Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my readers..
Detik sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61 akan di sambut pada 31 Ogos iaitu esok.. Tema tahun ini : "Sayangi Malaysiaku". Oleh itu saya percaya hampir setiap sekolah menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan 2018 ini. Tak lupa juga anak Tuan / Puan pasti sibuk membuat persiapan yang sama.. Di sekolah anak saya turut sama membuat sambutan Hari Kemerdekaan ini.
Detik sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61 akan di sambut pada 31 Ogos iaitu esok.. Tema tahun ini : "Sayangi Malaysiaku". Oleh itu saya percaya hampir setiap sekolah menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan 2018 ini. Tak lupa juga anak Tuan / Puan pasti sibuk membuat persiapan yang sama.. Di sekolah anak saya turut sama membuat sambutan Hari Kemerdekaan ini.
Apa yang buat saya geram, last minute sampai rumah pukul 6.00 petang semalam baru beritahu saya: "Ma teacher suruh bawa bendera dan pakaian melambangkan Hari Kebangsaan esok. Ada perbarisan Hari Merdeka." Kecik besar, kecil besar mama tengok ko, Arief..
Kebetulan lepas Maghrib saya ke Pall Mall Seremban so sempat cari bendera untuk dijadikan prop sambutan Hari Kebangsaan.. Terlintas di fikiran saya nak buat tanjak dari Jalur Gemilang. Ilham ini datang dari pengalaman saya membuat beberapa gubahan hantaran kahwin. Biasa hantaran saya buat gubahan tanjak dari kain songket.
Maka malam hari start pukul 10.30 malam hingga 12.00 tengah malam saya gigih menjahit tanjak demi memenuhi kehendak anak untuk dipakai esok..
Inilah hasil kejadian..
Tanjak dari Jalur Gemilang |
Saya selit di sini info perbezaan tengkolok, tanjak dan destar.
Umum mengetahui tengkolok, tanjak dan destar adalah pakaian warisan Melayu yang diwarisi sejak zaman dahulu. Ia diperbuat dari sehelai kain dan digubah menjadi bentuk untuk disarungkan di atas kepala. Ianya mempunyai nama-nama tertentu berdasarkan lipatan. Tengkolok lebih sinonim dengan pakaian rasmi raja dan pembesar Melayu pada zaman dahulu dan dipakai semasa majlis adat istiadat bangsa Melayu.
Tengkolok : pakaian rasmi raja dan para pembesar Melayu. Dipakai semasa majlis adat istiadat bangsa Melayu pada zaman dahulu.
Tanjak : pakaian oleh golongan kebiasaan supaya kelihatan kemas dan bergaya. Tanjak lebih kepada pakaian harian bangsa Melayu pada
zaman dahulu.
Destar : pakaian golongan buruh, petani, pesawah untuk menutup kepala mereka dari panas
terik semasa bekerja.
Gambar tanjak dari pandangan depan |
Beginilah rupa tanjak bila dipakai oleh model mannequin..
Model memakai tanjak |
Bagus juga sambutan ini diadakan di sekolah, sekurang-kurangnya memberi kesedaran kepada anak-anak muda tentang erti kemerdekaan sebenar bukan semata-mata cuti umum.
Inilah anak bujang saya.. Tak sabar ke sekolah hari ini sebab ada perbarisan Hari Kebangsaan dan paling penting nak tunjuk tanjak dia pada kawan-kawan..
Happy sebab ada tanjak, katanya hahaha
Model tanjak Jalur Gemilang |
Baca juga : Gubahan hantaran perkahwinan by LZ
Sebelum berakhir, jangan lupa kibar Jalur Gemilang tanda semangat patriotik dan sayang pada negara kita Malaysia.
Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee
Regards,
14 Comments:
wah gigih jahit tanjak...ramai arini ank2 yg pakai bj tema merdeka ke sekolah
nasib baik pandai jahit..klu cik nor..idok la..haha
Itulah mama tisya, tak pasal-pasal LZ pun ikut sama sibuk buat persiapan Hari Kebangsaan, hehehe
Takde la pandai sangat Cik Nor, jahit pun cincai.. Asal kemas dan ada bentuk tanjak cukuplah hehehe..
hehehe mama bengang kasitau last minit hahaha.. sabar ma. tanjak mama buat lawa jangan risau =D
Nasib baik lawa tanjak tu Siti, kalau tidak mama tak lena tidur.. hehehehe
cantik :)
Wah! semangat nampaknya Ariff Redza tu :-)
Terima kasih Ejulz :)
Hahaha gigih dia Mrs. A..
Alhamdulillah...lega mama ya...dapat buat tanjak untuk anak soleh...
Berbunga-bunga hati mama dia PC 😍
Pandai sis menjahit.. Lawa..
Alhamdulillah, jahitan belasah Sha hehehe
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!