BILA WAKTU TELAH BERAKHIR

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. 
Salam Jumaat juga diucapkan kepada muslimin dan muslimat sekalian.. Sudah tiba kita di hari Jumaat yang penuh barakah ini.. Cepat sungguh masa berlalu. Minggu ini fikiran sedikit bercelaru, memikirkan duniawi, ada kecewa, sedih, semuanya berkaitan dengan perangai manusia ..

Dua For Relief From Sadness, Depressions, Anxiety, Worries & Difficulties
Pagi ini sambil memandu ke pejabat macam-macam perkara bermain di fikiran.. Dalam waktu yang sama leka mendengar dan menghayati bait-bait lirik lagu Opick bertajuk "Bila Waktu Telah Berakhir"..

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang
Dan pergi meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu
Untuk kembali mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti 
Teman sejati tinggallah sepi

Bukan minat pada penyanyi tetapi lebih kepada mesej yang terkandung dalam lirik lagu itu..
Penuh dengan kesedaran terasa insaf, kerdil diri ini.. Bila layan lagu Islamic begini timbul kesedaran dalam diri.. Hati jadi tenang, sedikit sebanyak mengawal perasaan ini supaya berpijak di bumi nyata kembali pada landasan sebenar.. Peringatan kepada diri ini - Hal dunia hanya sementara so tak perlulah beriya sangat sampai overthinking.. 

"There's a time to be a nice person and there's a time to say enough is enough"



Itu sahaja yang ingin dikongsi bersama.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


12 Comments:

suka dengan lagu ni banyak mesej yang disampaikan

Kalau dengar lagu mcm tu nak beli blouse pun dah tak selera LZ ...huhu....
Tulah tu namanya pun manusia, bila sedar, insaflah sekejap lepas tu lupa balikkan LZ

ingat kematian memang menginsafkan...

lagi kuat ingatan ke arah itu..

lagi kuat untuk beribadah..

itu yang terbaik

dunia penuh dengan hiasan, yes so true!

Melodi lagu ni pun tenang-tenang Sha, menusuk kalbu..

Betul sangat Kak Nom, tepat sekali.. LZ setuju, buat apa pun tak tenang sebab ingat dosa, huhuhu..

In shaa Allah semoga terus istiqamah...
Terima kasih mrhanafi..

Dunia hanya sementara..terima kasih atas perkongsian dan peringatan..

Lirik dan melody menusuk kalbu 😊

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More