Discussion : "YOUR COMMENT WILL BE VISIBLE AFTER APPROVAL"

MINTA PENDAPAT TENTANG SETTING "YOUR COMMENT WILL BE VISIBLE AFTER APPROVAL" I Alhamdulillah bertemu kita dalam entry ini.. Terlebih dahulu saya ingin nyatakan bahawa entry ini mungkin sensitif tetapi entry ini ditulis tanpa prejudis or "without prejudice basis". Kalau diikutkan mungkin jawapannya : "Eh, suka hati akulah, ini blog aku ikutlah aku nak setting camne pun, bla.. bla.. bla....", tapi entry ini tidak mengharapkan jawapan begitu tetapi lebih kepada perbincangan terbuka bukan untuk menghakimi sesiapa. Tujuan saya ingin meminta pendapat daripada rakan blogger mengenai topic ini kerana kejayaan sesebuah blog bergantung kepada sokongan pembaca blog lain. Tentu ada sebab anda pilih setting begitu. Saya hormat cara anda.


Rakan blogger yang mengikuti perkembangan blog ini mungkin pernah terbaca post saya : Di Mana Silapnya yang menggambarkan betapa kalutnya saya bila tiada sesiapa komen di blog ini akibat tersalah "Manage Blogger comments". Itulah akibat keterujaan melampau, hehehe.. Apa tidaknya, selama saya berblogging, saya tak pernah setting komen kepada "Your comment will be visible after approval".. Saya pilih setting komen terus dipaparkan or published.

 

Mengapa? Pada pendapat saya, kaedah itu agak serabut apabila saya perlu baca setiap satu komen yang ditulis dan pilih satu-persatu untuk kelulusan. Saya suka pembaca komen then terus published mengikut topic entry. Mudah juga untuk membalasnya secara on the spot. 

Selain itu, ianya juga untuk mengelakkan daripada pembaca / pengunjung blog ini 'terkomen' lebih dari sekali. In case, saya lambat approve berkemungkinan pengunjung yang telah komen terlupa dan komen sekali lagi walaupun tak salah berbuat demikian. Sekiranya, kaedah review comments to prevent unwanted comments, tidakkah kita masih boleh delete komen yang tidak dikehendaki sepenuhnya supaya tidak dipaparkan dalam blog. Betul tak? Correct me if I'm wrong.


Oh ya, sebut tentang delete komen pula, seandainya kita tak mahu or tidak setuju dengan komen yang dinyatakan oleh pembaca / pengunjung blog kita, adalah lebih baik DELETE SEPENUHNYA bukan meninggalkan statement "this comment has been removed by the author".. Apa perasaan anda kalau tengok balik komen yang anda tulis dalam blog seseorang tetiba discovered yang komen anda telah dinyahkan oleh tuan blog tetapi profile icon anda masih di situ? 

Hal ini mungkin akan menimbulkan syak wasangka dari blogger lain yang kenal anda dan kebetulan membaca entry yang sama, tentu persepsi blogger lain begini : "Apalah yang si A tulis sampai Si B removed komen dia kannn.." see tak manis bila orang bersangka begitu. Bagi saya jika seseorang pembaca memberi komen di entry kita, ianya merupakan satu effort dari mereka untuk mengulas apa yang dibaca mengikut isi hati mereka dan penghargaan buat kita, selaku pemilik blog. Tidakkah anda rasa begitu?

Andai ada komen yang bercanggah dengan pendapat kita atau tidak kena, memadailah balas dengan sewajarnya bukan dengan cara removed begitu sahaja. Kalau tak suka juga, delete sepenuhnya jangan tinggalkan profile icon di situ, pendek kata jangan tinggalkan kesan demi keharmonian bersama. Lainlah kalau kita ni blogger popular dan tak perlu sokongan blogger lain. Mungkin tak kisah buat begitu.. hurmmmmm tapi still nampak 'kesombongan' di situ kannn..

Okaylah, sekali lagi saya nyatakan ianya pendapat peribadi saya, tak ada kena mengena dengan sesiapa dan sama sekali tidak ditujukan kepada sesiapa. Saya sekadar ingin pendapat pembaca memandangkan saya baru focus kepada dunia blogging secara serius recently.. Mana satu pilihan anda : Adakah anda suka setting komen terus published atau review then approve comments? Beritahu saya mengapa anda pilih setting begitu. Saya perlukan pendapat ikhlas anda.

