapat kunci saya terus menuju ke bilik yang terletak di tingkat 22.. 

Console table sebelum ke bilik
I love this painting

Saya booked bilik jenis Deluxe untuk 2 hari 1 malam.. Hotel ini juga menawarkan pelbagai pilihan bilik untuk memenuhi keperluan dan pilihan tetamu yang berbeza. Sebelum menginap di mana-mana hotel, seperti biasa saya suka baca review dan study facilities yang ditawarkan oleh pihak hotel bagi menjamin keselesaan and worth every penny.. 

Deluxe room

Apabila buka pintu bilik, saya terkesima dengan warna gold dan keadaan susunatur bilik yang cantik. Bilik itu sendiri luas, bersih dan menarik. Katil selesa dan kemudahan yang disediakan boleh dikira sebagai berkualiti tinggi, menjadikan penginapan saya juga selesa. 

Working table
Sofa
Family area

Ini pula pemandangan dari balcony. Ketika ini cuaca agak berjerebu, jadi pemandangan luar agak kurang jelas..

Kuala Lumpur City Centre

Ini pula pemandangan pada waktu malam..

Night view

Sambil duduk termenung di balcony bolehlah nyanyi.. "terpesona.. aku terpesona.." ditemani bunyi train putra LRT yang lalu di bawah sana..

Okay sambung cerita.. Lepas check-in, rehat sebentar kemudian kami keluar mencari makanan untuk late lunch.. Keistimewaan hotel ini ianya mempunyai pusat membeli-belah iaitu Sunway Putra Mall yang bersambung, boleh di-access melalui Level 4. Konsep begini saya suka, so sambil menginap boleh shopping.. mudah untuk tetamu membeli-belah tanpa perlu meninggalkan hotel.

Level 4 access to mall
Sunway Putra Mall

Tiba di Level 4 terus masuk ke food court Sunway Putra Mall.. 

Sunway Putra Mall food court

Bukan itu sahaja keistimewaannya, dari segi lokasi, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur terletak di lokasi utama dengan akses mudah menggunakan pengangkutan awam melalui station Putra LRT ke tempat tarikan utama seperti KLCC dan ke pusat membeli-belah Bukit Bintang. Strategic sangat..

 Then the next day, seawal 7.30 pagi kami turun ke lobi untuk breakfast..

Coffee house

Jika kita menginap di sesebuah hotel, breakfast adalah satu perkara yang diambil kira oleh setiap tetamu.. Begitu juga semasa saya menginap di hotel ini, bufet sarapan pagi di Coffee House hotel ini menawarkan pelbagai jenis menu tempatan dan antarabangsa. 

My table

Saya agak berpuas hati dengan hidangan yang disediakan.. Banyak pilihan dan makanan boleh kata sedap. Kakitangan di Coffee House sentiasa sedia membantu dengan sebarang permintaan khas.

Noodles stall
Bread and pastry
Indian food
Vadei and chickpea

Terlupa ambil gambar makanan yang dimakan dari awal.. Gambar makanan hanya mampu ambil gambar vadei dan chickpea iaitu makanan penutup sebelum meneruskan urusan seterusnya.

Okay selesai cerita penginapan selama 2 hari.. Masa untuk check-out dan bayar parking fee. Macam mana untuk dapatkan parking percuma? Tips dia, jika anda menginap di hotel ini pastikan ambil tiket manual, jangan guna Touch n Go.. 

Complimentary Hotel Parking notice

Baca notis Complimentary Hotel Parking di atas.. Tetamu yang ingin mendapatkan free parking kena ambil ticket dan pihak hotel akan verified ticket tersebut semasa check-out di reception. Kalau tidak tetamu akan menanggung kos parking selama mereka menginap di hotel.. 

Parking rate

Secara keseluruhannya, saya recommend Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur terutama kepada sesiapa dari luar yang ingin melawat Kuala Lumpur. For me perkhidmatan terbaik, kemudahan pun bagus dan lokasi yang strategic sesuai untuk weekend getaway. 

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


10 Comments:

Cantik hotel ni LZ. Kualiti photo yg U snap pun superb!. Hopefully nanti my hubby bawak ai rehat2 kat situ semalam dua jika balik sana. 😁. Aamiin.

Deluxe room dia memang meriah sangat2.. Besar betul dah macam studio nampak huhuu..
Betul kalau check in hotel lagi2 sbb urusan kerja mmg brkfast menjadi keutamaan . tak perlu nak keluar pepagi buta cri brkfast :D
Sapa tak tahu pasal free parrking tu habis le kena byar RM26 sehari..

Salah satu kelebihan hotel lama² ni saiz biliknya lebih luas, itu yg seronok tu...

Dulu nama shopping complex tu Yaohan LZ those were the days suka lepak-lepak makan kat situ hehehee. Hotel lama tapi masih maintain ceria dan exclusive

Thank you Kak Hjh.. In shaa Allah ada rezeki bolehlah singgah bermalam di SP dan shopping sekali..

Tepat sekali TT.. Syukur dapat tempat penginapan semua cukup lengkap.. Yup tentang free parking rasa tak ramai pengunjung tahu hal ni..

Betul Puan Hazel, luas dan selesa berbanding hotel design baru..

Bila Mrs. A kata Yaohan baru LZ teringat convo pertama LZ tahun 2000 di PWTC dan menginap di Legend Hotel.. LZ ada juga sesekali lepak di The Mall masa itu.. Bila dah ada Putra LRT banyak betul berubah..

Sy tidur dh hotel ni dlu mmg best

Setuju dengan Rabiah, pengalaman menginap di sini sudah tentu best!

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More