RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI PADI SIMPLE DAN SEDAP

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Al-kisah hari ini nak share Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi Simple dan Sedap.. Jangan risau resepi saya mesti simple dan pasti sedap.. Saya jenis malas masak resepi complicated.. Harap ibu-ibu yang semestinya sudah pakar dalam masakan tak complaint cara saya sebab ada sesetengah tak suka cara shortcut dan tak cukup syarat begini, huhuhu.. Pada saya, janji ada ramuan asas dan rasa pun boleh tahan sedap, layannn.. 

Siapa suka makan ketam kita gang.. Apa sahaja menu berasaskan ketam menjadi kegemaran saya. Untuk pengetahuan, menu ketam ni masakan saya minggu lepas, sekadar menambah koleksi resepi dalam blog ini, so saya share di sini.. Manalah tahu boleh jadi ilham kepada ibu-ibu yang sudah ketandusan idea, hehehe

Let's get started..

Recipe Ketam Masak Lemak Cili Padi

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI PADI SIMPLE DAN SEDAP

Bahan-Bahan
4 ekor ketam saiz sederhana - cuci bersih dan tos.
(Ketuk sepit ketam hingga pecah sedikit supaya kuah meresap dan senang dimakan)
1 kotak kecil santan kelapa
5 biji cili padi
1/2 biji bawang merah besar
Sedikit belacan 
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit asam jawa
Garam
Gula


Sila rujuk gambar di bawah untuk cara-cara memasak:

Kisar cili padi, bawang merah besar dan belacan. Masukkan bahan kisar bersama santan cair dan sedikit serbuk kunyit ke dalam periuk. Masak hingga mendidih
Apabila sudah mendidih, masukkan ketam dan tambah sedikit air, kacau sekali sekala di atas api sederhana
Bila kuah mendidih, masukkan santan pekat. Adjust api perlahan, masukkan sedikit asam jawa, garam dan gula. Sebelum off api rasa dulu bila okay sedia untuk dihidang. 
Siap! Ketam masak lemak cili padi sedia dihidang.
Kalau suka boleh tambah kacang panjang.. Ada sesetengah resepi letak serai, daun limau purut dan daun kunyit, semua itu optional bergantung kepada cara masing-masing... 

Okay begitulah simple recipe, ketam masak lemak cili padi. Walaupun simple tapi sedap. Memanglah boleh kata sedap sebab saya ni jenis cerewet makan tau, hehehe.. Sesiapa yang baru berjinak-jinak dengan dunia masakan pun boleh cuba resepi ini.. Selamat mencuba!





Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,
I am LZ

38 Comments:

Faveret anak ni LZ ... hakak suka lagi ketam goreng berempah Parameswara Umbai tu, wallah!

Uii cantik periuk macam baru je tu hihi ...
Samalah kita, ke mmg sebab org Muo ni mmg kurang rajin masak yg complicated complicated hahaha... Emmm kalau dpt tunjuk lagi best!

Sedapnye.
Tapi harga ketam sekarang tak mampu milik

sedap .. lama xmasak ketam lemak kuning

Paling favourite ni haha! ^^ Meleleh-leleh air liur baca entri ni hehe.Thank you bagi resipi =3

hmm dah lama sya tak makan ketam aduh terliur la tengok ni

http://mylittlestoryi.blogspot.my/

Nampak segar ketam tue . Masak lemak cili padi ni salah satu feveret CCL lagi2 kalau cukup pedas ..makan tambah berpinggan- pinggan

perghhh mengancammmm lah ketam lemak cili padi ni ohmaiii!

sedapnya LZ..terasa nak cari ketam pulak esok tapi mcm tak cukup korum nak makan..huhu

Adeh! tengah lapar tengok lak ketam masak lemak bertambah lapar jadinya huhuhuhu....

sama lah!! Fav jugak ni, kalau beli ketam je mesti buat masak lemak sebab senang & sedap!

Sedapnyaaaa.. baca tajuk pun dah terliur cmne ni

Wah simple je cara sis LZ masak ketam, tapi nampak memang sedapp.. Ini favourite suami ni.. Wajib buat kalau dia ada beli ketam, hehe

awk, saya suka giler seafood terutama ketam ni... memang simple sangat masakan awk. bleh buat nanti kat umah

Oh mungkin next time boleh cuba ketam goreng berempah versi Parameswara Umbai pula..

Hehehehe periuk orang 'rajin' masak memang selalu berkilat Kak Nom 😁.. Sip sikit bab kurang rajin masak resepi complicated, hehehe 😊😉..

Betul Pakcik WP, harga ketam melambung sekarang..

Memang sedap hingga menjilat jari Zie Azi, I like 😊.. hehehe

Sis pun sama Hana 😊..
Iskhhhh lap sikit ailio tu, hehehe gurau saja 💕..

Littlexme harus cari ketam lepas ni, hehehe 😁

Cik CL, bila sis dapat ketam segar bertambah semangat memasak, x boleh tangguh lagi, hehehe

Ketam masak pedas pun sedap, puas makan 😉

Apa lagi Say, balik Nismilan boleh order ketam masak lemak kaw, yummy!

Kalau cukup corrum nanti Kak Fuzy kena masak ketam, best makan ramai-ramai, hehehe 😁

Apa lagi Mrs A, nampak gaya kena roger Mr. A pi makan ketam 😉

Exactly Farhanna, kita gang 😉 hehehe

Kena makan dan rasa sendiri baru puas hati Eyda 😊..

Seriously sedap masak camni walaupun simple HH, kalau masak resepi heavy lagi mables! 😊

Silakan Yus, kalau En. Hubby ada masa suruh dia bawa pi makan seafood, banyak pilihan hehehe 😁

Sedapnya kak.lama tak makan ketam ni

mek pun ad buat jugak hari tu. tapi resepi mek ad serai. hihi. tkde serai pun sedap jugak. ni bulan puasa sat lagi laris entry LZ yang ni. hihi

So delicious resep ini,kak ...
Membayangkannya bikin perut terasa lapar.

kamu kijam kamu kijam kamu kijaammmmmmmmmm kenapa tayang gambar ini?????????? ;-)

Memang sedap cik renex 😋..
Ada rezeki nanti dapatlah makan ketam tu nanti..

Hehehehe apa lagi Sha pi Restaurant Nelayan ler jawabnya, hehehe

LZ masak tak letak serai Mek.. Serai optional jadi takde pun tetap sedap kann, hehehe

Maaflah himawan sant, bila saya tengok semula post ini memang terasa lapar..

Hahahahaha jangan begitu anies, bertabahlah.. hehehehe 😁

wahh rabia jarang makan ketam..hehe

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More