Alang-alang bagi soalan cepu emas, saya akan bagi hadiah kepada blogger yang terpilih. Saya akan pilih 3 orang commentators secara random berdasarkan pendapat ikhlas yang diberikan. Blogger yang terpilih akan memenangi Starbucks card reload bernilai RM30.00 seorang atau tukar cash kepada mereka yang tak mahu card tersebut. Offer ini untuk komen yang diterima setakat 23.04.2017 sahaja.

Ini sahaja entry saya kali ini.. Maklumbalas dan komen dari rakan bloggers amat saya hargai..


Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini..
Sekian, wasalam..


Regards,

27 Comments:

Untuk artikel yang terkini saya tidak guna setting tersebut..

namun artikel yang dah lama saya perlu buat supaya tidak terlepas pandang kerana saya mesti jawap komen para pembaca dan balas balik kunjungan mereka..

As for me, anis buat setting approval sebab kadang-kadang, ada orang komen dekat entry lama, so bila buat approval, Anis tau, "oh dia komen kat entry nie" then bila approve, klik je balik link tu, terus reply.. :D

Terima kasih kerana sudi komen Hero Borneo..
Sekarang saya tahu, mengapa HB buat camtu..

Hurrmmm see sekarang akak tahu kenapa Anis setting begitu..
Lain orang lain sebab dia kann..
By the way, thanks for sharing Anis..

Saya memilih setting review dulu, then baru approve comments sebab saya jenis suka membalas komen. Kadang-kadang readers saya bukan komen entry terkini tapi bertanyakan soalan pada entry lama-lama (entry dah bertahun).

Jadi sebelum publish saya akan view satu persatu dan publish comment ikut entry. Lepas dah habis reply semua komen dalam satu entry saya akan publish komen entry yang lain pula.

Takut terlepas pandang. hehehe. Itulah sebab saya menggunakan setting comment approval ni. Tapi bab remeh tu memang remeh sedikit :D

As/kum LZ, saya letakkan setting komen terus dipaparkan or published di blog saya. Saya tak kisah pembaca nak komen mcm mana. Andai kata dia tulis yang bukan2 or mencarut ke apa di ruang komen tu saya akan biarkan dan takkan delete. Biarlah pembaca lain membacanya dan nilai sendiri di pengomen.

Pada pendapat saya, saya memilih untuk review terlebih dahulu komen yang ditinggalkan di blog saya. Bila orang tinggalkan komen dekat blog kita, of course kita kena appreciate sebab benda tu salah satu effort pembaca kan? Dengan adanya comment moderation, lebih mudah untuk saya tengok komen-komen yang ditinggalkan pada sesuatu masa tu. So, bila dapat tengok list komen-komen yang belum diapprove, senang untuk saya balas lawatan ke blog mereka. Kadang-kadang saya akan blogwalking terus ke blog mereka bila ada komen yang masuk. Tapi ada masanya saya kumpul banyak-banyak dahulu baru approve dan laksanakan sesi blogwalking. bergantung kepada tahap kesibukan saya pada masa tu lah hehe. Tak nak lah ada comment yang tak berjaya di balas dan blog yang tak berjaya dilawat oleh saya.

Lagi satu, bila buat setting comment approval ni dia macam ada element surprise sikit tahu. Macam mana? bila saya update blog, kadang-kadang biar sejam dua dan refresh page "awaiting moderation" tu. Lepastu tadaaaa! ada 10 juta komen so feeling dia macam artis menang award anugerah bintang popular lah kahkahkah.

Saya juga suka komen dekat blog yang guna setting review dahulu. Kenapa? Sebab bila dia review kita punya komen terlebih dahulu, at least kita tahu yang dia dah baca komen kita walaupun kalau dia tak lawat blog kita balik haha. Kalau komen kita tu terus published dekat ruangan entry dia, kita tak tahu sama ada dia tu dah baca ke belum komen yang ditinggalkan. Nak pula bila tak ada reply pun dekat ruangan komen.

