Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Semoga hari ini dan hari-hari seterusnya kita semua dipermudahkan segala urusan dan dirahmatiNya selalu.. Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang kegembiraan saya mendapat hadiah dari rakan bloggers.. Siapa tak suka bila dapat hadiah kannnn, hehehe
Selama berblogging dan menyertai mana-mana Segmen & Giveaway, frankly speaking saya tidak pernah meletakkan sebarang harapan tinggi melangit untuk menang. Penyertaan saya ikhlas sekadar suka-suka dengan niat memberi sokongan kepada rakan bloggers. Namun andai terpilih sebagai pemenang ianya merupakan satu BONUS dan rezeki yang tidak disangka-sangka.
PEMENANG PERTAMA YEAR END GIVEAWAY BY HUSNIEY HUSAIN
Saya yakin ramai antara bloggers mengenali saudari Husniey Husain (HH) iaitu seorang blogger dari Terengganu. HH gemar melancong dan tak hairanlah kalau niche blog beliau tentang Lifestyle and Travel Blogger.
Saya menyertai giveaway anjuran HH dan ditaja oleh 2 orang bloggers lain iaitu Noor Maizan dan Nurul Syahirah pada 30 Disember 2017 lalu. Keputusan diumumkan pada 7 Januari 2018 di mana terdapat 69 peserta yang mengambil bahagian. Alhamdulillah kata orang "kalau ada rezeki tak ke mana", sungguh tak ku sangka, saya tesenarai sebagai Pemenang Pertama.
Tak lama selepas keputusan dikeluarkan, hadiah pun tiba di tangan saya.. Seperti yang dijanjikan, satu unit headphone, optical mouse dan wallet key holder..
Hadiah masih panas dalam pembalut courier >_< |
Hadiah Pertama Year End Giveaway by Husniey Husain |
Kebetulan saya sedang mencari mouse komputer, jadi sangat tepat dengan hadiah yang saya dapat dari HH. Terima kasih HH.. Jom singgah ke blog HH untuk mengikuti cerita terkini :
Lifestyle & Travel Blogger
PENGOMEN TEGAR SEPANJANG TAHUN 2017 DI BLOG MRS. A
Sungguh tak ku sangka juga, saya merupakan salah seorang antara 7 Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2017 di Blog Mrs. A.. Manalah sangka, saya suka baca entri di blog Mrs. A sambil tu haruslah tinggalkan komen sama seperti blogwalking di blog lain juga.. Bila sampai masa tuan blog terbuka hati untuk memberi penghargaan kepada Top Commentators dalam blognya.. Alhamdulillah, rezeki yang tak diduga..
Maka saya pun menerima sehelai telekung Siti Khadijah dari Mrs. A sebagai tanda penghargaan..
Telekung Siti Khadijah |
Terima kasih Mrs. A.. Cantik telekung Mrs. A pilih.. Tambah lagi sehelai koleksi telekung saya.. In shaa Allah semua hadiah yang saya terima akan dimanfaatkan sebaik mungkin.
Kepada mereka yang sudah mengenali Mrs. A, jangan lupa kerap singgah di blog Mrs. A tau manakala kepada sesiapa yang masih belum berkenal-kenalan dengan Mrs. A bolehlah singgah di blog :
Begitulah perkongsian saya.. Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung setia blog ini.. Tak rugi kita menjalinkan ukhuwah antara rakan bloggers, we support each other. Semoga ikatan persahabatan yang dibina berkekalan dan semakin erat hendaknya..
Oh ya, FEBRUARY GIVEAWAY by Lady In Red Planner masih berlangsung hingga 17 February 2018 ini, masih belum terlambat kepada pembaca yang ingin mengambil bahagian.
Oh ya, FEBRUARY GIVEAWAY by Lady In Red Planner masih berlangsung hingga 17 February 2018 ini, masih belum terlambat kepada pembaca yang ingin mengambil bahagian.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee...
Regards,
I am LZ
35 Comments:
Bestnya dapat hadiah!!! ^^
Alhamdulillah Hana, rezeki ;-)
Gembira lain macam kan kak LZ....nikmat sebenarnya..alhamdulillah tahniah kak...
Alhamdulillah.. Tahniah sis..
alhamdulillah , semoga di murahkan rezeki , jemput ke laman vitaminwawa.com , sekian " terima kasih " ...
wahhh.. tahniah kak ^^
tahniah..adiah yg best2
tahniah akak
Tahniah laa
Alhamdulilah sis LZ suka hadiah tersebut.. Tahniah juga dapat telekung.. Cantik 😍
Sukanya baca penulisan sis yang padat..
❤
Tahniah. Salam kenal.
Tahniah sis LZ .. hadiah2 tue semuanya gempak2
wah, tahniah sis LZ.
alhamdulillah..murah rezeki dpt hadiah best2..
Alhamdulillah. Tahniah sis. Semoga terus dimurahkan rezeki.
Itulah perasaan sebenar PC..
Terasa keikhlasan dari pengirim, sangat luar biasa perasaan itu 😍.. Alhamdulillah..
Terima kasih Sha, alhamdulillah 💕..
Terima kasih Wawa, in shaa Allah sis akan menyusul ke blog Wawa 💕..
Terima kasih juga kepada Nurul selaku penaja bersama 😍..
.
Alhamdulillah..
Betul tu mama tisya, semua hadiah best 💕..
Terima kasih Rabiah, alhamdulillah 💕..
Thanks Miss Nurha 💕..
Thanks a million HH.. Terima kasih sudi support blog sis 💕..
Alhamdulillah..
Salam kenal juga kepada KM..
Alhamdulillah, terima kasih Cik CL.. Happy sis dapat hadiah best, I like 😍
Alhamdulillah, thanks Atiah 💕
Terima kasih mummy Ayu 💕
Alhamdulillah..
Aminnn, terima kasih Ana Suhana 💕..
Murah rezeki lz.. tahniah
yay congrats tau!!!!
Murah rezeki sis LZ! Bestnya dapat hadiah :)
Alhamdulillah mamapp..
Terima kasih 💕
Alhamdulillah rezeki..
Terima kasih Siqah 💕
waaaaa Siti Khadijah.. seronoknya. rezeki kalau dah tertulis memang xkan kemana =)
Alhamdulillah rezeki..
Betul SYM, kalau dah tertulis milik kita, in shaa Allah tak ke mana 😊
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!