BERCINTA TAPI TIADA JODOH, REDHA DENGAN KETENTUANNYA

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Entri kali ini mengenai article yang pernah dikongsi oleh sahabat saya di Facebook mengenai topik Bercinta Tapi Tiada Jodoh.. Saya baca dan amati kisah ini dan sangat memberi inspirasi supaya kita terima setiap ketentuan dengan hati terbuka walaupun sangat pahit untuk ditelan.. Jadi saya suka abadikan di blog ini. Mungkin suatu hari nanti ada yang memerlukan semangat ketika berdepan dengan situasi begini.. 



Al-kisah :

"Kawan aku dia dah bercinta empat tahun dengan awek dia masa sama-sama belajar dulu. Ke sana ke sini sama-sama. Makan sama-sama. Dah berjanji untuk kahwin nanti. Lepas empat tahun, masing-masing dapat kerja. Seorang di Selatan tanahair dan seorang lagi jauh nun di Utara tanahair. 

Sebulan bekerja, semuanya seperti biasa. Mesej, call setiap hari. Bulan seterusnya mesej makin sepi. Makwe tu nak tak nak je reply mesej dia. Last sekali dapat tahu makwe dia baru bertunang dengan orang lain. Patah hati kawan aku tu. Lama jugak dia nak recover putus cinta. 

***

Lepas setahun dia dapat kerja baru di Kuala Lumpur. Masih baru bekerja, guna motosikal masa belajar di universiti pergi balik kerja. Pastu berkenalan la dengan sorang makwe dekat Facebook.  Makwe duk kerja Shah Alam. Mesej dekat Facebook, sebulan lepas tu saling tukar nombor telefon. Lama-lama jatuh hati. Makwe tu ajak jumpa. 

Dia memang jenis setia. Kalau dah bercinta memang tak layan perempuan lain dah. Tiap hujung minggu dia naik motosikal pergi Shah Alam jumpa makwe tu. Masa birthday makwe tu, dia pun merempit tengah malam ke Shah Alam nak buat suprise kononnya. Beli kek siap beli patung beruang warna pink lagi. 

Sampai kat rumah perempuan tu dia nampak sorang lelaki duk tunggu depan rumah makwe dia.
"Sayang, Happy Birthday! I love You" 

Lelaki tu siap bukakan pintu kereta. Senyum mesra je mereka berdua. Terketar-ketar tangan kawan aku tengok makwe dia keluar dengan lelaki lain. Dia tengok je makwe dia berlalu pergi dengan lelaki tu. Dia terus buang kek dan bear tepi jalan. Balik semula ke Kuala Lumpur dalam hujan lebat. Rupanya perempuan tu berbaik semula dengan ex dia. Dia just boring masa tu. Tambahan pula ex dia ada kereta import. Kerja pun best.

***

Lama juga la dia malas nak ambil tahu pasal jodoh. Mak ayah dia dah banyak kali tanya bila nak kahwin. Mak ayah dia nak carikan jodoh untuk dia pun dia tak nak. Dia dah takde hati dekat perempuan. Baginya, semua perempuan jahat. Takde hati dan perasaan. Tinggalkan dia tanpa sepatah kata dan alasan. 

***

Tapi, kuasa Allah mengatasi segalanya. Bulan lepas aku terima kad undangan dia. Alhamdulillah, terbuka juga pintu hati dia untuk menerima seorang perempuan sebagai isteri. Semoga dorang bahagia sampai bila-bila.

***


Kesimpulannya, kau jenis yang setia ke, penyayang ke kalau dia tu bukan jodoh kau memang akan terputus tengah jalan. Jangan kau duk membenci kaum perempuan sebab apa yang dah jadi pada kau atau duk kata semua lelaki sama je.

Kau kalau bercinta mesti lupa Tuhan. Solat lambat je duk layan WhatsApp pasangan kau. Demam sikit mengadu dekat pakwe/makwe. Tu yang Tuhan uji kau masa bercinta. Mungkin kau akan terlalu agungkan pakwe/makwe kau daripada Illahi. Kau putus cinta pasal korang bukan ditakdirkan bersama. Kau kena terima dengan hati yang terbuka. Perit memang perit putus cinta, tapi takdir dan perancangan Illahi lagi hebat.