Tapi mana-mana pun sama okay sahaja dan ikut keperluan masing-masing :)

Yup.sama seperti pendapat-pendapat di atas, approval tu sebenarnya lebih pada entry lama. Kadang-kadang kita tak perasan bila ada orang komen or bertanya soalan tentang entry lama. So, bila ada at least kita tahu n boleh jawab soalan-soalan mereka. n tentang "Your comment has been removed by author tu" biasanya keluar camtu bila kita sendiri deleted komen sendiri. Tak semestinya sebab owner blog tu yang delete. :) Apapun, if saya silap moga diperbetulkan. hihi

Okay akak buat kesimpulan, Mai setting begitu supaya:
- mudah balas komen selepas review,
- tak terlepas pandang jika ada komen di entry lama,
- review & publish comments based on entry.

Okay noted with thanks Mai 😍

W'salam Sweetie 😍

Dari komen LZ simpulkan bahawa Sweetie tak kisah setting comments published..

Okay noted with thanks 👌

CR dulu pernah setting review dulu sebelum publish komen tu. Sebab senang nak tengok entri blogger komen and tak terlepas pandang nak balas komen. Sebab kadang rasa tak lengkap bila tak balas komen dieorg.

Tapi sekarang ,CR dah setting terus published sebabnya rasa lagi senang. CR akan check di ruangan komen di dashboard.So kesimpulannya CR okay je untuk dua2 cara tu. 😊

Mrs anna terus published sbb senang terus baca & sambil tu terus boleh blogwalking sbg balasan kunjungan dia org kt blog mrs anna..hehee

Ana senang kepada terus publish sebab nak elak dari orang komen berkali2 macam LZ kata. Sebab ana kadang2 bila BW ke blog rakan2 bila tgk takde komen dekat entri tu Ana rasa confuse samada dah komen atau belum.

Ana tak hadapi masalah untuk trace and reply komen untuk entri2 yang lama sebab ana akan go thru every single comment dalam komen tab tu so that tak de komen yg ana tak reply.

Yg pasal removed comment tu ana pernah delete utk spam comments je. Komen dr rakan2 samada bercanggah atau tak dengan pendapat ana, ana just biarkan. Masing2 berhak utk beri pendapat. Kita sepatutnya hargai pendapat dan kehadiran mereka ke blog kita.

fae prefer publish comment terus. macam yang kak LZ mentioned atas rasa mcm double work pulak need to go through each comment sebelum approve it. tapi ini bukan mslh besar for those yang memang committed in doing so. fae pemalas so yah hahaha.

the risk of receiving bad comments is higher. melainkan you buat comment moderation so senang tapis. tapi Alhamdulillah so far fae takde receive komen yang mengguris hati.

Saya suka setting komen terus published sebab untuk memudahkan kerja saya dan saya boleh menjawab/membalas komen tanpa sy online walaupun sebenarnya risk utk pengomen bagi komen negatif tapi sy tengok pada sisi positif dan Alhamdulillah tak ada komen yg negatif dan diharap sampai bila2 pun

entri yg banyak outputnya.. dr 3 thn lps sy dah start approve comment, bukan tak nak terus publish tp ada sesetengah reader baca dan komen entri2 lama, tanyakan itu ini bukan berdasarkan entri etc

sy penah terima beberapa komen berbaur amarah dr pembaca especially anony, nasib baik dh set setting, tak perlu pembaca lain terbaca komen2 yg tak sepatutnya.

dgn setting ini, sy boleh baca satu-satu komen dan apply ikut giliran. kalau ada org komen berkali2, nina approve 1 komen saja.

isu "Your comment has been removed by author" ada je di blog2 tp sy setuju kalau tuan blog delete komen yang readers komen utk elak salah fhm..

Terus published.
Orang nak komen entri kita pun dah syukur sangat.

Bab suprise tu lawak, tapi Mai setuju jugak,,hehehehehe. Lepas beberapa minit publish entry pastu duk refresh je page tengok ada comment moderation tak. Kalau dashboard lama best sebab nampak ada berapa. Nasib baik dashboard baru dah update, ada simbol bila orang comment.hehehe

hee~ kakak punya terus publish.. in shaa Allah.. nanti boleh cek kat COMENTING bar kat dashboard.. tak pe la.. mungkin ade sebab blogger lain yang buat approval tu..

