TERAPI MINDA CUTI TAHUN BARU CINA 2024 | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk terus hidup dengan menjalani segala aktiviti harian. Didoakan semoga pembaca juga diberi kesihatan dan dipermudah segala urusan.
Tahun ni dapat cuti lama sempena sambutan Tahun Baru Cina. I took a day off on Friday (cuti tersepit) and added a day off on Tuesday untuk habiskan cuti tahun lepas. Genap 6 hari cuti tapi seakan tak lama sebab banyak perkara perlu diurus melibatkan keletihan dari segi mental dan fizikal.
Sambutan Tahun Baru Cina duduk sahaja di rumah, dengar dentuman mercun meriah. Mindset saya memang selalu beranggapan "mesti jem di sana sini - hassle so stay at home!"
|
Welcome to Putrajaya |
Seronok weekend lepas, hari Ahad pergi breakfast di Putrajaya. Selama ni pergi Putrajaya atas urusan kerja tapi kali ni dapat ronda Putrajaya acah like a tourist, cuma takde la beriya naik cruise tasik semua tu.
|
Tasik Putrajaya |
|
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin |
|
Cruise Tasik Putrajaya |
I was just walking around, jalan-jalan ambil angin pagi di tepi tasik hingga ke Monumen Alaf Baru. For me itu pun cukup baik sebagai terapi minda sambil menghirup udara segar - menghayati keindahan green landscape of Putrajaya yang cantik, terjaga dan bersih.
|
Pokok bunga di tepi tasik |
|
Pokok besar yang bertahun usianya |
|
Bunga canna lily |
|
Cruise Tasik |
|
Jambatan Seri Wawasan |
Untuk pengetahuan pembaca, this is my first time singgah di Monumen Alaf Baru. Sebelum ni pernah tengok dalam YouTube cerita tentang tanggapan monument ini yang dikatakan tiang obelisk di Malaysia. Siapa nak tahu apa itu obelisk boleh tanya pakcik Google.
|
Monumen Alaf Baru |
|
Monumen Alaf Baru yang menakjubkan |
|
Sejarah Monumen Alaf Baru |
Berikut apa yang ditulis dalam plaque ini :
MONUMEN ALAF BARU
PRESINT 2
Monumen unik yang direka bentuk ini adalah untuk memberi maklum balas kepada konteks fizikal, aspek intelektual dan kerohanian negara. Pelawat dapat mempelajari mengenai tanah Malaysia dari era Parameswara hingga ke perjuangan dan pencapaian era milenium moden Malaysia. Konsep reka bentuk ini pada dasarnya adalah struktur logam seperti roket atau pena yang dicat dengan warna emas 'tepak sirih' dengan Rukun Negara timbul dari tengah ke bawah, lampu suar yang tinggi di hujungnya.
Bunga Raya Kebangsaan dipilih sebagai metafora reka bentuk untuk membentuk konfigurasi monumen. Warna dan tekstur monumen diadaptasikan daripada artifak tepak sirih yang menjadi lambang sebahagian daripada asas kebudayaan Melayu. Monumen berfungsi sebagai 'tiang masa' bagi merakam detik-detik penting sejarah yang berlaku di Malaysia dan dipaparkan melalui ukiran pada dinding monumen. Monumen menjadi salah satu mercu tanda lanskap Putrajaya dengan dilengkapi sebuah platform yang menghadap ke kawasan-kawasan penting secara stategik di Putrajaya. Platform pada monumen menggambarkan kesinambungan sejarah di Malaysia yang dipaparkan dalam bentuk visual dan teks pada panel dinding kaca. Monumen juga berfungsi sebagai 'rumah api'.
Arkitek : T.R Hamzah & Yeang Sdn Bhd
Tarikh Siap : Mac 2006
|
Tiang monumen secara dekat |
Ada kisah semasa saya berjalan naik menuju ke atas tiang ini. Perjalanan dari bawah melalui laluan melingkar takde masalah hingga ke atas berjalan lancar. Cuma ada setengah laluan ke atas monumen ada air bertakung sebab saluran air tersumbat. Perbadanan Putrajaya sila ambil perhatian please..
|
Anak watan pertama dilantik sebagai Hakim - Raja Musa bin Raja Bot |
Bila sampai di platform paling atas, silap saya memandang ke puncak tiang ini.. Tiang ni besar dan tinggi, tiba-tiba saya rasa macam tiang nak tumbang.. Ketika itu saya tiba-tiba pening, perasaan cemas diikuti rasa menggeletar lutut, sesak nafas dan jantung berdegup kencang. Lately saya memang takut dengan ketinggian, mungkin disebabkan faktor usia. Bila keadaan begitu, saya cepat-cepat turun tak pandang belakang.. Bila sampai di bawah rasa lega yang teramat sangat.. syukur alhamdulillah.. Tapi rugilah sebab tak dapat menghayati pemandangan dari atas, hurmmm..
Puas ronda sekitar Putrajaya terus pulang ke rumah.. Sampai saja di rumah, hati berlagu riang bila nampak pokok cili sudah berbuah dan berbunga lebat..
|
Bunga pokok cili padi merah Bangladesh |
|
Cili padi merah Bangladesh |
Benih cili ni saya ambil dari dapur, kalau tak silap jenis cili padi merah Bangladesh. Harap berbuah lebat so tak perlu beli lagi stok cili di pasaraya.
|
Postcards storage |
|
Last postcards received |
Sempat juga saya buat blog postcards yang baru iaitu
Beautiful Illustrated.. Jemput singgah dan
follow tanda sokongan,
thank you in advance.
Okay setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!
Regards,
9 Comments:
cantik view di putrajaya...lama tk pegi
owh..yg mcm pen tu monumen alaf baru...boleh lah pergi nanti lain kali...hr tu nampk dari jauh je, ap dia batang kaler gold mcm bentuk pen tu
Selamat bercuti dan beristeri rehat
Putrajaya memang best macam2 ada. Kalau kami cycle lepas Subuh, seronok sangat tengok sunrise.
Eh menariknya hobi.. zhi dulu nak pos poscard kt diri sendiri kalau travel buat collection. Tapi macam leceh pulak nak cari post office diorang kt mana. Haha.
Betul mama tisya, selain view yang cantik, Putrajaya ni tenang-tengan saja suasana persekitarannya..
Harus naik ke atas monumen alaf baru untuk merasai pengalaman di atas sana..
Kalau travel ke luar negara, kita tak tahu mana nak beli setem, mana nak pos tentu leceh.. LZ sejenis belum berkesempatan ke luar negara hanya mampu travel around the world thru postcard.. Happy sangat bila dapat postcard dari kenalan baru..
Belum dapat teroka Putrajaya 100%.
Siap ada kotak simpanan poskad.
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!