***
Putus cinta bukan pengakhiran kisah cinta dalam hidup kau, tapi bermula kisah untuk membaiki kelemahan diri sendiri dan mencari calon jodoh yang baru. Percaya saja, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Lambat atau cepat, kau pasti akan nampak hikmah tu. Allah nak bagi sesuatu yang lebih buat kau. Semoga yang sedang mencari jodoh tu bertemu dengan jodoh yang dinanti bila tiba saatnya nanti."
#AmirSyahir

Jodoh, pertemuan, ajal, maut semua ketentuan Illahi. Kita hanya merancang, namun Dia yang menentukan.. Mungkin juga ada antara pembaca pernah mengalami situasi ini sebelum menemui jodoh sekarang.. Ehhh Fattah Amin dan Fazura pun tak tahu tau mereka akan menjadi pasangan suami isteri suatu hari ini.. Betul tak? Ewah nak jugak selit citer #fattzura hehehehe. Tapi seriously, kita kena yakin, pasti ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku..

Itu sahaja.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


23 Comments:

Betul tu. Walaupun sayang separuh mati, menagis air mata darah sekalipun, kalau tiada jodoh memang tiadalah. Tak guna kau meratapi... Yang sebenarnya kita kena ingat dan tetapkan dalam hati yang jodoh kita dah ditetapkan oleh Allah SWT.

done follow sini.

betul tu bercinta pun kalau bukan jodoh kita tetap takde jugakkan..alhamdulillah bertemu juga jodohnya kawan tu

Setuju sangat dengan Cahaya Hayati ๐Ÿ’•.. Thanks coz follow my blog ๐Ÿ˜Š..

Itulah hakikatnya aryan azra.. Sudah ditentukan oleh-Nya ๐Ÿ’•..

well, keadaannya sama, antra lelaki dan perempuan, kalau setia macam mana pun, kalau tak ada jodoh, xada juga....IQ dulu kemain setia,last2 kena tinggal gak...haha!

Cerita i mcm drama dalam tv la kan . . drama tu adaptasi dari kehidupan sebenar atau sebalinya? haha.. Tp tulah . .jodoh tu dah diaturkan .. belajar dan perbaiki diri je. ..
kan ?
Take care .

*ni
*sebaliknya

Ya Allah, jari ni .. ish ..!

Betuk tu kak. Ramai yg ana tgk masa belajar bercinta bagai nak rak (including myself ๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘ˆ) last2 jodoh dgn org lain. Tp yg pasti jodoh kita itu yg terbaik dan ana akuinya sangat2. Allah know the best for us.

Pengalaman bercinta kann IQ, pengalamanlah yang mematangkan kita.. ๐Ÿ˜Š

Takpe Zhi, sis faham.. Iyer ker macam citer drama. Kalau betul mmg x hairan sebab drama skrg banyak streotype ๐Ÿ˜‰..

Betul Ana sebab tu bila sis tgk budak2 sklh bercinta rasa mcm jauh lagi perjalanan hubungan mereka ๐Ÿ˜ซ. Anything can happen. Indeed Ana, only Allah knows..

Alhamdulillah bertemu juga jodohnya

Allahuakbar.. sangat-sangat-sangat setuju dengan artikel ni.. dengan kesimpulan yang diberikan... Adehh.. nak share jugak boleh tak.. :(

sy tabik dgn kwn2 yg bercinta bertahun2 akhirnya kahwin dan ada anak2.. apa yg penting dorang jodoh kuat. kalau bertahun tp takda jodoh kena redha.

Hmm sedihnya.. harap tak jadilah macam tu, moga cepatlah jodoh Mellya sampai huhu :')

Alhamdulillah mamapp, itulah ketentuan Illahi ๐Ÿ˜Š..

Jika suka Lea boleh share, silakan ๐Ÿ˜Š..

Setuju sangat dengan statement Nina Mads, jodoh mereka kuat dan mereka antara yang terpilih.. Jika sebaliknya, redha kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui. Pasti ada hikmah disebaliknya ๐Ÿ˜Š

In shaa Allah Mellya, percayalah kalau ada jodoh tak ke mana.. Sis doakan yang terbaik untuk Mellya ๐Ÿ’•..

Sedihnya baca kisah kawan sis. Terasa kesedihan dia bila tengok lelaki lain dengan gf dia. Huhu. Betul apa yang dikata. Jodoh pertemuan semuanya daripada Allah. Alhamdullilah. Kawan sis dah bertemu jodoh yang baik buat dirinya.

Yelah kan... jodoh tu semua ketentuan Allah.
Yg bercinta, dugaan putus cinta, yg berkawen, dugaan rumahtangga, semua ada cabarannya sendiri.

Moga kita semua tabah menghadapi ujian Allah.

Kita hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan.. Bab putus cinta memang sedih Siqah tapi kalau percaya dengan qada' & qadar, in shaa Allah boleh terima dugaan itu ๐Ÿ˜Š..

Aminnn..

Betullah Kak Nom, sampai tahap mana pun selagi kita hidup memang tak lepas dari ujian hidup.. Itu tanda Allah sayang so redha dan sabar ๐Ÿ˜Š..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More