Pendapat Ira tentang sama jugak macam Anis, Mai dan paling kena dengan pendapat Syed hahaha. Senang nak trace dan blogwalk dengan adanya comment moderation. Kalau publish direct kekadang lepas pandang komen pada entri yang dah ditulis. Dan jenis Ira biasa dah post sesuatu entri nanti dah tak singgah so comment moderation membantu kot hehe

sy pilih 'review then approve comments'. nak tengok satu2 siapa yg komen. lagi satu, supaya x terlepas pandang sebab kengkadang ada yg komen di entry yang dolu-dolu. x kisah la nak komen apapun, positif atau negatif sy tetap akan approve :D

mak pilih review dulu sebab senang mak reply komen-komen orang

Here's my story..

Dulu masa permulaan blog Siqah, siqah setting untuk terus publish komen. Lepas tu, Siqah inactive about 2 years. Dan bila siqah nak start aktif balik around last year, Siqah baru tergerak hati baca komen di Published dan ada satu komen drpd anonymous yang tak setuju dgn apa yang Siqah tulis dan marah dgn bahasa yang tak elok. Dan komen tu berada dalam entri itu selama setahun sebab siqah tak tengok blog langsung! Masa dah dapat tahu, terus siqah delete komen itu dan setting comment "review then approved".

Now siqah selesa dengan comment moderation walaupun kadangkala tak dinafikan siqah lambat approve komen 😔

Sebab Siqah prefer comment moderation:
1. Boleh elakkan daripada unwanted comment drpd publish terus. Boleh tapis komen yang diberi. Kadangkala siqah tak buka dashboard berhari-hari.

2. Ada juga yang komen di entri yang lama2. So senang nak trace komen dorang. Bila approve, terus ke entri itu untuk reply :)

Siqah setuju isu "your comment has been removed by author". Kalau boleh, delete permanently komen tersebut. Nanti boleh sebabkan orang fikir lain kan walaupun takde apa pun sebenarnya =)

Nice entri kak. Perbincangan yang menarik 🤗

Mrs. A suka setting auto published sebab memudahkan kerja dan tak perlu nak check dashboard 24/7 sebab kalau weekend jarang log in dashboard.

Mrs. A tak kisah pun orang nak komen apa (kalau boleh jangan mencarutlah) kalau berbeza pendapat tu Mrs. A terima dengan hati terbuka.

Walaupun pernah terbaca dekat satu blogpost ini (tak ingat lama dah) mereka yang auto published tu sebenarnya tak baca pun komen-komen tu nak-nak orang yang tak balas komen.

HELLO...!!! sorry sikit ya Mrs. A baca semua komen dan appreciates sesangat al-maklumlah bukan ada juta-juta lemon pun komen kat post Mrs. A cuma memang jarang balas kalau ayat penyata. Kalau pertanyaan ya Mrs. A akan balas.

Tapi cara Mrs. A balas adalah dengan berkunjung ke blog mereka yang komen itu.

Bagi Mrs. A tiada isu komen lama-lama tidak dibaca sebab Mrs. A akan sentiasa check dashboard pada ruangan awaiting moderation tu. Memang ada blogger yang baca post lain tapi komen kat post lain tapi itu pun tiada isu bagi Mrs. A.

Kadang-kadang blogger yang jenis moderate tu lambat approve kekdahnya kita pun tertanya-tanya dah komen ke belum ni?

Okay itu sahaja pendapat peribadi Mrs. A. MAAF dipinta kepada mereka yang kurang bersetuju ya. Peace!!!

saya suka terus publish je senang.. utk saya juga pembaca.. saya senang nak blog walking dan terus je reply komen pembaca.. tapi kalau pembaca tu baru first time ke blog saya memang kena ada approval dulu..tapi biasa saya akan terus approve dari handphone je.. nampak la kita respon cepat dan hargai pembaca kita..pendapat saya je.. :)

- Hernee Nazir -

busyra suka comment moderation sebab busyra suka baca dulu komen before publish.. hehe..

ini pun antara sebab aida nape komen di blog aida pending approval.
utk inform aida ada komen.
bcoz utk entri lama, if not, kita tak tau...

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More