Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Kelmarin 28 April 2018 merupakan hari penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (GE14) nanti.. Sejak parlimen dibubarkan awal bulan ini, kiri kanan depan belakang semua sibuk bercerita tentang pilihanraya dan calon pilihan mereka.. Ada cerita panas, ada cerita suam-suam kuku malah ada juga lawak..
Saya hanya mampu melihat 'karenah' penyokong parti-parti yang bertanding dan mendengar pendapat mereka mengenai kelebihan parti masing-masing kerana saya bukanlah seorang yang pandai sangat komen tentang politik..
Untuk pengetahuan pembaca, saya mula daftar mengundi pada tahun 2003.. Ingat lagi ketika itu sedang window shopping dengan college mate di Jusco (AEON) Bandar Baru Klang. Kebetulan ada booth SPR di situ, kami dipanggil untuk mendengar keterangan mengenai fungsi SPR dan tanggungjawab warganegara Malaysia untuk mengundi.. Jadi kami pun ambil kesempatan untuk daftar nama sebagai pengundi. Bila sampai masa mengundi rasa lega sebab nama dah ada dalam senarai mengundi..
Related post : Penting kesedaran mengundi
Related post : Penting kesedaran mengundi
So bila mula bahang pilihanraya, saya terus semak nama untuk pastikan nama saya ada dalam senarai pengundi.. Al-maklum 5 tahun sekali dikhuatiri ada masalah pada sistem atau manalah tahu ada pertukaran tempat mengundi tanpa pengetahuan saya.. Cara nak semak tentu semua pembaca tahu.. Saya guna 2 cara ini..
CARA SEMAK NAMA PENGUNDI
1. Laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Semakann Daftar Pemilih SPR |
Click -> Semakan Daftar Pemilih
Masukkan nombor kad pengenalan
Tekan SEMAK.. Maka akan terpapar butiran nama pemilihan serta kawasan pusat mengundi penama.
2. Applikasi MySPR Semak
Untuk lebih mudah saya lebih suka download apps MySPR Semak dalam phone.
MySPR Semak apps |
Caranya, download apps MySPR Semak di Google Play (android) atau Apple Store (iOS)
MySPR Semak apps |
Pilih Semakan Daftar Pemilih. Ikuti arahan yang disediakan.
Selain itu kita boleh juga semak senarai calon di kawasan masing-masing malah keputusan pilihan raya juga boleh semak melalui apps ini.. so handy.. Mana tak sempat ikuti pengumuman keputusan pilihan raya nanti boleh check melalui apps MySPR Semak ini..
TEMPAT SAYA MENGUNDI
Saya sudah mengundi sejak 2 penggal lalu.. Saya akan ke Shah Alam untuk membuang undi di Parlimen Kota Raja.
Psssstttt anda mengundi di mana? Dah buat arrangement untuk balik mengundi nanti?.. Kalau kena pasangan sorang utara dan sorang selatan, pusat mengundi berbeza susah juga kannn.. Jom kongsi cerita dengan saya.. Jangan lupa komen di bawah okay.. Thank you in advance..
Akhir kata kepada pengundi semua gunakanlah peluang ini untuk memilih pemimpin kita kerana suara anda berhak didengari.
Akhir kata kepada pengundi semua gunakanlah peluang ini untuk memilih pemimpin kita kerana suara anda berhak didengari.
Semoga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeeeee
Regards,
I am LZ
28 Comments:
dah check masih dalam proses huwaaaaaa, selamat mengundi kak!
sy mengundi mmg dkt kwsn rumah.
kali ke 2 mengundi ni,teruja pulak
Selamat mengundi
Buatlah pilihan yang tepat.
harap-harap tahun nih sempat lah balik mengundi
selamat mengundi kak! Tahun ni balik mengundi dekat Sabak Bernam tapi harapnya tak teruk sangat lah jam
Lagi seminggu nak mengundi ni.. Selamat mengundi sis LZ.. Husniey akan mengundi di Kemaman Terengganu, suami di Kuala Terengganu
Takde peluang Sha mengundi tahun ni 😞.. In shaa Allah penggal akan databg Sha boleh mengundi okay..
Sis pun teruja cik renex.. alahai dekat yang amat tempat mengundi CR.. Ingat tahun akan datang sis pun nak tukar alamat mengundi..
Terima kasih pakcik WP..
In Shaa Allah pakcik..
Usaha Hans biar dapat balik mengundi, jangan lepas peluang 5 tahun sekali, hehehe..
Selamat mengundi juga farhanna..
Mungkin jem sesetengah tempat dan akan menjadi topik perbualan hangat selepas mengundi nanti..
Selamat mengundi HH..
Didoakan HH selamat perjalanan dan dipermudahkan urusan, aminnn..
oo ingt LZ undi parlimen nogori. huhu. dah ad yg menang dah satu. mek dftr 2018 so this year tkleh mngundi lagi. huhu
mugo negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa., aminn
Takde Mek, LZ masih belum tukar tempat mengundi lagi..
Mungkin akan datang andai masih mencari rezeki di Nismilan..
Penggal akan datang, in shaa Allah Mek dah boleh mengundi..
...آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Begitulah yang diharapkan Wak..
Saya mengundi tempat panas sebab ada Azwan Ali. Haha
ngundi kt gombak je
senang sekarang.. Janji ada gadjet kan LZ.. Sha mengundi di Behrang..
Wow antara kawasan panas jugak Sal..
Selamat mengundi..
Selamat mengundi Mama Tisya..
Semoga dipermudahkan urusan..
Setuju dengan Sha, semua di hujung jari.
Selamat mengundi Sha, buat pilihan terbaik okay..
Semoga dipermudahkan urusan dan perjalanan..
Rupanya akak ada buat blog post pasal PRU. Hii. Siqah baru jenguk blog akak ni. Siqah first time mengundi, excited terlebih. Dua jam beratur pun takpe, redha. Hihi. Menanti keputusan dengan sabar je sekarang :D
Akak LZ orang shah alam rupanya. =)
Exactly Siqah.
Sama-sama kita berdoa supaya kerajaan baru dapat menjalankan tugas dengan baik..
Akak pernah tinggal di Shah Alam Nad..
Nasiblah hakak tak bergaduh bab nak buang undi ni LZ, dua dua tempat sama, Sg Long... anak pun first time gi mengundi tahun ni
Kalau camtu senanglah Kak Nom buat keputusan tempat mengundi secara adil dan saksama.. Anak akak mesti excited kannn..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!