Apabila berpindah ke rumah baru, anda mungkin risau yang proses pemindahan adalah rumit dan harga sewa lori pindah rumah adalah mahal.
Walau bagaimanapun, terdapat banyak cara untuk berpindah rumah dengan murah apabila anda mendapatkan servis pindah rumah atau lori sewa di Puchong atau Kuala Lumpur.
Pilih Syarikat Pemindahan Yang Bereputasi
Tips Pindah Rumah di Lembah Klang Dengan Murah Dan Mudah:
Pilih Syarikat Pemindahan Yang Bereputasi
Apabila mencari syarikat yang menawarkan servis pemindahan di Lembah Klang yang berkualiti, adalah penting untuk mendapatkan sekurang-kurangnya tiga sebut harga daripada syarikat lori sewa berdekatan anda. Tidak semua syarikat pemindahan adalah sama. Gunakan peluang ini untuk membandingkan perkhidmatan yang mereka tawarkan seperti pindah piano dan adakah servis pemindahan itu sesuai untuk keluarga anda, dan semak ulasan pelanggan mereka dengan teliti.
Pindah piano |
Pilih Masa Dan Tarikh Pemindahan Yang Sesuai
Jika anda mempunyai sebarang fleksibiliti dalam memilih tarikh perpindahan anda, cubalah berpindah pada hari di pertengahan minggu kerana harganya selalunya lebih murah. Elakkan berpindah pada hari percutian umum atau hujung minggu.
Jika boleh, tempah slot pemindahan anda seawal mungkin. Ini juga akan membantu anda tidak berasa tertekan untuk mengambil apa-apa pakej pemindahan yang anda temui pada saat akhir.
Jimat Wang untuk Bahan Pembungkusan
Jika anda merancang untuk mengemas barang rumah anda sendiri, maka petua pemindahan ini mungkin berguna untuk anda. Membeli kotak dan bahan pembungkusan boleh menjadi mahal. Jangan risau, kerana terdapat cara anda boleh menjimatkan wang. Anda boleh menggunakan suratkhabar lama, pakaian lama dan tuala lama untuk membungkus barang-barang yang mudah rapuh dan juga untuk melapik barangan dalam kotak supaya barang-barang anda tidak pecah atau rosak semasa transit ke kediaman baru anda.
Singkirkan Barangan Rumah Yang Tidak Lagi Digunakan
Mengosongkan rumah anda daripada barangan yang tidak diingini dan tidak lagi digunakan adalah salah satu cara yang baik dan mudah apabila anda bercadang untuk berpindah rumah dengan murah. Ramai daripada kita mengumpul pelbagai barangan di dalam rumah, sesetengahnya disimpan kerana sebab sentimental, yang lain kerana kita fikir kita akan menggunakannya pada masa hadapan, atau lebih mudah untuk menyimpannya.
Movers and packers |
Gunakan peluang pindah rumah anda untuk menyingkirkan atau buang perabot lama atau tidak akan gunakan lagi. Menjual barang berguna yang tidak lagi digunakan dapat membantu menampung kos pemindahan rumah yang anda.
Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga Tips Pindah Rumah di Lembah Klang Dengan Mudah dan Murah membantu anda. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!
Regards,
1 Comments:
sy dulu pindah rumah, separa perabot jual kat member. kemain suka dia dapat almari elok dan murah pula tu hahaha
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!