Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Semalam (18.02.2018) cuti Chinese New Year you all pergi mana? Biasa cuti panjang saya tak ke mana-mana sebab tak mahu trap dalam jem dan kesesakan orang ramai.. Tapi berlainan pula cuti lepas..
Al-kisah cuti sempena Chinese New Year tempoh hari, saya hanya mampu bertahan di rumah selama 2 hari.. Mana boleh tahan bila duduk rumah, browse Facebook ada antara officemate post gambar bercuti ke Cameron Highlands, Thailand, Georgia etc. Maka hari ke-3 hati melonjak-lonjak nak pergi jalan tak kira jem atau tidak so tawakkal dan berdoa agar selamat pergi dan balik serta dipermudahkan segala urusan..
Al-kisah cuti sempena Chinese New Year tempoh hari, saya hanya mampu bertahan di rumah selama 2 hari.. Mana boleh tahan bila duduk rumah, browse Facebook ada antara officemate post gambar bercuti ke Cameron Highlands, Thailand, Georgia etc. Maka hari ke-3 hati melonjak-lonjak nak pergi jalan tak kira jem atau tidak so tawakkal dan berdoa agar selamat pergi dan balik serta dipermudahkan segala urusan..
So ke mana kali ini? Kali ini saya ke Genting Strawberry Leisure Farms di Genting Highlands.. Saya decided pergi jalan dekat-dekat sahaja, sekadar melayan hati sendiri dan anak bujang, janji keluar dari rumah, cari makan sedap dan cuci mata hehehe...
Genting Highlands |
Seawal pukul 7.00 pagi bertolak dari rumah di Seremban menuju ke Genting Highlands melalui tol Gombak. Perjalanan pagi itu sungguh tenang, cuaca redup dan masih terdapat mist sepanjang perjalanan di kaki gunung dan kabus semakin tebal apabila tiba ke puncak Genting Highlands. Namun kereta sudah mulai banyak semasa menyusuri highway ke Kuantan sebelum susur ke Genting Highlands.
Pemandangan ke Genting Highlands |
Pada pukul 9.05 pagi saya tiba di Genting Strawberry Leisure Farms.. Just nice sebab taman santai ini buka jam 9.00 pagi.. Genting Strawberry Leisure Farms ni terletak di Gohtong Jaya berhadapan Mawar dan Bunga Raya Apartments.
Genting Strawberry Leisure Farms, Genting Highlands |
Ini merupakan kali pertama saya ke sini.. Apa yang menarik? Jom kita layan gambar..
Genting Strawberry Leisure Farms |
Apabila masuk sahaja ke taman santai ini, kita akan melalui water fountain dan replica rumah seolah-olah mengalu-alukan kedatangan pengunjung.
Genting Strawberry Leisure Farms |
Selepas membuat bayaran (entrance fee) pengunjung akan melalui susur di mana kiri kanan terdapat pokok-pokok strawberry subur.. Bayaran masuk RM12.00 (dewasa) manakala RM8.00 (kanak-kanak).
PLUCK YOUR STRAWBERRIES
Pokok Strawberry |
Besar kawasan tanaman strawberry ini.. Memandangkan pengunjung tak ramai, jadi buah strawberries banyak.
Strawberries |
Tak
perlu berebut-rebut, pengunjung boleh petik strawberries just relax dan
santai.. Minimum 100 gram = RM8.00. Murah atau mahal? Sorry saya tak tahu
sangat harga semasa strawberry. Semasa di Cameron Highlands memanjang tak pernah dapat peluang petik strawberries sebab dah habis dipetik orang, sedih!
Pick your own strawberries |
Itu sahaja strawberries yang berjaya dipetik oleh kerana mind set selalu mengatakan strawberry masam so saya tak petik banyak takut takde siapa makan..
Petik dan timbang |
Okay, siap petik semua bawa ke kaunter.. Amoi akan timbang dan bayar.. Berat strawberries kami petik 0.304 equal to RM24.30. Sesiapa nak beli strawberry siap pek pun ada dijual di kaunter hanya RM15.00 per pack..
Sampai rumah bila rasa strawberries ni manis terus rasa menyesal tak petik banyak-banyak.. I realized, strawberries kat sini lebih manis dan juicy berbanding di Cameron Highlands.. It's okay next time boleh repeat datang ke sini.
LAVENDER GARDEN
Selepas puas memetik strawberries, mana pula hala tuju? Sudah tentu ke Lavender Garden.. Semasa ke Cameron Highlands saya tak dapat singgah ke Lavender Garden sebab terlalu ramai umat manusia ketika itu.. Jadi bila dapat ke Lavender Garden di sini maka tertunailah hajat.. Okaylah tu walaupun tempat berbeza.. Untuk pengetahuan, Lavender Garden di sini terletak di atas kawasan tanaman strawberry dalam compound yang sama..
Related post : Journal Percutian Singkat ke Cameron Highlands
Lavender Garden |
Lihatlah pokok lavender seindah saujana mata memandang.. Geram sebab cantik dan warna ungu bunga lavender merata-rata..
