MUNGKIR JANJI | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Pernahkah kita berjanji? Berjanji itu mudah tetapi menunaikannya mungkin susah bagi sesetangah manusia. Mana tidak, berjanji mudah hanya menggunakan kata-kata manakala menunaikannya perlu disusuli dengan perbuatan.
Sumber : Google
Semalam dalam Facebook saya ada mendapatkan maklumbalas dari followers.. Ada yang pernah terkena dengan janji yang tak ditepati.. Sesiapa pernah terkena mesti tahu bagaimana rasa penangan orang mungkir janji. Perasaan bercampur-baur, ada sedih, kecewa, geram dan macam-macam lagi. Bila keadaan di luar kemampuan, akhirnya terpaksa merelakan but I feel like a fool. Patutkah orang yang berbuat baik terasa diperbodohkan?
Apakah perasaan orang mungkir janji sedangkan dalam Al-Quran ada mengingatkan :
"..dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dituntut pertanggungjawabannya." - surah Al-Isra ayat 34
Tak perlulah diletakkan dalil-dalil lain di sini kerana bila ada disebut dalam Al-Quran bermakna amat dituntut dalam Islam. Mungkir janji juga salah satu sifat orang munafiq.
Berjanji itu tak salah tapi pastikan kita mampu tunaikan. Menepati janji bukan hanya dituntut tapi ianya melambangkan sifat amanah dalam diri seseorang. Sifat amanah merupakan sifat terpuji, salah satu sifat Rasulullah. Memiliki sifat sebaliknya akan menyebabkan orang hilang rasa percaya. Jadi berhati-hati dalam berjanji. Ambillah pengajaran setiap yang berlaku.
29 Comments:
Ya sangat mengecewakan sebenarnya kalau ada orang yang selalu mungkir janji. Tapi apa boleh buat, yang mampu buat hanyalah bersabar.
Saya bab berjanji, memang seboleh mungkin akan cuba untuk ditunaikan. Tapi bila orang yang memungkiri janji pulak, especially yang SWEET TALKER... Hmm tak mampu nak kata apa, mohon Allah kurniakan kesabaran dan kekuatan je banyak-banyak dalam diri ni. 🙂
Kesimpulan, janji bukan perkara main-main. Jika tak mampu nak laksanakan , maka jangan berjanji.
Tq for sharing.
Manusia di pegang pada janji. Sekali dah tak tepati sampai bila org susah nak percaya. Semoga kita dijauhkan dsri sifat sedemikian. Ciri2 munafik tu.
Kalau dah berjanji, kena tunaikan. Kalau mungkir janji dengan anak, memang diorang akan tuntut ☺☺
Indeed 👍..
Tak boleh buat apa Rockysweety, hanya mampu bersabar..
Memang sepatutnya begitu Fairuz Aqilah.. Kalau kita tak suka orang mungkir janji, pasti kita tak akan lakukannya..
Aminnn moga kita dijauhkan dari berperangai sebegitu..
Setuju sangat Aini..
Fikir dulu sebelum berjanji kannn 😉
Betul Ana, pepatah ada kata, lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji..
Aminnn minta dijauhkan dari sifat munafiq..
Yer Fiza, kalau berjanji dengan anak memang dia akan tuntut sampai kita tunaikan janji..
Kita sebagai orang dewasa perlu jadi contoh yang baik kepada mereka.. Jangan sampai diaorg kata kita cakap tak serupa bikin 😊 hehehe
Dia berjanji dengan kita..dia tunai dia jujur..dia mungkir urusan dia dan Allah sahaja..kalau boleh kita halalkan...halalkan dan maafkan...sakit tapi untuk kebaikkan bersama..jangka pendek dunia...jangka panjang akhirat..yang jangka panjang tu bahaya...
Paling takut kalau bila berjanji. Aduhhh selalu usaha untuk langsaikan apapun janji just in case ada perkara apa-apa yang tak dapat dielakkan memang tak dapat elak lah:(
Thank for the indeed advice sis.
mudah berjanji tapi tunaikan janji tue cukup payah ,,kadang ada ja yang sengaja buat tak ingat
Jangan berjanji kalau tak mampu tunaikan janji tu.. kan sis..? hehe
Ramai yg suka berjanji tapi ramai jugak yg tak suka tepati.. huhuhu
Setuju sangat dengan entry akak ni. Kalau rasa tak mampu nak tunaikan janji, just don't bother to promise anything. Menyampah betul. Kalau pasal post akak yang dekat fb tu, saya rasa orang macam tu lebih pentingkan kepentingan diri sendiri. Dah dapat apa yang dia nak, diam lah.
Betul, setuju dengan pendapat PC.. Memang saya halalkan dan sentiasa mendoakan supaya mereka2 ini sedar sebelum terlambat..
You're most welcome dear Ira..
Sebelum berjanji pastikan kita pertimbangkan sama ada kita mampu laksanakan atau tidak.. Bimbang tak dapat dipenuhi.. Setuju dgn Ira..
Manusia bermacam ragam Cik CL.. Mana yg kita kenalpasti bersikap mungkir janji, elok kita jauhkan diri.. Belajar dari kesilapan..
Yer betul Flavnesz..I support you 😍
Itulah manusia Lea, rambut sama hitam, hati lain2.. Jadikan pengajaran..
Well said Cikgu Syed..
Bila dah dapat apa yg dihajati buat tak tahu.. Org yg mengharap dibiarkan tertunggu-tunggu..
Thanks for your opinion.. 👍
Pernah dengar org cakap. Janji manusia tak pasti. Janji Allah pasti.
bagi amer... once dia dah broke promise.. sampai2 bila2 akan teringat hahaha
Exactly CikRenex.. setuju sangat 😄
Mestilah Amer..
Terasa dipermainkan, kecewa sangat 😥
Sy x suka berjanji dan sy x suka orang berjanji pada sy. Bila janji x ditepati, terasa sakitnya hati 💔
Betullah NA, lebih baik jangan involve dengan sebarang janji.. Bimbang sakit hati.. 😢
Macam tajuk lagu je Tuan, hehehe
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!