Lavender Garden |
Apa yang menarik di sini bukan hanya tanaman strawberry semata-mata tapi seperti berada di giant nursery.. Okay, tak perlu kata apa-apa anda layan gambar-gambar yang sempat saya ambil sebagai kenangan dan juga khas kepada pembaca blog ini..
Lavender Garden |
Tanaman Hiasan |
That's me |
Nah belanja satu gambar.. Geram bila tengok bunga sekeliling kembang setaman, semua cantik-cantik belaka.. Rasa nak posing ala-ala Kuch Kuch Hota Hai tapi takut kena halau, hehehe
Lavender Garden gift shop |
Semasa masuk ke Lavender Garden, pengunjung akan melalui sebuah kedai menjual cenderamata berasaskan lavender.
FLORAL GARDEN
Selepas keluar dari Lavender Garden, kita akan menyusuri taman-taman bunga lain..
Rose garden |
Bunga Hydrangea |
Taman bunga |
Apa nama bunga ini? |
Selain taman-taman bunga, ada jugak tempat gempa bumi dan tsunami tapi saya tak masuk 2 tempat itu.. Saya lebih suka spent masa menikmati keindahan taman bunga, lately suka sangat bunga.. mungkin faktor usia kot! hehehe
BEST PHOTO SPOTS & CAFE
BEST PHOTO SPOTS & CAFE
Floral Garden |
Oh ya, cafe juga disediakan untuk relax dan menghilangkan dahaga, ada hot coffee.. boleh juga makan strawberry coklat, waffle dan aiskrim..
Selain itu, apa yang best banyak lokasi menarik untuk bergambar seperti di taman bunga, water fountain dan panda booth.. Tak lupa surau juga disediakan..
Selain itu, apa yang best banyak lokasi menarik untuk bergambar seperti di taman bunga, water fountain dan panda booth.. Tak lupa surau juga disediakan..
Panda photo booth |
Sebelum balik, sempat juga membeli 6 buah pasu sebagai buah tangan. Tak sah kalau tak membeli kann.. Husband tolong angkut, kesiannn.. >_<
Heading to Genting Premiun Outlet |
Selepas itu saya meneruskan
perjalanan ke Genting Highlands Premium Outlet. Overall Genting Strawberry Leisure Farms sesuai sebagai kawasan riadah
bersama keluarga untuk cuti singkat.
Sebelum mengakhiri entri ini, jemput tonton video singkat di taman bunga 😉 :
Okay, itu sahaja.. Psssttt anda pula bercuti atau pulang ke kampung? Share story sikit.. Andai ada antara pembaca pernah ke sini boleh juga kongsi pengalaman anda, best or tak best?.. I really appraciate it! Thank you in advance..
Begitulah perkongsian yang ingin disampaikan..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byee...
Byee...
Regards,
I am LZ
18 Comments:
Sedapnyaa tengok strawberry, segar segar. Cicah coklat feeling feeling tempat sejuk tu fuhhh memang rasa taknak balik laaa. Hahaaa. Rindunyaa, tiap tahun mesti lalu genting sebab kampung dekat pahang.
wow bestnya! Tak sangka dekat genting pun ada strawberry dengan lavender farm! Nanti boleh try pergi sana :D
Sha pernah pergi sini tapi tak petik buah strawberry pun.. Jalan-jalan dengan family memang best.. Sebab garden dia cantik sangat kan sis..
Wahh tak payah naik ke CH dah nak merasai strawberry.. Heee
Macam best juga naik ke genting highland..Lama dah husniey tak ke GH
Last zaman kecik dulu huhu
Bestlah pergi time macam ni tak ramai umat manusia berbaloi-baloi dapat plucking stoberi besar gedabak ngeh! ngeh! ngeh!
You look purple lavender la ;-)
this is genting? wow!!
tggu siap the theme park lepas ni nak pegi!
can not wait
teringat akk jalan kat bawah pokok cinta (passion fruit) yang bergayutan..mmg nk kena pergi lagi nii...
Kalau Fatin suka strawberry coklat boleh singgah cafe dalam ni.. Best lepak situ, hehehe
Harus pergi Farhanna sementara tempat tu masih terjaga & bersih.. Jangan lepaskan peluang, hehehe 😁
Sha pun setuju dengan LZ tempat ni best.. I like 😊
Bebila boleh pi sini HH.. Santai-santai tak crowded macam di CH 😊..
Betul Mrs A, kena pergi awal pagi masa start buka pintu pagar pkl 9am.. Feeling kebun strawberry sendiri okay sebab org x ramai, hehehe 😁
Cantik kannn semua nampak purple 🌸
Yup, exactly Atie..
Alang2 dari jauh tunggu semua facilities ready, so worth it sekali jalan 😊..
Kak pokok tu cantik sangat. Rasa nak rembat satu bawa balik, hehehe 😁
hari tu lalu je tempat ni..ramai kata tempat ni macam mini cameron. Best gak nampaknya
takdelah ramai orang sangat ye..saya suka.eh, rasa cam first time LZ pos gambar full dalam blog. Steadylah, x nampak macam umur 40 pun!
Exactly Sal, macam mini CH part strawberry and lavender garden.. Bezanya takde tanam sayuran..
Best Sal pergi awal pagi tak ramai orang.. Hehehe sesekali share gambar 😉..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!